Of late, there has been an increase in complaints with regards to e-purchases. This could also reflect the increase of websites which are purported for advertising the provision of discounted services by a certain company. As most people use the internet on a daily basis for various purposes, one is more often than not to come across services advertised for a discounted price, valid only for a specific period of time. The services offered may vary from home cleaning services, massages, spa, facial and etc. The alluring nature of such advertisements put together with the pressure of time constraint is seen to have a positive impact in compelling the consumers to make such e-purchases.
As appealing as these online advertisements may sound and look, complaints that we receive from a time to time basis suggest that some of these purchases turn bad after a certain period as they are attached with an expiry date for redemption. Due to the nature of these purchases, consumers may enjoy these services by redeeming them only for a limited time period. Redemption is usually done by an online booking or calling up these companies directly to fix an appointment.
Institusi kewangan di Malaysia semakin berkembang dan berdaya saing dalam memperkenal produk perbankan mereka kepada semua lapisan masyarakat.
Pelbagai jenis produk ditawarkan kepada semua peringkat umur tidak kira sama ada kanak- kanak, remaja, golongan dewasa mahupun warga emas. Kedua- dua institusi perbankan Islam dan konvensional sama hebat dalam mempromosikan produk mereka, seperti akaun simpanan, pelaburan, pinjaman, kad kredit, insurans dan pelbagai lagi.
Seperti yang sedia maklum, kadang kala pihak bank akan menghubungi bakal pelanggan untuk menawarkan produk mereka. Segala penerangan tentang yang berkaitan produk mereka akan diterangkan menerusi panggilan telefon tersebut.
Menyedari tentang kepentingan menggunakan saluranini, maka terdapat sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menghubungi para pengguna dan memperkenal diri mereka sebagai wakil pihak bank. Produk yang sering digunakan oleh mereka adalah insurans dan takaful.
Read more: BERHATI-HATI APABILA MENERIMA PANGGILAN TELEFON EJEN BANK
Pengguna akan diwar warkan dengan pakej-pakej yang menarik, melalui broshur, dan dengan tawaran percuma, pemberian baucer percuma, percubaan percuma tetapi ianya hanya perangkap untuk menarik pelanggan.
Sebagai pengguna adalah penting mendapatkan maklumat lengkap, keadaan ini berlaku jika jurujual menjual atau perkhidmatan produk untuk mendapatkan kuota jualan yang tinggi, oleh itu jurujual akan berlumba-lumba untuk mendapat komisen yang tinggi. Jurujual akan diajar cara untuk memikat pelanggan sehingga pelanggan akan menandatangani kontrak tanpa meneliti terma dan syarat. Pelanggan juga akan tertarik dengan pengiklanan melalui broshur dan tawaran yang diberikan tanpa mengetahui terma terma yang tertera.
Antara aduan yang sering diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) ialah perkhidmatan bengkel kenderaan. Kenderaan, sama ada kereta atau motosikal merupakan aset penting bagi pengguna kerana ia merupakan keperluan harian untuk ke tempat kerja atau pergi sesuatu destinasi.
Namun begitu, akibat daripada perkhidmatan bengkel yang tidak memuaskan menyebabkan pengguna sering mengalami kerugian. Antara masalah tersebut ialah mutu pembaikan yang rendah, alat ganti tiruan atau tidak berkualiti, kerja pembaikan yang melebihi daripada apa yang diminta, bayaran tinggi dan kerja pembaikan lambat dilakukan.
Sebelum sesuatu kerja pembaikan dilakukan, anda perlu mendapatkan butiran sebut harga pembaikan terlebih dahulu. Setelah anda bersetuju dengan kerja pembaikan yang akan dilakukan serta bayaran yang dikenakan, barulah anda membenarkan kerja pembaikan dilakukan.
Read more: BERHATI-HATI APABILA MENDAPATKAN KHIDMAT BENGKEL KENDERAAN
Sekiranya berlaku sesuatu kemalangan yang kritikal di tapak kemudahan nuklear, maka, bukan sahaja penting untuk bertindak dengan secepat mungkin terhadap kemalangan itu, tetapi yang lebih penting lagi ialah persediaan untuk bertindak balas terhadap keadaan yang cemas itu.
Standard ISO yang baru diwujudkan, iaitu ISO 11320:2011, Nuclear criticality safety – Emergency preparedness and response, bertujuan untuk menyediakan kriteria bagi pembentukan dan pelaksanaan tindakan yang cepat bagi mengurangkan akibat kemalangan nuklear yang kritikal.
Selain itu, kemalangan tersebut jika tidak dikawal dengan segera boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia dan keselamatan, kualiti hidup, harta dan alam sekitar.
Read more: STANDARD ISO BARU BAGI MENGHADAPI KECEMASAN DI TAPAK NUKLEAR
Organisasi Standard Antarabangsa (ISO) telah menerbitkan satu standard baru bagi pengurusan kecemasan dan tindak balas kemalangan yang disebabkan oleh bencana, serangan pengganas dan insiden-insiden yang lain.
Standard baru ini akan membantu menyelamatkan nyawa, mengurangkan kemudaratan dan kerosakan serta memastikan kesinambungan perkhidmatan asas seperti kesihatan, unit penyelamatan, bekalan air dan makanan, elektrik dan penghantaran bahan api
Prof. Ernst-Peter Döbbeling, Convener kumpulan kerja yang membangunkan standard ini menerangkan bahawa bantuan daripada organisasi awam dan swasta amat diperlukan di peringkat antarabangsa, serantau atau kebangsaan apabila menghadapi sesuatu kecemasan.
Persediaan Sebelum Banjir:
- Elakkan daripada membina bangunan di kawasan yang berisiko banjir;
- Selenggara parit/longkang/saliran air supaya tidak tersumbat;
- Simpan nombor-nombor perhubungan penting seperti nombor ahli keluarga, jiran, balai polis terdekat, bomba untuk kegunaan semasa kecemasan;
- Peka kepada keadaan sekeliling, bunyi/ isyarat-isyarat amaran serta kenal pasti laluan tinggi dan selamat untuk ke pusat pemindahan;
- Bersiap sedia untuk berpindah sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa;
- Dapatkan maklumat terkini cuaca dan situasi banjir melalui saluran radio, televisyen dan internet;
- Simpan semua dokumen penting di dalam bekas/beg/fail di tempat yang tinggi dan mudah diambil sekiranya perlu berpindah ke pusat pemindahan;
Pertanian untuk makanan yang selamat merupakan faedah utama yang disasarkan oleh spesifikasi teknikal ISO yang baharu dan terkini dalam siri standard ISO 22000 bagi sistem pengurusan keselamatan makanan.
Ladang merupakan bahagian yang utama dalam rantaian bekalan yang membawa makanan ke meja dapur. Oleh itu, spesifikasi teknikal ISO yang baharu, iaitu ISO/TS 22002-3-2011 telah diwujudkan untuk memastikan pekebun melaksanakan amalan yang terbaik dalam mengamalkan persekitaran yang bersih dan memainkan peranan mereka dalam mengawal keselamatan makanan dalam rantaian makanan.
Read more: ISO/TS 22002-3: STANDARD UNTUK MAKANAN YANG SELAMAT DARIPADA LADANG
Sejak kebelakangan ini, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menerima semakin banyak aduan pengguna mengenai mutu perkhidmatan dan produk dalam sektor salun kecantikan.
Menurut kebanyakan pengadu, mereka terjebak ke dalam perangkap apabila mereka tertarik dengan iklan yang memaparkan perkataan-perkataan seperti sesi percubaan percuma bernilai RM139, sesi percubaan percuma selama 7 hari dan lain-lain lagi. Apabila mereka tiba di pusat kecantikan atau kesihatan tersebut, mereka diberitahu bahawa sejumlah wang perlu dibayar ataupun perlu menjadi ahli sebelum mereka boleh menikmati sesi percubaan percuma tersebut.
Selain itu, pengadu-pengadu juga menerima pesanan ringkasan (SMS) daripada pusat-pusat kecantikan yang mengatakan mereka telah ‘terpilih’ untuk mencuba sesi percubaan percuma tersebut.
Page 4 of 13