Kerajaan pastikan jaminan makanan dalam keadaan stabil
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memastikan jaminan makanan untuk rakyat dalam keadaan yang stabil seiring dengan pelaksanaan rasionalisasi diesel yang dilakukan pada tahun hadapan, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Menurutnya, langkah penyasaran semula subsidi penting untuk memastikan hanya rakyat yang benar-benar layak sahaja menerima subsidi, selain mengukuhkan kedudukan fiskal.
Rafizi berkata, ketika ini terdapat usaha meningkatkan bekalan dan jaminan makanan untuk rakyat berhadapan dengan impak inflasi, dengan jangkaan inflasi bagi 2024 adalah sekitar 2.1 peratus hingga 3.6 peratus.
Read more: Kerajaan pastikan jaminan makanan dalam keadaan stabil
Harga ayam, telur wajar diapung pada kadar munasabah - Peniaga
KUALA LUMPUR - Pengapungan harga telur dan ayam perlulah dibuat pada kadar yang munasabah bagi mewujudkan situasi menang-menang antara pengguna, penternak dan pembekal.
Presiden Gabungan Persatuan Peniaga dan Penjaja Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, ia harus dibuat secara teliti dan perlu dipantau agar tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan, selain bagi memastikan bekalan domestik keperluan itu mencukupi.
"Nak apungkan harga boleh tetapi harga siling janganlah terlalu tinggi.. seperti satu ketika, harga ayam pernah diapungkan sampai RM6 lebih tetapi selepas itu, kita ‘burst the price’ (turunkan harga) sebab kekurangan bekalan ayam.
"Jadi kalau nak diapungkan lagi kali ini, kita kena lihat semua sudut sama ada ia menguntungkan semua atau satu pihak sahaja,” katanya kepada Bernama.
Mengulas lanjut, Rosli berkata, langkah itu juga harus konsisten bagi membantu peniaga mengawal harga produk mereka yang dijual kepada masyarakat.
Read more: Harga ayam, telur wajar diapung pada kadar munasabah - Peniaga
Fama sasar edar 2,000 tan metrik beras putih tempatan setiap bulan
TELUK INTAN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menyasarkan untuk mengedar 2,000 tan metrik beras putih tempatan (BPT) ke seluruh negara setiap bulan.
Pengerusinya, Aminuddin Zulkipli berkata, pengedaran dilaksanakan di 35 pusat operasi Fama selain 416 outlet usahawan bimbingan Fama, 102 lokasi Jualan Agro Madani dan 726 kedai runcit terpilih.
“Sehingga kini, sejumlah 1,321.6 tan metrik BPT bernilai RM3.37 juta dan 132,160 kampit BPT seberat 10kg diedarkan di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program “Go Cashless” di Agrobazaar Rakyat Mat Frozen di Kampung Padang Tembak.
Read more: Fama sasar edar 2,000 tan metrik beras putih tempatan setiap bulan
80 peratus pengguna mengadu tidak terima bekalan gula bersubsidi - Presiden CAKE
KUALA LUMPUR: Kira-kira 80 peratus pengguna mengadu tidak menerima bekalan gula bersubsidi di pasaran, menurut Persatuan Pengguna Kedah (CAKE).
Presidennya Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, situasi ini berlaku akibat faktor aktiviti kartel dan monopoli barangan keperluan pengguna.
“Gula biasa diberikan subsidi, yang dikatakan untuk golongan sasar, tetapi adakah sampai kepada golongan sasar?
"Lapan puluh peratus pengguna yang saya tanya di lapangan menyatakan, mereka tidak menerima subsidi tersebut. Hanya gula premium yang ada di pasaran,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Read more: 80 peratus pengguna mengadu tidak terima bekalan gula bersubsidi - Presiden CAKE
Cake saran subsidi ayam, telur diteruskan
ALOR SETAR - Kerajaan perlu meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur berikutan kos sara hidup pengguna makin tinggi.
Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, telur ayam misalnya merupakan salah satu sumber protein sekali gus perlu berada pada harga murah.
Beliau melahirkan kebimbangan harga telur ayam akan naik sekiranya pemberian subsidi tidak diteruskan.
"Sekarang ini harga telur 45 sen, namun mungkin akan kepada 60 sen hingga 70 sen sebiji. Jadi, untuk 10 biji bermakna RM7. Sekarang, pengguna turut terhimpit dengan bebanan kos sara hidup.
Kilang beras disita sorok 180 tan metrik beras putih tempatan
ALOR SETAR - Sebuah kilang beras di negeri ini disita selepas didapati menyorok 180 tan metrik beras putih tempatan dalam gudang simpanan yang tidak dinyatakan dalam lesen.
Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, kejayaan itu adalah hasil operasi Task Force Khas Bersepadu Operasi Beras Putih Tempatan (OP BPT) yang diketuai beliau bersama Kawalselia Padi dan Beras (KPB), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis).
Menurut beliau, ketika operasi dijalankan didapati 180 tan metrik beras bergred Super Spesial Tempatan 5 peratus (SST5) atau beras putih tempatan berada dalam kampit jumbo disorok di gudang yang tidak dinyatakan dalam lesen.
"Oleh itu, pasukan task force khas bertindak menyita beras putih tempatan tersebut dengan hasil sitaan dianggarkan bernilai RM405,000," katanya.
Read more: Kilang beras disita sorok 180 tan metrik beras putih tempatan
SPRM perlu siasat kartel beras
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa untuk menyiasat Padiberas Nasional Bhd (Bernas) sekiranya syarikat berkenaan terlibat dalam penyelewengan pengurusan stok penimbal beras negara.
Setiausaha Agung Majlis Ekonomi Halal (MEH), Dr Helmi Ibrahim berkata, timbul kemusykilan kerana Bernas diberi tanggungjawab mewujudkan stok penimbal beras tetapi krisis tetap berlaku.
“Mereka diberi tanggungjawab mewujudkan stok penimbal beras. Jadi, simpanan yang ada sepatutnya mampu bertahan selama enam ke sembilan bulan untuk menampung permintaan sekiranya berlaku krisis.
“Tapi krisis ini baru saja berlaku jadi bagaimana tiba-tiba berlaku kehabisan stok (beras) dalam pasaran walaupun tiada darurat atau peperangan.
“Sekiranya betul ada kartel seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Salleh selain Bernas, maka perlu didedahkan siapa kartel tersebut,” ujarnya.
Dr Muhamad Akmal sebelum ini menggesa kerajaan mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) bagi mengambil tindakan tegas terhadap pengkhianat beras dan melenyapkan isu kartel beras di negara ini.
Menurutnya, penubuhan LPN dilihat dapat menyelesaikan isu berkaitan padi dan beras sekali gus mengurangkan kelompangan yang berlaku.
Elak pembelian panik, bekalan beras bersubsidi di Sabah mencukupi
KOTA KINABALU: Orang ramai di Sabah dinasihat agar tidak melakukan pembelian panik kerana bekalan beras bersubsidi di negeri itu mencukupi dan akan masuk secara berperingkat di semua kedai serta pasar raya.
Pengarah Kawal Selia Padi Dan Beras Sabah Ab Alim Multazam berkata orang ramai tidak perlu risau dan digalakkan membeli beras mengikut keperluan masing-masing kerana bekalan sentiasa ada.
Bagaimanapun, beliau berkata peniaga boleh mengehadkan setiap pembelian beras bersubsidi untuk sementara waktu sehingga semuanya berjalan lancar.
"(Hadkan) Pembelian dua kampit (bagi) setiap keluarga untuk kita mengelakkan gangguan bekalan... dari segi undang-undang, ia tidak menjadi masalah," katanya selepas meninjau harga dan bekalan beras bersubsidi di beberapa pasar raya di sini.
Baru-baru ini, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengumumkan subsidi sebanyak RM950 bagi satu tan beras putih import (BPI) kepada Sabah serta Sarawak bermula hari ini.
Read more: Elak pembelian panik, bekalan beras bersubsidi di Sabah mencukupi
‘Asean rice exporters must prioritise us’
KUALA LUMPUR: Malaysia is expected to urge Asean’s main rice supplier nations to give priority to exporting the staple food to member countries at the 45th Asean Ministers’ Meeting on Agriculture and Forestry (AMAF).
Deputy Agriculture and Food Security Minister Chan Foong Hin said the matter would be raised during the AMAF, to be held here.
“Perhaps, at the bilateral sessions, we will raise it, just like how we want to further strengthen ties, so that priority is given to exporting rice to Asean countries.
“Discussions may be held with either Thailand or Vietnam,” he told reporters after representing Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu during the event’s launch yesterday, Bernama reported.
Commenting on the White Rice Integrated Operations, Chan said comprehensive inspections at all levels of the padi and rice industry chain would begin at any time.
On Tuesday, Mohamad, when launching the operation, said it would involve padi and rice regulatory bodies, the ministry, police, Customs Department, and Malaysian Quarantine and Inspection Service Department.
Earlier in his remarks, Chan said the sustainability of agricultural and forestry sectors – vital to the livelihoods of millions of people in Asean – faces imminent threats from climate change, overfishing, unsustainable agricultural practices and food wastage.
Page 98 of 122