“Makanan yang kelihatan elok tidak semestinya bersih tetapi ia boleh diagak apabila kita melihat keadaan premis yang menghidangkan makanan itu.

“Kalau kotor atau terdapat serangga vektor, berkemungkinan besar pencemaran makanan sudah berlaku.

“Ini kerana pencemaran makanan bermula daripada pemilihan bahan, penyediaan, peringkat pemotongan, pencucian, proses memasak dan cara ia disimpan sebelum dihidangkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Beliau berkata, sikap sesetengah pengusaha restoran atau kedai makan menggunakan semula makanan yang tidak terjual untuk dimasak pada keesokan harinya adalah amat tidak bertanggungjawab dan boleh mengancam kesihatan pelanggan.

Simptom keracunan seperti loya, cirit-birit dan demam lazimnya berlaku selepas tiga jam seseorang individu itu mengambil makanan yang tercemar.

SKIM pelaburan atau perniagaan berbentuk Multilevel Marketing (MLM) bukanlah suatu pekerjaan yang salah di sisi undang-undang.

Tetapi, unsur penipuan, penganiayaan dan paksaan yang diterapkan dalam perniagaan tersebut menyebabkan ramai orang muak dengan bisnes itu.

Lebih teruk lagi apabila individu yang ingin menyertai MLM memulakan modal dengan membuat pinjaman peribadi di bank atau menggunakan kad kredit.

Tidak menyedari diri ditipu, ada juga yang sanggup meminjam daripada ahli keluarga terdekat dan mengajak mereka turut serta sehinggalah dia sendiri ‘terduduk’ akibat perniagaan atau pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan tidak balik modal.

Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) melaporkan sehingga 2015, kebanyakan individu terperdaya dengan skim pelaburan dan perniagaan MLM adalah mereka yang berusia awal 30-an dan 50-an.

ANTARA isu besar yang sedang melanda generasi muda di Malaysia mutakhir ini ialah diisytiharkan muflis.

Berdasarkan rekod, seramai 1,157 individu di bawah umur 25 tahun telah diisytiharkan muflis sepanjang tahun 2012 hingga September 2016.

Jumlah ini mungkin kecil jika dibandingkan dengan populasi penduduk Malaysia. Bagaimanapun, rekod juga menunjukkan bahawa 22,581 kes muflis melibatkan individu berusia sekitar 25 hingga 34 tahun.

Ini bermaksud, mereka yang muflis itu rata-ratanya adalah generasi muda. Mereka mungkin baru beberapa tahun bekerja atau lepasan universiti yang masih belum lagi stabil dalam dunia pekerjaan.

Walaupun banyak faktor yang memungkinkan seseorang itu menjadi muflis, antara sebab yang selalu dilaporkan ialah penggunaan kad kredit tanpa kawalan.

Dalam psikologi, manusia ini secara umumnya dikatakan mempunyai ilusi kawalan.

Baru-baru ini satu laporan menyatakan 93 peratus rakyat Malaysia masih belum memiliki rumah sendiri.

Penulis tidak pasti apa formula digunakan dalam kaji selidik ini, tetapi angka itu agak besar dan perlu diberi perhatian.

Menurut hasil kajian ‘Beyond the Brick’ oleh HSBC Holdings, Malaysia menyaksikan peningkatan harga hartanah yang mendadak ketika dekad lalu, bagaimanapun pada tahun lalu, harga berkenaan agak mendatar.

Kajian itu turut menunjukkan 75 peratus golongan muda yang berhasrat membeli rumah tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk bayaran pendahuluan dan 43 peratus pula menangguhkan hasrat itu kerana tidak mampu membeli rumah pilihan mereka.

Mengenai kekurangan tunai untuk membeli rumah, 62 peratus golongan muda sedia mempertimbangkan bagi mengurangkan perbelanjaan untuk aktiviti masa lapang, 41 peratus sedia membeli kediaman lebih kecil dan 23 peratus pula mempertimbangkan untuk membeli hartanah bersama anggota keluarga.

SETIAP pelanggan mempunyai hak mutlak untuk tidak menyertai mana-mana perlindungan insurans hayat atau takaful sekiranya tidak memahami terma-terma yang kurang jelas atau menimbulkan keraguan.

Persatuan Insurans Hayat Malaysia (Liam), Persatuan Insurans Am Malaysia (Piam) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dalam kenyataan bersama berkata, sekiranya kontrak insurans hayat atau takaful telah berkuat kuasa, terdapat peruntukan tempoh bertenang selama 15 hari dari tarikh penerimaan dokumen polisi insurans hayat atau takaful.
“Sepanjang tempoh ini, pemegang polisi insurans hayat dan takaful boleh mengkaji semula kontrak dan mendapatkan bayaran balik sekiranya kontrak itu tidak memenuhi keperluan mereka.

“Syarikat-syarikat insurans dan takaful juga diwajibkan menggunakan bahasa mudah (sejak 2011)  dan mengamalkan pendekatan pelbagai untuk menjelaskan terma-terma penting kepada pelanggan,” katanya.

Menurutnya, penggunaan bahasa yang mudah dapat meningkatkan ketelusan dan pendedahan kepada produk insurans serta takaful.

Katanya, pelanggan juga berhak mendapat maklumat yang relevan, tepat, boleh dipercayai dan setanding mengenai produk serta perkhidmatan, bagi membolehkan mereka membuat pilihan berdasarkan maklumat sesuai dengan kemampuan kewangan dan keperluan pelanggan.

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- "Harga petrol RON95 dan RON97 bulan hadapan dijangka naik"... Maka dengan sekelip mata, laman sosial pasti dipenuhi dengan kupasan dan hujah 'pakar-pakar ekonomi maya' yang kebanyakan hujahan mereka tidak didokong dengan fakta.

Kumpulan penulis maya ini sentiasa bersedia untuk menghangat dan mamanaskan sesuatu perkara tanpa peduli tentang kesahihan dan ketepatan fakta sebelum ditularkan melalui Facebook, Instagram, WhatsApp dan pelbagai platform media sosial sosial.

Keterujaan untuk turut serta dalam perbincangan tanpa kefahaman yang mantap seperti situasi harga minyak mentah dunia mahupun keadaan ekonomi semasa, menjadi tembok besar antara realiti dan fantasi yang berlegar di minda jaguh papan kekunci ini.

Tanpa memikirkan kesan dan akibatnya, mereka berlumba-lumba menularkan maklumat tersebut sebelum membuat pengesahan hanya kerana mahu menjadi yang pertama berkongsi informasi.

Kuala Lumpur: Individu yang berhasrat memiliki kediaman baru dinasihatkan menangguhkan perancangan itu terlebih dahulu kerana harga hartanah dijangka menurun bermula pada suku kedua tahun ini.

Presiden Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (Peham), Ishak Ismail berkata, pembeli boleh menunggu sehingga April ini sebelum melakukan pembelian berikutan pemaju hartanah dijangka terpaksa menurunkan harga hartanah ekoran pasaran tidak menentu pada tahun ini.

Menurutnya, harga hartanah akan jatuh kepada paras terendah pada tahun ini sebelum momentum peningkatan harga bermula kembali dan melonjak pada 2018.

 

“Daripada aspek sentimen pengguna, saya lihat pengguna bersikap lebih positif terhadap pasaran hartanah tempatan pada tahun ini meskipun pasaran hartanah di Malaysia dilihat akan terus lembap dan mendatar sepanjang tempoh 12 bulan akan datang,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata, bagaimanapun sentimen terbabit bergantung kepada jenis pembeli sama ada bagi tujuan pelaburan atau didiami sendiri.

Selain pasaran utama, pengguna juga boleh mendapatkan rumah di pasaran sekunder pada tahun ini terutama pada suku pertama dan kedua kerana terdapat banyak pilihan ditawarkan pada harga lebih rendah.


“Untuk pengguna yang membeli untuk diduduki, tahun ini adalah tahun yang sedikit positif bermula suku kedua tahun ini berikutan pelbagai faktor termasuk penurunan harga rumah oleh pemaju dan pelaksanaan inisiatif di bawah Bajet 2017.

“Bagaimanapun, sentimen pengguna yang ingin melakukan pelaburan melalui pembelian hartanah adalah dijangka mencabar berikutan kesukaran mendapatkan penyewa berikutan pilihan yang banyak di pasaran,” katanya.

Ishak berkata, pembelian hartanah dijangka lebih bertumpu di kawasan yang jauh dari bandar namun memiliki kemudahan pengangkutan terutama melalui rangkaian Transit Aliran Massa (MRT).

“Saya yakin kemudahan ini akan menarik lebih banyak pembangunan hartanah kediaman dan beberapa situasi positif dijangka berterusan terutama inisiatif di bawah Bajet 2017,” katanya.

Menurutnya, isu seperti kesukaran mendapatkan pembiayaan perumahan dan membayar deposit awal dijangka terus membelenggu hasrat pengguna yang ingin membeli hartanah di samping isu lain seperti peningkatan harga rumah dan situasi pasaran semasa.

“Saya merayu kepada kerajaan untuk melonggarkan syarat pinjaman dengan pengiraan pembiayaan bukanlah dilaksanakan berdasarkan pertumbuhan bersih atau debt service ratio namun pendapatan kasar.

“Selain itu, saya berharap kerajaan dapat memperluaskan skim pembiayaan akhir khusus seperti diumumkan pada Bajet 2017 kepada semua jenis projek pembangunan hartanah dan tidak terhad kepada projek Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA),” katanya.

Sebelum ini, portal PropertyGuru.com.my melalui tinjauan terkininya mendedahkan bahawa harapan pengguna terhadap pasaran hartanah tempatan akan terus bertambah baik pada tahun ini.

Ia melaporkan 38 peratus koresponden cukup berpuas hati dengan pasaran hartanah pada masa ini dengan peningkatan 10 peratus daripada 28 peratus yang dicatatkan pada separuh pertama 2016 dan 13 peratus lebih tinggi daripada 25 peratus yang direkodkan sepanjang separuh kedua 2015.

Tinjauan Sentimen Konsumer PropertyGuru itu turut menunjukkan sebanyak 58 peratus pengguna berhasrat untuk membeli rumah dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2017 sama ada sebagai kediaman sendiri atau bagi tujuan pelaburan.

Selain itu, ia mendedahkan bahawa kira-kira 38 peratus pengguna dijangka memilih rumah baru manakala 15 peratus pula beralih kepada pasaran sekunder.

 

sumber : http://www.hmetro.com.my/node/203190

Kemalangan jalan raya yang dikaitkan dengan penggunaan telefon bimbit ketika memandu walaupun sukar dibuktikan dari segi perundangan, namun ia tidak dinafikan ada berlaku.

Ia berpunca dari sikap manusia zaman moden yang sukar "berpisah" dengan peranti pintas itu yang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.

Apatah lagi zaman sekarang ramai guna WhatsApp, maka mesej selalunya menderu-deru diterima tidak kira masa termasuk ketika memandu, terutama jika seseorang itu mempunyai banyak kumpulan perbualan aplikasi berkenaan.

Rakyat Malaysia sering digemparkan dengan kes-kes keracunan makanan yang dilaporkan hampir setiap bulan dalam media massa, yang melibatkan pelajar sekolah dan orang awam. Mengapakah ini sering terjadi?  Siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab dan seharusnya dipersalahkan supaya kes ini tidak berulang lagi? Sebelum mula menuding jari kepada sesiapa, cuba lihat apakah yang dimaksudkan dengan keracunan makanan?

Apa itu keracunan makanan?

Keracunan makanan adalah apa jua bentuk penyakit yang diperoleh akibat daripada pengambilan makanan atau minuman yang telah tercemar oleh organisma yang menular, seperti bakteria, virus mahupun parasit.