NOBODY talks about garbage until they smell the stink. Malaysia has to act soon or face major problems in the future, when we all will be throwing up because of the smell.I wrote two years ago about the use of waste-to-energy (WTE) plants, at a time when the government was deciding whether to go with them or not (“Time to look at incineration”, The Star, Sept 29, 2017; online at bit.ly/star_waste). We cannot wait too long.My feeling about the matter became more urgent when news broke about the Pasir Gudang, Johor, chemical dumping incident in March this year and the latest news about the world’s oceans dying from plastic in 10 rivers, most of them from Asia (bit.ly/ban_plastic).Malaysia must act and not just react. And there are valuable lessons we can learn from countries of the South.

Will Kuala Lumpur wait till we are in a desperate situation before we choose to act?

Thank God, Housing and Local Government Minister Zuraida Kamaruddin has been listening and keeping up with developments. She has come out in support of WTE solutions in Parliament and in various interviews with the mediaShe has mentioned Bukit Payung and Seelong (in Johor), Jabi and Samling (Kedah) and Bukit Tagar (Selangor) as potential sites for such plants. It is curious she said Bukit Tagar because it is also where the landfill is. Are we going to see the Bukit Tagar landfill turn into a WTE plant?

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka mengalami lebih banyak bilangan hari tanpa hujan apabila Monsun Barat Daya yang bermula 6 Mei ini akan berterusan sehingga pertengahan September.Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (METMalaysia), Alui Bahari, berkata ketika Monsun Barat Daya, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan keadaan atmosfera lebih kering dan kelembapan udara yang rendah.Katanya, ia akan menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan sepanjang tempoh monsun itu.

“Kebanyakan negeri akan mengalami lebih banyak bilangan hari tanpa hujan berbanding bilangan hari hujan ketika Monsun Barat Daya.“Keadaan ini menyebabkan taburan hujan yang rendah dan cuaca panas.“Sepanjang tempoh Monsun Barat Daya ini, taburan hujan di kebanyakan negeri dijangka berada pada paras purata kecuali Melaka, Johor dan Sabah dijangka sedikit di bawah purata,” katanya dalam kenyataan, hari ini.Alui berkata, fenomena garis badai (squall line) yang membawa hujan lebat, angin kencang dan petir bagaimanapun boleh berlaku di kawasan barat Semenanjung dan barat Sabah pada awal pagi.“Garis badai adalah garisan ribut petir yang terbentuk akibat penumpuan angin dan atmosfera yang tidak stabil serta mempunyai jangka hayat sehingga beberapa jam.“Maklumat dan ramalan cuaca terkini boleh diperoleh melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, media sosial, RakanMET dan Hotline Jabatan Meteorologi Malaysia,” katanya.

Shah Alam: Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) akan berbincang dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk memudahkan eksport sisa tidak sah kembali ke negara asal, sekiranya diarahkan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.LPK, dalam satu kenyataan, berkata pihaknya sedia bekerjasama sepenuhnya dengan kementerian terbabit serta agensi kerajaan lain yang berkaitan bagi membendung isu pengimportan sisa plastik melalui Pelabuhan Klang.“Tindakan proaktif yang diambil oleh LPK termasuk memberi peringatan kepada pengimport dan ejen perkapalan berhubung pengimportan sisa plastik secara tidak sah.

Atasi pengisytiharan palsu

“Pengisytiharan palsu diikrar ejen penghantaran adalah masalah utama yang wajar diatasi dari pelbagai sudut termasuk mengenakan tindakan berat terhadap pengimport dan ejennya.“Selain itu, proses risikan perlu ditambah baik, tekanan ditingkatkan terhadap negara pengeksport dan ejen perkapalan wajib menyemak perihal pelanggan mereka di pelabuhan,” katanya.BH sebelum ini melaporkan, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan pihak tertentu di pelabuhan utama negara, disyaki punca Malaysia kini menjadi lokasi pelupusan sampah dari negara maju, secara haram.Berselindung di sebalik perisytiharan sebagai sisa pepejal bersih, kontena berisi sisa plastik tercemar yang tidak boleh dikitar semula dibawa masuk ke negara ini.

Syabas diucapkan kepada Kementerian Tenaga, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar kerana menyekat kemasukan sisa plastik tercemar dan terlarang di pintu masuk negara. Kita percaya jika usaha ini berterusan, isu kewujudan kilang kitar semula yang beroperasi secara haram di seluruh negara dapat diatasi, malah pembuangan haram sisa tercemar dan terlarang juga dapat dielak berlaku.

Dalam tindakan itu, kita berharap kerajaan bertegas menggunakan Konvensyen Basel yang ditandatangani untuk menuntut negara pengimport sisa plastik tercemar itu mengambil balik bahan berkenaan yang ditahan di pelabuhan negara. Bukan sekadar 24 kontena, tetapi 129 lagi kontena yang mempunyai kandungan plastik terpakai di Pelaburan Barat dan Utara ketika ini. Beban kos harus ditanggung negara pengimport itu.

Selain itu, isu salah guna kuasa di pelabuhan negara juga harus dilihat secara serius. Jika benar ada, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus dilibatkan.Apa yang penting, operasi dan serbuan haruslah dibuat berkala. Ia penting untuk kita memberi mesej serius kepada dunia, bahawa Malaysia bukanlah tong sampah sisa toksik kepada negara maju.

GEORGETOWN: Sekurang-kurangnya 50 rumah di sekitar Tanjung Tokong di sini mengalami kerosakan dan dimasuki air selepas dibadai belalai air dan hujan lebat tengah hari tadi.Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, kebanyakan penduduk berada di rumah dan ada yang sedang bekerja di tempat kerja masing-masing tetapi tiada kecederaan dilaporkan.Video kejadian itu turut tersebar di media sosial.Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pulau Pinang berkata dalam kejadian itu, belalai air dari arah laut masuk ke kawasan sekitar kawasan Tanjung Tokong menyebabkan bumbung dan atap rumah berterbangan dan beberapa pokok tumbang.

"Setakat ini tiada kemalangan jiwa atau mangsa yang cedera dalam kejadian ribut kira-kira 15 minit itu dan kami membersihkan serpihan struktur yang rosak akibat kejadian itu,” katanya di sini.Penduduk, Nona Khalid, 75, berkata ketika kejadian itu dia sedang duduk di luar rumahnya kerana menunggu cucu yang pulang dari sekolah, manakala suaminya pula baru pulang dari tempat kerja.“Ketika itu, angin sudah kuat dan saya yang nampak cucu berjalan terus memanggilnya masuk ke rumah manakala suami pula sedang menolak motosikal.“Saya terus memanggil suami dan menasihatinya masuk ke rumah dengan cepat selepas ternampak pusaran angin yang pelik,” katanya.Beliau berkata, ketika mahu masuk ke rumah, terdengar bunyi kuat dan sebaik menoleh, ternampak kayu serta zink jatuh di hadapan rumah.

SHAH ALAM: A water quality specialist has urged the government to consider new strategies to clean up the Klang River, notorious for its “teh tarik” or milk tea colour, saying efforts to address pollution so far have not been effective.Zaki Zainudin, who has studied water quality and modelling for over a decade, gave the example of the River of Life project, launched in 2012 to clean up and beautify a 10km stretch of the Klang River.The RM4.4 billion project includes river cleaning, river master planning and beautification, and river development. RM3.4 billion was allocated for clean-up operations and the remaining RM1 billion for landscaping.

“When the government announced the project, we were quite sceptical because the target was to achieve a river of Class IIB standard under the National Water Quality Standard (NWQS),” he said.Class IIB refers to water fit for recreational use and safe for bodily contact.But it was later reported that the target was switched to Class II, which excludes the criterion for bodily contact.“This was following the Water Quality Index, which is not as accurate as the NWQS and translates into different achievement targets,” Zaki added.Zaki Zainudin collects water samples during a site study.Another factor complicating rehabilitation efforts at the Klang River is the level of coliform bacteria in the water, he said.

JOHOR BARU: An illegal factory owner involved in recycling tyres in Kulai is expected to be charged on Thursday (March 14) in connection with the dumping of toxic waste into Sg Kim Kim in Pasir Gudang, says Energy, Technology, Science, Climate Change and Environment Minister Yeo Bee Yin."The owner faces a maximum imprisonment of five years and a fine of RM500,000," she added.Meanwhile, she said the Department of Environment would be installing gas detection monitors around Pasir Gudang to check on the air quality in the area.She said that this was important to detect the toxic pollutants at different altitudes and also other possible unknown chemical compounds."We have identified at least eight of the chemicals based on our sampling. There are still unknown chemicals," she said, adding that DOE would be carrying out checks on 252 chemical factories after this crisis was over.She added the important thing now was to carry out clean-up operation of the polluted river.

MULAI Jumaat ini (15 Mac), setiap beg plastik yang digunakan oleh orang ramai semasa membeli-belah di Wilayah Persekutuan akan dikenakan bayaran sebanyak 20 sen.‘Caj pencemaran’ ber­kenaan selaras dengan matlamat kerajaan untuk me­ngatasi masalah pencemaran sisa plastik melalui Pelan Hala Tuju Ke Arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 yang diterajui Kementerian Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.Penulis mengalu-alukan pendekatan tersebut berikutan matlamatnya bagi me­ngurangkan pencemaran dan melestarikan alam sekitar.Selain itu, ia bertujuan untuk mengubah minda masyarakat berhubung isu itu ekoran kerajaan menanggung kos yang tinggi untuk membersihkan pencemaran plastik.Kementerian Wilayah Persekutuan sendiri memperuntukkan sebanyak RM260 juta setahun bagi menampung kos pengurusan sisa pepejal di Kuala Lumpur manakala RM90 juta di Putrajaya dan RM50 juta di Labuan.

Isu pencemaran plastik bukan sahaja menghantui rakyat Malaysia tetapi meliputi penduduk di peringkat global kerana ia bagaikan musuh kepada alam sekitar.Masyarakat kini terlalu bergantung pada penggunaan plastik sekali gus menyebabkan ia sukar dikawal sehingga berlaku pencemaran. Bahkan, penggunaan plastik yang berleluasa menyebabkan orang ramai tidak menghargainya sehingga ia dibuang merata-rata tempat.Selain menyakitkan mata, setiap hari berjuta-juta beg plastik ini turut memenuhi longkang sebelum hanyut dibawa hujan ke laut sekali gus memberi kesan lebih buruk khususnya kepada hidup­an laut seperti penyu.Banyak video di laman sosial seperti Facebook memaparkan penyu ditemui mati akibat termakan plastik atau tubuh­nya diliputi plastik sehingga menyukarkan haiwan terancam itu untuk meneruskan hidup.

JOHOR BAHRU: Insiden pencemaran sungai hingga menyebabkan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih, dekat sini, ditutup tengah hari semalam, di luar jangkaan dan amat dikesali, kata Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.Khamis lalu kedua-dua sekolah itu diarahkan tutup berikutan pencemaran udara berikutan pembuangan sisa kimia ke Sungai Kim Kim, berhampiran oleh pihak tidak bertanggungjawab.Ia dibuka semula pagi semalam selepas disahkan selamat, namun pada tengah hari kejadian sama berulang.Kira-kira lima jam selepas sesi sekolah bermula ramai pelajar dan guru dari dua sekolah berkenaan mengadu mengalami gejala seperti muntah, loya dan sakit kepala sehingga menyebabkan 61 orang dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) sehingga jam 5.30 petang.

Osman berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah (JPBBD) membuat keputusan untuk membuka semula kedua-dua sekolah berkenaan selepas membuat penilaian keselamatan dan mendapati keadaan udara di sekolah itu selamat daripada sebarang unsur pencemaran bahan kimia yang berlaku minggu lalu,“Bagaimanapun kejadian pagi tadi (semalam) adalah sesuatu yang di luar jangkaan dan amat dikesali,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.Kenyataan itu turut dimuatnaik dalam akaun Facebook rasminya.Osman meminta JPBBD memastikan sekolah berhampiran sungai berkenaan ditutup sementara waktu sehingga keadaan benar-benar selamat untuk pelajar dan guru meneruskan sesi pembelajaran.