Pergerakan pengguna baru sahaja kehilangan seorang aktivis pengguna tegar, iaitu Ismail Abdul Aziz yang meninggal dunia pada 27 Mac 2013 kerana penyakit jantung. Ismail Abdul Aziz, 52 tahun, adalah Pengerusi Persatuan Pengguna dan Sosial Daerah Petaling, yang merupakan ahli Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).
Ismail Abdul Aziz mula terlibat dengan persatuan pengguna pada awal tahun 1980-an. Ketika itu, beliau telah berkenalan dengan Bishan Singh Bahadur, seorang aktivis sosial. Apabila Bishan Singh menjadi presiden Persatuan Pengguna Pahang pada tahun1984, beliau telah menawarkan Ismail untuk bersama-samanya bekerja sepenuh masa di Persatuan Pengguna Pahang. Ismail yang ketika itu berkhidmat dengan Jabatan Pendidikan Pahang telah meletakkan jawatannya kerana terpikat dengan semangat Bishan Singh, yang juga ketika itu telah meletakkan jawatan sebagai guru.
Di Persatuan Pengguna Pahang, Ismail terlibat dalam mewujudkan cawangan Persatuan Pengguna Pahang di peringkat daerah, serta mengaktifkan cawangan yang sedia ada.
On the 21 May 2012, FOMCA filed a complaint against Nestle with the Malaysian Competition Commission.
The complaint was related to two issues. Firstly through the Brand Equity Protection Policy (BEPP), for certain products Nestle was fixing the prices that has to be sold at the retail level. Retailers thus did not have the option to sell those products at a lower price. Additionally, there were negative consequences to the retailer if they did go ahead and sold at lower prices. Thus retailers were forced to sell at prices fixed by the manufacturer, without the option of reducing prices to attract consumer. Clearly, this was a case of resale price maintenance, an anti-competitive behavior that contravened the provisions of the Act. The consumer thus suffered and their welfare was diminished, for they were forced to pay higher prices for the products concerned.
Secondly, FOMCA stated in no uncertain terms that Nestle should never be given any form of exemption by the Malaysian Competition Commission. Locally and globally, there have been many consumer issues with this multi-national.
Read more: MYCC ACTS DECISIVELY AGAINST ANTI-COMPETITIVE BEHAVIORS
Purata bulanan perbelanjaan isi rumah mencatat sebanyak RM2, 190 bagi tahun 2009/10, sebagaimana yang dilaporkan dalam Kajian Perbelanjaan Isi Rumah yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan. Malaysia terkenal dengan kepelbagaian perayaan yang disambut sepanjang tahun, menjadikan penggunaan (aka consumption) satu bahagian yang penting dalam ekonomi negara.
Penggunaan memainkan peranan penting di pasaran dalam membentuk permintaan untuk produk-produk tempatan dan juga menyumbang sebahagian besar kepada jumlah pekerjaan, terutamanya dalam sektor pengedaran.
Sektor makanan masih merupakan sebahagian besar perbelanjaan isi rumah utama. Dengan isu daging kuda baru-baru ini yang berlaku di negara Eropah telah juga membangkitkan isu berkenaan dengan peningkatan harga makanan. Pengguna dikatakan mungkin perlu membayar lebih untuk makanan untuk masa yang akan datang berikutan isu itu. Pasaraya yang terlibat dengan isu daging kuda ini juga telah menyatakan bahawa mereka tidak lagi boleh menjamin kualiti makanan tanpa menaikkan harga bagi menampung kos pengujian kualiti makanan.
Read more: BELANJA DENGAN BIJAK: SATU TANGGUNGJAWAB TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI
Bukan mudah untuk mencari kontraktor yang boleh dipercayai dan dapat melaksanakan kerja kerja pembinaan dengan baik. Jika anda tiada pengalaman dalam memilih kontraktor ini, cuba risik-risik dengan teman-teman atau jiran. Sebagai pengguna anda dinasihatkan berhati-hati dalam membuat pemilihan kontraktor.
Pengguna perlu memastikan kontraktor tersebut mempunyai lesen perniagaan yang sah dengan Suruhanjaya Syarikat dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Jika perlu dapatkan maklumat daripada persatuan kontraktor. Pengguna juga dinasihatkan menyelidik latar belakang kontraktor, kestabilan, kewangan dan insurans, Selain itu, pengguna juga mesti memastikan kontraktor tersebut mempunyai alamat urus niaga sama ada pejabat atau rumah. Dalam pada itu, pengguna perlu mendapatkan kad perniagaan, bagi melihat butiran alamat agar dapat menghubungi serta mengetahui lokasi perniagaan mereka.
Cuba tanyakan kepada diri anda sendiri, berapa peratuskah matlamat kewangan yang telah berjaya anda berjaya capai pada tahun 2011?
Pada awal tahun baru ini merupakan masa yang paling sesuai untuk anda menilai kembali matlamat perancangan kewangan pada tahun lalu dan menyemak semula impian dan perancangan kewangan yang tidak terlaksana.
Mengenal pasti keadaan kewangan semasa anda adalah satu permulaan yang baik untuk anda perbaiki matlamat kewangan pada masa akan datang.
Anda juga perlu menyenaraikan keutamaan dan berazam untuk benar-benar dapat mencapainya pada tahun ini.
Kebanyakan pengguna di Malaysia masih belum mengetahui tentang saluran aduan yang sedia ada untuk sampaikan maklum balas mereka.
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional berfungsi untuk menerima aduan yang berkaitan dengan pelbagai penyedia perkhidmatan dan produk pengguna.
Walaupun sebagai pengguna, anda mungkin tidak berpuas hati terhadap terhadap produk atau perkhidmatan, namun anda juga perlu mempunyai tanggungjawab dan nilai murni ketika membuat aduan.
Memang pengguna mempunyai hak untuk membuat aduan. Namun pengguna juga perlu melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mendapatkan maklumat dan membuat pilihan sebelum membuat keputusan untuk membeli.
Sikap pelajar institusi pengajian tinggi yang mengamalkan perbelanjaan tidak berhemat merupakan antara faktor utama menyebabkan pinjaman yang disediakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak mencukupi bagi menampung kos sara hidup mereka.
Sebenarnya jumlah pembiayaan ditawarkan ini mencukupi untuk keperluan pelajar tersebut jika dibelanjakan secara yang berhemat.
Para pelajar sendiri perlu bijak menguruskan wang pinjaman tersebut untuk hal-hal yang berkaitan dengan bidang pengajian saja.
Syarikat-syarikat yang menjual barangan dan perkhidmatan di Malaysia hendaklah memberi perhatian yang serius tentang aspek khidmat pelanggan, kerana kes aduan tentang layanan yang kurang memuaskan kepada para pengguna semakin meningkat.
Baru-baru ini Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) telah menerima satu lagi aduan tentang layanan kurang baik yang diberikan kepada pengguna selepas membeli perkakasan dapur dan sistem audio di sebuah kedai elektrik di Puchong.
Menurut pengguna tersebut, semasa bayaran dibuat, tidak ada stok untuk barang tersebut di kedai, tetapi penjual berjanji kepadanya bahawa stok akan sampai dalam masa empat hari lagi.
Pusat khidmat aduan pengguna nasional (NCCC) telah menerima banyak aduan daripada para pengguna. Setiap aduan akan diterima secara bertulis sebab itu adalah bukti yang kukuh kepada pihak NCCC bahawa aduan telah diterima. Selain daripada itu, sebahagian aduan yang diterima adalah tanpa maklumat yang lengkap. Maklumat lengkap adalah penting untuk pihak NCCC mengambil tindakan terhadap pihak respondan. Sebagai pengguna yang bijak mesti memberikan maklumat-maklumat seprti yang dinyatakan dibawah semasa membuat aduan.
Page 68 of 74