GlaxoSmithKline (GSK) mengumumkan bahawa produknya, Krim Pelekat Gigi Polident (Polident Denture Adhesive Cream) yang dipasarkan di Malaysia, selamat dan berkesan apabila digunakan menurut arahan yang ditetapkan.
Pengumuman ini dibuat selepas syarikat induk GSK, iaitu GlaxoSmithKline PLC menarik balik secara sukarela produk pelekat gigi yang mengandungi zink, yang dikatakan boleh menyebabkan risiko keselamatan apabila digunakan dalam tempoh yang lama.
GSK telah didakwa di mahkamah kerana telah menjual produk pelekat gigi yang mengandungi zink.
Sekumpulan pengguna di California mendakwa GSK telah menjual krim pelekat gigi super poligrip yang mengandungi zink, walaupun menyedari bahawa zink boleh menyebabkan masalah keselamatan yang serius, termasuk penyakit neurologik.
GSK mengatakan produk Krim Pelekat Gigi Polident yang dijual di Malaysia tidak mengandungi zink. Oleh itu ia tidak terlibat de penarikan balik itu.
Mohd Yusof Abdul Rahman
19 Februari 2010
Baru–baru ini Health Canada telah mengeluarkan arahan untuk menarik balik satu produk berjenama Complete 7-Day Cleanse daripada pasaran di Kanada kerana produk tersebut disyaki mendatangkan bahaya kepada pengguna. Menurut Health Canada, produk tersebut yang bertujuan untuk ‘membersihkan’ badan daripada dalam tetapi kini mengesyaki bahawa kombinasi kandungan dalam produk tersebut boleh mendatangkan kesan sampingan di mana ia akan menyebabkan seseorang pengguna itu mengalami dihidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit dalam badan.
Akhbar Reuters pada 22hb Januari 2010 telah melaporkan bahawa 4.2 juta buah kereta Toyota baru-baru ini telah ditarik balik (recalled) daripada pasaran seluruh dunia. Pada tahun 2009, Toyota telah mengeluarkan 9 arahan tarikan balik besar-besaran; kereta buatannya dan salah satu punca penarikan balik adalah sama dengan punca penarikan balik baru-baru ini iaitu berkaitan ’accelarator pedal’. Hari ini akhbar Yomiuri Shimbun di Jepun telah melaporkan bahawa satu lagi notis penarikan balik kereta Toyota model hibrid Prius, Sai dan Lexus akibat salah fungsi sistem brek kereta, telah dikeluarkan oleh Toyota. Kali ini melibatkan 437,000 kereta di seluruh dunia.
Bulan lalu Honda pula mengeluarkan notis penarikan balik kereta model Fit, Jazz dan City akibat kegagalan suis tingkap kereta – faulty window switch. Penarikan balik ini akan melibatkan 646,000 unit kereta di seluruh dunia. Baru-baru ini lebih daripada 370,000 lagi kereta Honda ditarik balik dan 17,000 daripada unit yang ditarik balik adalah di Jepun, Australia dan negara Asia yang lain. Penarikan balik kali ini disebabkan salah fungsi ’air-bag’.
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) sangat bimbang tentang ketiadaan agensi kerajaan seperti ”National Highway Traffic Safety Administration” NHTSA di Amerika Syarikat yang dapat melaksanakan tanggungjawab melindungi pemilik kereta persendirian dan awam daripada produk (kereta / kenderaan dan alat-ganti) yang tidak mematuhi standard keselamatan.
Kami juga sangat khuatir dengan ketiadaan peruntukan untuk menghukum pengeluar, penjual, pengedar perkakas atau kelengkapan perlindungan diri untuk pengguna jalan-raya – seperti topi keledar, ’visor’, tali pinggang keselamatan, baju dengan ’reflector’ dan lain-lain yang tidak mematuhi keperluan standard keselamatan.
Pada tahun lalu (2009) Standards Users telah menulis kepada beberapa agensi di bawah Kementerian Pengangkutan seperti Jabatan Keselamatan Jalan Raya, MIROS dan Jabatan Pengakutan Jalan untuk mendapatkan maklumat tentang produk-produk berkaitan yang ditarik balik disebabkan tidak mematuhi standard keselamatan. Antara peralatan melindungi diri - mengikut Akta Pengangkutan Jalan, adalah topi keledar motosikal.
Malangnya JKJR telah memberitahu (secara bertulis) bahawa tiada penarikan balik dilakukan. Penunggang motosikal yang didapati memakai topi keledar yang tidak diiktiraf mengikut Standard Malaysia (MS) (MS 1:1996 – Spesifikasi Topi Keselamatan Untuk Pengguna Kenderaan), akan/telah diberi topi keselamatan yang baru, tanpa apa-apa tindakan terhadap penjual topi keledar (yang tidak selamat) di pasaran. Sehingga akhir tahun 2008, lebih daripada 70,000 unit topi keledar telah diedarkan. Standards Users berpendapat bahawa cara ini hanya akan membebankan Kementerian dan tidak ’sustainable’ (mapan) kerana bergantung kepada sumbangan pihak luar (persendirian serta agensi kerajaan lain).
Jika ditinjau kes penarikan balik secara sukarela oleh Toyota dan Honda dan juga atas penarikan balik atas desakan NHTSA, Amerika Syarikat ia memberikan maklumat tentang faktor-faktor yang boleh digunapakai untuk menjayakan program dan dasar keselamatan jalan raya di Malaysia.
Faktor pertama adalah peraturan kendiri sahaja tidak mampu menjamin keselamatan produk dan perkhidmatan untuk pengguna. Walaupun Toyota dan Honda merupakan pengeluar kereta terbesar di dunia dan boleh dikatakan mempunyai imej yang secara relatif mempunyai nilai pasaran yang tinggi tetapi masih memerlukan pantauan dan penguatkuasaan agensi seperti NHTSA untuk mendesak penarikan balik kereta yang tidak selamat dari pasaran. Faktor kedua adalah keperluan undang-undang yang menggariskan kriteria keselamatan sesebuah kenderaan dan alat-alat ganti yang jelas dan penguatkuasaan (pemantauan) yang efektif.
Selain daripada pendidikan untuk mewujudkan kesedaran kepentingan keselamatan jalan-raya, JKJR, JPJ, MIROS, dengan kerjasama Jabatan Standard Malaysia (STANDARDS MALAYSIA), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) perlu membangunkan garispanduan untuk pengeluar, pengimport dan pengedar kenderaan dan alat-alat ganti kenderaan untuk mengeluarkan, mengimport atau mengedar kenderaan dan alat-alat ganti yang diiktiraf selamat. Jika didapati keperluan tersebut tidak dipatuhi, pengeluar, pengimport atau pengedar dengan arahan pihak berkuasa perlu menarik balik atau melaksanakan tindakan pembetulan ke atas masalah keselamatan tersebut.
Standards Users berpendapat bahawa fungsi dan peranan agensi-agensi berkaitan keselamatan jalan raya (udara dan juga laut) perlu ditinjau supaya peranan penguatkuasaan aspek-aspek keselamatan digariskan dengan jelas dan dilaksanakan oleh satu agensi khas untuk tugas tersebut.
Jelas sekali disini, wujud keperluan Akta Keselamatan Kenderaan atau Peraturan Keselamatan Kenderaan yang merangkumi keperluan penarikan balik kenderaan atau alat-alat ganti kenderaan yang tidak memenuhi keperluan standard keselamatan.
Sebagai langkah melindungi diri mereka, pengguna kenderaan dan jalan raya di Malaysia, berhak mendapatkan maklumat betul mengenai tahap pematuhan standard keselamatan sesuatu kenderaan yang mereka beli. Pengguna juga perlu tahu rekod prestasi keselamatan sesuatu model kereta yang mereka ingin beli. Agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap keselamatan kenderaan di Hong Kong memberikan maklumat seperti di atas kepada pengguna yang ingin membeli kereta. Maklumat prestasi keselamatan sangat membantu pengguna mendapatkan nilai wang yang berpatutan (value for money) semasa membeli kereta atau motosikal.
Y.Bhg Dato’ Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) telah menerima lebih daripada 1100 aduan yang berkaitan dengan pembelian kereta persendirian. Maklumat yang paling penting adalah sebanyak 274 aduan daripada 1100 aduan tersebut adalah berkaitan dengan isu kualiti dan keselamatan. Antara aduan kualiti dan keselamatan yang diterima adalah:
enjin kereta tiba-tiba memanas melebihi had kritikal
semua meter penunjuk pada ’dashboard’ (aras minyak, suhu enjin dan kelajuan) tidak berfungsi
’power window’ cepat rosak
Aduan berkaitan kualiti dan keselamatan kereta paling banyak diterima untuk kereta jenama tempatan dan jenama Kia (sumber data aduan daripada NCCC).
Dengan meningkatnya kesan pemanasan global dan Malaysia tidak ketinggalan merasakan kesan perubahan iklim, sektor pengangkutan menjadi salah satu sasaran utama dalam mengurangkan pengeluaran gas-gas rumah hijau. Beberapa pengeluar kereta berjenama telah melancarkan model hibrid dan juga model kereta mereka yang cekap penggunaan bahanapi. Walaupun beberapa pengeluar mungkin telus dalam tuntutan cri-ciri mesra alam sekitar jenama atau model mereka, tetapi ada juga tuntutan yang menyeleweng dan tidak memberikan maklumat secukupnya tentang ciri-ciri mesra alam sekitar sesuatu model.
Kementerian Pengangkutan harus meninjau dasar kerajaan berkaitan sistem pengangkutan dan juga infrastruktur pengangkutan bersama-sama dengan lain kementerian dan agensi kerajaan supaya sektor pengangkutan dapat menyumbang kepada pengurangan pengeluaran karbon sebanyak 40% yang dijamin oleh Perdana Menteri kita sejurus selepas beliau kembali daripada persidangan COP ke-15 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bulan Disember lalu (2009).
Standards Users berharap Kementerian Pengangkutan dapat mengorak langkah dengan kadar segera untuk menangani isu-isu keselamatan kenderaan dan alat-alat ganti kenderaan yang tidak selamat di pasaran. Ini termasuk isu-isu keselamatan peralatan perlindungan diri untuk pengguna jalan raya- yang tidak mematuhi standard keselamatan.
Keselamatan alat permainan kanak- kanak sememangnya telah menjadi suatu isu yang membimbangkan ibu bapa. Alat permainan kanak- kanak yang tidak mematuhi standard keselamatan telah menyebabkan pelbagai masalah, dan salah satu contoh ialah kandungan plumbum yang tinggi.
Kandungan plumbum ini wujud dari cat- cat yang digunakan untuk mengecat alat permainan- kanak – kanak. Satu persoalan yang sering kali ditimbulkan oleh ibu- bapa ialah “ Bagaimana saya hendak memilih alat permainan yang selamat untuk anak saya?’ Salah satu cara untuk memilih alat permainan yang sesuai untuk anak anda adalah dengan melihat kepada pelekat pada kotak alat permainan yang menyatakan umur yang sesuai untuk dibeli.
Alat permainan berikut telah ditarik balik dari pasaran oleh U.S Consumer Product safety Commission bersama- sama dengan St. Martin’s Press LLC, New York kerana didapati mengandungi kandungan plumbum pada tahap yang tinggi. Alat permainan yang berbentuk buku tersebut adalah “ Big Rex and Friends Cloth Books”. Tajuk buku ini mempunyai nombor ISBN 031249260X. Bilangan alat permainan yang telah ditarik balik adalah sebanyak 204,000 unit.
Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia memandang serius mengenai perkara ini kerana di Malaysia, standard keselamatan untuk alat permainan belum lagi dijadikan mendatori dan peraturan keselamatan alat permainan belum lagi dikuatkuasakan. Setakat ini terdapat tujuh jenis peraturan kanak- kanak yang akan dikuatkuasakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kooperasi & Kepenggunaan pada bulan Julai 2010.
Sehingga itu, Persatuan Pengguna- Pengguna Standard berpendapat bahawa adalah penting bagi pengguna untuk lebih berhati- hati dalam membeli alat – alat permainan untuk anak- anak mereka.
Notis mengenai tahap keselamatan alat permainan ini telah dihantar ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kooperasi & Kepenggunaan untuk mendapatkan status terkini mengenai penarikan balik alat permainan ini.
Contoh “ Big Rex and Friends Cloth Books” yang telah ditarik balik dari pasaran
18hb Januari 2010
Ms. Mohana Priya
Manager - Information, Standards & Quality
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Pengakuan bahawa “bukan diimport dari China” dan “yakin bahawa produk kami tidak dicemari” bukan cara untuk menyelesaikan isu pemcampuran sengaja (bukan TERCEMAR) bahan kimia industri dikenali melamine ke dalam produk makanan.
Kita harus TIDAK mudah menerima kenyataan dan pengakuan oleh peniaga yang juga melakukan pelbagai aksi seperti meminum minuman mereka untuk menangani kekutiran di kalangan umum.
Isu melibatkan risiko keselamatan kepada pengguna MESTI mengambil PENDEKATAN BERWASPADA (Precautionary Approach) dan bukan terlalu mementingkan peniaga yang menjadi punca gejala seperti dan akan terus mengambil mudah sehingga membahayakan kepada keselamatan pengguna termasuk kematian dan kecacatan.
Kejadian pencampuran sengaja bahan melamine ke dalam rumusan Susu Bayi di China adalah akibat pihak berwajid terlaku yakin dan menerima pengakuan dan pengesahan tanpa kepastian melalui analisis kimia serta gejala rasuah.
Kejadian tersebut seharusnya menjadi pengajaran kepada pihak berkuasan dan juga pengeluar multinasional yang bertanggungjawab supaya pengesahan dan jimanan berasaskan kepada bukti-bukti sahih dan betul bukan sekadar slogan pemsaran dan gelagat publisiti untuk media.
Produk diimport dari Australia, New Zealand atau Europah tidak menjamin kebenaran seperti berlaku tidak lama dahulu pada Pan Pharmaceuticals Limited dari Australia.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi,
MUHAMMAD SHA’ANI BIN ABDULLAH (013-3363 647)
Ketua Eksekutif
Pusat Khidmat aduan Pengguna Nasional (NCCC)
Page 11 of 11