Ubat pengurangan berat badan boleh menjadi punca kepada kerosakan buah pinggang. Ramai orang ingin mengurangkan berat badan dalam masa yang singkat dengan mengambil pelbagai jenis ubat-ubatan.
Mereka juga terperdaya dengan dakwaan pengeluar ubat-ubatan bahawa ubat tersebut telah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pengguna hendaklah memastikan sama ada dakwaan tersebut adalah benar. Mereka perlu menghubungi KKM untuk mendapatkan kepastian sama ada produk tersebut tidak mempunyai sebarang kesan sampingan. Berapa ramai yang membuat seperti ini?
Kebanyakannya hanya akan bertindak selepas ubat-ubatan yang diambil itu memberikan kesan yang tidak diingini.
Read more: BERHATI-HATI APABILA GUNA UBAT KURANGKAN BERAT BADAN
Peningkatan penggunaan komputer dalam kalangan masyarakat sama ada untuk tujuan pekerjaan, pembelajaran mahupun bagi tujuan-tujuan lain seperti permainan komputer, melayari internet atau pencarian maklumat, telah menimbulkan kebimbangan tentang kesannya terhadap fungsi penglihatan secara khususnya, serta kesihatan umum secara amnya.
Dianggarkan 25% hingga 93% pengguna komputer mengalami simptom-simptom yang dikaitkan dengan penggunaan komputer.
Gejala dan tanda
Diantara simptom-simptom yang biasa dialami oleh pengguna komputer tegar ialah:
Lebih daripada 76% kanak-kanak di Malaysia menghabiskan masa mereka untuk menonton televisyen dan bermain komputer. Demikian menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Liow Tiong Lai. Akibat daripada tabiat tersebut, di samping kurang bersenam, menyebabkan masalah kegemukan dalam kalangan kanak-kanak semakin serius.
Beliau juga menyatakan bahawa hanya 28.5% pelajar mengamalkan diet yang sihat, manakala 14.5% kanak-kanak (umur 7 hingga umur 13) mengalami masalah kekurangan zat makanan
Selain itu, hanya terdapat 10% pelajar rendah yang tidak makan sarapan, manakala 70% pelajar yang akan makan sarapan.
Burger merupakan makanan segera yang paling digemari oleh kanak-kanak. Selain itu, kajian menunjukkan bahawa nasi lemak, mi goreng dan nasi ayam merupakan makanan kantin yang paling disukai oleh pelajar sekolah. Makanan segera yang popular bagi kanak-kanak merupakan burger, ayam goreng dan pizza.
- Saya tidak ada masa untuk sarapan pagi.”
- “Tidak bersarapan dapat menolong saya mengurangkan berat badan.”
- “Saya tidak larat untuk makan pada waktu pagi.”
Adakah anda seorang daripada yang memberikan jawapan seperti di atas apabila ditanya adakah anda sudah makan bersarapan?
Jika jawapan adalah YA, sila rujuk kepada pandangan yang diberikan oleh pakar diet. Menurut pakar diet, sarapan merupakan makanan yang paling penting pada setiap hari. Selain itu, mengelakkan sarapan tidak menolong anda mengurangkan berat badan.
Sebaliknya, mengambil sarapan dapat menolong anda memulakan keperluan metabolik untuk hari tersebut. Ini membolehkan badan anda membakar kalori dengan berkesan dan menyumbang kepada pengawalan berat badan.
Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan arahan bahawa makanan ringan tidak dibenarkan dijual di sekolah. Arahan ini dibuat memandangkan tahap kesihatan pelajar sekolah yang membimbangkan, terutamanya kegemukan dan kencing manis.
Langkah Kementerian Kesihatan ini amat dialu-alukan dan hendaklah dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pengharaman penjualan makanan ringan dan minuman berkarbonat sepatutnya telah lama diharamkan di sekolah. Namun disebabkan oleh pemantauan yang masih belum memuaskan oleh pihak sekolah, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan menyebabkan makanan dan minuman tidak berkhasiat masih terus dijual di kantin-kantin sekolah.
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Kantin Sekolah semenjam tahun 1983 lagi. Garis panduan ini sebagai rujukan pihak sekolah dalam penyediaan makanan yang dijual di kantin sekolah.
Di bawah Akta Jualan Dadah 1952 (Pindaan 1989) dan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (pindaan 2006), semua ubat perlu didaftarkan dan kosmetik perlu dinotifikasikan sebelum dipasarkan di Malaysia.
Pendaftaran ubat-ubatan dan notifikasi kosmetik boleh dilakukan dengan mengemukakan permohonan kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).
BPFK bertanggungjawab untuk memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk farmaseutikal yang di pasarkan serta kualiti dan keselamatan produk tradisional dan kosmetik.
Produk yang didapati tidak memenuhi syarat pendaftaran dan kualiti yang ditetapkan akan dikenakan tindakan, iaitu dipanggil balik daripada pasaran.
Lebih daripada 6,000 orang perokok telah didenda kerana merokok di zon larangan merokok. Undang-undang yang lebih ketat akan diambil ke atas mereka yang merokok di zon larangan merokok. Tetapi, ini memerlukan tindakan penguatkuasaan yang berkesan untuk mengurangkan perokok yang merokok di tempat awam.
Kajian menunjukkan bahawa tiada paras yang selamat untuk perokok pasif. Larangan merokok di tempat kerja, pengangkutan awam dan tempat awam tertutup masih belum mencukupi untuk memastikan perokok mematuhnya. Masih terdapat ramai menghisap rokok dengan bebas di tempat awam sama ada yang tertutup atau di stesen bas atau di dalam kedai makan, siber kafe dan di tepi jalan.
Orang ramai masih tidak menghiraukan papan tanda yang menunjukkan tentang larangan merokok. Pekedai-pekedai juga patut bertanggungjawab untuk melarang pelanggan menghisap rokok di dalam premis mereka.
Kementerian kesihatan dan kementerian pelajaran telah mengambil langkah untuk menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan Kantin Sekolah Sihat yang meliputi larangan menjual minuman berkarbonat berjenama dan minuman bertenaga di kantin atau mesin layan diri di sekolah. Usaha ini dianggap sebagai langkah untuk menggalakkan pemakanan berkhasiat dalam kalangan pelajar.
Kegemukan dan obesiti mempunyai kaitan dengan cara pemakanan. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini, menunjukkan bahawa seorang daripada 4 orang kanak-kanak di negara ini adalah gemuk ataupun obes. Manakala seorang daripada 3 orang remaja adalah berat badan yang berlebihan, dan seorang daripada 6 orang ialah obes. Kajian tersebut dijalankan pada tahun 2002 dan tahun 2008. Penemuan kajian tersebut menunjukkan peningkatan yang ketara dalam bilangan kegemukan dan obesiti dalam kalangan pelajar sekolah.
Sebanyak 21 premis telah dikenal pasti sebagai zon larangan merokok. Antaranya ialah hospital / klinik, lapangan terbang, lif dan tandas awam, restoran berhawa dingin, pengangkutan awam, premis kerajaan, institut pendidikan, stesen petrol, kafe internet, pusat membeli-belah dan ruangan pejabat swasta dengan sistem penghawa dingin yang berpusat.
Namun begitu, masih terdapat perokok yang menghisap rokok di kawasan yang disenaraikan. Malah penulis sendiri pernah ternampak orang yang merokok di lobi hotel yang mempunyai sistem penghawa dingin berpusat, tetapi tiada seorang pun yang menghalang dia merokok.
Premis kerajaan merupakan tempat larangan merokok, tetapi puntung rokok masih terdapat di sekitar laluan masuk dan tandas berhawa dingin.
Page 12 of 16