Malaysia bukan tong sampah toksik dunia
Syabas diucapkan kepada Kementerian Tenaga, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar kerana menyekat kemasukan sisa plastik tercemar dan terlarang di pintu masuk negara. Kita percaya jika usaha ini berterusan, isu kewujudan kilang kitar semula yang beroperasi secara haram di seluruh negara dapat diatasi, malah pembuangan haram sisa tercemar dan terlarang juga dapat dielak berlaku.
Dalam tindakan itu, kita berharap kerajaan bertegas menggunakan Konvensyen Basel yang ditandatangani untuk menuntut negara pengimport sisa plastik tercemar itu mengambil balik bahan berkenaan yang ditahan di pelabuhan negara. Bukan sekadar 24 kontena, tetapi 129 lagi kontena yang mempunyai kandungan plastik terpakai di Pelaburan Barat dan Utara ketika ini. Beban kos harus ditanggung negara pengimport itu.
Selain itu, isu salah guna kuasa di pelabuhan negara juga harus dilihat secara serius. Jika benar ada, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus dilibatkan.Apa yang penting, operasi dan serbuan haruslah dibuat berkala. Ia penting untuk kita memberi mesej serius kepada dunia, bahawa Malaysia bukanlah tong sampah sisa toksik kepada negara maju.
Belalai air landa Tanjung Tokong
GEORGETOWN: Sekurang-kurangnya 50 rumah di sekitar Tanjung Tokong di sini mengalami kerosakan dan dimasuki air selepas dibadai belalai air dan hujan lebat tengah hari tadi.Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, kebanyakan penduduk berada di rumah dan ada yang sedang bekerja di tempat kerja masing-masing tetapi tiada kecederaan dilaporkan.Video kejadian itu turut tersebar di media sosial.Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pulau Pinang berkata dalam kejadian itu, belalai air dari arah laut masuk ke kawasan sekitar kawasan Tanjung Tokong menyebabkan bumbung dan atap rumah berterbangan dan beberapa pokok tumbang.
"Setakat ini tiada kemalangan jiwa atau mangsa yang cedera dalam kejadian ribut kira-kira 15 minit itu dan kami membersihkan serpihan struktur yang rosak akibat kejadian itu,” katanya di sini.Penduduk, Nona Khalid, 75, berkata ketika kejadian itu dia sedang duduk di luar rumahnya kerana menunggu cucu yang pulang dari sekolah, manakala suaminya pula baru pulang dari tempat kerja.“Ketika itu, angin sudah kuat dan saya yang nampak cucu berjalan terus memanggilnya masuk ke rumah manakala suami pula sedang menolak motosikal.“Saya terus memanggil suami dan menasihatinya masuk ke rumah dengan cepat selepas ternampak pusaran angin yang pelik,” katanya.Beliau berkata, ketika mahu masuk ke rumah, terdengar bunyi kuat dan sebaik menoleh, ternampak kayu serta zink jatuh di hadapan rumah.
Expert tells why Klang River still looks like teh tarik
SHAH ALAM: A water quality specialist has urged the government to consider new strategies to clean up the Klang River, notorious for its “teh tarik” or milk tea colour, saying efforts to address pollution so far have not been effective.Zaki Zainudin, who has studied water quality and modelling for over a decade, gave the example of the River of Life project, launched in 2012 to clean up and beautify a 10km stretch of the Klang River.The RM4.4 billion project includes river cleaning, river master planning and beautification, and river development. RM3.4 billion was allocated for clean-up operations and the remaining RM1 billion for landscaping.
“When the government announced the project, we were quite sceptical because the target was to achieve a river of Class IIB standard under the National Water Quality Standard (NWQS),” he said.Class IIB refers to water fit for recreational use and safe for bodily contact.But it was later reported that the target was switched to Class II, which excludes the criterion for bodily contact.“This was following the Water Quality Index, which is not as accurate as the NWQS and translates into different achievement targets,” Zaki added.Zaki Zainudin collects water samples during a site study.Another factor complicating rehabilitation efforts at the Klang River is the level of coliform bacteria in the water, he said.
Read more: Expert tells why Klang River still looks like teh tarik
Melestari alam sekitar tanpa beg plastik
MULAI Jumaat ini (15 Mac), setiap beg plastik yang digunakan oleh orang ramai semasa membeli-belah di Wilayah Persekutuan akan dikenakan bayaran sebanyak 20 sen.‘Caj pencemaran’ berkenaan selaras dengan matlamat kerajaan untuk mengatasi masalah pencemaran sisa plastik melalui Pelan Hala Tuju Ke Arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 yang diterajui Kementerian Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.Penulis mengalu-alukan pendekatan tersebut berikutan matlamatnya bagi mengurangkan pencemaran dan melestarikan alam sekitar.Selain itu, ia bertujuan untuk mengubah minda masyarakat berhubung isu itu ekoran kerajaan menanggung kos yang tinggi untuk membersihkan pencemaran plastik.Kementerian Wilayah Persekutuan sendiri memperuntukkan sebanyak RM260 juta setahun bagi menampung kos pengurusan sisa pepejal di Kuala Lumpur manakala RM90 juta di Putrajaya dan RM50 juta di Labuan.
Isu pencemaran plastik bukan sahaja menghantui rakyat Malaysia tetapi meliputi penduduk di peringkat global kerana ia bagaikan musuh kepada alam sekitar.Masyarakat kini terlalu bergantung pada penggunaan plastik sekali gus menyebabkan ia sukar dikawal sehingga berlaku pencemaran. Bahkan, penggunaan plastik yang berleluasa menyebabkan orang ramai tidak menghargainya sehingga ia dibuang merata-rata tempat.Selain menyakitkan mata, setiap hari berjuta-juta beg plastik ini turut memenuhi longkang sebelum hanyut dibawa hujan ke laut sekali gus memberi kesan lebih buruk khususnya kepada hidupan laut seperti penyu.Banyak video di laman sosial seperti Facebook memaparkan penyu ditemui mati akibat termakan plastik atau tubuhnya diliputi plastik sehingga menyukarkan haiwan terancam itu untuk meneruskan hidup.
Illegal factory owner to be charged over chemical dumping incident
JOHOR BARU: An illegal factory owner involved in recycling tyres in Kulai is expected to be charged on Thursday (March 14) in connection with the dumping of toxic waste into Sg Kim Kim in Pasir Gudang, says Energy, Technology, Science, Climate Change and Environment Minister Yeo Bee Yin."The owner faces a maximum imprisonment of five years and a fine of RM500,000," she added.Meanwhile, she said the Department of Environment would be installing gas detection monitors around Pasir Gudang to check on the air quality in the area.She said that this was important to detect the toxic pollutants at different altitudes and also other possible unknown chemical compounds."We have identified at least eight of the chemicals based on our sampling. There are still unknown chemicals," she said, adding that DOE would be carrying out checks on 252 chemical factories after this crisis was over.She added the important thing now was to carry out clean-up operation of the polluted river.
Read more: Illegal factory owner to be charged over chemical dumping incident
Pencemaran berulang di 2 sekolah dikesali
JOHOR BAHRU: Insiden pencemaran sungai hingga menyebabkan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih, dekat sini, ditutup tengah hari semalam, di luar jangkaan dan amat dikesali, kata Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.Khamis lalu kedua-dua sekolah itu diarahkan tutup berikutan pencemaran udara berikutan pembuangan sisa kimia ke Sungai Kim Kim, berhampiran oleh pihak tidak bertanggungjawab.Ia dibuka semula pagi semalam selepas disahkan selamat, namun pada tengah hari kejadian sama berulang.Kira-kira lima jam selepas sesi sekolah bermula ramai pelajar dan guru dari dua sekolah berkenaan mengadu mengalami gejala seperti muntah, loya dan sakit kepala sehingga menyebabkan 61 orang dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) sehingga jam 5.30 petang.
Osman berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah (JPBBD) membuat keputusan untuk membuka semula kedua-dua sekolah berkenaan selepas membuat penilaian keselamatan dan mendapati keadaan udara di sekolah itu selamat daripada sebarang unsur pencemaran bahan kimia yang berlaku minggu lalu,“Bagaimanapun kejadian pagi tadi (semalam) adalah sesuatu yang di luar jangkaan dan amat dikesali,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.Kenyataan itu turut dimuatnaik dalam akaun Facebook rasminya.Osman meminta JPBBD memastikan sekolah berhampiran sungai berkenaan ditutup sementara waktu sehingga keadaan benar-benar selamat untuk pelajar dan guru meneruskan sesi pembelajaran.
Lupakan kelapa sawit, tanam buluh
BENTONG 2 Mac - Rakyat negara ini disaran beralih kepada tanaman lain seperti buluh dan kelapa selaras dengan cadangan kerajaan menghentikan peluasan penanaman kelapa sawit di kawasan baharu di seluruh negara.Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim berkata, langkah itu penting memandangkan tanaman baharu seperti buluh dilihat amat berpotensi dan mendapat permintaan baik.“Saya rasa inilah masanya untuk kita hentikan perluasan penanaman kelapa sawit dan melihat kepada tanaman lain contohnya di Pahang sesetengah kawasan terdapat banyak pokok buluh. Buluh boleh dijadikan banyak barangan dan Jepun adalah pasaran terbaik untuk produk buluh.“Ini adalah antara jenis pokok (tanaman) yang boleh kita lihat, lupakan hanya menumpukan kepada penanaman kelapa sawit,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Projek The Valley@Bentong di sini hari ini.
Yang hadir sama Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack; Pengerusi Bina Puri Holdings Bhd. (Bina Puri), Tan Sri Ir. Wong Foon Meng; Pengarah Urusan Kumpulan Bina Puri, Tan Sri Tee Hock Seng dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Bina Puri, Datuk Mathew Tee.Tambah beliau, selain buluh, pokok kelapa dilihat berpotensi dan boleh mendatangkan keuntungan yang mana Malaysia sendiri mengimport kira-kira RM1 juta kelapa setahun.Dalam pada itu, beliau berkata, langkah menghentikan peluasan penanaman kelapa sawit adalah tepat memandangkan minyak sawit di dalam negara mencukupi bagi menstabilkan harga komoditi itu.Jelasnya, kejatuhan harga minyak sawit hujung tahun lalu menyaksikan ramai pekebun kecil menderita dan terkesan berbanding syarikat besar yang dilihat masih mampu meraih keuntungan.Sementara itu, mengulas mengenai kunjungannya ke Indonesia baru-baru ini, beliau berkata, perbincangan mengenai masa depan minyak sawit dengan Indonesia berjalan baik dan Malaysia bersama Indonesia akan terus membantah usaha Kesatuan Eropah (EU) untuk memboikot minyak sawit.
Caj pencemaran 20 sen di Wilayah Persekutuan mulai 15 Mac
PUTRAJAYA: Caj pencemaran sebanyak 20 sen akan dilaksanakan di Wilayah Persekutuan mulai 15 Mac ini.Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad berkata caj berkenaan selaras dengan matlamat kerajaan untuk mengatasi masalah pencemaran sisa plastik melalui Pelan Hala Tuju Ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 yang diterajui Kementerian Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)."MESTECC turut membenarkan semua kerajaan negeri termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mengenakan caj pencemaran sebanyak RM0.20 kepada setiap beg plastik yang digunakan oleh pengguna semasa membeli-belah."Caj tersebut hanya boleh dikenakan ke atas setiap beg plastik biodegradasi manakala tindakan penguatkuasaan diteruskan kepada peniaga dan penjaja yang masih menggunakan beg plastik konvensional," kata dalam satu kenyataan pada Ahad.
Jelas Khalid, pendekatan berkenaan bertujuan untuk memberi kesedaran dan perubahan minda kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan warga Wilayah Persekutuan khususnya mengenai keperluan perbelanjaan kerajaan untuk membersihkan pencemaran sisa plastik.Selain itu, beliau berkata pendekatan tersebut diambil supaya dapat memberi kesedaran mengenai inisiatif hijau serta menjamin kelestarian alam sekitar.Sejak penggunaan produk biodegradasi (mudah terurai) di Wilayah Persekutuan, peniaga dan penjaja telah memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan inisiatif hijau itu, kata Khalid.Kementerian Wilayah Persekutuan berharap semua warga Wilayah Persekutuan positif dan dapat berganding bahu menjayakan inisiatif Pembangunan Teknologi Hijau Di Wilayah Persekutuan, jelasnya.
Read more: Caj pencemaran 20 sen di Wilayah Persekutuan mulai 15 Mac
Deadly poachers still at large in Sabah
KOTA KINABALU: Two more Borneo pygmy elephants have been found dead in Sabah’s east coast as the poaching threat continues unabated into the new year.An adult cow was found dead near a plantation area at Sukau close to the high conservation area of Kinabatangan, while another was found near a state-owned plantation area in Tawau.Both the elephants were found in decomposing condition by the workers on Monday.Sabah Wildlife Department and police were informed of the two discoveries.Sabah Wildlife Department director Augustine Tuuga said yesterday that the post-mortem has yet to be done.Tuuga, however, declined further comment on the matter.
The two deaths, according to a conservationist who declined to be named, comes after five elephant deaths were reported between December and January this year.At least two of the elephants were believed to have been shot by poachers while the others could have been poisoned or succumbed to natural causes in the incidents in Kinabatangan, Tawau and Lahad Datu.Last year Sabah saw some 27 elephants deaths related to poisoning, poaching and natural causes as the state government put together an action plan to work with plantations and villagers to help mitigate the problems of human-elephant conflict.WWF Malaysia and other conservation groups have also been involved in mitigating the problems faced by the critically endangered Borneo Pygmy elephants.There is an estimated 1,500 to 2,500 elephants left in the wild and shrinking forest habitats are further putting pressure on the elephants and other wildlife in Sabah’s east coast forests.
Page 94 of 122

