Penjamin sering mangsa apabila peminjam gagal membuat bayaran balik pinjaman yang dibuat daripada institusi kewangan.

Penjamin dibahagikan kepada dua iaitu penjamin korporat dan penjamin sosial. Orang yang menjadi penjamin sosial adalah orang biasa yang menjalani kehidupan biasa. Biasanya penjamin sosial ialah orang yang menjadi penjamin untuk menolong ahli keluarga sendiri atau kawan mereka bagi pembelian kereta, rumah atau biasiswa tanpa mempunyai kepentingan kewangan. 

Jika penjamin sosial menjadi penjamin kepada peminjam yang gagal membuat pembayaran balik kepada institusi kewangan, mereka akan terperangkap di tangan institusi kewangan kerana mereka terikat dengan undang-undang semasa tandatangan dokumen pinjaman sebagai penjamin.

Semenjak kebelakangan ini, bank-bank dan syarikat pengeluar kad kredit semakin  agresif mempromosi kad kredit di tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah, pasar raya besar dan sebagainya. 

Ramai pengguna yang telah berjaya dipikat untuk memiliki kad kredit melalui promosi agresif tersebut. Malangnya, mereka ini tidak terjamin sebarang bentuk perlindungan atau kepentingan keselamatan daripada taktik pemasaran seperti ini. Tiada jaminan bahawa pengguna itu tidak menjadi mangsa penipuan, yang mungkin berperanan sebagai ejen atau staf pengeluar kad kredit untuk mendapatkan data peribadi untuk sesuatu aktiviti yang tidak beretika. 

Pengguna sentiasa terdedah dengan risiko tinggi bahawa mereka boleh menjadi mangsa kegiatan mencuri identiti. Yang menjadi kebimbangan utama adalah mereka yang tidak bertanggungjawab mungkin menggunakan data peribadi pengguna untuk membuat permohonan kad kredit daripada bank lain atau menjual maklumat kepada pihak ketiga.

Pada masa sekarang, terdapat ramai pengguna yang telah menggunakan perkhidmatan masa hadapan yang berkaitan dengan perkhidmatan mengurangkan berat badan, kecantikan muka, masalah rambut dan pusat kecergasan badan.

Ini disebabkan oleh naluri pengguna yang sukakan kecantikan dan ingin memiliki bentuk badan yang cantik. Kebanyakan pengguna yang menggunakan perkhidmatan masa hadapan adalah wanita. 

Berdasarkan rekod aduan yang diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), 90% daripada mereka ini membayar melalui kad kredit. Bayaran menggunakan kad kredit itu dibuat secara ansuran.

Ramai pengguna berfikir bahawa pajak gadai meruapakan cara yang mudah, selesa dan cepat untuk mendapatkan wang. Ia memang betul jika anda dapat menebus balik barangan yang digadai. Namun anda boleh ditipu oleh pekedai pajak gadai yang tidak jujur. Oleh itu, anda perlu berwaspada supaya tidak tertipu/terpedaya.

Definasi:
a) Pemegang Pajak Gadai
Orang yang menjalankan perniagaan mengambil barang-barang sebagai pajak gadai digelar sebagai pemegang pajak gadai. Ini termasuklah orang yang menerima barang seseorang lain sebagai cagaran untuk pernbayaran balik wang yang tidak lebih dari RM5,000 yang telah didahulukan. Sebagai contoh : A, seorang yang mempunyai wang telah meminjamkan RM100 kepada B yang memerlukan wang itu. Sebagai jaminan untuk pernbayaran balik wang itu, B meninggalkan dengan A sebentuk cincin emas. A di sini disifatkan sebagai seorang yang menjalankan perniagaan mengambil barang barang sebagai pajak gadai. Begitu juga halnya dengan seseorang yang membeli atau menerima barang-barang dan meminjam kepada orang itu sejumlah wang tidak melebihi RM5,000 dengan satu perjanjian atau persetujuan bahawa barang itu boleh dibeli kembali atau ditebus berdasarkan syarat-syarat tertentu.

Bolehkah anda hidup tanpa melayari Facebook? Adakah anda mengemas kini akaun Facebook setiap hari? Adakah anda juga tergesa-gesa hendak berkongsi gambar anda dengan kawan-kawan anda menerusi Facebook? Jika jawapan anda ialah ya, anda mungkin ialah salah seorang daripada mereka yang menyumbang untuk menjadikan Malaysia salah satu negara yang mempunyai pengguna Facebook yang ramai di dunia. 

Menurut laporan daripada kajian TNS Survey International, rakyat Malaysia mempunyai rakan Facebook yang paling ramai di dunia, iaitu secara purata setiap pengguna Facebook mempunyai sebanyak 233 rakan dalam akaun mereka. Rakyat Malaysia juga menghabiskan masa yang paling banyak di Facebook, iaitu sebanyak 9 jam seminggu. Facebook juga merupakan laman sosial yang paling banyak dikunjungi oleh rakyat Malaysia, yang mempunyai lebih daripada 10 juta pemilik akaun Facebook. Jumlah ini dijangka akan melebihi 20 juta pada tahun 2012. Pengguna Facebook di Malaysia juga merupakan pengguna Facebook yang paling aktif di dunia. 

Berdasarkan statistik yang mengagumkan ini, adakah anda menyedari risiko di sebaliknya? Facebook mempunyai ahli sebanyak 400 juta di dunia. Pada Februari 2010, laman sosial ini telah berjaya menarik sebanyak 100 juta pengguna mengguna telefon bimbit mereka melayari laman ini secara aktif. Kini terdapat lebih daripada 3 bilion gambar dimuatnaikkan ke Facebook setiap bulan,  dan lebih daripada 500,000 aplikasi yang aktif wujud di  platform tersebut.

Berekreasi di pusat gym merupakan satu aktiviti yang boleh melegakan badan dan menghilangkan tekanan. Walau bagaimanapun, jika peralatan gym tidak digunakan dengan betul, ia akan mengakibatkan kecederaan yang serius.

Jadi, semasa berada di dalam pusat gym, beberapa perkara yang perlu anda ketahui dan mengambil langkah-langkah pencegahan.
Tip-tip keselamatan

Kebakaran bangunan biasanya berlaku tanpa sebarang amaran dan menyebabkan penghuni bangunan yang terbabit hanya mempunyai sedikit masa untuk bertindak sama ada untuk memadam kebakaran itu ataupun menyelamatkan diri.

Terdapat empat peringkat kemarakan api iaitu peringkat awal nyalaan (incipient fire), peringkat kemarakan (fire growth), peringkat kemarakan maksimum (fully developed fire) dan peringkat penurunan kebakaran (fire decay).

Kebakaran biasanya boleh dikawal daripada merebak pada peringkat awal nyalaan sekiranya dikenal pasti dengan segera. Ia akan menjadi kritikal dan serius apabila berada di peringkat kemarakan dan peringkat kemarakan maksimum.

Oleh itu, langkah pencegahan terhadap risiko kebakaran merupakan kaedah yang paling efektif untuk mengelakkan ancaman kebakaran. umpama pepatah ‘mencegah lebih baik dari mengubati’ atau ‘sediakan payung sebelum hujan’.

Pada 11 April, media melaporkan berita tentang seorang pengguna yang terperdaya dengan e-mel yang diterima, yang menyatakan bahawa akaun banknya telah dibekukan. Bagi membolehkan akaun tersebut diaktifkan semula, pengguna tersebut diminta untuk memasukkan nama pengguna dan kata laluan di dalam laman web yang disertakan pautannya dalam e-mel tersebut. Laman web tersebut seakan-akan laman web bank pengguna tersebut. Selepas butiran peribadi tersebut dimasukkan, sebanyak RM 5,000 dalam akaun pengguna tersebut telah lesap. 

Perkhidmatan perbankan internet telah bermula di Malaysia sejak tahun 2001. Menurut kajian yang dijalankan oleh AC Nielsen, perbankan internet merupakan salah satu perkhidmatan yang popular digunakan oleh pengguna internet di Malaysia.

Setiap hari, pasti ada pengguna yang berkemungkinan menjadi mangsa penipuan perniagaan telepemasaran. Memang tidak dapat dinafikan yang telepemasaran merupakan trend perniagaan masa kini. Industri bergantung kepada cara pemasaran yang membolehkan mereka berhubung terus kepada pelanggan mereka.

Namun, bagi pengguna pula, jika mereka bukan pengguna yang bijak, mereka akan mudah tertipu atau tidak sedar akan syarat-syarat dan caj-caj yang terselindung.

Kurang kesedaran dan taktik pemasaran yang menarik membuatkan pengguna terjerat dalam apa juga promosi telepemasaran tanpa mengetahui risiko yang akan berlaku.

Pengguna tidak tahu syarat dan terma serta terma pengecualian yang mungkin akan mengagalkan sebarang tuntutan mereka pada masa hadapan. Hanya selepas beberapa tahun apabila menghadapi masalah, baru pengguna sedar bahawa mereka tertipu.