Caj SST hari ini bagi semua parkir PPj
‘Pelaksanaan SST bermula 15 Februari 2019’. Itu tulisan yang tertera dalam notis yang dipasang oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) berhubung satu pemberitahuan yang dipasang di beberapa kawasan sekira Putrajaya, semalam.Ia merujuk semua kawasan letak kereta atau pakir kelolaan PPj akan dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak enam peratus hari ini.Memetik laporan Utusan Online, pelaksanaan SST adalah susulan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmatan 2018 yang telah diluluskan Parlimen pada 20 Ogos 2018.Sebelum ini, caj pakir di kawasan kelolaan PPj ialah 50 sen sejam antara 8 pagi hingga 6 petang pada hari Isnin hingga Jumaat. Hari Sabtu, Ahad dan kelepasan am adalah percuma.Tetapi pada hari ini, pengguna cuma perlu menambah bayaran sebanyak tiga sen bagi setiap jam bagi kenderaan yang diletakkan di kawasan pakir kelolaan PPj.-MHE TV
Perjanjian air dengan Singapura -Tun M
PUCHONG: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan nilai penjualan air mentah dari Malaysia ke Singapura sebagai tidak berpatutan.Beliau memberi indikasi bahawa nilai 3 sen bagi setiap 1,000 gelen air mentah tidak munasabah pada masa kini.“Air kita jual kepada Singapura masih 3 sen untuk 1,000 gelen. 1,000 gelen dengan nilai 3 sen, nak beli nasi lemak pun tak boleh,” katanya pada Majlis Pelancaran Dasar Komuniti Negara di sini pada Ahad.Mengulas lanjut pada sidang media, Dr Mahathir berkata rundingan dengan Singapura akan diketuai oleh Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah bersama wakil kerajaan persekutuan serta kerajaan negeri Johor.
“Kita berpendapat bahawa harga 3 sen untuk 1,000 gelen ditentukan pada 1926. Pada masa itu, 1 sen boleh beli banyak barang, itu yang saya maksudkan. Jadi waktu ini 1 sen tak boleh beli apa; 3 sen pun tak boleh beli apa-apa. Sepatutnya harga sesuatu barang itu mengikut keadaan semasa.“Jadi kalau kita nak kira harga yang ditentukan pada 1926 masih kekal sehingga tahun 3000, adakah munasabah? Saya rasa tak munasabah. Sampai bila (harga itu kekal)?” katanya.Pada Julai tahun lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata kerajaan Johor akan menjual air mentah kepada Singapura pada nilai yang berpatutan sesuai dengan keadaan semasa.
Kaji kesan pelaksanaan Skim mySalam
Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan baru-baru ini melancarkan Skim Perlindungan Nasional B40 atau Skim mySalam yang dijangka membawa manfaat besar kepada 3.69 juta rakyat.Dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, skim mySalam memberi manfaat perlindungan takaful kepada isi rumah kumpulan pendapatan bulanan 40 peratus terendah (B40) yang juga penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2019.Inisiatif digerakkan dengan kerjasama syarikat insurans dan perlindungan Great Eastern berpusat di Singapura, dengan peruntukan awal disumbangkan syarikat itu berjumlah RM2 bilion.Di sebalik manfaat digariskan, timbul juga kegusaran mengenai pelaksanaan skim itu yang dikhuatiri memberi impak negatif kepada proses penyampaian perkhidmatan kesihatan di Malaysia.Umum mengetahui Malaysia sudah lama mencapai tahap penyampaian perkhidmatan kesihatan universal memberangsangkan melalui perkhidmatan kesihatan percuma di klinik dan hospital kerajaan di seluruh negara. Melaluinya kadar penyakit berjangkit, kematian kanak-kanak serta kematian ibu mengandung dapat dikurangkan dan jangka hayat rakyat ditingkatkan.
Persoalan, persepsi umum
Memperkenalkan sistem perlindungan atau insurans kesihatan di premis kerajaan hanya mengundang pelbagai persoalan dan persepsi negatif masyarakat, yang menerima perkhidmatan kesihatan kerajaan percuma selama ini.Adakah pesakit selain golongan B40 akan mula dikenakan caj penuh di hospital atau klinik kerajaan bermula dengan pelaksanaan mySalam ini.Bagaimana pula pesakit selain B40 yang tidak mempunyai kewangan mencukupi untuk menampung kos perubatan yang semakin meningkat, terutamanya bagi prosedur dan surgeri yang memerlukan alatan khusus.Jadi kerajaan perlu menilai kesan jangka panjang pelaksanaan skim mySalam seperti tanggungan kerajaan kepada premium insurans yang akan semakin meningkat saban tahun.
Educate the young about human trafficking
THE increase in the number of human trafficking cases is a huge cause for concern.Often described as modern-day slavery, it is a scourge in most countries.The stories are almost the same everywhere. Victims are deceived into accepting job offers that promise a better life.Instead, they find themselves trapped in a cycle of physical and psychological abuse, as in the case of 47 Malaysians arrested in Cambodia on suspicion of being members of an international online gambling syndicate.According to the United Nations, more than 130 countries have been identified as transit or destination countries for human trafficking.
Victims come from diverse socio-economic backgrounds, with varied levels of education.Traffickers target their victims using tailored methods of recruitment and control to force them into labour or commercial sex.Traffickers target poor and marginalised communities with the promise of jobs and a better life.Traffickers maintain an online presence to lure vulnerable adults and children with the goal of meeting them in person, to take and circulate explicit photos, and coerce them into complying with their demands.Understanding the risk factors for victims can help one to intervene before it is too late.
Banteras cetak rompak digital secara agresif
LEDAKAN teknologi hari ini membolehkan kita menikmati segala bentuk hiburan daripada muzik, filem, buku, majalah, akhbar sehingga siaran televisyen secara digital dalam talian.Di sebalik celik teknologi maklumat (IT) dalam kalangan masyarakat kita, ramai yang terus melayari laman web yang menyediakan rakaman atau streaming secara haram, demi menikmati semua kandungan diinginkan tanpa had dan secara percuma.Sama ada sedar atau tidak, realitinya cetak rompak digital dinikmati mereka itu salah di sisi undang-undang kerana membabitkan pelanggaran isu hak cipta dan harta intelek pemilik karya.Lebih memburukkan keadaan, ia memberi keuntungan kepada penyedia laman web cetak rompak dengan menjana pendapatan hasil pungutan iklan berdasarkan jumlah pengunjung yang melayari halaman mereka.
Biarpun wujud penguatkuasaan undang-undang, cetak rompak digital tetap berleluasa apabila setiap hari laman web berkenaan dilawati ratusan juta kali.Laporan MUSO pada 2017 menunjukkan halaman cetak rompak cukup popular apabila lebih 300 bilion kunjungan dicatatkan, meningkat sebanyak 1.6 peratus berbanding 2016.
Banking on business for a bright future
ALL leading industries employ business-related graduates with knowledge in fields such as accounting, business management, human resource management, marketing and finance.According to a recent report, among the top 10 highest paying jobs in Malaysia, five involve business majors. These profiles include a budget and finance director, marketing director, risk management director, vice-president of finance and strategy director.This proves that as a fresh graduate, you can build a lifelong career in the country with business-related degrees and be part of the major industries in Malaysia.
According to Dr Sugumaran Selladurai, Dean of the Faculty of Business, Accountancy, and Management at SEGi University, since the demand is higher than supply, there are more jobs available with a lesser number of talent available to fill these positions.“A business-related degree is someone’s pass to make a career change. In fact, many students take up an MBA course at SEGi University so that they can make a career shift later in their careers,” he said.“So many business-related degree students dream of becoming entrepreneurs and Malaysia is a great country to do so.
Tarif air Negeri Sembilan tak naik untuk 2 tahun
SEREMBAN: Kadar tarif air di Negeri Sembilan tidak akan dinaikkan sekurang-kurangnya bagi tempoh 2 tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.Perkara itu diputuskan hasil mesyuarat jawatankuasa yang ditubuhkan bagi mengkaji cadangan kenaikan kadar tarif air yang dikemukakan kerajaan pusat serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bulan lalu.“Buat masa ini tiada kenaikan tarif air termasuk tarif air industri selepas melihat kepada kepentingan rakyat.“SPAN boleh cadangkan kenaikan tetapi bergantung kepada kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Bulan lalu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air negara.
Katanya, kenaikan tarif sumber asli tersebut perlu dilaksanakan bagi menjaga kepentingan pengguna untuk mendapatkan air berkualiti serta menjamin perkhidmatan industri tersebut.Sementara itu, berhubung penyerahan memorandum menuntut penyelesaian isu tanah peneroka Kampung Serampang Indah (Ladang Gatco), Jempol, semalam, Aminuddin berkata pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan wakil kumpulan berkenaan Rabu ini di Wisma Negeri.“Semalam mereka hadir untuk menyerahkan memorandum kepada saya namun mereka enggan menyerahkannya melalui setiausaha sulit dan setiausaha kanan, jadi Rabu ini saya akan berjumpa dengan wakil mereka dan adakan perbincangan,” katanya.
MEMPERKASA PERANAN PERPUSTAKAAN UNIVERSITI Gedung ilmu yang lebih bersifat mesra pelajar perlu direalisasikan
Arus pemodenan dan perkembangan teknologi yang berlaku pada hari ini dilihat semakin menghakis budaya membaca dalam kalangan mahasiswa sehingga penggunaan perpustakaan di universiti awam dan institusi pengajian tinggi (IPT) cuma terhad kepada musim tertentu sahaja.Kemunculan telefon pintar dan capaian internet yang meluas di serata dunia, termasuk Malaysia turut mendorong mahasiswa pada hari ini untuk lebih selesa membuat rujukan melalui laman carian seperti Google dengan alasan lebih mudah dan cepat.Meskipun begitu, perpustakaan sebagai gedung ilmu dilihat masih relevan dalam memainkan peranan menyediakan perkhidmatan dan maklumat kepada pelajar yang memerlukan, terutama membabitkan bahan rujukan yang tidak dapat diperoleh melalui carian di internet.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Datuk Dr Yusserie Zainuddin, berkata trend penggunaan perpustakaan dalam kalangan mahasiswa pada hari ini dilihat bergantung kepada musim tertentu termasuklah minggu kuiz, ujian atau peperiksaan.Katanya, tidak dinafikan kekerapan pelajar menggunakan kemudahan di perpustakaan berkurangan kerana mereka boleh mendapatkan bahan rujukan melalui internet berikutan kemudahan jalur lebar yang meluas di kawasan kampus.“Kebiasaannya, perpustakaan akan penuh dengan pelajar ketika musim peperiksaan kerana mereka memerlukan tempat yang sesuai untuk mengulang kaji pelajaran serta membuat rujukan atau perbincangan dengan rakan sekuliah.
Technology And The Talent Gap
From the moment we wake up, to the last thing we do at night, technology is transforming our lives.Digital technology is also revolutionising the workplace and reframing the debate on how successful businesses operate. It is creating new opportunities for connecting with customers and opening new channels to markets. The businesses that are prepared and able to adapt fastest to this change will be those that reap the rewards.But what does this mean for finance and shared services? In the face of seemingly bewildering technological possibilities, how should business leaders even begin to navigate the tech landscape? Where should they place their digital bets? And how can they take advantage of the significant opportunities that digital may present?
Addressing Talent Shortages
Almost everything we do leaves a digital footprint – a data record in the vast data pool that humanity is creating. Human societies are living and benefit from a life based around technology. Businesses talk of automation of the factory floor or the shared services centre, replacing people with robots and intelligent tools that can perform tasks with increased efficiency and reduced cost. This creates opportunities but also challenges the basis of our traditional ways of working.For today’s technology-enabled working practices, organisations need to equip themselves with new skills, whether by “upskilling” or raising the skill levels of existing employees; “repainting” executives with new skills; or by recruiting externally. Many of these skills may not be available among the current talent pool, requiring leaders to think carefully about the future skills mix and to create clear and coherent development plans.
Page 83 of 122
