KUALA LUMPUR: Trend pemasangan kamera ‘dashboard’ atau ‘dashcam’ dalam kenderaan oleh pemilik kenderaan terutama golongan muda sekarang ini adalah satu perkembangan yang positif.Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Siti Zaharah Ishak, berkata ia kerana dashcam yang mampu merekodkan pelbagai kejadian di atas jalan raya boleh dijadikan sebagai maklumat tambahan untuk mengenal pasti punca sesuatu kemalangan.“Contohnya, apabila berlakunya satu kemalangan, pada mulanya ia dikatakan terjadi kerana kecuaian pemandu. Namun selepas siasatan dibuat melalui rakaman dashcam, kita mendapati kemalangan berlaku kerana faktor lain seperti tayar meletup sehingga menyebabkan kenderaan hilang kawalan,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Pemasangan dashcam juga selari dengan usaha MIROS dan Kementerian Pengangkutan untuk menggalakkan masyarakat menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat termasuk berkaitan kemalangan jalan raya, katanya.Pada 20 Januari lepas, satu kemalangan ngeri di Km4.0 Jambatan Pulau Pinang yang mengorbankan seorang penuntut kolej swasta Moey Yun Peng, 20, selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 dipandunya dilanggar sebuah kereta lain jenis Toyota Vios, yang mana video rakaman dashcam kejadian itu tular dalam laman sosial.Baru-baru ini Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, walaupun menyedari akan kebaikannya, namun kerajaan belum mempunyai cadangan untuk mewajibkan pemasangan kamera itu pada setiap kenderaan di Malaysia kerana tidak mahu membebankan rakyat.

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman merekodkan kerugian sebanyak RM14.9 juta membabitkan kes penipuan Kod Pengesahan Transaksi (TAC) sepanjang tahun lalu.Pemangku Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, berbanding tahun 2017, jumlah kerugian yang dicatatkan menunjukkan peningkatan sebanyak RM3.3 juta."Pada tahun ini, sehingga hari ini kerugian yang direkodkan adalah RM440,000, dan ini menunjukkan tahap kesedaran masyarakat terhadap isu ini masih belum memuaskan."Saya ingin mengingatkan kepada orang ramai agar jangan sekali-kali menyerahkan nombor TAC yang diterima menerusi SMS kepada orang lain sekiranya tidak membuat sebarang transaksi, sebaliknya mereka perlu terus menghubungi bank," katanya.

Petaling Jaya - 11 Februari 2010, 16 syarikat pemegang konsesi lebuh raya telah memberikan diskaun bayaran tol kepada pengguna semasa musim perayaan tahun baru Cina, antara 5 hingga 20%. Sementara bagi pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) pula tidak dikenakan bayaran tol antara jam 11.30 malam dan 4.30 pagi pada 11 dan 15 Februari Lebuh raya.


Langkah yang dibuat oleh syarikat pemegang konsesi ini merupakan usaha yang baik kepada pengguna kerana ia dapat membantu mengurangkan kos pengangkutan kepada mereka apabila pulang berhari raya semasa perayaan tersebut.

Pengurangan bayaran tol merupakan langkah yang dibuat oleh syarikat pemegang konsesi semenjak kebelakangan ini bagi menyahut usaha kerajaan mengurangkan beban kewangan para pengguna akibat daripada kenaikan kos hidup.

Hal ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Pengguna hanya sering berhadapan dengan peringatan bahawa kadar tol akan dinaikkan apabila tiba tempoh semakan semula dibuat. Berdasarkan perjanjian penswastaan konsesi lebuh raya, pemegang konsesi berhak untuk meminta semakan kadar tol setiap tiga tahun. Sekiranya semakan tersebut tidak dapat dilakukan, kerajaan perlu membayar pampasan kepada syarikat konsesi.

Namun begitu, kebanyakan syarikat konsesi lebuh raya memberikan pengurangan kadar tol atau diskaun bagi perjalanan pada waktu malam. Ini bertujuan untuk menggalakkan pengguna lebuh raya membuat perjalanan pada waktu malam bagi mengelakkan kesesakan yang mungkin berlaku pada waktu siang.

Selain itu, pemberian diskaun ini juga menggalakkan pengguna kenderaan menggunakan lebuh raya untuk membuat perjalanan. Statistik laporan kemalangan oleh pihak polis menunjukkan bahawa sebahagian besar kemalangan yang berlaku semasa musim perayaan adalah di jalan raya persekutuan dan negeri.

Biarpun begitu, lebuh raya juga sering mengundang kemalangan dan seringkali kemalangan yang berlaku adalah kemalangan maut yang ngeri. Kemalangan yang berlaku pada 8 Februari lalu di Kilometer 252.3 Lebuh Raya Utara Selatan yang meragut nyawa enam sekeluarga menunjukkan keadaan kemalangan yang berlaku di lebuh raya. Kereta mangsa telah merempuh lori treler yang diletakkan dibahu jalan.

Selain itu, faktor keadaan permukaan lebuh raya yang tidak rata, sebahagian besar lebuh raya tidak mempunyai lampu jalan dan sebagainya antara punca kemalangan berlaku, selain daripada kecuaian pemandu yang memandu melebihi had yang ditetapkan dan mengantuk ketika memandu pada waktu malam.

Pemegang konsesi lebuh raya perlu membuat lebih banyak pemantauan semasa musim perayaan ini, khususnya pada waktu malam. Kenderaan ronda mereka perlu bergerak dengan lebih kerap bagi memantau keadaan lebuh raya di samping mengambil tindakan segera mengalihkan kenderaan berat yang rosak di bahu jalan. Tindakan tegas perlu diambil oleh penguatkuasa jika kenderaan berat ini sengaja meletakkan kenderaan di bahu jalan tanpa mengalami kerosakan.

Lembaga Lebuh Raya perlu meletakkan satu tempoh tertentu bagi pemegang konsesi lebuh raya memasang lampu jalan di semua lebuh raya. Jumlah kutipan tol yang kian meningkat saban tahun mencukupi untuk menampung bil elektrik lebuh raya. Kerajaan boleh meminta agar Tenaga Nasional Berhad memberikan kadar tarif elektrik yang lebih rendah. Ini bagi memastikan keadaan yang selamat bagi pengguna lebuh raya.

Pengguna juga perlu memastikan bahawa mereka berada dalam segar ketika memandu pada waktu malam. Sekiranya tumpuan mereka adalah kurang apabila memandu pada waktu malam, buatlah perjalanan pada waktu siang, walaupun berhadapan dengan kesesakan jalan raya. Sekurang-kurangnya mereka berada dalam keadaan yang selesa semasa memandu.

Mohd Yusof Abdul Rahman

SEREMBAN: Kompetensi pemandu kereta mahupun pengendali kenderaan berat serta kecuaian dan sikap ketika di jalan raya sering kali dikaitkan sebagai penyebab utama nahas jalan raya yang mengorbankan purata 20 orang setiap hari di negara ini.

Selain itu, sikap gemar memandu laju, jumlah peningkatan kenderaan, kawasan jalan yang beralun dan berlubang, cuaca, keadaan brek dan tayar kenderaan serta trend menggunakan telefon bimbit ketika memandu merupakan antara punca berlaku kemalangan jalan raya.

Fenomena ini sudah cukup menggambarkan antara sebab utama nahas jalan raya adalah faktor manusia dan justeru, pelbagai operasi dan kempen keselamatan dilaksanakan oleh pihak berkuasa ketika musim perayaan adalah untuk mendidik pemandu agar lebih berhemah di jalan raya.

Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), purata 20 orang maut setiap hari daripada 7,152 kes kemalangan maut dicatatkan sepanjang tahun lepas.

Pada setiap kali menjelang musim perayaan, ada sahaja berita kemalangan maut terpampang di dada akhbar seperti kereta terbabas, penunggang motosikal maut, terhimpit, terhumban dan tercedera.

Ahad lepas, peristiwa yang meragut lapan nyawa dengan enam daripadanya rentung dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 25 Jalan Bahau-Keratong, Jempol, Negeri Sembilan, merupakan tragedi yang sangat meruntun jiwa ketika umat Islam bakal menyambut Aidilfitri hujung minggu depan.
Dalam kejadian yang membabitkan tiga kereta Proton Exora, Perodua Myvi dan Toyota Vios serta sebuah treler yang membawa muatan sawit itu, dua insan menjadi yatim piatu dalam sekelip mata selepas kedua ibu bapa mereka terkorban dalam nahas itu.

Dalam insiden 2.20 petang itu, mangsa yang maut ialah enam sekeluarga yang menaiki kenderaan Proton Exora iaitu pemandu kenderaan berkenaan Wan Mohd Fauzi Wan Mohd Ibrahim, 52, dan isteri Masnoraida M Yussof, 44.

PETALING JAYA: The National Consumer Complaints Centre (NCCC) has issued an advisory against online beauty care shop LuxStyle which charges those who visit its website, even without agreeing to buy any of its products.

 

NCCC senior manager (legal and policy), Shabana Naseer Ahmad, said that they have received about 60 complaints on the online shop from consumers in Peninsular Malaysia since May.

 

Shabana said that LuxStyle advertises its products through social media platforms, including Facebook and Instagram, before leading consumers to its website via a link.

 

 

Keinginan untuk hidup berpasangan merupakan lumrah bagi setiap insan. Kesunyian dan kesepian sering mendorong golongan wanita dan lelaki bujang di luar sana untuk mengambil langkah mudah dan drastik dalam perhubungan.

 

Tambahan pula, aplikasi mudah alih yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan juga memudahkan mereka untuk mencari pasangan hidup. Namun, terdapat segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan terhadap mereka yang terdesak ingin mencari pasangan hidup.

 

Di Malaysia, kes ‘Love scam’ semakin menjadi-jadi dan kegiatan ini semakin licik dilakukan, yang kebanyakannya dilakukan oleh warga asing. Ramai rakyat Malaysia yang telah menjadi mangsa love scam ini.

 

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia perlu tahu kuasa pengguna yang dimiliki serta bijak dalam membuat keputusan serta mengambil tindakan terutamanya apabila berhadapan dengan kes penipuan dalam talian.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Henry Sum Agong berkata dalam arus ekonomi dunia yang tidak menentu dan penggunaan teknologi digital yang agresif, pengguna berhadapan isu kepenggunaan yang semakin mencabar.

"Oleh itu, pengguna perlu melengkapkan diri dengan ilmu kepenggunaan meliputi pelbagai aspek iaitu sosial, ekonomi dan persekitaran semasa," katanya semasa merasmikan Sambutan Hari Hak-hak Pengguna Sedunia 2017, di sini pada Rabu.
Menurutnya, tema sambutan 'Membina Pengguna Dunia Digital Yang Boleh Dipercayai' sangat bertepatan dengan kepesatan teknologi global ketika ini kerana rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam memanfaatkan teknologi yang ada.

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama)

Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengenal pasti kecuaian pengguna data (syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi) dan sikap rakyat Malaysia yang gemar berkongsi data peribadi, sebagai dua faktor utama kebocoran data peribadi terutamanya melibatkan nombor telefon bimbit, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menurut kementerian itu, di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709), setiap syarikat pengguna data wajib mematuhi tujuh Prinsip Perlindungan Data Peribadi dalam mengendalikan data peribadi milik pelanggan bagi memastikan data peribadi tersebut tidak disalahgunakan.

"Kegagalan mematuhi prinsip-prinsip ini merupakan suatu kesalahan yang mana jika sabit kesalahan, pengguna data boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

With the fast-growing technology that is taking place currently, the Internet has become a tool for consumers to gather information, make purchases at any time, compare prices and above all, save all the hustle and bustle of the city from going through the bad jam just to get to a shopping mall.

It is undeniable to say that the number of online shoppers is steadily increasing and will continue to increase with the increasing number of computers and the availability of Wifi, hotspots and broadband. Thus emerges the group called e-consumers.