PUTRAJAYA: Caj pencemaran sebanyak 20 sen akan dilaksanakan di Wilayah Persekutuan mulai 15 Mac ini.Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad berkata caj berkenaan selaras dengan matlamat kerajaan untuk mengatasi masalah pencemaran sisa plastik melalui Pelan Hala Tuju Ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 yang diterajui Kementerian Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)."MESTECC turut membenarkan semua kerajaan negeri termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mengenakan caj pencemaran sebanyak RM0.20 kepada setiap beg plastik yang digunakan oleh pengguna semasa membeli-belah."Caj tersebut hanya boleh dikenakan ke atas setiap beg plastik biodegradasi manakala tindakan penguatkuasaan diteruskan kepada peniaga dan penjaja yang masih menggunakan beg plastik konvensional," kata dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jelas Khalid, pendekatan berkenaan bertujuan untuk memberi kesedaran dan perubahan minda kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan warga Wilayah Persekutuan khususnya mengenai keperluan perbelanjaan kerajaan untuk membersihkan pencemaran sisa plastik.Selain itu, beliau berkata pendekatan tersebut diambil supaya dapat memberi kesedaran mengenai inisiatif hijau serta menjamin kelestarian alam sekitar.Sejak penggunaan produk biodegradasi (mudah terurai) di Wilayah Persekutuan, peniaga dan penjaja telah memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan inisiatif hijau itu, kata Khalid.Kementerian Wilayah Persekutuan berharap semua warga Wilayah Persekutuan positif dan dapat berganding bahu menjayakan inisiatif Pembangunan Teknologi Hijau Di Wilayah Persekutuan, jelasnya.

BENTONG 2 Mac - Rakyat negara ini disaran beralih kepada tanaman lain seperti buluh dan kelapa selaras dengan cadangan kerajaan menghentikan peluasan penanaman kelapa sawit di kawasan baharu di seluruh negara.Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim berkata, langkah itu penting memandangkan tanaman baharu seperti buluh dilihat amat berpotensi dan mendapat permintaan baik.“Saya rasa inilah masanya untuk kita hentikan perluasan penanaman kelapa sawit dan melihat kepada tanaman lain contohnya di Pahang sesete­ngah kawasan terdapat banyak pokok buluh. Buluh boleh dijadikan banyak barangan dan Jepun adalah pasaran terbaik untuk produk buluh.“Ini adalah antara jenis pokok (tanaman) yang boleh kita lihat, lupakan hanya menumpukan kepada penanaman kelapa sawit,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Projek The Valley@Bentong di sini hari ini.

Yang hadir sama Ahli Parli­men Bentong, Wong Tack; Pe­ngerusi Bina Puri Holdings­ Bhd. (Bina Puri), Tan­ Sri Ir. Wong Foon Meng; Pe­ngarah Urusan Kumpulan Bina Puri, Tan Sri Tee Hock Seng dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Bina Puri, Datuk Mathew Tee.Tambah beliau, selain buluh, pokok kelapa dilihat berpotensi dan boleh mendatangkan keuntungan yang mana Malaysia sendiri mengimport kira-kira RM1 juta kelapa setahun.Dalam pada itu, beliau berkata, langkah menghentikan peluasan penanaman kelapa sawit adalah tepat memandangkan minyak sawit di dalam negara mencukupi bagi menstabilkan harga komoditi itu.Jelasnya, kejatuhan harga minyak sawit hujung tahun lalu menyaksikan ramai pekebun kecil menderita dan terkesan berbanding syarikat besar yang dilihat masih mampu meraih keuntu­ngan.Sementara itu, mengulas menge­nai kunjungannya ke Indonesia baru-baru ini, beliau berkata, perbincangan me­ngenai masa depan minyak sawit dengan Indonesia berjalan baik dan Malaysia bersama Indonesia akan terus membantah usaha Kesatuan Eropah (EU) untuk memboikot minyak sawit.

KOTA KINABALU: Two more Borneo pygmy elephants have been found dead in Sabah’s east coast as the poaching threat continues unaba­ted into the new year.An adult cow was found dead near a plantation area at Sukau close to the high conservation area of Kinabatangan, while another was found near a state-owned plantation area in Tawau.Both the elephants were found in decomposing condition by the workers on Monday.Sabah Wildlife Department and police were informed of the two discoveries.Sabah Wildlife Department director Augustine Tuuga said yesterday that the post-mortem has yet to be done.Tuuga, however, declined further comment on the matter.

The two deaths, according to a conservationist who declined to be named, comes after five elephant deaths were reported between December and January this year.At least two of the elephants were believed to have been shot by poachers while the others could have been poisoned or succumbed to natural causes in the incidents in Kinabatangan, Tawau and Lahad Datu.Last year Sabah saw some 27 elephants deaths related to poisoning, poaching and natural causes as the state government put together an action plan to work with plantations and villagers to help mitigate the problems of human-elephant conflict.WWF Malaysia and other conservation groups have also been involved in mitigating the problems faced by the critically endangered Borneo Pygmy elephants.There is an estimated 1,500 to 2,500 elephants left in the wild and shrinking forest habitats are further putting pressure on the elephants and other wildlife in Sabah’s east coast forests.

APAKAH selepas keadaan semakin buruk, baru kita sedar untuk menjaga alam sekitar, memulih semula kawasan atau sungai yang tercemar? Setakat ini, 25 sungai iaitu 16 sungai di Johor, lima di Lembah Klang, tiga di Pulau Pinang dan satu di Melaka dikategorikan sebagai Kelas Lima iaitu pencemaran teruk, menjadikan keseluruhan sebanyak 32 sungai disenaraikan dalam kategori Kelas Empat dan Kelas Lima.

Ikuti temu bual eksklusif wartawan BH Ahad, JUNITA MAT RASID bersama Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (MESTECC), Yeo Bee Yin, yang berkongsi kebimbangan tahap pencemaran sungai di negara ini.

S: YB boleh kenal pasti berapa banyak sungai kita yang sudah tercemar dan disenaraikan di Kelas Lima iaitu pencemaran yang paling teruk?

J: Ada banyak sungai Kelas Lima di tiga negeri iaitu Johor, Selangor dan Pulau Pinang. Semua negeri yang paling kaya (tetapi) sungai kotor di Kelas Lima. Tiga negeri ini sahaja yang mempunyai sungai di tahap Kelas Lima. Ada 25 sungai Kelas Lima di tiga negeri ini.

PEKAN, 22 Feb — Tasik Chini berisiko kehilangan status rizab biosfera yang dianugerahkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco).Bekas ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini berkata risiko ini tidak dapat dielak jika pembersihan tanah dan perlombongan terus dibenarkan, lapor New Straits Times.Datuk Seri Mushrifah Idris, dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), juga berkata ia akan menjadi kerugian besar kepada negara jika status itu ditarik balik.“Status ini membolehkan kita menerima dana penyelidikan untuk membangunkan kawasan itu, termasuk mewujudkan limpahan ekonomi untuk masyarakat tempatan dan Orang Asli,” kata profesor itu.“Berdasarkan senario semasa, kita mungkin kehilangan status rizab biosfera jika tiada usaha pemulihan dilakukan. Aktiviti perlombongan perlu dilakukan secara sistematik.”Unesco menjalankan audit sekali setiap 10 tahun atas semua aspek. Audit seterusnya dijalankan bermula Mei hingga September tahun ini, melibatkan lawatan wakil agensi itu.Pada 1996, Tasik Chini menjadi tapak pertama di negara ini yang diberikan pengiktirafan berprestij itu oleh PBB, selain Banjaran Crocker di Sabah yang diterima pada tahun 2014.

PEKAN: Masa depan Tasik Chini yang terkenal dengan mitos kewujudan naga dan destinasi tarikan eko pelancongan semakin kelam apabila penerokaan tanah serta perlombongan di Bukit Ketaya yang berhampiran, dikesan terus berleluasa.Keistimewaan 12 tasik air tawar seluas 5,084 hektar yang turut menjadi penyumbang ekonomi masyarakat setempat melalui pelancongan dan penangkapan ikan, turut terjejas apabila air tasik bertukar keruh.Tinjauan BH di sekitar tasik dan Bukit Ketaya semalam, mendapati penerokaan tanah tanpa kawalan dilakukan berhampiran tasik seolah-olah tiada zon penampan seperti yang lazimnya ditetapkan bagi menggelakkan pencemaran alam sekitar.

Difahamkan penerokaan tanah bagi perlombongan di kawasan itu bermula sejak beberapa tahun lalu, namun ia menjadi semakin parah kebelakangan ini.Berdasarkan gambar dari udara menggunakan dron diambil jurugambar mendapati, penerokaan tanah bukit yang hanya kira-kira 150 meter dari tasik jelas menunjukkan kawasan kehijauannya makin berkurangan berbanding di pintu masuk utama ke Tasik Chini melalui Lake Chini Resort.Papan tanda dipasang pada pintu masuk ke kawasan itu menunjukkan kerja melombong di Bukit Ketaya dalam Mukim Penor itu diluluskan Pejabat Tanah dan Galian Pahang pada 3 Oktober 2011.BH yang mengharungi tasik itu menggunakan bot, melihat sendiri pembukaan tanah di sekitar kawasan bukit yang semakin gondol.

KEGAGALAN mematuhi peraturan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dibimbangi boleh menjejaskan sistem ekologi alam semula jadi, seandainya kerajaan negeri Kelantan tidak memberi perhatian serius terhadap pengawalan pembukaan kawasan hutan.Apa yang pasti situasi itu sudah pun berlaku sekarang apabila kesan penggondolan bukit untuk tujuan membuka kawasan pertanian selain mengeluarkan balak, keadaan air sungai seperti Sungai Lebir dan Sungai Nenggiri, kini menjadi kuning sehingga spesies ikan dikatakan semakin terancam kerana air yang kotor.Keadaan itu disebabkan apabila hujan, air yang turun dari bukit turut membawa bersama lumpur dan mengalir masuk ke anak-anak sungai sebelum memasuki sungai utama yang terus ke Sungai Kelantan.Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Rozali Isohak, berkata pembukaan kawasan hutan oleh kerajaan negeri secara tidak terkawal sekitar antara punca pencemaran kepada air Sungai Kelantan dan spesies ikan sungai menjadi semakin terancam.

Malah, sumber ikan sungai seperti kelah dan sebarau juga hampir pupus berikutan air sungai yang kotor dan berselut yang tidak sesuai untuk hidupan air berkenaan.Beliau mengakui air Sungai Kelantan lebih 25 tahun lalu bersih dan jernih bukan seperti sekarang yang kuning dan berselut yang turut menyusuri hampir semua anak sungai termasuk di kawasan penempatan masyarakat Orang Asli.Katanya, pembukaan Ladang Rakyat yang mengusahakan tanaman kelapa sawit dan getah juga sebahagian punca kepada pencemaran sungai di kawasan Hulu Kelantan."Penggondolan bukit seperti yang berlaku di kawasan Tanah Tinggi Lojing di Gua Musang yang hampir tiada lagi hutan balak juga menyebabkan pencemaran sungai apabila hujan kerana ia membawa air berselut mengalir masuk ke anak sungai di kaki bukit berhampiran sebelum memasuki sungai utama seperti Sungai Negggiri dan Sungai Galas.

"Keadaan sekarang semakin membimbangkan dengan masalah pencemaran sungai apabila air semakin kotor dan berselut."Lebih membimbangkan ia mengundang masalah banjir besar apabila air hujan mudah mengalir masuk ke sungai tanpa halangan daripada hutan dan pokok balak."Keadaan itu boleh diumpamakan seperti kepala botak apabila disiram air, ia terus turun ke bawah tanpa ada halangan," katanya.
Mohd Rozali berkata, pembukaan kawasan hutan dan pembalakan tidak terkawal dari segi kesan kepada alam sekitar bermula sekitar tahun 1994 yang menyebabkan pencemaran sungai.Beliau berkata, sepatutnya sebaik sahaja kawasan tanah bukit digondolkan untuk mengeluarkan balak, ia perlu ditanam semula dengan tanaman menutup muka bumi terlebih dahulu untuk suatu tempoh tertentu sebelum dimajukan dengan kelapa sawit atau getah.

FORUM Bandar Malaysia (MUF) yang berlangsung semalam dan hari ini, membuka peluang dan tanggungjawab membincangkan perancangan serta strategi penyelesaian terhadap isu masyarakat bandar masa hadapan, khususnya Kuala Lumpur.Penganjuran MUF juga wajar memberi maklum balas positif kepada Forum Bandar Sedunia Ke-9 (WUF9) yang berlangsung 7 hingga 13 Februari tahun lalu, selain seiring Agenda Bandar Baharu dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 2030).Isu seperti perubahan suhu bandar, banjir kilat, pengurusan sisa pepejal dan kawasan hijau yang cukup untuk masyarakat bandar, perlu diberi perhatian segera untuk jangka masa panjang.Soal pemanasan bandar raya Kuala Lumpur dibincangkan sejak 1970-an. Hasil kajian perbandingan suhu bagi 1972, 1975 dan 1980 menunjukkan kewujudan pulau haba di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.Fenomena ini wujud kerana bertambahnya kenderaan berenjin, selain pertambahan kawasan perumahan dan jalan raya. Hal ini perlu diberi perhatian dan penyelesaian terbaik harus dicari.

GUA MUSANG: Kira-kira 6,000 Orang Asli dari lebih 40 kampung di pedalaman di daerah ini berdepan kemusnahan 50 tadahan air bukit sehingga menjejaskan kehidupan mereka sejak 15 tahun lalu.Kemusnahan itu didakwa akibat daripada aktiviti pembalakan, pembukaan ladang dan kebun sayur tidak terkawal tanpa mempedulikan masalah air bersih dihadapi golongan itu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Galas, Mohd Syabuddin Hashim, berkata berdasarkan maklumat diterima, sebilangan besar tadahan air bukit yang musnah itu sukar dibaik pulih semula.Katanya, ini kerana, kawasan tadahan air bukit tiada lagi zon penampan bagi melindungi air daripada tercemar sehingga terbiar kering begitu sahaja.Beliau berkata, masalah itu tidak dapat dihalang kerana ia berada di bawah kuasa kerajaan negeri yang meluluskan kawasan untuk pembalakan dan pertanian.

“Penduduk di kampung terbabit juga sukar mencari kawasan baharu bagi mendapatkan sumber air bersih berikutan kemusnahan hutan,” katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Warga Emas Orang Asli Uzur di Kampung Pasir Linggi, dekat sini, semalam.Mohd Syahbuddin yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang mengakui penduduk Orang asli juga tidak boleh menggunakan sumber air sungai kerana kotor dan berselut kesan pembukaan ladang serta kebun sayur.Beliau berkata, kemusnahan kawasan tadahan air bukit itu semakin membimbangkan selain penduduk berdepan hakisan bukit.Katanya, masalah itu sudah lama dibangkitkan penduduk Orang Asli, tetapi tidak mendapat pembelaan kerajaan dari dulu sehingga sekarang.“Kita sebagai pemimpin turut simpati dengan nasib Orang Asli yang hidup terpinggir daripada menerima kemajuan dan berdepan dengan pelbagai masalah lain selepas ini.“Apapun kita tetap mempertahankan dan mengambil perhatian diatas perkara itu kerana kita sebagai tempat mengadu,” katanya.