Harga petrol Ron 97 dinaikkan sebanyak RM2.70 seliter pada 2 April 2011. Harga ini menyamai harga petrol pada 5 Jun 2008. Perbezaannya ialah kenaikan harga RON97 pada masa ini berdasarkan harga bahan api di pasaran antarabangsa.
Kerajaan tidak lagi memberikan subsidi bagi RON97. Dalam masa yang sama harga petrol RN95 masih kekal RM1.90 seliter. Pada 4 April lalu, harga minyak mentah di pasaran antarabangsa meningkat sebanyak AS$108 setong.
Pengguna bimbang kenaikan harga pertol ROM97 akan menyebabkan harga barang dan perkhidmatan meningkat, sebagaimana yang berlaku pada tahun 2008. Ketika itu kerajaan tidak dapat mengawal kenaikan harga barang kerana ia bukannya barang kawalan.
Read more: TINDAKAN TEGAS TERHADAP PENIAGA YANG MENAIKKAN HARGA
Bermula pada 1 April 2011, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 akan dikuatkuasakan. Akta baru ini menggantikan Akta Kawalan Harga yang telah wujud semenjak tahun 1946.
Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan ini merupakan akta yang amat penting bagi pengguna kerana ia dapat melindungi pengguna daripada peniaga yang menjual barang dengan harga yang tinggi dan tidak munasabah, dengan tujuan untuk mengaut keuntungan yang berlebih-lebihan.
Dalam akta ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan melantik seorang pengawal harga, timbalan pengawal harga dan pegawai-pegawai lain dilantik untuk melaksanakan peraturan yang terdapat di bawah akta ini.
Pengawal harga, dengan kelulusan Menteri KPDNKK, diberi kuasa untuk menentukan harga dan caj maksimum, minimum atau tetap harga dan perkhidmatan bagi setiap rangkaian pembekalan daripada peringkat pengeluar sehingga peruncit.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan kempen penurunan harga barang bermula pada 15 Jun sehingga 31 Ogos 2011. Ia akan melibatkan 50 sektor perniagaan di seluruh negara.
Sebelum itu, KPDNKK juga merancang untuk mengadakan jualan gudang yang membabitkan 20 buah syarikat pengeluar barang. Kedua-dua usaha ini sebagai langkah untuk membantu pengguna membeli barang keperluan asas pada harga yang rendah.
Kempen penurunan harga barang dan jualan gudang merupakan langkah yang baik dan amat dialu-alukan. Sebelum ini pun, KPDNKK pernah menganjurkan kempen yang seumpamaini ketika berlaku kenaikan harga barang.
Read more: WUJUDKAN RANGKAIAN KEDAI RUNCIT BAGI BANTU PENGGUNA BELI PADA HARGA RENDAH
Telefon bimbit telah menjadi satu keperluan bagi masyarakat pada zaman sekarang. Terdapat golongan masyarakat, terutamanya golongan muda, yang hidup mereka tidak dapat dipisahkan daripada telefon bimbit. Ini disebabkan oleh pelbagai perkhidmatan yang dapat dibekalkan daripada telefon bimbit di zaman sekarang, seperti melayari internet, mengambil gambar, menulis blog, muat turun lagu dan pelbagai aktiviti lagi. Orang ramai menggunakan telefon bimbit semasa di sekolah, tempat kerja, ketika memandu dan juga semasa berjalan kaki.
Namun begitu, penggunaan telefon bimbit tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya di semua tempat. Ini terutamanya di kawasan yang boleh terganggu oleh isyarat yang terdapat pada telefon bimbit, seperti di hospital, dalam kapal terbang dan sebagainya. Begitu juga, telefon bimbit tidak boleh digunakan semasa memandu kenderaan.
Read more: HARAMKAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT KETIKA MEMANDU
15 Mac 2011, Petaling Jaya – Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mencadangkan supaya sebuah suruhanjaya ditubuhkan sebagai penyelaras program pendidikan kewangan di negara ini. Suruhanjaya tersebut dikenali sebagai Suruhanjaya Pendidikan Kewangan Kebangsaan.
Cadangan tersebut dikemukakan oleh Dato’ Paul Selva Raj, Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA dalam sidang media yang diadakan sempena Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia 2011 di sni hari ini. Tema Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia bagi tahun 2011 ialah Pengguna Berhak Mendapatkan Perkhidmatan Kewangan Yang Saksama.
Skim Rumah Pertamaku yang dikhususkan untuk golongan muda memiliki rumah tanpa perlu membayar deposit 10 peratus amat dialu-alukan. Skim ini dapat membantu golongan muda ini memiliki rumah pada usia muda dengan tempoh bayaran sehingga 30 tahun.
Melalui skim ini, golongan muda yang berusia di bawah 35 tahun yang berpendapatan tidak melebihi RM3,000, membeli rumah antara RM100,000 hingga RM210,000 dengan pembiayaan sebanyak 100 peratus. Kerajaan telah memberikan jaminan deposit 10 peratus melalui Cagamas.
Persoalan yang timbul ialah walaupun golongan muda ini telah disediakan peluang untuk memiliki rumah, namun adakah terdapat rumah yang mencukupi untuk dibeli oleh mereka?
Read more: SKIM RUMAH PERTAMAKU TIDAK BERMAKNA JIKA TIADA RUMAH
Kadar inflasi Malaysia pada Disember 2010 naik kepada 2.2 peratus, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan. Ini sekali gus merekodkan kadar inflasi tahunan kepada 1.8 peratus untuk 2010. Kenaikan kadar inflasi itu berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010. Penurunan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak lima sen seliter, LPG lima sen sekilogram dan gula 20 sen sekilogram serta sambutan perayaan Krismas dan cuti sekolah telah mendorong kenaikan inflasi.
Bagaimanapun, kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding Indonesia 6.9 peratus, Thailand tiga peratus, Korea 3.5 peratus dan India 8.4 peratus.
Berdasarkan laporan Financial Times, kajian yang dijalankan oleh Northern Light mendapati 62 peratus pelabur menjangkakan inflasi akan meningkat secara global. Awal minggu ini data yang dikeluarkan di Britain menunjukkan Indeks Harga Pengguna di United Kingdom mencecah 3.7 peratus pada Januari 2011. Ini menguatkan spekulasi bahawa inflasi sedang meningkat.
Sebuah akhbar baru-baru ini melaporkan bahawa kerajaan akan mewajibkan pembinaan rumah berkonsepkan “Bina dan Jual” pada tahun 2015. Jika benar-benar projek perumahan berkonsep ini dilaksanakan, maka ia merupakan sesuatu yang amat dialu-alukan. Cuma apa yang membimbangkan ialah cadangan ini mungkin tidak menjadi realiti.
Hasrat kerajaan melaksanakan konsep perumahan ”bina dan jual” mula diperkatakan pada tahun 2006. Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak mengatakan, kerajaan bersetuju memperkenalkan projek perumahan menggunakan konsep ”bina dan jual” dengan tempoh percubaan selama dua tahun.
Read more: LAKSANAKAN SEGERA KONSEP PERUMAHAN “BINA DAN JUAL”
Sebagai pengguna jalan raya, terutamanya apabila ingin pergi ke destinasi yang tidak biasa dikunjungi, papan tanda merupakan petunjuk dapat membantu. Namun begitu, keadaan ini tidak berlaku sekiranya berada di kawasan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor. Papan tanda merupakan satu masalah yang utama.
Kebanyakan papan tanda didapati diletak di belakang pokok yang besar, di kawasan yang terselindung dan pelbagai tempat yang tidak banyak membantu pengguna untuk membuat keputusan. Malah terdapat sesetengah papan tanda yang amat mengelirukan.
Papan tanda amat penting bagi negara yang pesat membangun seperti Malaysia, yang mempunyai ramai penduduk yang bukannya penduduk asal sesebuah negeri berkenaan. Selain daripada itu, pengguna yang datang ke sesuatu destinasi untuk tujuan yang penting juga berasa amat bingung dan tidak puas hati setiap kali melihat papan tanda yang tidak berfaedah dan langsung tidak membantu mereka.
Page 10 of 16