Forum Air Malaysia
Toggle Navigation
  • Home
  • Who We Are
    • Our Strategy
    • Our Team
    • Consumer Rights
    • About Us
  • What We Do
    • Sustainable Consumption
    • World Environment Day (5 June)
    • World Water Day (22 March)
  • News/Events
  • Publications
  • Contact Us

Ubat Nyamuk Lingkaran Beri Impak Bahaya Pada Kesihatan. Ini Penjelasannya.....

“Mana-mana premis atau individu yang didapati menjual produk tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 20 (3) Akta Racun Makhluk Perosak 1974 yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya,” kata PHM menerusi entri yang dimuat naik baru-baru ini.

March 8, 2021
KALAU kita pulang ke kampung halaman terutama di ceruk kampung yang berhutan, mak kita mesti nyalakan ubat nyamuk lingkarankan?

Apa kata, selepas membaca artikel ini, kita nasihatkan mereka supaya menghentikan amalan itu.

Mengapa? Ini kerana asap daripada ubat nyamuk berkenaan boleh memberi impak buruk pada kesihatan kita.

Terdapat banyak kajian telah menunjukkan bahawa hampir keseluruhan jenis ubat nyamuk yang terdapat di negara ini memberi kesan sampingan yang merbahaya.

Baru-baru ini, SinarPlus terbaca mengenai berita tular yang mengaitkan sejenis ubat nyamuk yang dikatakan cukup berkesan membunuh serangga itu dengan pantas.

Namun, apa yang ditakuti adalah jenama hebat yang diuar-uarkan itu didapati tidak berdaftar dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak!

Hal tersebut menarik perhatian Facebook Public Health Malaysia (PHM).PHM antara lain berpesan kepada semua rakyat Malaysia agar jangan berani untuk gunakan produk tidak berdaftar secara sesuka hati kerana ia mungkin mengandungi bahan beracun yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan khususnya kepada kanak-kanak.

Ujar PHM lagi, ubat nyamuk Zenden Micro-Smoke yang diimport dari China, misalnya dikesan mengandungi bahan Class 1A carcinogen yang boleh menyebabkan kanser.

“Begitu juga dengan Tian Hong Mosquitos Coil, Lengen Mocro-Smoke 12 Hours, Jianbao Mosquito Coil yang masih dijual secara berleluasa.
Terdahulu, Bernama melaporkan, terdapat dua produk lingkaran nyamuk yang dilarang penjualannya di pasaran tempatan.

Read more: Ubat Nyamuk Lingkaran Beri Impak Bahaya Pada Kesihatan. Ini Penjelasannya.....

SIRIM bangunkan kaedah periksa status barangan elektrik dan elektronik dibeli dalam talian

Image result for sirim15/02/2021 01:58 PM
SHAH ALAM, 15 Feb -- SIRIM QAS International sedang membangunkan kaedah untuk pengguna memeriksa status barangan elektrik atau elektronik yang dibeli secara dalam talian bagi memastikan barangan terbabit mempunyai kelulusan SIRIM dan Suruhanjaya Tenaga (ST).

Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International Nur Fadhilah Muhammad berkata usaha itu dilihat perlu memandangkan pada masa ini pengguna tidak mempunyai cara untuk berbuat demikian sebelum membuat pembelian barangan terbabit.

“Kaedah tersebut sedang bangunkan dan akan disiapkan secepat mungkin kerana ia amat penting bagi melindungi hak pengguna.
“Buat masa ini, SIRIM hanya mempunyai aplikasi untuk memudahkan pengguna memeriksa barangan elektrik dan elektronik yang dibeli di kedai sahaja,” katanya pada sidang media pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan SIRIM-ST 2021 secara maya hari ini.

Turut hadir pada sidang media maya itu ialah Presiden merangkap Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Datuk Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani dan Ketua Pegawai Eksekutif ST Abdul Razib Dawood.

Kempen selama tiga bulan bermula hari ini menerusi platform media sosial SIRIM dan ST itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan membeli barangan elektrik dan elektronik yang mendapat kelulusan kedua-dua agensi berkenaan.

Sementara itu, Ahmad Fadzil dalam ucapannya semasa melancarkan kempen tersebut mengingatkan pengguna supaya sentiasa peka dan hanya membeli peralatan elektrik serta elektronik yang diluluskan oleh SIRIM-ST.

“Langkah ini bagi mengelakkan kemalangan atau kebakaran sehingga mengakibatkan kecederaan dan kematian. Hanya label SIRIM-ST dapat mengesahkan barangan yang dibeli pengguna selamat untuk digunakan,” katanya.

Read more: SIRIM bangunkan kaedah periksa status barangan elektrik dan elektronik dibeli dalam talian

Guna alat elektrik diperakui ST elak renjatan - Mohammad Hamdan

Guna alat elektrik diperakui ST elak renjatan - Mohammad Hamdan ...KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan menggunakan peralatan elektrik yang diperakui Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi mengelakkan berlaku litar pintas seterusnya mengakibatkan renjatan elektrik dan kebakaran.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, berkata pengguna perlu sedar peralatan elektrik tidak memenuhi spesifikasi ST dari luar negara dan dijual pada harga rendah adalah tidak berkualiti serta menimbulkan risiko kepada nyawa pengguna.

"Saya nasihatkan kena berhati-hati ketika menggunakan barangan elektrik, kena tengok dari manual penggunaannya. ST ada garis panduan.

"Pada masa sama, masih berlaku penjualan barangan elektrik yang diimport dan dijual di sini tanpa memenuhi standard tertentu.

"Perkara ini boleh mengakibatkan situasi cemas seperti litar pintas, kemudian menjurus kepada insiden kebakaran," katanya pada BH, hari ini.

Read more: Guna alat elektrik diperakui ST elak renjatan - Mohammad Hamdan

3 electrical danger zones in your ho

July 19, 2020 8:30 AM
Electricity keeps the lights on and the refrigerator running. But most people don’t really think about the possible dangers of using electricity.

Here are three common electrical hazards that can threaten the family’s safety:

1. Incorrect use of extension cords

An extension cord/adaptor can be convenient to add more plugs, but used improperly, it can put the family’s safety at risk.

Powering multiple appliances with one cord can increase the chances of the electricity tripping or cause other safety hazards due to overloading.

Avoid using multi-adaptors with too many appliances at the same time. If anything seems faulty with the electricity, call in an experienced expert to inspect the problem.

Read more: 3 electrical danger zones in your ho

FOMCA: Tips pemilihan car seat berdasarkan berat dan tinggi anak-anak

Tolong JANGAN beli portable car seat seperti di dalam gambar ini kerana portable car seat tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan untuk melindungi anak-anak anda.

Pensyarah rugi RM132,000 ditipu 'Inspektor Yusuf'

KUANTAN - Seorang pensyarah di sebuah unversiti awam dekat sini kerugian RM132,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam dalam satu kejadian semalam.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pensyarah wanita berusia 41 tahun tersebut dihubungi individu memperkenalkan diri sebagai pegawai perundangan dari Mahkamah Majistret Melaka."Suspek mendakwa pensyarah wanita itu mempunyai tunggakan kad kredit sebanyak RM13,580. Sejurus mangsa menafikan dakwaan itu, talian terus disambungkan kepada seorang lagi suspek yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Yusuf," kata beliau.Mohd. Wazir menambah, suspek menyamar polis berkenaan pula mendakwa akaun bank milik pensyarah tersebut disyaki terlibat kegiatan jenayah pengubahan wang haram serta urusan jual beli dadah.Ujar beliau lagi, mangsa seterusnya diarahkan oleh suspek untuk melakukan transaksi pemindahan wang bagi memudahkan proses 'siasatan' yang akan dijalankan.

"Mangsa telah mematuhi semua arahan daripada suspek untuk membantu menyelesaikan kes tersebut dengan melakukan pemindahan semua wang simpanannya ke dalam empat akaun milik individu tidak dikenali," tambahnya.Tambah beliau lagi, mangsa hanya menyedari tertipu selepas gagal menghubungi suspek sejurus selesai melakukan transaksi pemindahan wang.Kes dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - K! ONLINE

Ditipu beli barang di laman sosial

KUALA LUMPUR: Wanita lebih ramai terdedah kepada kes penipuan apabila mempercayai bulat-bulat setiap promosi iklan ketika berurusan membeli-belah pelbagai jenis produk kecantikan dan kesihatan menerusi platform dalam talian.Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata paling banyak aduan diterima dalam kalangan wanita mengenai kualiti, promosi pengiklanan dan testimoni sesuatu produk kecantikan dan kesihatan.Katanya, kes penipuan itu jelas membuktikan kesedaran dan kepekaan pengguna masih rendah, sebaliknya teruja membeli tanpa usul periksa.

FOMCA menerima kira-kira 4.3 peratus atau 406 kes daripada 10,160 aduan sepanjang 2017 membabitkan penipuan berkaitan produk kosmetik dan kesihatan.“Saya percaya wanita lebih ramai yang gemar melayan laman sosial dan mudah tertarik membeli barangan terutama produk kecantikan.“Ada juga yang ditipu dari segi harga, masalah penggunaan kad debit dan kredit,” katanya dihubungi BH Online.Beliau berkata, pelanggan sepatutnya tidak mudah terpengaruh dengan iklan tawaran harga rendah kerana kurang pengetahuan terhadap aspek keselamatan produk.Majoriti mangsa biasanya wanita yang tidak mengambil berat status perniagaan sama ada berdaftar atau tidak, sebaliknya mudah terpengaruh dengan iklan murah menerusi laman sosial.“Bagi saya barangan kosmetik dan ubat pelangsing dijual secara dalam talian sebilangannya tiada jaminan ketulenan dan perlu mendapat deskripsi pakar kesihatan.

Read more: Ditipu beli barang di laman sosial

Restoran diserbu disyaki letak bahan khayal dalam hidangan

TELUK INTAN: Sebuah restoran di sini, diperiksa polis dan Jabatan Kesihatan, semalam selepas menerima aduan pelanggan yang mengalami gejala lemah dan khayal selepas makan di premis berkenaan.Susulan operasi bersepadu jam 11.20 pagi itu, seorang tukang masak dan dua pembantunya termasuk seorang warga Bangladesh ditahan selepas didapati positif dadah jenis opiat.Terdahulu, mesej yang mendakwa seorang anggota polis dan tiga lagi anggota lain ‘sangkut’ ujian saringan air kencing selepas makan di sebuah premis di Teluk Intan dan tukang masak premis berkenaan sudah ditahan, tular di WhatsApp sejak semalam.Sumber berkata, pemeriksaan dijalankan susulan laporan seorang anggota polis yang mengalami gejala lemah, mengantuk dan khayal selepas makan di premis berkenaan, kelmarin.

Menurutnya, pemeriksaan dijalankan oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak bersama pegawai Jabatan Kesihatan turut merampas beberapa jenis masakan seperti kuah makanan, ayam goreng, sayur dan nasi putih.Katanya, sebungkus plastik lutsinar mengandungi biji kas-kas turut dirampas dan semua sampel yang dirampas dihantar ke Jabatan Kimia Ipoh untuk pemeriksaan.“Pemilik premis memaklumkan masakan tidak menggunakan sebarang bahan terlarang atau mengkhayalkan, namun bahan masakan seperti kas-kas ada digunakan sedikit oleh tukang masak,” katanya.

Read more: Restoran diserbu disyaki letak bahan khayal dalam hidangan

Four injured as restaurant steamboat stove explodes

A hotpot cooker exploded last night injuring four people including two children at a steamboat eatery. - Pic courtesy of Bomba. June 20, 2022 @ 10:38am
KOTA KINABALU: A hotpot cooker exploded last night injuring four people including two children at a steamboat eatery.

The Fire and Rescue department received a call at 9.06pm on the incident at Bu Zainah Conner at Alam Mesra near here.

"Before the rescue team arrived at the scene, those at the eatery had sent the two children to the hospital.

"The two injured adults, Wujon Maria Mae and Roberto Antoni, were treated by Health Ministry personnel at the scene before being taken to hospital," it said in a statement.

Meanwhile, in Kota Marudu, two people were injured when their house at Kampung Bombong 1 was destroyed in a fire last night.

In the 11.50pm incident, Jaison Masiwol, 49 and his wife Julimah Sabia, 45, suffered burns and were taken to the district hospital for treatment.

District Fire and Rescue chief Rony Sikawan said they received a distress call at 11.52pm and a six-man team was deployed to the scene.

He said preliminary information suggested that the fire could have started from the kitchen.

"Both victims were aware of the fire when their child woke them up," he said, adding that the operation ended at 1am.

Source: https://www.nst.com.my/news/nation/2022/06/806417/four-injured-restaurant-steamboat-stove-explodes

  1. Lapor segera jalan rosak kepada KKR - Fadillah
  2. Wait 10 days before eating eggs
  3. Pematuhan Standard Keselamatan Barangan Pengguna Akan Terus Diperkasa
  4. Transport group disappointed no initiative to tackle fatal accidents
  5. FOMCA: MEMORANDUM PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA
  6. FOMCA: MEMORANDUM PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA
  7. World Of Buzz: 15 Rights You Should Know When You’re Confronted by the Police
  8. Bright lights of contention
  9. Trend pasang dashcam satu perkembangan positif - MIROS
  10. Penipuan nombor TAC: RM14.9 juta kerugian sepanjang tahun lepas

Page 120 of 122

  • 113
  • 114
  • 115
  • 116
  • 117
  • 118
  • 119
  • 120
  • 121
  • 122
  • You are here:  
  • Home

Popular Tags

  • Joomla

Latest Articles

  • NCCC calls for ‘lemon law’ after complaints of defective cars
  • Govt mulling ‘lemon law’ after complaints of problems with new cars
  • Water tariff hike: Make sure additional revenue used to improve water services, infrastructure, says Fomca
  • Water tariffs adjustment: Govt should look into replacing old corroded pipes
  • No extra fee for 5G will help economy but govt must keep watch, says Fomca

Back to Top

© 2026 Forum Air Malaysia