Teliti laporan pendapatan, harga rumah mampu milik
20 Julai 2020
KUALA LUMPUR - Jabatan Perumahan Negara sedang meneliti laporan pendapatan isi rumah dan pendapatan garis kemiskinan baharu agar harga rumah dapat disesuaikan dengan pendapatan untuk pemilikan rakyat.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, penelitian itu dibuat selaras dengan pengumuman Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan pengelasan baharu isi rumah oleh kerajaan.
“(Sekarang) tafsiran dan kaedah pengukuran perumahan mampu milik di Malaysia mengambil metodologi gandaan median (median multiple) sebagai indikator utama bagi menilai kemampuan memiliki rumah.
"Formula yang kita gunakan (bagi menentukan) harga rumah mampu milik; pendapatan penengah (median) x 12 (bulan) x 3.0, itulah kadar harga rumah yang ditentukan di bawah program rumah mampu milik ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Read more: Teliti laporan pendapatan, harga rumah mampu milik
Pasca Covid-19: Pembeli rumah kali pertama sasar beli hartanah
8 Julai 2020
KUALA LUMPUR - Tempoh pemulihan pandemik pasca koronavirus (Covid-19) di Malaysia menjadi masa terbaik bagi kalangan pembeli rumah kali pertama dan pelabur untuk memiliki aset berkenaan, demikian menurut PropertyGuru.
PropertyGuru berkata, berdasarkan kajian oleh Indeks Sentimen Hartanah Nasional, penyewa berusia di antara 22 hingga 29 tahun dijangka tidak menangguhkan keputusan mereka untuk membeli hartanah.
Pengurus Negara, Sheldon Fernandez berkata melihat kepada sentimen pengguna pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penyewa dan pencari rumah generasi muda lebih menghargai manfaat memiliki hartanah sendiri.
“Bagaimanapun, kesukaran untuk melihat hartanah dan cabaran untuk mendapatkan pinjaman rumah merupakan isu yang paling kerap dihadapi rakyat Malaysia yang kembali kepada normal baharu.
“Walaupun berminat dengan hartanah, penyewa dan mereka yang tinggal bersama-sama ibu bapa dijangka paling sukar untuk mendapatkan pinjaman. Tidak memperoleh maklumat mencukupi mengenai hartanah turut menjadi kebimbangan yang biasa,” katanya.
Read more: Pasca Covid-19: Pembeli rumah kali pertama sasar beli hartanah
Inisiatif M40 miliki rumah siap Mei
CYBERJAYA: Rangka inisiatif khas bagi memudahkan kumpulan 40 peratus isi rumah berpendapatan pertengahan (M40) memiliki rumah dijangka siap Mei ini.Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata langkah berkenaan bagi membantu golongan terbabit dalam menangani isu pemilikan rumah.“Inisiatif kepada kumpulan M40 ini sebenarnya diperluaskan daripada program B40 cuma, M40 ini ada dua kategori iaitu atasan dan bawahan.“Ia membabitkan kategori berpendapatan antara RM3,000 hingga RM5,000 dan RM5,000 hingga RM10,000.“Justeru, kita akan lihat bagaimana kita boleh bantu mereka dengan rumah mampu milik berdasarkan pendapatan dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas majlis penutup Kempen Global #KitaSemuaMaryam anjuran Malaysia Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine di sini, hari ini.Pada 7 Mac lalu, media melaporkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bakal memperkenalkan inisiatif atau skim khas bagi memudahkan kumpulan pertengahan memiliki kediaman sendiri.Zuraida dilaporkan berkata, KPKT dalam proses merangka inisiatif berkenaan dan akan mendapatkan kerjasama daripada beberapa agensi berkaitan.
Wujudkan inisiatif untuk B40, M40 dalam ekonomi digital
KUALA LUMPUR: Kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan 40 peratus pertengahan (M40) memerlukan inisiatif khusus supaya tidak ketinggalan dalam limpahan ekonomi digital.Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kumpulan berkenaan perlu diberikan pendedahan kepada ekonomi digital supaya mereka tidak ketinggalan jauh daripada arus pembangunan ekonomi berkenaan.Katanya, beliau tidak mahu ekonomi digital memberi kesan dan membuka jurang lebih lebar di antara bandar dan luar bandar seperti kesilapan yang dilakukan di beberapa negara lain.“Kita perlu mulakan insiatif baharu sekarang. Orang Melayu, Cina, India perlu turun ke bawah, ke luar bandar. Ini saya percaya akan mengubah paradigma lama.“Kita perlu ke depan. Kita tidak seharusnya melupakan orang miskin,” katanya pada Digital Native Agenda (DNA23) yang disiarkan secara langsung di televisyen swasta, hari ini.
DNA23 mengupas isu digital dalam masa yang sama bertujuan memperkasakan pihak berkepentingan dalam landskap digital negara.Tiga teras utama dalam DNA23, iaitu kemakmuran dan kebahagiaan; persediaan masa depan serta etika dan budaya. Ia dipecahkan kepada sembilan teras kecil, iaitu masa depan sosio-ekonomi yang segar, pengagihan peluang yang adil, persepsi positif terhadap negara, pembinaan kapasiti, pembangunan modal insan, urus tadbir yang telus, hak agama dan budaya, perpaduan dan harmoni, dan dialog yang berasaskan fakta.Anwar berkata, ekonomi digital perlu dilaksanakan tanpa meminggirkan golongan miskin dan pertengahan dan dalam masa yang sama perubahan itu perlu dilakukan sekarang kerana era digital bergerak pantas.
Read more: Wujudkan inisiatif untuk B40, M40 dalam ekonomi digital
Discounts should be given to all buyers
I AM one of the many unhappy buyers of PR1MA’s Residensi Brickfields affordable homes. Last weekend at the Home Ownership Campaign 2019, I learnt that PR1MA Corporation would be offering discounts to new buyers of Residensi Brickfields.Buyers of the Type B and C properties would be given a 10% discount (RM299,000 discounted to RM269,100, and RM380,000 reduced to RM342,000) and Type A 15% (RM270,000 brought down to RM229,500).As an early buyer, I have lost 10% of my property value even before vacant possession because of PR1MA’s decision to offer the discounts. This is not a small amount as I had to save up for many years just to afford the 10% down payment of RM30,000.Giving these discounts is immensely disappointing and unfair to the early buyers who have paid the full price and are currently servicing their loans.
PR1MA is a housing development programme in Malaysia by the government for the rakyat, thus it should be fair to all the buyers. Discounts must be offered to one and all.PR1MA is not a private developer that can just simply drop prices for their properties and leave early buyers in the lurch. I demand an explanation and compensation for early buyers like myself who have already signed their sale and purchase and loan agreements, and are currently servicing their loan interests for the full amount.
Pembiayaan pembelian hartanah
Muzamil (bukan nama sebenar) bercadang untuk membeli rumah sendiri selepas menyewa selama tiga tahun. Beliau akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, dan mahu menyediakan kediaman sendiri untuknya dan bakal isteri bagi sama-sama melayari rumah tangga dan membina keluarga bahagia.Muzamil mempunyai sedikit simpanan yang dirasakan cukup untuk membayar deposit, yuran guaman dan kos-kos berkaitan pembelian rumah pertamanya, dan beliau memerlukan pembiayaan daripada pihak bank.Muzamil berminat dengan sebuah rumah yang telah siap dan terus membayar deposit kepada agensi hartanah berlesen, menerusi ejen hartanah yang memasarkan rumah berkenaan bagi pihak penjual.
Muzamil juga mensyaratkan di dalam surat tawaran pembelian bahawa pembelian itu mestilah tertakluk kapada kelulusan pembiayaan.
Beliau ada terbaca pesanan seorang peguam di dalam satu artikel di Facebook bahawa semua tempahan pembelian hendaklah disyaratkan tertakluk kepada kelulusan pembiayaan oleh pihak bank.
Ini kerana jika pembiayaan tidak diluluskan, Muzamil boleh menuntut kembali deposit yang dibayar kerana wujudnya syarat itu.
Tugas peguam selepas pembiayaan lulus
Peguam yang dilantik oleh pihak bank biasanya memulakan proses aliran kerja dengan melakukan carian tanah di pejabat tanah berkenaan, carian kebankrapan ke atas peminjam dan penjual, menulis surat kepada Peguam yang menguruskan Perjanjian Jualbeli serta meminta beberapa pengesahan dan akujanji daripada peguam berkenaan.
Sekiranya hartanah itu tertakluk kepada sekatan kepentingan seperti kebenaran menggadai dan kebenaran pindah milik daripada pihak berkuasa negeri, peguam pihak bank akan memohon salinan kebenaran pindah milik daripada peguam jualbeli (jika sudah diperolehi) sebelum mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kebenaran untuk menggadai.
Tandatangan dokumen pembiayaan
Selepas dokumentasi pembiayaan disediakan, peguam akan menghubungi peminjam dan membuat janji temu. Peminjam digalakkan untuk hadir sendiri ke pejabat peguam untuk menandatangani dokumen yang berkaitan.
Selepas ditandatangani, dokumen akan dihantar kepada pihak bank untuk pihak bank tandatangani dan dikembalikan kepada peguam.
Peguam selanjutnya akan menyerah hantar dokumen untuk disetemkan di pejabat duti setem Lembaga Hasil Dalam Negeri selepas memuat naik butir-butir transaksi di laman duti setem secara dalam talian.
Peguam juga akan mendapatkan atau membuat semakan cukai pintu dan cukai tanah rumah berkenaan sudah dibayar dan terkini.
Tebus hutang
Peguam akan mendapatkan penyata tebus hutang dari bank yang penjual berhutang sekiranya har- tanah terbabit masih digadaikan kepada pihak bank oleh penjual.
Penyata tebus hutang akan menunjukkan baki hutang penjual kepada banknya. Sekiranya hartanah berkenaan mempunyai suratan hak milik individu, kaveat persendirian bagi pihak bank akan diarah untuk didaftarkan di pejabat tanah sebagai sekuriti sementara untuk melindungi kepentingan bank yang memberi pinjam, untuk menebus hutang penjual dan melepaskan gadaian yang dicipta ke atas hartanah berkenaan.
Apabila semua dokumen sekuriti, surat akujanji, pengesahan dan beberapa perkara dan syarat lain dipatuhi, peguam akan menasihatkan pihak bank bahawa adalah teratur untuk bank mengeluarkan sebahagian wang pembiayaan.
Pengeluaran wang seterusnya
Selepas surat hak milik asal dan borang melepaskan gadaian diperolehi dari pihak bank penjual, dan duti setem sudah dibayar, peguam bank akan menyerahkan borang pindah milik (yang diperolehi daripada peguam jual beli), gadaian beserta suratan hakmilik kepada pejabat tanah berkenaan untuk didaftarkan.
Peguam akan sekali lagi mengeluarkan surat pengesahan dan nasihat kepada pihak bank pembeli bahawa baki pembiayaan selepas ditolak wang tebusan hutang, adalah teratur untuk dikeluarkan, untuk dibayar kepada penjual.
Selepas wang disahkan telah dibayar atau didepositkan dengan peguam penjual atau peguam jualbeli, pembeli boleh mengaturkan hari yang sesuai untuk mengambil kunci dan pemilikan kosong rumah yang sudah dibeli.
Proses umum
Proses yang dinyatakan di atas adalah proses umum pembiayaan untuk pembelian hartanah. Setiap kes adalah berbeza dan bergantung kepada jenis hartanah, jenis hak milik dan kandungan perjanjian jual beli yang disediakan.
Peguam yang bertanggungjawab akan menguruskan transaksi dengan sebaik mungkin dan memastikan bahawa pihak penjual mendapat wang hasil jualan dan pembeli memperoleh rumah yang dibeli, dalam tempoh yang dipersetujui.
Houses everywhere, but where are the buyers?
EXACTLY five months ago this column highlighted the need for the newly-formed National Affordable Housing Council (NAHC) to understand the key factors for the overhang of properties as well as how it should function to meet Pakatan Harapan’s manifesto promises to the people in the current five-year term.Earlier this week, the National Housing Policy 2.0 (NHP2.0) 2018-2025 was unveiled with the main aim to address the issue of oversupply as well as affordability, which has created a massive mismatch that we are in now. So, was there anything new in the NHP2.0?It is rightly drafted in the sense that the main issue we have on home ownership today is a question of whether ordinary Malaysians, especially from the B40 group, can actually afford to purchase a home.
If the answer to that is a NO, then we move to the next question, what can we do to make them to be able to afford to purchase a home? Providing Rent-to-Own (RTO) schemes as an alternative to an outright purchase is one answer, provided the scheme does not discriminate the buyers based on price five years down the road and the rental paid is genuinely utilised for the downpayment of a home.In actual fact, for RTO schemes to work, participants should be able to lock-in the price on the day they sign on the dotted lines and not the price at the end of the five-year term. This will allow the homebuyers to have enough equity built up to able to take financing thereafter, perhaps with improved credit standing.
Harga rumah terus susut hingga 2021
KUALA LUMPUR: Harga hartanah kediaman dijangka akan terus susut dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang berikutan lambakan unit rumah tidak terjual di Malaysia yang kini mencecah nilai sebanyak RM29.47 bilion.Pengarah Penyelidikan dan Perancangan Strategik di Rahim & Co International, Sulaiman Saheh, berkata trend penyusutan itu dijangka berterusan sehingga 2021 sehingga pasaran kembali pulih dengan peningkatan kadar pembelian rumah."Trend penurunan harga rumah bermula sejak 2016 pada kadar satu hingga lima peratus bergantung kepada faktor lokasi serta nilai hartanah di kawasan itu."Harga rumah terus merosot disebabkan kadar pembelian yang kurang, dipengaruhi beberapa faktor antaranya ketidakmampuan kewangan pembeli, kesukaran mendapatkan pinjaman dan kelemahan elemen nilai tambah hartanah terbabit seperti kekurangan kemudahan pengangkutan dan jaringan lebuh raya yang baik," katanya pada taklimat media liputan pasaran hartanah Malaysia oleh Rahim&Co International Sdn Bhd dan tinjauan prospek 2019, di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Rahim&Co, Tan Sri Dr Abdul Rahim Abdul Rahman.Berdasarkan laporan syarikat perunding hartanah itu, terdapat 149,889 transaksi bernilai RM67.74 bilion dicatatkan pada separuh pertama 2018.Melihat kepada tiga tahun sebelum, trend penurunan sudah menyusut dengan ketara sejak tempoh separuh pertama 2015/separuh pertama 2016 di mana peratusan penurunan adalah setinggi 12 hingga 16 peratus bagi bilangan dan nilai transaksi.Laporan itu menyatakan, ia menunjukkan petanda baik bagi 2019 dan ia dijangka dapat menghasilkan pergerakan positif walaupun tidak ketara.Bagi suku ketiga 2018, pergerakan bertambah perlahan dilihat dengan bilangan transaksi mengalami penurunan kepada -0.3 peratus, manakala nilai kepada -1.4 peratus.
Institusi perbankan perlu longgar syarat bantu golongan B40 miliki rumah
DUNGUN: Institusi perbankan di negara ini disaran memberi kelonggaran kepada pemohon pinjaman perumahan terutama golongan B40 dengan mengambil kira pendapatan hasil kerja sambilan mereka.Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata ia antara layanan istimewa boleh diberikan institusi perbankan kepada golongan B40 selaras hasrat kerajaan Pakatan Harapan yang mengutamakan pemilikan rumah untuk golongan tersebut.
"Sebelum ini, institusi perbankan menggabungkan jumlah pendapatan suami dan isteri untuk kelayakan membuat pinjaman perumahan, jadi apa salahnya jika permohonan pinjaman itu juga mengambil kira pendapatan hasil kerja sambilan yang mereka buat."Namun, perlu ada bukti sahih mengenai gaji atau penyata pendapatan daripada kerja sambilan itu dalam tempoh yang munasabah (enam hingga 12 bulan) untuk menyokong permohonan pinjaman tersebut," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Projek Rumah Idaman Rakyat (RIR) yang dibina Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Kampung Santong dekat Paka, pada Ahad.
Read more: Institusi perbankan perlu longgar syarat bantu golongan B40 miliki rumah
Page 112 of 122
