WHEN we turn on our taps, we would expect to get clean water, or at least water that we can drink after we boil it. Well, this may no longer be true for many residents in Pahang.
Recent reports by the Department of Environment show high levels of mercury in the rivers in Pahang.
Mercury acts as a neurotoxin, or in simple words, it is poison to our brains. Its effects are even more prominent among pregnant women and young children. The main reason this dangerous substance is even there is because of bauxite mining.
Is the problem contained to just the river? Unfortunately, no. Samples taken of drinking water were found to contain high levels of aluminium and lead! This is water that consumers drink! You can kill bacteria by boiling water, but aluminium and lead remain in the water no matter how long you boil it.
Year 2015 is easily the toughest year for low and middle-class income especially for those who are staying in the city as the cost of the living today is unbearable. Land Public Transport Commission (SPAD) made an announcement of drastic increasing, fares of taxis and express buses which began on May 2015. The taxi fares went up by 20% - 67%; meanwhile for express bus the fares increased by 22.6%.
Later in early December 2015, the consumers again had to take a deep breath when KTMB made an announcement on the increasing KTM fares for the commuter by 4sen per kilometer (from 11sen to 15sen per km). This increase of commuter fares is about 100%.
MyRapid has also increased the Light Rail Transit (LRT) and monorail fares additionally Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL) also made an announcement on increasing fares of ERL on December 2015. The new fares for ERL which is RM55 from RM35 per person will begin on 1st January 2016.
Penyakit Legionnaire merupakan penyakit yang melibatkan sistem pernafasan, iaitu disebabkan oleh sejenis bakteria daripada genus Legionella yang menjangkiti paru-paru. Bakteria Legionella ini berbentuk bacilli, iaitu berbentuk seperti rod. Ia lebih kecil daripada bakteria bacillus dengan lebar 0.5-1.0 µm dan panjang 1-3µm.
Bakteria Legionella ini mempunyai dua fasa kitaran hidup, iaitu fasa replikasi dan kemudian fasa infektif, yang dalam fasa infektif bakteria tersebut mula tumbuh flagella untuk memudahkan pergerakan.
Penyakit Legionnaire pertama kali dikesan pada tahun 1976 di Philadelphia, apabila pada ketika itu seramai 221 orang telah dijangkiti. Daripada jumlah tersebut, 34 orang telah meninggal dunia. Wabak ini mula menular ke negeri lain, seperti Sepanyol dan Ibiza, malah Malaysia juga tidak terkecuali.
Setiap negara sudah pasti tidak terlepas daripada mengalami bencana alam, sama ada dalam skala kecil ataupun dalam skala besar. Keadaan yang serupa turut dialami oleh Malaysia. Banjir merupakan bencana alam yang sinonim dengan Malaysia. Kebiasaannya, Malaysia akan ditimpa banjir pada musim tengkujuh, iaitu sekitar bulan November hingga Mac.
Malaysia mengalami iklim khatulistiwa, namun bagi sesetengah tempat di Malaysia, terutamanya di bahagian utara Semenanjung Malaysia (Kedah dan Perlis) dan utara Sabah (Beaufort, Tawau, Kudat dan Sandakan), mengalami iklim monsun tropika. Secara amnya, iklim di Malaysia mempunyai suhu yang hampir seragam, kelembapan yang tinggi dan menerima purata hujan yang banyak sepanjang tahun.
Pada 7 November lalu, genap 100 hari saya menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Saya mengambil peluang untuk berterima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan oleh Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak dan percaya bahawa barisan kabinet dan kerajaan akan terus komited dan fokus dalam merancang dan melaksanakan usaha-usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.
Amanah dan tanggungjawab baharu tersebut telah cuba saya jalankan dengan sebaik mungkin setakat ini, di mana peranan KPDNKK di masa ini semakin besar dan mencabar terutamanya dalam menangani isu berkaitan kos sara hidup rakyat, isu perdagangan dalam negeri dan isu kepenggunaan.
Bagi saya, pemerkasaan dalam menjalankan fungsi dan bidang tugas KPDNKK sentiasa menjadi agenda utama, di mana penekanan telah diberi kepada pendekatan “Kementerian Prihatin” atau “Caring Ministry” bagi menunjukkan bahawa KPDNKK akan terus meningkatkan usaha mendekati dan memahami denyut nadi rakyat, khususnya dari perspektif meningkatkan pendapatan dan mempertahankan hak-hak rakyat sebagai pengguna.
Umum mengetahui bahawa kumpulan sasar KPDNKK terdiri daripada pengguna, perusahaan kecil dan sederhana, koperasi, komuniti dan persatuan perniagaan, organisasi perdagangan, badan serantau dan antarabangsa.
Rakyat Malaysia kesemuanya adalah pengguna yang berjumlah 30.26 juta orang dan dianggar akan meningkat kepada 32.44 juta orang pada tahun 2020.
Dalam menetapkan perancangan baharu, KPDNKK telah menetapkan Lima Teras Strategik bagi mendukung misi dan visi kerajaan.
Lima Teras itu ialah meningkatkan sumbangan perdagangan dalam negeri kepada pendapatan negara kasar; mewujudkan masyarakat yang berdaya upaya dan beretika; memupuk ekonomi berteraskan inovasi melalui sistem dan perundangan yang efektif; mewujudkan persekitaran pasaran yang kondusif untuk pengguna dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup dan meningkatkan kecemerlangan organisasi.
Kita juga telah merangka strategi baharu untuk diperkenalkan. Antaranya adalah dengan penubuhan University of Trade and Co-Operative, pemantauan harga barang-barang import dan harga barangan di peringkat antarabangsa dengan cadangan semua barangan import perlu memohon permit import (AP) bagi tujuan pemantauan, cadangan supaya harga gas petroleum cecair (LPG) termasuk caj pengangkutan ditetapkan mengikut zon dan dimaklumkan kepada umum.
Cadangan strategi lain adalah supaya insentif diberikan kepada pengusaha stesen minyak yang telah mencapai tahap jualan tertentu bagi membangunkan perniagaan, menubuhkan kumpulan Friends of KPDNKK sebagai mata dan telinga kerajaan dan banyak lagi.
Suka saya berkongsi dengan semua mengenai Friends of KPDNKK. Ia merupakan inisiatif kementerian untuk menjalinkan hubungan yang utuh dengan pengguna di luar sana.
Malah, ia juga satu platform untuk penyebaran dan pengumpulan maklumat tentang kepenggunaan lebih-lebih lagi berhubung isu harga barang. Boleh dikatakan Friends of KPDNKK adalah mata dan telinga kementerian. Melalui Friends of KPDNKK ia dapat menghimpunkan pengguna di seluruh Malaysia bagi satu-satu acara atau aktiviti yang dianjurkan oleh kementerian.
Acara pertama yang telah dianjurkan adalah Fun Run Friends of KPDNKK yang telah diadakan pada 24 Oktober lalu bersempena penganjuran Hari Pengguna Kebangsaan 2015 dan kempen Cintai Buatan Malaysia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menjadi mata dan telinga KPDNKK dengan menyertai Friends of KPDNKK. Saya ingin umumkan bahawa pihak kementerian akan memberi anugerah dan penghargaan kepada ahli-ahli yang betul komited membantu kementerian.
Sepanjang tempoh itu, sebanyak 1,753,217 premis perniagaan telah diperiksa. Kita dapati sebanyak 6,435 kes telah dihasilkan melibatkan nilai rampasan sebanyak RM1,243,527.60 dan nilai kompaun sebanyak RM888,506.
Sebanyak 2,268 notis dikeluarkan terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan di bawah seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 manakala 136 kerta siasatan melibatkan kesalahan pencatutantelah dibuka di bawah akta yang sama.
Daripada jumlah ini, sebanyak 14 kes telah didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Antipencatutan iaitu masing-masing enam kes di bawah Seksyen 14(1), Seksyen 21(5) sebanyak 7 kes dan baki satu kes di bawah Seksyen 53 AKHAP 2011.
Penulis : Datuk Hamzah Zainudin , Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Sumber : Kosmo – Analisis – (20 November 2015, Jumaat)
Dalam lebih masa kurang seminggu pada pertengahan tahun ini, ada dua kes renjatan elektrik berlaku di negara kita. Kedua-kedua kes ini membabitkan anak beranak, iaitu kes pertama berlaku di Kota Kinabalu, membabitkan seorang cucu dan nenek, manakala kes kedua pula di Banting, membabitkan seorang bapa dengan anak berusia dua bulan.
Kes di Kota Kinabalu berlaku pada 2 April lalu, dipercayai kedua-dua mangsa terkena renjatan elektrik akibat wayar elektrik terputus dan jatuh mengenai pagar kawat duri yang memagari kawasan sawah padi di kawasan kejadian.
Pada kejadian itu, nenek berkenaan dipercayai tergelincir ke dalam parit, menyebabkannya terkena renjatan elektrik. Cucunya yang berhasrat ingin membantu, turut ditimpa malang menerima nasib yang sama.
Bagi kes di Banting, dipercayai akibat renjatan elektrik dari sebuah kipas. Bapa dan anaknya terkena renjatan elektrik ketika membaiki sebuah kipas di rumah. Hal ini tidak dapat dikenal pasti sama ada kemalangan ini berlaku disebabkan oleh kerosakan pada barangan elektrik itu atau disebabkan oleh kecuaian mangsa itu sendiri.
Jerebu telah menjadi salah satu ‘musim’ di negara kita semenjak tahun 1982. Keadaan ini berlaku saban tahun disebabkan pembakaran hutan secara besar-besaran di negara jiran kita. Pembakaran kawasan gambut yang berterusan telah membebaskan asap, habuk dan partikel kering yang berbahaya kepada semua rakyat di Indonesia. Begitu juga kesan yang sama telah dialami di Malaysia dan Singapura.
Masalah jerebu ini telah wujud lebih kurang 33 tahun di rantau Asia Tenggara. Namun usaha yang diambil untuk mengatasi masalah ini agak perlahan. Begitu juga usaha di peringkat negara juga perlu dipertingkatkan lagi. Akibat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tinggi menyebabkan banyak aktiviti luar terpaksa dihentikan bagi mengutamakan kesihatan rakyat. Hal ini termasuk larian Standards Charted KL Marathon iaitu suatu acara larian antarabangsa dengan 35 ribu peserta terpaksa dibatalkan kerana keadaan jerebu semakin buruk dan bacaan IPU telah mencecah tahap sangat tidak sihat. Keadaan ini secara langsung menyebabkan kerugian dari segi ekonomi pelancongan di negara kita.
Apabila kita pergi ke taman permainan di kawasan perumahan, seringkali didapati peralatan permainan tersebut mengalami kerosakan akibat kegiatan vandalisme. Sering juga didapati, bukan kanak-kanak sahaja yang bermain dengan peralatan permainan berkenaan, malah turut digunakan orang dewasa. Hal ini menyebabkan ia mengalami kerosakan.
Permainan adalah komponen terpenting untuk sosial, emosi, kognitif, perkembangan fizikal kanak-kanak dan kekreatifan serta daya imaginasi. Oleh sebab itu, taman permainan memainkan peranan utama dalam perkembangan kanak-kanak. Semua ibu bapa menghendaki taman permainan adalah selamat untuk kanak-kanak dan bebas daripada bahaya kecederaan.
Sindiket penipuan pakej umrah dan pakej harga runtuh oleh agensi pelancongan, kembali menarik perhatian masyarakat sejak awal ogos lalu, apabila beberapa kes penipuan pakej umrah dilaporkan oleh media. Bahagian Perlesenan Pelancongan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan merekodkan pada tahun 2014, 605 kes dicatatkan dengan kerugian RM3.84 juta, manakala sehingga Julai lalu, sebanyak 438 kes dengan kerugian RM1.9 juta membabitkan penipuan pakej umrah dengan harga yang rendah.
Kes penipuan oleh agensi pelancongan bukan membabitkan pakej umrah sahaja, tetapi juga pakej pelancongan lain. Terbaru, Biro Aduan Awam MCA mengendalikan aduan 20,000 orang yang menjadi mangsa penipuan di beberapa negara, antaranya ke Taiwan, China, Korea Selatan, Jepun dan Hong Kong, membabitkan kerugian RM10 juta.
Page 9 of 12