Forum Air Malaysia
Toggle Navigation
  • Home
  • Who We Are
    • Our Strategy
    • Our Team
    • Consumer Rights
    • About Us
  • What We Do
    • Sustainable Consumption
    • World Environment Day (5 June)
    • World Water Day (22 March)
  • News/Events
  • Publications
  • Contact Us

Banyak aduan beras tempatan kurang di pasaran - Fomca

Indonesia mahu import besar dari Kemboja, MyanmarKuala Lumpur: Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menerima banyak aduan berhubung kekurangan bekalan beras tempatan, dan pada masa sama harga runcit beras putih import naik.

Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Saravanan Thambirajah berkata, pihaknya berpandangan antara faktor berlaku keadaan itu adalah berlakunya pembelian panik untuk menyimpan stok beras.

Beliau berkata, apabila terjadinya senario pembelian panik itu, beras tempatan cepat habis dan terjadinya kekurangan bekalan di pasaran.

"Fomca sarankan kerajaan melihat masalah ini dengan serius. Ramai pada ketika ini menuding jari seolah-olah menyalahkan Padi Beras Nasional Berhad (Bernas).

"Persoalan berlegar dalam kalangan ramai adalah seperti apa yang Bernas dah buat, kenapa tak selesaikan masalah ini secepat mungkin dan sebagainya?

Read more: Banyak aduan beras tempatan kurang di pasaran - Fomca

Kurangkan kebergantungan kepada makanan import

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambil inisiatif lebih proaktif dalam aspek keselamatan makanan, khususnya beras supaya negara tidak terlalu bergantung kepada makanan import yang disifatkan terlalu mahal.

Setiausaha Agung FOMCA, Saravanan Thambirajah berkata, tidak dinafikan negara kini bergantung kepada makanan import di mana dilaporkan sudah mencapai nilai RM60 bilion.

Katanya, sekiranya negara memberi tumpuan lebih kepada aspek keselamatan makanan negara, secara tidak langsung kos import boleh dikurangkan dan dalam masa yang sama penghasilan produk tempatan boleh menampung permintaan pasaran tempatan.

“Buat masa ini kita hanya mampu menampung sebanyak 75 peratus saja keselamatan makanan, berbanding sepatutnya 100 peratus.

“FOMCA juga menerima banyak maklumat daripada pengguna di mana beras import semakin mahal menyebabkan permintaan terhadap beras tempatan meningkat.

Read more: Kurangkan kebergantungan kepada makanan import

Guna Stokpail Beras Negara jika bekalan masih tidak pulih

PUTRAJAYA: Kerajaan bakal mengambil langkah untuk menggunakan Stokpail Beras Negara bersama Stok Beras Semasa sekiranya situasi bekalan beras negara tidak dapat pulih dalam jangka masa terdekat selepas pelbagai pendekatan dilakukan sebaiknya.

Perkara itu dipersetujui menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, keberadaan beras tempatan di pasaran akan dipastikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan mempergiatkan operasi penguatkuasaan menerusi Op Beras, OP Jamin dan OP Beras Putih Tempatan (OBPT) yang dimulakan sejak 7 Julai lalu.

“Dalam Jualan Rahmah yang sedang giat dijalankan, kerajaan memutuskan menggunakan Beras Putih Import (BPI) dijual dengan harga borong (RM3,200 per tan metrik).

“Pelbagai inisiatif dan program bagi memastikan ketersediaan dan keberadaan beras tempatan antaranya Program Khas Beras Putih Tempatan dan dengan pelaksanaan ini terdapat unjuran tambahan Beras Putih Tempatan (BPT) sebulan sebanyak 23,000 tan metrik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Read more: Guna Stokpail Beras Negara jika bekalan masih tidak pulih

Cake cries foul over mystery of missing rice

malaysia: Malaysia to discuss rice export curbs with India - The Economic  TimesALOR STAR: 'Panic buying' is not the cause of local white rice supply depletion.

In refuting the claim by Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu, the Consumers Association of Kedah (Cake) said that the consumer body has not observed any indications of panic buying for local rice by the population.

Cake president Yusrizal Yusoff said previously, the local white rice supply was in good condition when there were no increases in the price of imported white rice.

"However, when the increase in the price of imported rice was announced, local white rice suddenly disappeared from the market, leaving only imported rice.

"We have inquired with retailers who experienced shortages and even Mydin's management said there are shortages, this begs the question of where the product has gone," he told reporters after conducting price and supply checks of grocery items at Pasar Besar Alor Star here today.

Yusrizal stressed that it is illogical that local white rice supplies have dried out as the country only imports 30 per cent of rice to satisfy demand.

Read more: Cake cries foul over mystery of missing rice

Local white rice supply expected to stabilise within a month

KEPALA BATAS: The Agriculture and Food Security Ministry (MAFS) expects the shortage of local white rice supply in the market to stabilise within a month following various intervention measures and continuous monitoring from the government.

Its Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said that the ministry's engagement session with the country’s rice industry players involving manufacturers, wholesalers and retailers agreed to give a commitment to realise the implementation of the Local White Rice Special Programme (PKBPT) nationwide.

"Through PKBPT, manufacturers will increase production by 20 per cent of local white rice supply for the domestic market for a period of one year.

"We will also intervene whenever there is a shortage in supply through the Federal Agricultural Marketing Authority (Fama) and the Farmers' Organisations Authority (LPP)," he said in a press conference here Wednesday (Sept 20).

He said this intervention method was done during the shortage of chicken and egg supplies, which has now been resolved.

Read more: Local white rice supply expected to stabilise within a month

Jualan Agro Madani mudahkan rakyat beli beras

JOHOR BAHRU: Pelbagai usaha dilaksanakan termasuk mengadakan Jualan Agro Madani memberi kelegaan kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah mendapatkan barangan keperluan asas, termasuk beras tempatan yang agak sukar diperoleh pada masa ini.

Seorang pesara, Azhar Abdul Wahab, 74, mengakui harga ditetapkan sebanyak RM27 bagi sekampit beras 10 kilogram (kg) dan seekor ayam  dapat membantu meringankan beban dalam menyediakan keperluan harian bagi keluarganya.

Bulan lalu dia terpaksa membeli beras import yang dijual pada harga lebih mahal, iaitu RM39 sekampit apabila sukar mendapatkan bekalan beras tempatan.

“Saya sudah cari di beberapa lokasi termasuk kedai runcit dan pasar raya di sekitar Tampoi untuk mencari beras tempatan, tetapi tidak jumpa. Alhamdulillah, rezeki hari ini apabila dapat beli beras dengan harga RM27, malah turut dapat seekor ayam,” katanya ditemui pada Jualan Agro Madani di Pasar Tani Kekal Jalan Datin Halimah, di sini hari ini.

Read more: Jualan Agro Madani mudahkan rakyat beli beras

Beras mahal, nasi putih mungkin tidak lagi RM1

KUALA NERUS – Golongan peniaga makanan termasuk nasi bajet mula berkira-kira untuk menaikkan harga jualan ekoran kenaikan harga beras tempatan sejak ke­belakangan ini.

Tinjauan di beberapa gerai dan restoran di daerah ini dan Kuala Terengganu semalam mendapati ramai peniaga mengeluh dan mengakui tidak mampu lagi menanggung kos operasi yang semakin melambung.

Seorang peniaga nasi bajet yang mahu dikenali sebagai Sal, 44, tidak menolak kemungkinan terpaksa menaikkan harga jualannya pada masa terdekat.

Wanita itu mendakwa, selain beras, harga bahan mentah lain seperti bawang, ayam, ikan dan sayur juga tidak begitu stabil sejak lebih sebulan lalu.

Read more: Beras mahal, nasi putih mungkin tidak lagi RM1

Jualan Rahmah Beras tawar beras import RM14 sekampit

Banjir Dan Cara Mudah Menderma Seguni Beras - Pencari MakanKUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Jualan Rahmah Beras di setiap kawasan Parlimen seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, menerusi jualan itu pihaknya akan memberikan harga istimewa kepada pengguna dengan menawarkan beras import lima kilogram (kg) dengan harga RM14 sekampit.

"Harga beras import sekampit dengan berat lima kg dalam Jualan Rahmah Bergerak adalah sekitar RM13 hingga RM14, KPDN akan cuba sedaya upaya menawarkan harga sama dalam Jualan Rahmah Beras.

“Jadi kita akan cuba untuk jual dengan harga seperti itu juga. Kalau RM13 sama macam tempatan, tetapi kita jual beras import untuk Jualan Beras Rahmah itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan seminar Today’s Malaysia E-Commerce and Consumer Protection Regulatory Framework: The Way Forward di sini pada Selasa.

Turut hadir, Pengarah Kanan Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan KPDN, Datuk Rohaizi Bahari.

Read more: Jualan Rahmah Beras tawar beras import RM14 sekampit

Isu beras perlu ditangani segera

KUALA LUMPUR - Isu kekurangan bekalan beras negara dan kenaikan harga beras import mendapat perhatian Ahli-Ahli Parlimen pada sesi perbahasan hari kedua usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat pada Rabu.

Mereka berpendapat masalah itu perlu ditangani dengan kadar segera bagi meredakan keresahan dalam kalangan rakyat memandangkan beras ialah makanan ruji di negara ini.

Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan segera bagi menampung kekurangan 38 peratus bekalan beras untuk kegunaan tempatan.

Beliau berkata, negara berdepan saingan sengit dari Indonesia yang ketika ini mempunyai 42 peratus kekurangan bekalan beras tempatan dan Filipina yang merupakan negara pengimport beras terbesar di Asia Tenggara dengan nilai import mencecah kira-kira AS$1.3 bilion pada 2021.

"Tambahan pula, kerajaan India telah menyekat eksport beras dari negara berkenaan yang telah melonjakkan harga jualan beras putih import di seluruh negara daripada RM2,350 satu tan kepada RM3,200 satu tan berkuat kuasa 1 Sept 2023 iaitu kenaikan sebanyak 36 peratus.

Read more: Isu beras perlu ditangani segera

  1. Jangan terlalu bergantung kepada makanan import
  2. Tumpuan kepada industri keselamatan makanan kurang menonjol
  3. Bekalan beras kurang, peniaga makanan terkesan
  4. Consumers to tighten belts over rising prices
  5. Traders and consumers concerned about polybag cooking oil shortage
  6. Harga ayam naik di beberapa negeri
  7. Kerajaan jamin beri bantuan bekalan gula segera jika terima aduan
  8. NGO saran kerajaan mansuh penggunaan label beras import dan tempatan
  9. Kerajaan mahu lebih banyak pihak terbabit dalam sekuriti makanan
  10. Is Menu Rahmah harmful?

Page 100 of 122

  • 95
  • 96
  • 97
  • 98
  • 99
  • 100
  • 101
  • 102
  • 103
  • 104
  • You are here:  
  • Home

Popular Tags

  • Joomla

Latest Articles

  • NCCC calls for ‘lemon law’ after complaints of defective cars
  • Govt mulling ‘lemon law’ after complaints of problems with new cars
  • Water tariff hike: Make sure additional revenue used to improve water services, infrastructure, says Fomca
  • Water tariffs adjustment: Govt should look into replacing old corroded pipes
  • No extra fee for 5G will help economy but govt must keep watch, says Fomca

Back to Top

© 2026 Forum Air Malaysia