Saban hari penipu siber atau lebih dikenali sebagai scammer semakin pintar dalam menipu para pengguna yang naif. Para pengguna bagaikan dipukau oleh para scammer dengan begitu mudah. Scammer kini menggunakan kaedah yang lebih canggih seperti menggunakan peralatan elektronik yang lebih sofistikated  untuk mendapatkan maklumat peribadi  mangsa  dan seterusnya memperdayakan mereka tanpa disedari oleh mangsa.Kebelakangan ini, mangsa scam ini merangkumi pelbagai golongan masyarakat, bukan sekadar pesara tetapi juga profesional, penghibur dan sebagainya. Pasti  ada ramai lagi yang sudah diperdaya namun mereka tidak melaporkan kepada pihak berkuasa kerana bimbang akan keselamatan mereka atau malu untuk melaporkannya. Ada juga mangsa yang tidak mahu melaporkan kepada pihak polis kerana bimbang mereka akan dihadapkan ke muka pengadilan oleh pihak berkuasa tertentu.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Mohd Zakaria, para mangsa kehilangan sejumlah RM2 bilion setiap tahun kepada para scammer. Penipuan ini melibatkan pelbagai scam. Sebanyak 5123 kes telah dilaporkan kepada pihak polis. Salah satu punca utama penipuan ini adalah kebocoran  data peribadi. Kebocoran data peribadi ini mungkin disebabkan data tersebut dijual oleh pihak kedua atau ketiga. Namun ada juga data yang didedahkan oleh para mangsa itu sendiri.  Ramai orang yang mendedahkan data peribadi mereka dalam media sosial seperti Facebook atau Instagram. Misalnya, gambar peribadi, nombor kad pengenalan, gambar rumah, gambar percutian, nombor kereta, tarikh lahir dan sebagainya. Data-data ini boleh digunakan oleh para scammer untuk tujuan menipu.Di Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), kami ada menerima banyak aduan. Ramai yang terjerat dengan Macau Scam, scam pekerjaan, scam cinta dan sebagainya. Kes kes sedemikian, pihak NCCC akan mengarahkan para pengadu supaya melaporkan kepada pihak polis.

MEMANG difahami mengapa terdapat aduan sebahagian kecil pengguna elektrik di Melaka yang berasakan penggunaan meter pintar menyebabkan bil mereka lebih tinggi berbanding meter lama. Sesiapapun pasti tertanya-tanya jika kos meningkat tanpa sebab. Justeru, syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Bhd (TNB) memang perlu sangat memberi perhatian terhadap aduan pengguna, tambahan pula mereka adalah pelopor penggunaan meter pintar di Malaysia.

Kepuasan hati pengguna yang terkesan mungkin menjejaskan rancangan untuk meluaskan pemasangannya ke negeri-negeri lain. Seperti produk-produk lain, reviu daripada kumpulan pelopor selalunya menjadi penanda aras kepada penerimaan pengguna yang lebih meluas. Dilaporkan ketika ini lebih 250,00 kediaman di Melaka sudah pun dipasang meter pintar. Daripada jumlah berkenaan, satu peratus kediaman membuat laporan kepada TNB. Mungkin kini, hampir semuanya sudah diambil tindakan, termasuk menerusi semakan penggunaan meter di lokasi. TNB turut memaklumkan bahawa pulangan wang akan diberikan jika bacaan meter menunjukkan lebihan bil yang tidak wajar berlaku.

Sejak dakwaan meter pintar dikatakan menyebabkan bil elektrik lebih tinggi secara tidak munasabah tular di Facebook bulan lalu, TNB tidak duduk diam dan mengambil cakna dakwaan berkenaan termasuk melayani aduan selain mengadakan pertemuan dan memberi penerangan kepada Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dan ahli EXCO negeri serta Suruhanjaya Tenaga. Isu ini turut diulas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin yang menyifatkannya sebagai kes individu, berdasarkan peratusan jumlah aduan yang diterima.

TNB turut mengumumkan penubuhan pasukan khas untuk menangani aduan mengenai meter pintar. Pasukan khas itu akan memperinci dan memberi penjelasan secara bersemuka kepada pengguna bagi menyelesaikan aduan yang diterima. “Pengguna meter pintar yang mempunyai aduan dinasihatkan tidak khuatir kerana TNB bersedia memberi maklumat dan langkah penyelesaian, termasuk mengkreditkan lebihan bayaran dalam bil mereka jika lebihan caj berlaku,” kata TNB dalam kenyataan berhubung penubuhan pasukan khas itu.

LETTER | We refer to the Malaysiakini report Medicine price control proposal to be tabled soon, says Dzulkefly.

It is questionable if the ceiling price for pharmaceuticals will really lead to cheaper medicines. On the contrary, it can push healthcare providers to use the ceiling price for a product they could have sold cheaper.Furthermore, simplistic price controls as suggested by the Health Ministry will also have unintended consequences on other stages of the supply chain especially on small clinics and pharmacies which are the lifeline of accessible and affordable primary medical care. It will ultimately benefit the big boys and result in monopolistic or oligopolistic supply chains in the private sector which in the long run is detrimental to the patient’s choice and access. The rakyat is already bearing the burden of this in the public sector.It must be remembered that the government gets its medications at a much lower price than the private sector. In essence, it means that the private sector is subsidising for the cost of medicines supplied to the public sector. Thus for any medication, merely using the government base price (reference price be it national or international) and adding a maximum of 30 percent margin for retail is too simplistic and unrealistic.

The government base price for any single unit of medicine given to the patient does not take into account the many other cost like wages of staff, cost of maintaining the facilities, storage cost, dispensing cost etc. In the private sector, all these cost items do add up to the final retail cost of the medication. This is the logical explanation of why the cost of medicines in the private sector is generally higher than in the public sector as shown by a UKM study.

KUALA LUMPUR 7 Mei - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan orang ramai supaya memastikan aplikasi dalam telefon sentiasa dikemas kini bagi mengelak maklumat peribadi digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah menerima aduan mengenai insiden pengambilalihan akses kepada akaun yang didaftarkan atas nombor telefon milik individu berprofil tinggi.Menurut kenyataan itu, modus operandi penipuan dalam talian dengan melakukan penyamaran sebagai individu yang berpengaruh dan cuba mempengaruhi mangsa untuk memuat turun dan memasang aplikasi pemesejan segera seperti Telegram dan Viber ke dalam sistem telefon mangsa."Seterusnya, mangsa akan diminta untuk berkongsi kod pengesahan yang dihantar kepada peranti telefon milik mangsa.

"Perkongsian kod pengesahan tersebut akan membuka ruang kepada suspek untuk mengambil alih akaun berkenaan, serta mendapati akses kepada kandungan-kandungan yang terhubung-kait dengan akaun tersebut seperti senarai hubungan," kata kenyataan itu.Katanya, ini membolehkan suspek menggunakan akaun yang dikompromi untuk membuat penyamaran dan memperdaya penerima dalam senarai tersebut dengan menghantar pesanan palsu.Pesanan palsu itu boleh memberi impak negatif kepada pemilik nombor termasuk melibatkan identiti mereka dalam kegiatan jenayah.

KUALA LUMPUR: Orang ramai disaran untuk tidak terpedaya dengan helah penjualan barangan rampasan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), secara dalam talian.Taktik penipuan ini dikesan mulai tular dalam Facebook sejak beberapa hari lalu, yang memaparkan koleksi rampasan JKDM yang dijual secara dalam talian khususnya melalui laman web ‘socalaner.com’.Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T Subromaniam, berkata pihaknya sedia maklum bahawa kegiatan penjualan secara dalam talian ini adalah satu penipuan scam.“Pada masa ini JKDM sedang menjalankan siasatan terhadap sindiket penipuan penjualan barang rampasan Kastam secara dalam talian bagi membolehkan kami mengenal pasti pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya berharap orang ramai tidak mudah percaya dan berhati-hati dengan trend penipuan ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.Beliau berkata, mereka yang terpedaya dengan tawaran pembelian barangan berkenaan bakal berhadapan dengan risiko kehilangan wang apabila barang yang dijanjikan tidak akan tiba manakala dalangnya menghilangkan diri.“Mereka yang mempunyai sebarang kemusykilan serta ingin menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penipuan ini boleh menghubungi talian bebas tol Kastam,1-800-888-855.“JKDM juga akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi mengesan dalang sindiket penipuan ini yang berkemungkinan beroperasi dari luar negara,” katanya.

PUTRAJAYA: Indeks Gaji Kebangsaan (NWI) yang mengukur perubahan upah dan gaji dalam pasaran buruh Malaysia dilancarkan hari ini.Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata NWI yang pertama kali dilancarkan itu adalah sebagai panduan untuk majikan di negara ini menetapkan tahap gaji, membuat pelarasan gaji selain sebagai input kepada dasar sumber manusia syarikat.“Ia juga membolehkan pekerja dan pencari kerja menjadikannya sebagai penanda aras gaji terhadap trend pasaran buruh yang lebih luas dan menilai perbandingan perubahan gaji dalam laluan kerjaya mereka.

“Selain itu, NWI membolehkan pembuat dasar menilai perubahan gaji dalam pasaran buruh sebagai input kepada penetapan gaji, kajian semula kadar gaji minimum dan dasar perburuhan yang lain selain menjadi rujukan untuk kesatuan sekerja mengadakan rundingan.“NWI ini adalah sebagai garis panduan dan penanda aras, bukan wajib untuk majikan ikut. Di negara maju lain juga mereka ada indeks dan tidak semestinya perlu ikut,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.Katanya, NWI dibangunkan oleh penyelidik daripada Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) yang mana ia mengumpulkan maklumat dan penyesuaian gaji kritikal.

THE lemon law should be introduced in Malaysia to provide consumers holding onto “lemons” (nice to see but sour and tart to taste) an avenue for legal redress.This law is a remedy for purchasers of consumer products, par­ti­cularly motorised vehicles, that repeatedly fail to meet the standards of quality and performance. A consumer may request for a reduction in price or a refund under this law.Countries like the United States, Singapore, South Korea, China and the Philippines have implemented the lemon law.In Singapore, it is incorporated into the Consumer Protection (Fair Trading) Act (CPFTA) 2004. We can do the same with our Consumer Protection Act (CPA) 1999.

> The nature of the problem;

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15 peratus untuk Simpanan Konvensional 2018, dengan agihan dividen sebanyak RM43.00 bilion dan 5.90 peratus untuk Simpanan Shariah, dengan agihan dividen RM4.32 bilion.Jumlah keseluruhan agihan dividen adalah RM47.31 bilion, turun 1.70 peratus berbanding 2017.Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman, berkata dengan purata kadar dividen sebenar bagi tiga tahun berturut-turut sebanyak 3.93 peratus melebihi kadar inflasi untuk Simpanan Konvensional dan 3.68 peratus untuk Simpanan Shariah, KWSP telah menjangkaui mandatnya untuk mengisytiharkan 2.50 peratus dividen setiap tahun dan tidak kurang dari 2.00 peratus bagi dividen sebenar untuk purata tiga tahun.

“Kami amat bersyukur dan sukacita kerana berjaya memenuhi dua sasaran pelaburan strategik kami secara konsisten.“Selain dividen nominal, adalah menjadi keutamaan kami untuk memberikan pulangan melebihi kadar inflasi secara konsisten agar kami dapat mengekalkan dan meningkatkan nilai simpanan ahli dalam jangka panjang serta membantu mereka mencapai masa depan persaraan yang lebih baik.“Ini masih dapat direalisasikan meskipun tahun 2018 merupakan tahun yang sukar dan didominasi oleh ketidaktentuan dan trend penurunan pasaran global yang dicetus oleh perang perdagangan Amerika Syarikat-China serta empat kitaran kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat dalam satu tahun yang sama.

KUALA LUMPUR – Meter pintar yang sedang dipasang di Melaka mampu meningkatkan nilai tambah perkhidmatan ditawarkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada pengguna menerusi keupayaan mengesan sebarang gangguan bekalanelektrik secara elektronik.Tempoh gangguan bekalan dapat dipendekkan kerana TNB boleh membuat kerja-kerja pemulihan elektrik secara proaktif dan lebih pantas berikutan lokasi terdapatnya gangguan dapat dikenalpasti sebelum laporan atau aduan dibuat pengguna.

Antara ciri meter pintar ini yang akan diaktifkan TNB secara berperingkat termasuklah pemakluman kepada pengguna secara automatik sekiranya terdapat gangguan bekalan serta pemakluman bekalan telah dapat dipulihkan.Menurut TNB, kelebihan lain meter pintar termasuk membolehkan pengguna mendapatkan maklumat bil dan penggunaan
secara online, sekaligus membantu mereka menguruskan bajet tenaga isi rumah dengan lebih bijak.TNB memperkenalkan meter pintar demi masa depan yang lebih hijau dan bijak tenaga kerana ia berpotensi besar mempertingkat kepuasan pelanggan menerusi amalan penggunaan elektrik yang lebih cekap tenaga.