Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) telah diluluskan di Palimen Malaysia pada 17 Julai 2007 dan telah diwartakan pada 30 Ogos 2007.
Ia diperkenalkan dengan tujuan untuk menyeragamkan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal.
Akta ini akan berkuatkuasa bermula pada 1 September 2011 dan dijalankan secara berperingkat.
Read more: MEMAHAMI AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007 (AKTA 672)
Berdasarkan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, pengguna berhak untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti. Pengguna juga berhak untuk membuat aduan jika perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat telekomunikasi tidak memuaskan.
Menurut Akta Perlindungan Pengguna 1999, pengguna berhak untuk mendapatkan ganti rugi dalam bentuk pemulangan wang atau penggantian produk terhadap perkhidmatan yang tidak berkualiti.
Berdasarkan kepada aduan yang diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), didapati aduan mengenai perkhidmatan telekomunikasi mengalami peningkatan yang berterusan.
Pada tahun 2006, sebanyak 1,297 aduan diterima, manakala pada tahun 2007 sebanyak 1,721. Pada tahun 2008 pula, sebanyak 2,136 aduan terhadap perkhidmatan telekomunikasi, dan tahun 2009, sebanyak 2,512 aduan diterima.
Read more: SYARIKAT TELEKOMUNIKASI PERLU SEDIAKAN PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI
Bagi merancakkan perkembangan projek penguatkuasaan sistem Feed-in-Tariff (FIT) untuk tenaga yang boleh diperbaharui (RE), Kerajaan Malaysia bercadang untuk mewujudkan dana RE yang akan digunakan untuk menyediakan insentif kepada kapasiti kuasa yang diperoleh daripada sektor baru yang sedang membangun dalam RE.
Dana tenaga yang boleh diperbaharui seperti yang dicadangkan itu akan direalisasikan melalui pengenaan 1.0 peratus peningkatan dalam bil elektrik pengguna - berdasarkan semakan semula tarif yang dibuat oleh pengawal selia industri Malaysia bulan Jun lalu.
Bagi mengelakkan kenaikan bil elektrik ke atas pengguna yang berpendapatan rendah, semakan tersebut mengecualikan pengguna domestik yang menggunakan 300 kilowatt-jam daripada menyumbang kepada dana tenaga yang boleh diperbaharui ini.
Walaupun Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) telah dikuatkuasakan pada 15 Jun 2011, namun masih kedengaran beberapa pihak yang membantah pindaan baru Akta ini, khususnya Persekutuan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia dan pengusaha kereta terpakai.
Antara bantahan mereka ialah pemeriksaan tambahan 14 perkara, yang dikenali sebagai B7, sebelum sesuatu kenderaan itu dibolehkan dipindah milik kepada pembeli baru, selain pemeriksaan wajib empat perkara yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, iaitu B5.
Selain itu, mereka juga mendakwa peraturan baru dalam pindaan ini akan melibatkan kos tambahan dan kelewatan dalam proses jual beli kereta. Mereka mendakwa melalui pindaan baru ini penjual boleh meminta deposit sebanyak 10 peratus daripada pembeli.
Terkini, ada pula yang mendakwa pindaan baru ini tidak memberi perlindungan kepada ejen penarik kereta, sebaliknya lebih banyak menyebelahi pemilik kereta sahaja.
Read more: PINDAAN AKTA SEWA BELI MELINDUNGI KEPENTINGAN PENGGUNA
Pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia, yang dirasmikan oleh Perdana Menteri pada 22 Jun 2011, amat dialu-alukan oleh para pengguna. Kedai Rakyat 1Malaysia, yang dikendalikan oleh Mydin Mohammed Holding Bhd, pengusaha Pasar Raya Besar Mydin, akan menawarkan barangan pada harga yang lebih rendah. Kedai Rakyat 1Malaysia pertama dibuka di Stesen LRT Kelana Jaya.
Kedai Rakyat 1Malaysia ini akan menjual pelbagai barangan yang telah dibungkus semula dengan jenama ‘Kedai Rakyat 1Malaysia’. Pada masa ini sebanyak 250 jenis barangan telah dibungkus semula di bawah jenama ini.
Usaha mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia ini bertujuan untuk membolehkan pengguna membuat pilihan untuk membeli barang bukan berjenama pada harga yang lebih rendah. Dalam menghadapi cabaran harga barang yang meningkat pada masa ini, kewujudan kedai seperti ini amat diharapkan oleh pengguna.
Read more: PERLUASKAN KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA KE SELURUH NEGARA
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bercadang membina sembilan tapak pelupusan sisa pepejal sanitari pada tahun 2011 untuk memproses 17,000 tan sisa sehari di Malaysia. Tapak pelupusan ini akan dibina satu di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis dan dua buah di Terengganu dan Perak.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga ingin menukarkan semua tapak pelupusan sisa pepejal di Malaysia kepada tapak pelupusan sisa pepejal sanitari kerana sisa pepejal dijangka meningkat kepada 30,000 tan menjelang 2020.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berkata, tapak pelupusan sisa pepejal sanitari diwujudkan kerana kaedah itu lebih ekonomik dan mesra alam sekitar.
Read more: KPKT PERBANYAKKAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL SANITARI
Pasaran gas asli cecair yang semakin mantap di Asia, akan berkembang lagi apabila Indonesia dan Malaysia, yang merupakan pengeluar gas asli cecair kedua dan ketiga terbesar di dunia, akan mula mengimport sumber tersebut untuk memenuhi permintaan tempatan.
Indonesia sedang membina perhentian import yang mempunyai kapasiti sebanyak 10 juta ton. Pada masa yang sama, Malaysia akan menerima stok import pertama pada tahun 2013. Semua ini berlaku ketika Jepun meningkatkan penjana-penjana kuasa gas untuk menggantikan penjanaan tenaga nuklear yang telah tergendala.
Harga yang tinggi akan menambahkan kesan kepada peningkatan kos tenaga di China dan India. Mereka sedang cuba sedaya-upaya untuk meningkatkan penggunaan gas asli cecair untuk dekad yang akan datang.
Beberapa kerajaan dunia diminta untuk menghapuskan polisi yang menyokong bio bahan api kerana ia menyebabkan peningkatan harga bahan makanan dunia. Demikian menurut laporan 10 agensi antarabangsa, termasuk Bank Sedunia dan Pertubuhan perdagangan Sedunia.
Laporan ini menambahkan lagi lagi bantahan terhadap sasaran dan subsidi bio bahan api seperti di Eropah, Kanada, India dan Amerika Syarikat. “Jikalau harga minyak adalah tinggi dan nilai tanaman di pasaran tenaga melebihi pasaran makanan, maka hasil tanaman itu akan digunakan untuk menghasilkan bio bahan api. Ini akan meningkatkan harga makanan,” menurut laporan itu.
“Perubahan harga minyak boleh berlaku secara mendadak dan menyebabkan peningkatan harga makanan secara tidak menentu,” tambahan laporan itu lagi.
Read more: HAPUSKAN SUBSIDI BIO BAHAN API UNTUK ATASI KENAIKAN KOS BAHAN MAKANAN DUNIA
Kerja-kerja penyelenggaraan berjadual semasa kekurangan bekalan gas merupakan antara sebab Tenaga Nasional Berhad (TNB) membeli tenaga elektrik sebanyak 180MW dari Singapura. Demikian menurut syarikat minyak negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini.
Petronas mengatakan bahawa ia telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual ke atas kemudahan gas asli luar pantai bermula 19 hingga 26 April, manakala bagi kilang pemprosesan minyak mentah pula pada 26 Mei hingga 4 Jun 2011.
Penyelenggaraan tersebut dilakukan untuk memastikan keutuhan sistem dan proses di kedua-dua kemudahan tersebut dan memerlukan penutupan operasi sepenuhnya. Ini mengakibatkan bekalan gas asli tidak mencukupi untuk menampung keperluan pelanggan PETRONAS sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut.
Read more: PENJELASAN PETRONAS TENTANG PEMBELIAN TENAGA ELEKTRIK DARI SINGAPURA OLEH TNB
Page 7 of 16