Forum Air Malaysia
Toggle Navigation
  • Home
  • Who We Are
    • Our Strategy
    • Our Team
    • Consumer Rights
    • About Us
  • What We Do
    • Sustainable Consumption
    • World Environment Day (5 June)
    • World Water Day (22 March)
  • News/Events
  • Publications
  • Contact Us

KPKT akan bina 1 juta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun

GEORGETOWN: Kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membina sejuta unit kediaman mampu milik dalam tempoh 10 tahun akan datang.Menterinya, Zuraida Kamaruddin, berkata sebagai permulaan pihaknya akan membina 100,000 unit kediaman setiap tahun.“Kita akan mula membina kediaman-kediaman itu bermula tahun ini dan ia adalah sebahagian daripada usaha kerajaan membantu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.“Semua projek perumahan di bawah Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) ini akan diselaraskan KPKT,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Ekspo Hartanah Pulau Pinang 2019 di SPICE Arena di sini, hari ini.

Menurutnya, berdasarkan perancangan, kesemua unit rumah itu akan merangkumi semua kategori rumah mampu milik termasuk bagi kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) supaya mereka juga memiliki rumah yang sesuai untuk didiami.Namun, kata beliau, lokasi dan unit rumah yang akan dibina di setiap negeri akan ditentukan dalam masa terdekat selepas melalui perbincangan susulan dengan pihak berkaitan,” katanya.Hadir sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Soam Heng Choon.

Read more: KPKT akan bina 1 juta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun

Pengecualian duti setem, diskaun sepanjang kempen pemilikan rumah

PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju untuk memberi pengecualian duti setem bagi surat cara pembelian rumah dan surat cara perjanjian pinjaman untuk rumah yang dijual sepanjang tempoh kempen pemilikan rumah (HOC) diadakan dari Januari hingga Jun ini.Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata bagi surat cara pembelian rumah, duti setem untuk rumah berharga RM1 juta akan dikecualikan sepenuhnya manakala tiga peratus bagi rumah berhaga dari RM1,000,001 hingga RM2.5 juta.Katanya, surat cara perjanjian pinjaman juga diberikan pengecualian sepenuhnya sepanjang tempoh enam bulan ini bagi rumah berharga dari RM300,000 hingga RM2.5 juta ke bawah, berbanding kadar 0.5 peratus yang dikenakan ketika ini.

Selain itu, beliau berkata pemaju juga telah bersetuju untuk memberi diskaun sekurang-kurangnya 10 peratus kepada rumah yang dijual dalam HOC ini.“Namun, kita harapkan pemaju akan boleh memberi diskaun yang lebih tinggi sama ada 15 ke 20 peratus untuk menarik lebih ramai pembeli. Tawaran ini hanya sah untuk rakyat Malaysia, bagi jualan yang dimuktamadkan di antara Januari sehingga Jun 2019 untuk projek perumahan yang diberikan diskaun sekurang-kurangnya 10 peratus dan disahkan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA).

"Insentif ini adalah tindakan lanjutan oleh kerajaan selepas memberikan pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap bahan binaan utama seperti batu bata, simen dan pasir dan juga perkhidmatan pembinaan. Inisiatif-inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan harga jualan rumah kecuali rumah harga terkawal (berharga RM300,000 ke bawah), sama ada yang sudah sedia dibina atau rumah baharu," katanya.

Read more: Pengecualian duti setem, diskaun sepanjang kempen pemilikan rumah

Dana Rumah Mampu Milik BNM untuk golongan pendapatan rendah

KUALA LUMPUR: Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia (BNM) disasarkan memberi peluang lebih luas kepada golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama.Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, dana itu diwujudkan oleh BNM untuk membantu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah dibawah RM2,300 sebulan."Ramai yang mahu membeli rumah tetapi gagal mendapatkan pinjaman bank. Inilah masalah yang saya hadapi semasa menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Banyak rumah yang dibina tetapi tiada pembeli kerana mereka gagal mendapatkan pinjaman.

"Ia disebabkan institusi bank yang memberikan pinjaman. Mereka (pemohon) gagal mematuhi syarat pinjaman, jadi kita menyeru agar pihak bank melonggarkan syarat pinjaman. Begitupun, kita tahu Bank Negara mempunyai garis panduan," katanya.Guan Eng berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran Dana Rumah Mampu Milik BNM dan Portal Rumahku di Sasana Kijang di sini, pada Selasa.Turut hadir Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Read more: Dana Rumah Mampu Milik BNM untuk golongan pendapatan rendah

DANA RUMAH MAMPU MILIK OLEH BANK NEGARA MALAYSIA

Untuk membantu pembeli rumah daripada kumpulan berpendapatan rendah bagi membiayai pembelian rumah pertama mereka

Ciri Utama Dana BNM untuk Rumah Mampu Milik

Terma  

  Ciri-Ciri

Kelayakan

 •  Warganegara Malaysia

 •  Pendapatan isi rumah bulanan maksimum                 sebanyak RM2,300

 •  Pekerja makan gaji atau bekerja sendiri

 •  Peminjam tunggal atau peminjam bersama

 •   Tiada rekod pembiayaan terjejas untuk tempoh   12 bulan yang lalu

Harga harta tanah

Sehingga RM150,000

Margin pembiayaan

Margin pembiayaan boleh meliputi pembayaran untuk wang pendahuluan dan jaminan gadai janji bertempoh / caruman takaful

Jenis harta tanah

Harta tanah kediaman di pasaran utama sahaja

Kadar pembiayaan  

Sehingga 3.5% setahun

Tempoh pembiayaan

Sehingga 40 tahun atau sehingga umur 70 tahun, yang mana lebih rendah

Pendidikan kewangan

 •       Modul pendidikan kewangan mandatori       dalam  talian disediakan oleh Agensi Kaunseling   dan  Pengurusan Kredit (AKPK) akan membantu   bakal peminjam memahami komitmen kewangan   mereka sebelum membeli rumah.

 •       Modul itu boleh diakses daripada portal    Rumahku AKPK di learn.akpk.org.my mulai 3           November 2018

Moratorium penjualan harta tanah

5 tahun

 

Pusat Hubungi Institusi Kewangan yang Mengambil bahagian

AmBank (M) Berhad (AmBank)

:03-2178 8888 

Bank Simpanan Nasional (BSN)

:1-300 88 1900

CIMB Bank Berhad (CIMB)        

:03-6204 7788

Malayan Banking Berhad (Maybank)                                  

:1-300 88 6688        

RHB Bank Berhad (RHB)           

:03-9206 8118 (Semenanjung Malaysia); 

082-276118 (Sabah dan Sarawak)

Orang ramai juga boleh menghubungi BNMTELELINK  di talian 1-300-88-5465 (LINK)

 

KEDIAMAN BERMUTU UNTUK SEMUA

Kerajaan semalam mengumumkan satu lagi langkah membela rakyat dengan menggariskan beberapa spesifikasi dan panduan perumahan kepada pelbagai pihak, termasuk pemaju rumah mampu milik Semua projek baharu rumah awam dan swasta akan diwajib mendapat Sijil Pe

Dasar Perumahan Negara (DRN) 2018-2025 dilancarkan semalam, untuk menyelesaikan isu penawaran dan permintaan perumahan yang tidak seimbang serta ketidakmampuan rakyat membeli rumah pada harga pasaran.Dasar itu juga bermatlamat mengatasi kelemahan industri perumahan ketika ini yang tidak berinovasi, selain tiada sistem bersepadu untuk memastikan penawaran dan permintaan adalah sepadan.Untuk mencapai matlamat itu dalam tempoh tujuh tahun lagi, DRN setebal 162 muka surat menggariskan lima fokus, 16 strategi dan 57 pelan tindakan.Lima fokus itu ialah membina rumah berkualiti, menambah baik aksesibiliti dan tahap kemampuan rakyat memiliki rumah, kejiranan berkualiti, koordinasi antara perumahan dan pembangunan pengangkutan serta memperkukuh institusi berkaitan mencapai matlamat dasar berkenaan.Dasar itu dirangka Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) selepas mendapati penawaran rumah di bandar lebih menjurus kepada perumahan kos tinggi, sedangkan permintaan lebih menjurus ke arah rumah kos rendah dan mampu milik.

Read more: KEDIAMAN BERMUTU UNTUK SEMUA

Kadar Tarif Pembetungan Disemak Semula

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan sedang dalam peringkat kajian untuk semak semula kadar tarif pembetungan di negara ini bagi menampung kenaikan kos utiliti dan operasi semasa.Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar, berkata kajian mengenainya sudah dilaksanakan sejak tahun lalu dan ia kini pada peringkat perbincangan antara agensi kerajaan.“Tarif kumbahan di Malaysia adalah antara terendah di dunia dan sejak 25 tahun lalu, syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. tidak pernah menaikkan kadar tarifnya meskipun berdepan kenaikan mendadak kos operasi serta utiliti.

Read more: Kadar Tarif Pembetungan Disemak Semula

Harga rumah turun 2.3 peratus

KUALA LUMPUR 14 Jan. - Indeks Pasaran Property­Guru mendapati harga rumah terus menunjukkan trend penurunan sebanyak 2.3 peratus tahun ke tahun.

Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez berkata, aliran tersebut dijangka berterusan sekurang-kurangnya untuk tempoh separuh pertama tahun ini walaupun terdapat pe­ningkatan sentimen pengguna dan da­sar-dasar kerajaan yang proaktif seperti yang diumumkan dalam Bajet 2019.

Read more: Harga rumah turun 2.3 peratus

Kenaikan duti setem pindah milik hartanah RM1j ke atas ditangguh sehingga 1 Julai

KUALA LUMPUR – Kenaikan kadar duti setem bagi surat cara pindah milik harta yang dikenakan kepada hartanah bernilai melebihi RM1 juta sehingga RM2.5 juta daripada tiga peratus kepada empat peratus seperti yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2019 akan ditangguhkan sehingga 30 Jun tahun depan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, penangguhan tersebut adalah bagi menggalakkan pertumbuhan aktiviti sektor hartanah negara.

Pembelian rumah kediaman pertama yang bernilai sehingga RM1 juta juga diberikan pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dalam tempoh berkenaan.

Read more: Kenaikan duti setem pindah milik hartanah RM1j ke atas ditangguh sehingga 1 Julai

DBKL to offer micro housing for B40 group

SINGLE people with low income who have difficulty finding affordable accommodation in the capital city, fret no more.

Kuala Lumpur City Hall (DBKL) will provide them with microhousing facilities this year.

Read more: DBKL to offer micro housing for B40 group

  1. MOT harap lebih banyak penerbangan ditawar, turunkan harga tiket
  2. Malaysia to discuss with Singapore on continuing KTMB Shuttle Tebrau service
  3. MYAirline: Penumpang rugi RM700 hingga RM4,000
  4. Van DRT gantikan bas Smart Selangor untuk laluan sempit, berkepadatan tinggi
  5. Malaysia Airlines: FAQ on meals taken out of context
  6. MYAirline tawar lebih pilihan perjalanan menerusi FLYsiswa
  7. Free myBAS bus service for people with special needs, students, senior citizens in Negri, Perak, Johor
  8. Lack of punctuality main complaint among public transport users, survey shows
  9. LETTER | AirAsia and Mavcom's misleading stand on refunds
  10. 'Don't take us for a ride, with free rides, fix the public transport system'

Page 113 of 122

  • 108
  • 109
  • ...
  • 111
  • 112
  • 113
  • 114
  • ...
  • 116
  • 117
  • You are here:  
  • Home

Popular Tags

  • Joomla

Latest Articles

  • NCCC calls for ‘lemon law’ after complaints of defective cars
  • Govt mulling ‘lemon law’ after complaints of problems with new cars
  • Water tariff hike: Make sure additional revenue used to improve water services, infrastructure, says Fomca
  • Water tariffs adjustment: Govt should look into replacing old corroded pipes
  • No extra fee for 5G will help economy but govt must keep watch, says Fomca

Back to Top

© 2026 Forum Air Malaysia