Maszlee tolak cadangan hapuskan MUET
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Maszlee Malik menolak cadangan menghapuskan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) dan memasukkannya dalam modul peperiksaan sekolah menengah kerana ia akan membebankan pelajar.Katanya, MUET adalah peperiksaan kelayakan, berbeza dengan peperiksaan sekolah, justeru ia tidak boleh dihapuskan."Tak boleh (hapuskan), ia dua perkara berbeza, dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dah ada Bahasa Inggeris, MUET ini untuk kelayakan (lanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda)."Macam juga A Level atau O Level tetapi masih kena ambil IELTS (International English Language Testing System)," katanya ketika ditemui pemberita selepas menutup Seminar Pendidikan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) 2019 di sini hari ini.
Hari ini, sebuah akhbar tempatan dalam laporan khas muka hadapan memaparkan beberapa pihak menggesa kementerian menyemak kembali syarat wajib menduduki ujian bahasa Inggeris MUET dan wajar dimasukkan dalam pembelajaran peringkat SPM.Laporan itu menyatakan MUET tidak perlu dijadikan peperiksaan berasingan sebagai syarat wajib lulus memasuki universiti awam, kerana ia membebankan dari segi kewangan dan memberi tekanan kepada pelajar untuk lulus.Sementara itu, dalam ucapannya, Mazslee sekali lagi mengulangi komitmen mengembalikan tugas hakiki guru sebagai pendidik dan pengajar.
Harga RON95 dan RON97 naik 10 sen
PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing dinaikkan sebanyak 10 sen seliter bermula 12 tengah malam ini hingga 1 Mac depan.Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit RON95 dinaikkan kepada RM2.08 berbanding RM1.98 seliter sebelum ini dan RON97 dinaikkan kepada RM2.38 seliter daripada RM2.28."Harga diesel dikekalkan pada paras RM2.18 untuk tempoh sama berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) bagi penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan," katanya di sini hari ini.Tambah kenyataan itu, peningkatan harga runcit petrol RON95 didorong oleh faktor peningkatan purata kos produk diproses di pasaran dunia berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada
AS$63.11 (RM257.17) setong kepada AS$66.91 (RM272.66) setong.
Katanya, kos purata produk diproses bagi produk diesel turut meningkat secara ketara iaitu daripada AS$74.38 (RM303.09) setong kepada AS$79.11 (RM322.34) setong."Sepatutnya harga runcit diesel adalah sebanyak RM2.33 seliter."Namun, selaras dengan janji kerajaan untuk menstabilkan harga runcit diesel sekiranya harga sebenar pasaran adalah lebih tinggi daripada paras ditetapkan, maka harga runcit diesel terus dikekalkan untuk tempoh berkenaan," katanya. - K! ONLINE
Man held over job scam
KUCHING: A man, arrested in connection with a cheating case involving 47 Malaysians who were held in Cambodia, has been remanded for four days.Kuching court registrar Dora Undau issued the order following an application by investigating officer Asst Supt Pricha Azin.On Saturday, the 34-year-old suspect was arrested at his house here.To date, 23 people, comprising 18 men and five women, lodged police reports on the case.All of them were released after the authorities there found that they had been duped by a job agency syndicate. — Bernama
Perkemas SOP perlombongan bauksit, pakar ingatkan kerajaan
PETALING JAYA: Seorang pakar kualiti air menggesa kerajaan membuktikan penduduk negeri Pahang akan terselamat daripada pencemaran yang berpunca daripada kegiatan perlombongan bauksit, berikutan pengumuman Putrajaya sekatan 3 tahun ke atas kegiatan itu tidak diteruskan selepas hujung Mac ini.“Saya dengar sudah ada prosedur operasi standard (SOP) baru, tapi pastikan ia lebih baik kerana kesan sebelum ini sangat teruk,” Zaki Zainudin, dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), memberitahu FMT.Beliau merujuk kepada dakwaan bahawa kerajaan Barisan Nasiona (BN) gagal menghalang pencemaran yang meluas akibat kegiatan perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang.“Kita mahu lihat sama ada pihak berkuasa boleh tunai janji mereka (untuk kuat kuasa peraturan berkaitan perlombongan bauksit),” katanya.
“Kita mahu ingatkan kerajaan dan pihak berkepentingan bahawa mereka perlu buktikan keberkesanan pelaksanaan banyak perkara dari segi kawal selia kegiatan ini,” katanya.Perlombongan bauksit diharamkan pada awal 2016 selepas kegiatan perlombongan tanpa kawalan dan resapan dari simpanan stok mencemari sumber air, sekali gus menjadikan permukaan jalan raya, air sungai dan air di pesisiran pantai berwarna merah.Isnin lalu, Putrajaya mengumumkan untuk tidak melanjutkan tempoh moratorium disebabkan permintaan tinggi terhadap bauksit, yang merupakan bahan utama untuk menghasilkan aluminium.Menyedari bahawa kerja membersihkan bauksit kini akan menjadi sebahagian daripada kegiatan perlombongan, Zaki berkata, ia boleh memberi kesan buruk kepada sungai.“Bagaimanakah air buangan itu akan dikendalikan ? Walaupun tiada hujan, masih akan terdapat air buangan,” katanya.
Read more: Perkemas SOP perlombongan bauksit, pakar ingatkan kerajaan
QSR lancar loji rawatan, kitar semula patuh Syariah
PELABUHAN KLANG: QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) menerusi anak syarikatnya, Ayamas Food Corporation Sdn Bhd (Ayamas) melancarkan loji rawatan sisa air dan loji kitar semula patuh Syariah pertama di negara ini.Kedua-dua loji berkenaan dibangunkan dengan kerjasama anak syarikat MMC Corporation Bhd, Aliran Ihsan Resources Bhd (Aliran Ihsan), yang membuat pelaburan pendahuluan RM4 juta bagi kerja-kerja penambahbaikan dan pemasangan.Aliran Ihsan kemudiannya akan menjual semula air terawat daripada Loji Rawatan Sisa Air patuh syariah itu kepada QSR Brands dengan harga yang lebih rendah daripada pasaran.Pengarah Urusan QSR Brands, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil berkata jalinan kerjasama yang akan berlangsung selama 13 tahun itu mendatangkan penjimatan yang besar kepada pihaknya.“QSR Brands akan terus menggunakan modal perniagaan seumpama ini dalam perniagaan huluan kami. Selain projek ini, kami juga dalam perbincangan untuk projek seumpamanya di Bandar Tenggara, Johor dan saya berharap ia dapat direalisasikan menjelang akhir tahun ini.
“Pelancaran loji ini juga adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk mencapai kelestarian alam sekitar secara berterusan di samping menjadikan operasi kilang lebih lancar dan bersih,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Aliran Ihsan, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.Selepas QSR Brands berunding dengan jabatan agama berkaitan, loji rawatan berkenaan dilengkapi dengan teknologi untuk merawat sisa cecair menjadi bersih, jernih dan tidak berbau.Air itu dikategorikan sebagai air mutlak oleh pejabat Mufti Selangor dan penggunaan semula air terawat ini dijamin selamat serta mematuhi garis panduan pensijilan halal dan Syariah, selaras dengan keputusan yang diterbitkan Jawatankuasa Fatwa Selangor.
Read more: QSR lancar loji rawatan, kitar semula patuh Syariah
Eksklusif: Siri Akhir Isu Pemilikan Harta Intelek dan Hak Cipta Produksi Tempatan
KUALA LUMPUR: Saranan Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) yang mahu kerajaan mengkaji semula tempoh pemilikan harta intelek dan hak cipta karya terbitan rumah produksi tempatan yang diberikan kepada stesen televisyen (TV) sejak hampir sedekad lalu disambut baik produser.Mereka berpendapat, sudah tiba masa hak siaran diberi semula kepada penerbit selepas dua atau tiga tahun dijual, sekali gus dapat menjana kembali pendapatan untuk menghasilkan program baharu.Pengarah Urusan Tanah Beris Film Production Sdn Bhd, Suhaimi Lua berkata, isu itu sudah lama diperjuangkan dan berharap suara mereka akan didengar kerajaan.
“Menerusi penyerahan semula hak cipta dan harta intelek (IP), penerbit tidak perlu terlalu bergantung kepada sumber lain untuk menghasilkan drama atau program baharu.“Suara kolektif sebegini dirasakan lebih kuat kerana disalurkan menerusi persatuan, namun penerbit juga perlu terus bersatu dalam memperjuangkan isu ini.“Saya percaya, PTVM yang memperjuangkan isu ini dan beberapa perkara sampingan lain mampu menegakkan hak kami,” katanya kepada BH Online.Suhaimi juga yakin, pertemuan PTVM dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, minggu lalu akan membawa sinar baharu buat produser yang selama ini berdepan pelbagai kekangan.Sebelum ini, ada syarikat produksi yang terpaksa gulung tikar disebabkan pelbagai faktor termasuk masalah dana, kesukaran mendapat jam siaran dan ketelusan syarat pinjaman.Dalam pertemuan kira-kira sejam di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya itu, persatuan yang memayungi syarikat penerbitan drama dan program TV tempatan turut membentangkan beberapa isu lain.
Read more: Eksklusif: Siri Akhir Isu Pemilikan Harta Intelek dan Hak Cipta Produksi Tempatan
Diskaun pas bulanan tol mungkin lebih efektif
KUALA LUMPUR: Penawaran pas bulanan pada kadar diskaun bagi pengguna lebuh raya tanpa had penggunaan dilihat sebagai langkah lebih berkesan untuk menangani peningkatan kos sara hidup rakyat, berbanding mekanisme caj kesesakan yang ingin dilaksanakan kerajaan.Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Yusof Saari, berkata caj kesesakan yang menyaksikan penawaran diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa dijangka kurang memberikan impak.Katanya, faktor lain seperti kesesakan sehingga menyaksikan pengguna lebuh raya terperangkap berjam-jam ketika dalam perjalanan ke destinasi masih menjadi penyumbang terbesar kos menerusi penggunaan petrol, sekali gus menyebabkan mekanisme berkenaan tidak mampu menangani peningkatan kos sara hidup rakyat.
“Waktu tiada caj antara jam 11 malam hingga 5 pagi pula sekadar memberikan manfaat kepada segmen kecil masyarakat, iaitu petugas syif malam yang lazimnya menggunakan lebuh raya di bandar pada larut malam, sebelum pulang ke rumah awal pagi keesokan harinya.“Mengikut mekanisme baharu ini, kemungkinan besar kos bayaran tol oleh pengguna membabitkan empat lebuh raya ini berkurangan sebanyak 30 peratus. Jika sehari rakyat membayar RM10, maka selepas pelaksanaan cadangan ini, mereka hanya bayar RM7, iaitu penjimatan RM3.
171,858 pembayar cukai 'serah diri' kepada LHDN
KUALA LUMPUR: Seramai 171,858 pembayar cukai ‘menyerah diri’ kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS), setakat 14 Februari lalu.Data itu diperoleh sejak program itu dilaksanakan pada awal November lalu dan bakal berakhir 30 Jun depan.Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah, berkata pembayar cukai yang tampil terdiri daripada pelbagai kategori antaranya pemilik syarikat dan individu.“Bagi mereka yang belum datang, kami akan terima penerangan mereka dengan suci hati tanpa pemeriksaan.“Biarpun program bermula pada November (tahun lalu), memang agak senyap. Namun, jumlahnya (pembayar cukai) mula menunjukkan peningkatan pada Januari.
“Biasalah, rakyat Malaysia suka tunggu dan lihat. Mereka mahu lihat ramai atau tak ambil bahagian. Apa pun, saya jangka pada Mac ini, jumlah akan meningkat,” katanya ketika ditemui di Kolokium Pengarah LHDN Bersama Media, hari ini.PKPS adalah program bertujuan menggalakkan pembayar cukai untuk tampil mengisytihar pendapatan secara sukarela di mana-mana pejabat LHDN seluruh negara bermula 3 November 2018 hingga 30 Jun 2019.Mengulas individu yang mempunyai akaun di luar negara, Sabin berkata, LHDN menerima maklumat kewangan rakyat Malaysia melalui kerjasama dengan 108 negara.Beliau berkata penyaluran maklumat itu berlaku setiap tahun dan ia selaras dengan perjanjian ditandatangani Malaysia dengan negara berkenaan.“Bermula September tahun lalu, LHDN mula menerima maklumat kewangan rakyat Malaysia yang mempunyai akaun di luar negara.
Page 80 of 122

