Boleh dikatakan hampir setiap hari, kita akan mendengar masalah berkaitan isu air. Tidak kira sama ada melalui media massa seperti surat khabar, televisyen dan radio ataupun daripada orang yang kita kenali baik keluarga mahupun sahabat handai.
Terbaru sekali ialah masalah banjir. Beberapa lokasi di sekitar tanah air dilanda banjir, contohnya seperti di Felda Jengka 25, Maran yang berlaku kerana pembetung rosak dan telah menjejaskan aktiviti seharian bagi 400 orang penduduk.
Read more: ISU BANJIR YANG TIADA NOKTAH... APA PERANAN KITA?
“Gol!!!!!” itulah jeritan yang sering kita dengari sepanjang bulan Piala Dunia 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan dari 11 Jun hingga 12 Julai 2010. Sementara menyaksikan perlawanan-perlawanan piala dunia ini dengan kawan-kawan sambil menjerit gol, pernahkah anda terfikir bahawa Piala Dunia 2010 ini mempunyai kesan kepada perubahan iklim?
Mengikut kajian yang dilakukan oleh kerajaan Afrika Selatan dan duta Norway ke Afrika Selatan, piala dunia yang pertama kali mengambil pentas di Afrika Selatan akan membebaskan lapan kali ganda jejak karbon berbanding dengan jumlah jejak karbon yang dibebaskan ke atmosfera pada Piala Dunia 2006 di Jerman.
Pengangkutan tempatan, pembinaan stadium-stadium, tenaga yang digunakan semasa perlawanan berlangsung dan tempat penginapan ribuan peminat bola sepak dari seluruh dunia dijangka menyumbangkan hampir 900,000 ton karbon dioksida. 1.9 juta ton karbon dioksida akan ditambah ke dalam jumlah jejak karbon ini mewakili angka karbon dioksida daripada perjalanan pergi dan balik antarabangsa ke Afrika Selatan.
Angka-angka jejak karbon lain seperti perhimpunan besar bagi menyaksi piala dunia dan sambutan apabila sesebuah pasukan mara ke peringkat seterusnya belum diambil kira lagi.
Dengan bajet sebanyak A$10 juta, kerajaan Afrika Selatan berhasrat untuk menurunkan penggunaan bahan api fosil dengan memasang panel suria matahari dan lampu yang cekap tenaga di jalan raya, lampu isyarat, papan iklan, dan diikuti dengan kempen kesedaran dalam kalangan penduduk.
Brazil yang merupakan tuan rumah bagi Piala Dunia 2014, berhasrat untuk menganjurkan piala dunia yang paling mesra alam dalam sejarah. Dengan memperketatkan syarat mendapatkan geran bagi projek membina dan membaik pulih stadium. Begitu juga reka bentuk projek tersebut perlu mendapat pengiktirafan mesra alam sebelum mendapat geran.
Jadi, bagaimanakah kita boleh membantu untuk mengurangkan jejak karbon kita di samping menikmati kehangatan piala dunia ini?
Ikutilah cara-cara seperti berikut:
- Berkongsi kereta jika ingin menuju ke sesuatu tempat bagi menyaksikan perlawanan.
- Semasa membeli jersi pasukan kesukaan, pilihlah jersi yang mesra alam seperti jersi yang diperbuat daripada penutup botol plastik dan mesra alam.
- Amalkan kitar semula untuk menguruskan bahan-bahan yang boleh diguna semula seperti tin-tin minuman selepas menyaksikan perlawanan.
- Tidak merokok semasa menyaksikan perlawanan.
- Tutupkan televisyen dan Komputer sebelum perlawanan siaran langsung atau tertunda bermula..
Foon Weng Lian
Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia
Akhbar Healthyday News - Bloomberg Businessweek melaporkan bahawa BPA boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan lebih dari disangka. Kajian telah mendapati bahawa, ovari wanita yang mempunyai ketumbuhan (cysts) mempunyai BPA dalam kadar yang tinggi. Ovari wanita yang menghadapi polycystic ovari syndrome (PCOS) ini akan mempunyai risiko untuk ketumbuhan yang berganda dan keadaan ini akan membawa kepada kemandulan, penyakit jantung, dan diabetis jenis 2.
Pada wanita yang menghadapi PCOS ini, kadar BPA boleh ini juga dikaitkan dengan gangguan hormon lelaki dalam badan wanita tersebut. Kajian pada tikus jantan juga didapati bahawa tikus yang didedahkan dengan BPA menunjukkan kerosakkan pada testis dan sistem pembiakan lelaki.
Pengguna- pengguna dinasihatkan supaya elakkan penggunaan plastik terutamanya plastik yang mengandungi BPA. Pengguna boleh menggunakan bekas tersendiri yang tidak dihasilkan dari plastik. Pasaran di negara Kanada dan Amerika Syarikat telah mengarahkan untuk menghasilkan plastik yang tidak mengandungi BPA. Kanak- kanak juga mempunyai kecenderungan yang tinggi akibat pendedahan kepada BPA.
Adalah penting untuk pengguna supaya sedar dan mengambil langkah- langkah yang bijak dan efisien supaya kemudaratan dari penggunan plastik BPA ini boleh dikurangkan atau dielakkan. Untuk sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh mengunjungi U.S National Institute of Environmental Studies, atau laman web University of Athens Medical School Greece atau menghubungi Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia.
Mohana Priya
Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia
Tiga bulan yang lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia memberi amaran bahawa musim kemarau akibat daripada fenomena El Nino yang menyebabkan penurunan kadar hujan.
Sekarang, kesan El Nino dapat dirasai oleh batu karang di seluruh Malaysia di mana beberapa tempat telah mengalami pemutihan batu karang.
Batu karang merupakan sumber semula-jadi yang berharga dan penting. Selain daripada membekalkan tempat perlindungan untuk ikan, batu karang juga menarik jutaan pelawat ke Malaysia setiap tahun dan memberi ribuan peluang pekerjaan kepada industri perlancongan. Batu karang di Malaysia dijangka menjana pasaran sebanyak RM2bil setahun melalui keuntungan daripada industri perlancong, perikanan dan juga perlindungan persisiran pantai.
Batu karang terbentuk daripada beribu binatang kecil yang dikenali sebagai polyps. Binatang ini mempunyai hubungan simbiotik dengan sejenis tumbuhan mikroskopik yang dikenali sebagai zooxanthellae, yang tinggal dalam tisu polyps dan membekalkan 70% nutrien yang diperlukan oleh hosnya (polyps) untuk hidup. Kepelbagaian warna yang kita dapat lihat pada batu karang adalah disebabkan oleh zooxanthellae.
Walaubagaimanapun, polyps dan zooxanthellae adalah organisma yang sangat sensitif di mana ia senang dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran seperti suhu, kemasinan air laut dan juga kualiti air. Dalam fenomena El Nino baru-baru ini, bersama dengan kesan daripada perubahan iklim, telah meningkatkan suhu air laut dan merupakan salah satu sebab pemutihan batu karang.
Peningkatan sebanyak 1°C atau 2°C dalam satu jangka masa yang tertentu, akan menyebabkan pengeluaran toxin yang berbahaya kepada polyps dan akan menyingkirkan zooxanthellae yang tinggal dalam tisu mereka. Dengan itu, batu karang akan bertukar menjadi putih, di mana ia adalah warna asal kepada rangka batu karang.
Fenomena ini dikenali sebagai pemutihan batu karang dan dapat dilihat di Port Dickson dan pulau seperti Pangkor, Redang, Tenggol, Langkawi, Payar, Tioman, Sibu dan juga perhentian.
Pemutihan ini dapat diterbalikkan sebab polyps boleh hidup tanpa zooxanthellae untuk satu jangka masa yang pendek. Namun demikian, sekiranya stres yang dialami oleh polyps ditambah dengan stres yang lain dan masa yang lebih yang lama, polyps tersebut akan mati kelaparan.
Adalah penting untuk setiap orang membantu memulihkan batu karang daripada pemutihan dengan mengurangkan stres yang dikenakan pada habitatnya.
Senarai dibawah merupakan tindakan yang boleh anda ambil:
Tidak menyentuh atau berdiri di atas batu karang.
Tidak menggunakan krim pencegahan suria di mana bahan kimia daripada krim tersebut akan mencemarkan kawasan habitat batu karang.
Berbual dengan pengendali perlancongan dan mengelakkan diri daripada kawasan batu karang yang mempunyai banyak perlancong untuk mengurangkan kesan kepada batu karang.
Tidak membuang sampah di pantai ataupun laut.
Jika anda sedang snorkeling ataupun selam scuba, kutiplah dan buangkan sampah yang terdapat dalam laut.
Foon Weng Lian
Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia
22 Jun 2010
Selepas banjir besar yang melanda di Myanmar, China and South-Eastern France sepanjang satu minggu yang lalu, agensi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu yang mempromosikan aktiviti pencegahan bencana telah memanggil kerajaan-kerajaan yang berkenaan untuk bertindak atas usaha pelan perangkaan bandar dan mendesak penduduk tidak membina rumah atas kawasan yang berisiko tinggi.
Menurut Setiausaha Agung Khusus untuk Pengurangan Risiko Bencana (Special Representative for Disaster Risk Reduction), Margareta Wahlström berkata bahawa sedangkan banyak negara dan bandar mengalami risiko bencana yang dikaitkan dengan cuaca, kerajaan-kerajaan harus meningkatkan usaha dalam mengurangkan risiko bencana kepada penduduk yang tinggal di kawasn berisiko tinggi.
Dalam laporan Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (Intergovernmental Panel on Climate Change, IPCC), banjir telah meliputi separuh daripada semua bencana alam yang berlaku di antara 1990 dan 2007. Di antara semua bencana alam di seluruh dunia, banjir berupaya menyebabkan kerosakan dan kesan yang paling teruk kepada orang. Selain itu, banjir merekodkan kadar kematian sebanyak 84 peratus dan $50 billion dalam kerugian ekonomi setiap tahun.
UN International Strategy for Disaster Reduction (UNISDR) telah mendesak kerajaan-kerajaan tidak membina atas kawasan yang cenderung kepada banjir.
Semasa berkata bahawa golongan miskin adalah golongan yang paling terdedah kepada banjir, Ms. Wahlström juga menunjukkan bahawa negara kaya tidak imun kepada banjir. Pada minggu yang lalu, beratus mangsa telah mati dan memaksa beratus-ribu lagi meninggalkan rumah mereka, yang diikuti dengan banjir besar yang berlaku di Poland, Portugal, India, Bangladesh dan juga Amerika Syarikat.
“Disebabkan oleh kesulitan ekonomi, mereka [yang miskin] selalu tinggal di kawasan berisiko tinggi seperti dataran banjir, jurang, lereng bukit dan juga di kawasan bandar yang mempunyai populasi yang tinggi dan padat,” mengikut Ms. Wahlström. Negara-negara kaya juga harus “merangka dan fikir semula tentang pelan perancangan bandar, di mana terlalu banyak rumah dan infrastruktur yang penting dibina di atas kawasan banjir yang bahaya.
Untuk memperkukuhkan sesebuah bandar untuk menangani banjir dan bencana alam yang lain, UNISDR telah melancarkan satu kempen yang bernama “Making Cities Resilient: My city is getting ready” untuk meningkatkan kesedaran dan mendesak kerajaan tempatan untuk melabor lebih banyak wang untuk pengurangan risiko bencana.
Kempen ini merangkumi perancangan bandar, infrastruktur dan juga keselamatan bangunan; memperkuatkan sistem perkumbahan untuk mengurangkan ancaman banjir kilat; memasang sistem amaran; menjalankan latihan persiapan bencana awam; permindahan kawasan miskin dan menyediakan kawasan tanah yang selamat dan berpatutan untuk golongan yang berpendapatan rendah. Masa kini, 50 bandar dan kerajaan tempatan telah menyertai kempen UNISDR dan bersetuju untuk mengambil langkah-langkah untuk melindungi kawasan bandar dan juga penduduk daripada bencana alam seperti banjir.
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang telah menyertai kempen ini.
Foon Weng Lian
Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia
22 Jun 2010
Krisis alam sekitar sedang berlaku dan kita sudahpun mengalami dan kesan-kesan perubahan adalah jelas di depan mata kita. Pemanasan global, sisa buangan berbahaya, pencemaran udara dan juga kekurangan sumber adalah di antara kerisauan-kerisauan yang memuncak.
Mengikut Menteri Sumber dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Unggah Embas, sejak 50 tahun dahulu, purata suhu tahunan Malaysia telah meningkat sebanyak 1.1 darjah Celsius, konsisten dengan pemanasan suhu global. Kesan-kesannya merangkumi perubahan dalam corak hujan dan juga banjir kilat. Kajian-kajian yang terbaru juga menunjukkan paras laut juga sedang meningkat pada kadar 1.25mm setahun.
Karbon
Pemanasan global berlaku adalah disebabkan oleh peningkatan gas rumah hijau yang berterusan seperti gas karbon dioksida ke dalam atmosfera bumi. Banyak perbualan dan aktiviti yang berkait-rapat dengan hijau juga berkaitan dengan satu perkataan, iaitu karbon. Salah satu perkataan yang selalu diperbualkan masa kini ialah carbon footprint (CF) atau dikenali sebagai tapak kaki karbon.
Pengasas Maleki GmbH dan juga pemenang anugerah sebagai orang yang paling ‘hijau’ di dunia pada tahun 2008, Matthias Gelber menerangkan bahawa, tapak kaki karbon diterjemahkan kepada semua aktiviti kita yang memberi kesan kepada alam sekitar dan tukarkannya ke dalam satu bentuk kiraan untuk gas karbon dioksida yang kita hasilkan. Sebagai contoh, pada waktu pagi semasa memasak air dan elektrik digunakan. Elektrik yang digunakan akan muncul di dalam meter bulanan rumah dan boleh dikira.
Jadi kita cuba bertanggungjawab sebagai individu dengan mengira jumlah gas karbon dioksida yang kita sendiri hasilkan. Apabila kita memandu, gas karbon dioksida dan gas-gas lain yang dihasilkan juga diambilkira. Dengan mengambil kira semua kiraan ini, kita akan mendapat satu bentuk mata wang.
“Semasa kita cakap tentang duit, we cakap mengenai Ringgit Malaysia. Semasa kita cakap tentang kesan alam sekitar dan pemanasan global, kita cuba dan guna gas karbon dioksida sebagai mata wang – kilogram ataupun ton gas karbon dioksida. Jadi, tapak kaki karbon adalah jumlah gabungan gas karbon dioksida dalam kilogram ataupun ton dan kita perlu memikul tanggungjawab ini secara individu.” Jelas Gelber.
Nombor 40
Pada masa kini, nombor 40 merupakan nombor yang berkaitan dengan beberapa statistik hijau. Semasa Persidangan Perubahan Iklim Bangsa-bangsa Bersatu 2009 (COP 15) di Copenhagen, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Malaysia bersetuju untuk mengurangkan pembebasan karbon dioksida sebanyak 40 peratus menjelang tahun 2020 berbanding dengan tahap gas karbon dioksida tahun 2005.
Hadkan Penggunaan Sumber Tenaga Yang Tidak Boleh Diperbaharui
Cara ini adalah cara yang paling berkesan untuk mengatasi perubahan iklim. Banyak orang telah berhenti menggunakan beg plastik dan tukar kepada bag yang mesra alam. Ini merupakan cara yang positif, tetapi mengikut pakar alam sekitar, mengurangkan penggunaan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui seperti arang batu, petrol dan juga gas asli adalah lebih penting. Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui ini tidak boleh dihasilkan semula dan kesannya kepada alam sekitar adalah memudaratkan. Pada masa yang sama, sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti solar, hidro, ombak dan juga angina merupakan sumber yang boleh diguna semula dan mesra alam.
Masa kini, penjanaan elektrik di Malaysia masih bergantung kepada bahan api fosil di mana ia merangkumi 85 peratus daripada jumlah elektrik yang dijana dalam negara. Penjanaan elektrik oleh sumber tenaga yang boleh diperbaharui hanya 1 peratus.
Mengikut penasihat sumber tenaga yang boleh diperbaharui untuk Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Ahmad Hadri Haris, tujuan kementerian adalah untuk meningkatkan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui sebanyak 9 peratus daripada jumlah penjanaan elektrik di Malaysia menjelang tahun 2020.
Pengerusi Institusi Arkitek Malaysia Ar Dr Tan Loke Mun menerangkan bagaimana sektor hartanah boleh memainkan peranan. “Kita perlu mengambil tindakan yang cepat sedangkan kita masih mempunyai sumber tenaga seperti minyak dan juga gas asli untuk mengembangkan teknologi hijau dan juga mengaplikasikan lebih banyak sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Dengan petumbuhan populasi dan juga pembangunan, ia adalah penting untuk pembangun fikir dan bertindak untuk memastikan konsumer boleh menikmati kehidupan yang lestari dan berwawasan di era hidup yang berkos tinggi.” Ujar Tan.
Insentif
Kerajaan telah memperkenalkan insentif cukai untuk Bangunan Hijau dalam bajet 2009, di mana cukai akan dikecualikan untuk bangunan yang memperoleh pengiktirafan Indeks Bangunan Hijau (GBI).
Pengarah Kanan PricewaterhouseCoopers Taxation Services Sdn Bhd (PwC) Margaret Lee berkongsi, “Sekarang, insentif cukai tidak diberi kepada orang umum yang membeli dan menggunakan asset-aset yang jimat tenaga. Kerajaan patut mendorong rumah tangga untuk membeli peralatan yang jimat tenaga seperti panel solar dan memberi insentif cukai kepada mereka.”
Pelan Jangka Lama
Membina rumah yang ‘hijau’ ataupun ‘menghijaukan’ rumah-rumah dan bangunan yang sedia ada mungin akan membabitkan kos yang lebih tinggi, tapi kita perlu memikirkan penjimatan jangka panjang. Dalam temu ramah dengan Datuk Ken Yeang, beliau memberitahu bahawa projek Solaris beliau yang bertapak di Singapura merupakan bangunan yang memperoleh pengiktirafan Green Mark Platinum di Singapura. Dalam bangunan Solaris, Yeang berkata bahawa penjimatan tenaga dan air ialah SGD700,000 setahun.
Green Mark dilancarkan oleh Singapore’s Building and Construction Authority (BCA). Ia adalah sistem penilaian untuk menilai bangunan dari segi kesan kepada alam sekitar dan juga prestasi. Di Malaysia, Indeks Bangunan Hijau (GBI) digunakan.
Satu Masa Depan Yang Lestari
Menuju ke arah kehidupan hijau sudah tidak boleh dinafikan. Pembaziran dan penghabisan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui, kos elektrik dan air akan meningkat. Apabila rumah dan bangunan memerlukan lebih tenaga untuk penyejukan dan penyalaan, lebih banyak sumber akan diperlukan. Oleh itu, ia adalah penting untuk mengambilkira orientasi rumah, rekabentuk dan juga bahan-bahan yang digunakan.
(Diedit dan diterjemahkan daripada artikel oleh Sherry Koh dalam Star Property)
Foon Weng Lian
Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia
17 Jun 2010
Penggunaan kad kredit sudah menjadi kelaziman dalam kalangan masyarakat kini. Kad kredit merupakan satu kaedah pembayaran yang membolehkan pengguna membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai. Kad plastik ‘ajaib’ ini membolehkan kita membeli secara kredit dengan had maksimum yang boleh dicaj.
Apabila seseorang pengguna menggunakan kad kredit, pengeluar kad kredit akan membayar kepada peniaga terlebih dahulu bagi pihak pengguna dan kemudiannya meminta bayaran daripada pemegang kad kredit dalam bentuk penyata bulanan.
Frank MacNamara memperkenalkan konsep kad kredit ini pada tahun 1950 dengan tujuan untuk memudahkan pembayaran. Pada ketika itu hanya golongan kelas atasan sahaja yang mampu menggunakan kad kredit. Tetapi pada masa sekarang semua golongan memiliki sekurang-kurangnya satu kad kredit untuk kegunaan mereka.
Ramai orang berpendapat bahawa kad kredit adalah simbol kemewahan dan harus dimiliki oleh mereka. Sebaliknya, kini kad kredit ini telah menjadi seolah-olah ”ceti teknologi” kerana ia boleh menyebabkan pemegangnya terjebak dalam masalah hutang.
Menurut sumber yang dipetik daripada Bank Negara Malaysia(BNM), sebanyak 8.8 juta kad kredit dikeluarkan oleh institusi kewangan di seluruh negara dengan purata setiap pemilik mempunyai 3 kad kredit. Memang jumlah ini agak lebih daripada keadaan biasa. Pada hakikatnya, kira-kira 30 peratus kes muflis melibatkan pemegang kad kredit. Hampir kebanyakan pemilik kad kredit yang muflis ialah eksekutif muda yang berusia bawah 30 tahun.
Menurut statistik yang diperolehi oleh BNM, jumlah hutang kad kredit ini bertambah 20 peratus pada setiap tahun. Dengan kadar faedah 1.5 peratus sebulan. Bank-bank Malaysia dengan mudah mendapat keuntungan faedah berjumlah RM159 juta setiap tahun tidak termasuk caj-caj untuk perkhidmatan lain seperti caj pengeluaran tunai (5%) dan caj lambat bayar (RM5).
Kita perlu berfikir kenapa keadaan sedemikian berlaku dalam masyarakat kita terutama dalam kalangan golongan muda. Antara faktor yang utama adalah sikap mengambil mudah terhadap hutang. Ramai orang berbelanja sesuka hati dan melepasi had yang ditetapkan.
Sikap keangkuhan dan berlebih-lebihan inilah yang menjerat diri sendiri dalam kancah hutang yang berpanjangan dan tidak berkesudahan. Disebabkan ingin menunjuk-nunjuk, ramai pemilik kad kredit berbelanja tanpa ada sebarang tujuan atau bajet. Sebenarnya mereka yang memiliki sifat seperti ini akan berbelanja kepada perkara yang tidak penting.
Kelonggaran dan galakan yang diberikan oleh pihak kerajaan serta institusi perbankan telah membolehkan semakin ramai rakyat negara ini memilik kad kredit. Mengikut peraturan yang dikuatkuasakan, seseorang yang berpendapatan RM1,500 sebulan layak untuk memiliki kad kredit. Tujuannya adalah untuk menggalakkan pertumbuhan sektor kredit yang terjejas teruk ekoran daripada kegawatan ekonomi yang sedang melanda negara kita.
Di samping itu, Bank Negara Malaysia juga telah menurunkan kadar caj minimum kad kredit daripada 2% kepada 1.5% sebulan menjadikannya tidak lebih 18% setahun. Caj bayaran lewat pula ditetapkan tidak lebih daripada 1% dikira atas jumlah yang tertunggak. Fenomena ini menyebabkan ramai orang membuat permohonan untuk mendapatkan kad plastik ini. Dengan adanya kad kredit mereka boleh berbelanja tanpa menggunakan wang saku mereka.
Masyarakat harus mengambil langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah ini kerana status muflis dan hutang dipandang hina dalam masyarakat dan hilang kelayakan dalam hal-hal tertentu. Pihak kerajaan harus mengawal pengeluaran kad kredit dan mengawasi penawaran agensi-agensi perbankan terhadap kad kredit.
Had minimum kelayakan perlu ditingkatkan sekurang-kurangnya kepada mereka yang mempunyai pendapatan RM3500 ke atas. Kelayakan yang ditetapkan sekarang ini terlalu rendah dan tidak sejajar dengan peningkatan kos hidup rakyat negara ini. Membenarkan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kad kredit hanya akan mendedahkan mereka kepada beban hutang yang melampau.
Pemilik kad kredit perlu menyedari kesan penggunaan kad kredit tanpa batasan akan membawa banyak masalah yang tidak diingini. Bagi mengelakkan masalah hutang ini, pemilik kad kredit ini hendaklah berbelanja dengan bijak dan sentiasa berhati-hati dalam perbelanjaan harian yang melibatkan kad kredit.
SHANMUGAPRIYA MOHAN
ERA Consumer Malaysia
6 Jun 2010
Setiap hari terdapat beribu-ribu kenderaan bergerak di jalan raya. Sebahagian besar daripadanya adalah penyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Setiap kali memandu di jalan raya, kita dapat melihat bas-bas lama yang mengeluarkan asap hitam. Asap hitam ini bukan sahaja berbahaya kepada persekitaran, tetapi juga beracun kepada kesihatan manusia.
Bas berasap hitam merupakan isu-isu yang tidak akhir di Malaysia. Semenjak sekian lama kita melihat bas-bas yang mengeluarkan gas rumah hijau itu, namun tiada tindakan yang diambil ke atas mereka.
Kerajaan telah mengeluarkan dasar dan panduan untuk menangani situasi perubahan iklim, tetapi tanpa tindakan tegas, maka pengurangan pelepasan karbon tidak akan berkurangan.
Dalam Persidangan Perubahan Iklim di Copenhagen Denmark tahun lalu, Perdana Menteri membuat jaminan untuk mengurangkan pembebasan karbon dioksida di Malaysia sehingga 40 peratus pada tahun 2020. Selain itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas juga menyatakan bahawa Malaysia sudah mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan pembebasan.
Namun, usaha kerajaan akan sia-sia sahaja jika tiada tindakan tegas diambil berdasarkan peraturan sedia ada. Kerajaan berjanji untuk mengurangkan pembebasan gas karbon, tetapi tidak bertindak dan fokus terhadap isu-isu yang menyumbang kepada pembebasan gas karbon.
Banyak tindakan yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau. Kita perlu mengetahui permintaan kita demi mencipta keperluan kita.
Sebagai contoh, sistem pendingin hawa berpusat pada sebahagian besar bangunan kerajaan sememangnya bukan satu idea yang baik untuk situasi sekarang. Pendingin hawa dibuka sepanjang masa di seluruh tempat, tetapi banyak tempat yang tiada orang. Jadi, adakah sistem pendingin hawa berpusat ini memenuhi tujuannya atau sekadar memboroskan tenaga?
Selain itu, kurangkan pembaziran dalam setiap program yang diadakan. Kita sering mendapati banyak makan dibuang begitu sahaja ke dalam tong sampah. Adakah sisa makanan ini punca untuk penghasilan tenaga biojisim?
Sebenarnya, pembebasan gas rumah hijau boleh dikurangkan dengan mengurangkan permintaan kita kepada keperluan harian. Hal ini adalah senang dan ringkas seperti menukar mentol lampu anda.
Dengan kapasiti dan kesedaran yang masih rendah di Malaysia pada masa kini, Malaysia masih jauh ketinggalan daripada negara maju dalam mengendalikan perubahan iklim. Jadi, Malaysia mesti bertindak sekarang dalam melaksanakan penggunaan lestari demi mengurangkan kesan sosial dan ekologi, serta melaksanakan pembangunan lestari untuk memelihara keperluan masa depan.
Sam Wong
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia
16 Jun 2010
Perubahan iklim boleh memudaratkan kesihatan, menggugat kewujudan negara-negara berada pada berparas laut yang rendah dan keselamatan makanan seperti sumber perikanan.
Ikan membekalkan sumber protein yang diperlukan oleh penduduk dunia. Ia juga merupakan makanan utama bagi penduduk negara-negara di pesisiran pantai yang mempunyai makanan dan peluang pekerjaan yang terhad. Kesan-kesan akan berlaku adalah terlalu besar sehingga menyebabkan nelayan dan sektor akuakultur tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyesuaikan diri kepada perubahan ini.
Page 8 of 9