Sekurang-kurangnya satu kemalangan melibatkan bas ekspres berlaku setiap tahun semenjak tahun 2006. Ini berdasarkan kepada laporan kemalangan yang melibatkan bas ekspres sebelum ini.
Setiap kali kemalangan berlaku, siasatan dilakukan. Begitu juga pelbagai pandangan diberikan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya dan badan bukan kerajaan. Namun begitu, tiada sebarang perubahan serta peningkatan yang besar dilakukan terhadap persekitaran jalan raya, sistem jalan raya, keadaan bas, keperluan peraturan dan piawaian keselamatan jalan raya.
Pada tahun 2010, sebanyak 13 kemalangan berlaku yang melibatkan bas ekspres. Kemalangan ini telah meragut sebanyak 54 kematian. Jika tindakan dilakukan berdasarkan kepada hasil siasatan tragedi Bukit Gantang pada Ogos, 2007 telah dilaksanakan, maka kemalangan pada 26 Disember 2009 dan 20 Disember 2010 mungkin dapat diminimumkan kesannya ataupun boleh dielakkan daripada berlaku.
Read more: BAS EKSPES PERLU PATUHI STANDARD UNECE R66, 80 dan 36 BAGI ELAKKAN KEMALANGAN MAUT
Penggunaan kad debit semakin berleluasa di negara ini. Fungsi kad debit berbeza dengan kad kredit. Pengguna yang menggunakan kad debit untuk sesuatu transaksi, tidak akan menjadi penghutang kerana mereka perlu mempunyai wang yang secukupnya dalam kad debit sebelum membeli sesuatu barang. Sebaliknya apabila menggunakan kad kredit, pengguna perlu membayar semula jumlah wang yang telah dibelanjakan itu.
Penggunaan kad debit sebenarnya dapat membantu pengguna untuk belajar menguruskan wang mereka dengan bijak. Tetapi pengguna perlu mempunyai kawalan diri apabila menggunakan kad kredit, jika tidak mereka akan menjadi penghutang.
Terdapat bank yang masih tidak mengemas kini maklumat pelanggan mereka, seperti alamat dan maklumat hubungan, walaupun selepas pemberitahuan pertukaran baru dibuat. Pemberitahuan mengenai butir-butir maklumat peribadi yang terbaru memang menjadi tanggungjawab pengguna. Selepas pemberitahuan, bahagian perkhidmatan pelanggan bank perlu mengemas kini maklumat tersebut dalam pangkalan data mereka.
Dalam situasi tertentu, akibat kegagalan pihak bank mengemas kini maklumat tersebut menjadi penyebab utama pelanggan kehilangan harta-benda seperti kereta, rumah dan barang kemas yang digadai. Ini berlaku kerana pengguna tidak menerima surat daripada pihak bank, terutamanya tentang pemberitahuan lelong.
Lampu isyarat berwarna kuning pada kereta merupakan ciri-ciri keselamatan penting yang membantu pejalan kaki serta pengguna jalan lain untuk mengetahui ke arah mana sebuah kereta akan menghala. Lampu isyarat kuning akan membolehkan pengguna-pengguna jalan raya untuk melihat kereta dengan jelas dan berwaspada terhadap arah tujuan kereta tersebut.
Namun, sekarang ini didapati banyak kereta yang tidak menggunakan lampu isyarat yang betul. Lampu isyarat di sesetengah kereta tidak berwarna kuning, sebaliknya ditukarkan dengan lampu berwarna merah. Lampu merah ini boleh disalahertikan dengan warna ‘casing’ lampu merah yang mempunyai fungsi yang lain pula.
Kekeliruan ini menyebabkan pemandu kereta lain mungkin tidak dapat melihat lampu isyarat kereta tersebut dengan jelas. Lampu isyarat sepatutnya menunjukkan warna yang berbeza secara jelas berbanding dengan lampu lain. Masalah lain adalah, sesetengah kereta mempunyai lampu isyarat yang diletakkan di tengah-tengah ‘casing’ lampu, dan bukannya di bahagian tepi.
Read more: GUNAKAN WARNA LAMPU ISYARAT YANG BETUL PADA KERETA
Setiap tahun lebih daripada 2,000 orang kanak-kanak meninggal dunia akibat kecederaan yang tidak disengajakan. Berdasarkan satu laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF, seramai berjuta-juta orang kanak-kanak pada setiap tahun dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami kecederaan, yang sering kali menyebabkan kecacatan seumur hidup.
Laporan “World report on child injury prevention” ini memberikan satu pendekatan yang komprehensif mengenai penilaian kecederaan kepada kanak-kanak yang tidak disengajakan dan kaedah untuk mengelakkannya. Laporan ini juga merumuskan bahawa jika kaedah ini dilaksanakan, ia dapat menyelamatkan nyawa bagi sekurang-kurangya 1,000 orang kanak-kanak di seluruh dunia setiap hari.
Read more: 2,000 KANAK-KANAK MATI SETIAP TAHUN AKIBAT KEMALANGAN TIDAK DISENGAJAKAN
Dengan pertumbuhan pesat produk-produk yang berasaskan teknologi nano, para penyelidik, pengeluar, penguatkuasa dan pengguna semakin bimbang dengan keselamatan mereka dan kesan teknologi ini kepada persekitaran.
Untuk membantu mengatasi masalah ini, ISO telah menerbitkan Standard Antarabangsa (ISO) untuk menyokong ujian (Inhalation Toxicity) partikel nano.
Potensi teknologi nano adalah sangat besar, dan terdapat pelbagai aplikasi dari teknologi ini seperti ubat, kecantikan, teknologi maklumat, dan makanan.
Read more: BETAPA TOKSIKNYA PARTIKEL NANO? STANDARD ISO YANG BARU MEMBERIKAN PENJELASAN
Bagi mengelakkan diri anda menjadi mangsa penipuan dalam talian, anda hendaklah mengenal pasti perisian komputer yang tidak sah yang mungkin mencuri maklumat peribadi anda tanpa anda sedari.
1. Percaya gerak hati
Periksa harga jualan dalam talian berbanding harga pasaran perisian. Jika harga produk tersebut “terlalu menarik” mungkin barang tersebut tidak sah.
2. Pastikan perisian tulen
Rasa ragu-ragu dan berhati-hati dengan produk perisian yang tidak lengkap dengan bukti atau ketulenan seperti cakera asli, selain panduan, lesen polisi perkhidmatan dan waranti.
Read more: KENAL PASTI PERISIAN KOMPUTER TIDAK SAH UNTUK ELAKKAN KECURIAN MAKLUMAT PERIBADI
Kemalangan ngeri yang berlaku di Simpang Pulai pada tahun 2010 telah menyebabkan kematian 27 orang. Tiga tahun lalu, di Bukit Gantang, 22 orang telah meninggal akibat kemalangan yang sama, yang melibatkan bas ekspres.
Setiap tahun pasti berlaku kemalangan jalan raya yang membawa maut walaupun berbagai-bagai jenis kempen keselamatan jalan raya telah diadakan.
Berikut adalah beberapa persoalan berkaitan kemalangan bas ekspres yang boleh dijadikan sebagai panduan.
Ikuti 5 langkah ini. Anda pasti boleh melakukannya dalam 60 saat.
- Pastikan enjin dimatikan.
- Buka bonet dengan cermat dan pastikan ia terbuka dalam keadaan stabil dan selamat.
- Cari batang celup minyak pelincir yang biasanya dilabelkan sebagai minyak enjin. Cabut batang celup dan bersihkan dengan kain yang bersin atau bebas daripada kotoran atau habuk. Masukkan semula sepenuhnya dan cabut semula perlahan-perlahan untuk membaca tahap minyak pelincir.
- Jika tahap minyak pelincir di bawah tahap selamat, tambahkan minyak pelincir sewajarnya.
- Masukkan kembali batang celup dan tutup bonet dengan cermat. Pegang bonet lebih kurang 12 inci di atas penyelaknya dan biarkan ia turun ke tempatnya, dan tutup dengan menekan sedikit.
Perhatian: Jangan isi minyak minyak pelincir melebihi tahap maksimum
(Artikel ini dipetik daripada brosur pengedar minyak pelincir tempatan)
Saravanan Thambirajah
ERA Consumer Malaysia.
Page 7 of 13