Lautan merupakan penyerap gas karbon dioksida yang terbesar dan terbanyak di dunia. Peranan yang sama juga dimainkan oleh hutan, iaitu kedua-duanya merupakan agen yang paling penting untuk mengawal suhu dunia. Persoalannya, adakah semua lautan di dunia juga menyerap kuantiti gas tersebut pada kadar yang sama? Sekiranya keputusan kajian sains yang terbaru adalah betul, maka jawapannya ialah semua kadar penyerapan di semua lautan adalah berbeza.
Menurut kajian terbaru melibatkan hampir 400 orang saintis daripada 10 buah negara, mereka mendapati bahawa Lautan India menyerap hampir tiga kali ganda lebih banyak gas karbon dioksida daripada Lautan Atlantik.
Read more: LAUTAN INDIA PALING BANYAK MENYERAP GAS KARBON DIOKSIDA
Singapura merupakan bandar yang paling hijau di benua Asia. Manakala Kuala Lumpur hanya disenaraikan bersama-sama dengan Bangkok, Jakarta, Beijing, Shanghai dan Delhi di bawah kategori ‘sederhana’.
Keputusan ini merupakan kaji selidik untuk Indeks Bandar Hijau Asia yang dilakukan oleh Economist Intelligence Unit (EIU) yang berpusat di Amerika Syarikat..
EIU meninjau dan memeriksa prestasi alam sekitar di 22 bandar utama di Asia di bawah 8 kategori iaitu tenaga dan gas karbon dioksida, penggunaan tanah dan bangunan, pengangkutan, sisa-sisa, udara, sanitasi, kualiti air dan pengurusan alam sekitar secara keseluruhan.
Read more: MALAYSIA BERTAHAP SEDERHANA DALAM KAJI SELIDIK BANDAR HIJAU
Satu kajian yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan bahawa hampir 75% terumbu batu karang di dunia sedang terancam. Buat pertama kalinya kajian ini juga meliputi ancaman daripada perubahan iklim, termasuklah peningkatan suhu lautan dan kandungan keasidan air laut.
Dalam laporan tersebut, ancaman tempatan bagi terumbu karang ialah penangkapan ikan yang tidak terkawal, pembangunan pesisiran pantai dan pencemaran telah menyebabkan kesan teruk kepada 60% terumbu karang di dunia pada hari ini.
Kajian yang bertajuk "Reefs at Risk Revisited" telah dijalankan oleh Institut Sumber Dunia, dengan kerjasama Nature Conservancy, WorldFish Center, International Coral Reef Action Network, Global Coral Reef Monitoring Network dan lebih daripada 25 buah organisasi. Pengumpulan data bagi kajian tersebut tertumpu di Australia , Caribbean, Indonesia, Malaysia, England, Amerika Syarikat dan banyak lagi negara-negara kepulauan di serata dunia. Kajian ini merupakan laporan yang paling terperinci mengenai ancaman terhadap terumbu batu karang.
Menurut laporan agensi berita Reuters, Brazil, China dan India telah membuat keputusan untuk melabur dalam teknologi tenaga bersih pada tahun 2011. Jumlah pelaburan dijangka akan mencapai USD 240 Billion. Laporan berita ini jelas menunjukkan tiga negara yang paling pesat membangun ini sedang menggandakan usaha mereka dalam teknologi tenaga bersih. Namun begitu, Amerika Syarikat yang merupakan negara yang paling kaya di dunia, masih terus berdiam diri.
Walau bagaimanapun, laporan ini merupakan sesuatu yang memberangsangkan kerana pelaburan tersebut telah jauh melepasi angka pelaburan yang telah dilakukan dalam tahun-tahun yang lepas. Dengan adanya perintis-perintis yang memulakan pelaburan seperti ini, negara-negara lain juga akan mengikuti langkah meraka dalam masa yang akan datang.
Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) melaporkan bahawa pelaburan dalam teknologi tenaga yang boleh diperbaharui mencatatkan angka sebanyak AS$180-200 bilion pada tahun 2010, berbanding dengan tahun sebelumnya iaitu pada AS$162 bilion. Kebanyakan jumlah pelaburan ini berasal daripada tiga negara tersebut. Oleh itu, sikap tidak aktif Amerika Syarikat dalam pelaburan tenaga bersih ini bukanlah sesuatu perkara yang baru.
Read more: PELABURAN DALAM TENAGA BERSIH DUNIA MENCECAH AS$240 BILION PADA 2011
Pada 16 Februari 2011, ahli sains telah membentangkan dua buah jurnal sains yang membuktikan bahawa perlakuan manusia mempunyai kaitan dengan kejadian banjir dan perubahan iklim. Laporan tersebut mengatakan bahawa pemanasan global dan perubahan iklim akan menyumbang kepada peningkatan sebanyak 20 peratus kejadian banjir yang berlaku di seluruh dunia.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh nstitut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), perubahan iklim telah menyebabkan corak hujan di Malaysia berubah. Di bahagian tengah dan selatan Semenanjung Malaysia, lebih banyak hujan akan turun dan tertumpu pada kawasan-kawasan tertentu sahaja, berbanding kepada pada masa dahulu yang tersebar luas di seluruh kawasan. Salah satu contoh adalah hujan lebat dan banjir besar yang berlaku di Johor pada akhir tahun 2006. Catatan hujan yang turun di Johor Bahru mencapai 289mm dalam masa sehari sahaja, iaitu catatan jumlah isipadu hujan yang turun di Johor Bahru iaitu 2400mm setahun.
Terdapat banyak sebab yang menyumbang kepada peningkatan kejadian banjir di Malaysia.
Kebiasaannya, bencana alam yang berkaitan dengan iklim adalah sukar diduga dan boleh menyebabkan kerosakan dan kerugian yang teruk. Kekerapan dan skala bencana alam yang berlaku ini telah menimbulkan persoalan sama ada ia menjadi faktor pendorong kepada berjuta-juta orang yang berhijrah ke tempat-tempat yang selamat? Persoalan ini sedang dikaji oleh pakar sains di Bank Pembangunan Asia.
Menurut organisasi yang berpejabat di Manila, cuaca melampau yang melanda di Malaysia, Pakistan, China, Filipina dan Sri Lanka telah menyebabkan berlaku penghijrahan sementara dan tetap bagi mereka yang ditimpa oleh bencana tersebut. Selain itu, proses tersebut juga dipercayai berlaku pada kadar yang lebih cepat dalam tahun-tahun yang akan datang yang juga disebabkan oleh perubahan iklim.
Pada masa ini, masih tidak terdapat satu mekanisme kerjasama yang ditubuhkan untuk menguruskan aliran penghijrahan penduduk yang ditimpa bencana alam. Apa yang wujud pada masa ini, apabila berlakunya bencana, pelan perlindungan dan bantuan tidak mencukupi serta tidak terurus. Situasi ini bakal mendorong kerajaan dan komuniti antarabangsa untuk mengendalikan isu ini secara yang lebih sistematik.
Read more: PERUBAHAN IKLIM AKIBATKAN PENGHIJRAHAN BERAMAI-RAMAI
Berdasarkan satu laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penurunan gas rumah hijau boleh dilakukan secara mendadak. Penurunan kadar gas rumah hijau, yang telah menggugat iklim dunia, boleh dicapai oleh industri dengan kos yang berpatutan dan dasar yang bersesuaian.
Dalam satu siri kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Pembangunan Perindustrian (UN Industrial Development Organization, UNIDO), iaitu sebuah agensi PBB, telah mengenal pasti beberapa langkah yang penting seperti kecekapan tenaga, tenaga yang boleh diperbaharui dan pengumpulan semula gas rumah hijau bagi memastikan suhu purata dunia tidak naik sehingga melebihi 20C pada tahun 2050. UNIDO ialah agensi yang ditugaskan untuk mempromosikan pembangunan lestari dalam sektor industri di negara-negara sedang membangun.
Masih ramai rakyat Malaysia yang enggan mendapatkan kaunseling apabila menghadapi tekanan. Akhirnya ada yang mengambil keputusan drastik; dan paling membimbangkan ialah membunuh diri. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang pelajar tingkatan lima membunuh diri. Dalam kes yang berasingan, seorang ibu telah membunuh diri selepas mencampakkan anak kecilnya dari tingkat empat sebuah pangsapuri.
Peningkatan taraf hidup dan pembangunan yang pesat negara, kadang-kala telah menyebabkan masalah kepada golongan tertentu. Antaranya masalah tekanan atau stres daripada rutin kehidupan harian sama ada berpunca dari kerja, persekitaran atau individu lain.
Karbon dioksida merupakan gas rumah hijau yang paling banyak menyumbang kepada pemanasan global dan perubahan iklim. Manakala di tempat yang kedua pula ialah gas metana. Kebanyakan gas metana dibebaskan oleh sektor penternakan dan pembakaran bahan api fosil. Menurut pakar, 50% daripada gas metana yang terhasil adalah daripada aktiviti manusia dan peratusan ini kian meningkat saban tahun. Punca semula jadi gas metana adalah seperti kawasan paya, laut, kawasan tadahan air, dan tanah lembab
Hasil kajian itu juga menunjukkan bahawa gas metana lebih berbahaya daripada gas karbon dioksida, iaitu gas metana 33 kali lebih cenderung untuk memerangkap tenaga haba dalam atmosfera jika berbanding dengan gas karbon dioksida.
Pada masa ini, hampir semua usaha untuk mencapai persetujuan iklim yang baru tertumpu kepada pengurangan gas karbon dioksida sahaja. Langsung tidak ada sebarang tumpuan diberi kepada gas metana. Walaupun kepentingan utama harus diberikan kepada gas karbon dioksida, namun tidak boleh diabaikan terhadap gas rumah hijau yang lain seperti gas metana.
Page 5 of 9