Kesedaran Memakai Tali Pinggang Keledar Penumpang Belakang Masih Rendah
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, MIROS menyokong usaha kerajaan dalam mempertingkat penguatkuasaan penggunaan tali pinggang keledar bagi penumpang bahagian belakang kenderaan. Ini kerana penguatkuasaannya masih berkurangan meskipun ia sudah lama diwajibkan. Menurut Pengerusi MIROS, Tan Sri Lee Lam Thye, setakat ini penggunaan tali pinggang keledar di kalangan penumpang belakang kenderaan masih lagi rendah. Selain daripada penguatkuasaan, pihaknya juga turut menyokong usaha kerajaan dalam menambah jumlah kamera AES, yang baginya dalam usaha mengurangkan jumlah kemalangan. Statistik kadar kematian akibat kemalangan jalan raya yang dikeluarkan PDRM menunjukkan penurunan, namun secara purata 18 orang mati setiap hari akibat kemalangan jalan raya.
Pemberian diskaun tol bukan penyebab kesesakan pada musim perayaan
KUALA LUMPUR: Pemberian diskaun tol sempena musim perayaan utama bukan penyebab berlakunya kesesakan dan kemalangan di lebuh raya.Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata sikap pemandu yang cuai dan tidak berhemah terus menjadi penyumbang statistik saban tahun."Pemberian diskaun adalah cara syarikat konsesi menghargai pelanggan lebuh raya mereka dan bukan penyebab kesesakan di musim perayaan."Paling utama, setiap syarikat konsesi mengeluarkan jadual cadangan perjalanan sebagai rujukan pengguna untuk mereka merancang perjalanan pada musim perayaan," katanya kepada media selepas melancarkan Kempen Advokasi Keselamatan Lebuh Raya sempena Tahun Baharu Cina 2019 di sini, pada Selasa.
Hadir sama Ketua Pengarah Lebuhraya Malaysia Datuk Seri Aziz Abdullah dan Yang Dipertua Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) Sazally Saidi.Baru berkata, sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 5 Feb nanti sebanyak 25 lebuh raya akan menawarkan insentif berbentuk diskaun kadar tol sebanyak 10 hingga 30 peratus kepada pengguna.Jelasnya, diskaun khusus untuk pengguna tol bagi kenderaan Kelas 1 itu akan berkuat kuasa selama 24 jam bermula 12 tengah malam hingga 11.59 malam Selasa, 5 Feb."Sebanyak 14 lebuh raya seperti Leburaya Utara-Selatan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 dan 2, Lebuhraya SMART, KESAS, LATAR dan Jambatan Pulau Pinang akan menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus," katanya.
Read more: Pemberian diskaun tol bukan penyebab kesesakan pada musim perayaan
PLUS akan buka lorong kecemasan di dua lokasi kritikal di Lebuhraya Utara Selatan sempena TBC ini
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan lorong kecemasan akan di buka di dua lokasi kritikal di Lebuhraya Utara Selatan sempena perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) iaitu pada 5 Februari ini. Ia adalah untuk membolehkan orang ramai bergerak dengan lebih selesa ketika perjalanan pada waktu puncak.Dua lokasi itu yang terletak di negeri Perak, ialah Simpang Pulai hingga Gopeng iaitu sejauh tujuh kilometer di KM287 hingga KM295.1 dan di Slim River hingga Sungkai, juga sejauh tujuh kilometer di KM 367.6 hingga KM360.5.
Menurut PLUS, berdasarkan kajian dan rekod pihaknya, pada musim-musim perayaan yang lepas, kesesakan trafik amat teruk di kedua-dua lokasi berkenaan. Berdasarkan rekod, perjalanan di antara Slim River dan Sungkai sejauh 19 kilometer.
PLUS cadang pasang kamera had laju di Jambatan Pulau Pinang
SEREMBAN: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menghantar kertas cadangan kepada kerajaan untuk memasang kamera had laju di Jambatan Pulau Pinang selain menambah kamera itu di beberapa lokasi lain di enam lebuh raya kendalian syarikat itu.
Pengarah Urusannya, Datuk Azman Ismail, berkata buat masa ini Jambatan Pulau Pinang tidak mempunyai kamera had laju dan cadangan pemasangan itu bertujuan mengelak kemalangan berlaku.“Setakat ini, hanya kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di jambatan berkenaan bagi memantau aliran trafik, namun kita mencadangkan untuk menambah kamera had laju.“Cadangan terbabit akan diserahkan kepada kerajaan selepas laporan penuh siasatan kemalangan membabitkan kenderaan utiliti sukan (SUV) terhumban ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang diperoleh.
Read more: PLUS cadang pasang kamera had laju di Jambatan Pulau Pinang
Saman serta-merta RM300 untuk 6 kesalahan utama
SEREMBAN: Saman serta-merta RM300 akan dikeluarkan kepada pemandu yang didapati melakukan enam kesalahan utama sepanjang Ops Selamat Ke-14 Sempena Tahun Baharu Cina 2019 bermula 29 Januari hingga 12 Februari ini.Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata antara kesalahan yang boleh dikenakan saman serta-merta ialah memandu di lorong kecemasan, melebihi had laju, memotong barisan, memotong garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan alat komunikasi ketika memandu.Katanya, tindakan itu bertujuan mendidik pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan selain menjamin keselamatan di sepanjang musim perayaan.“Kita menjangkakan berlaku kesesakan di beberapa lokasi tertentu disebabkan oleh pertambahan kenderaan kerana cuti perayaan Tahun Baharu Cina.
RAPID KL SEDIA DUA PERKHIDMATAN KHAS SEMPENA THAIPUSAM 2019
KUALA LUMPUR, 16 Januari 2019 -- Bersempena sambutan perayaan Thaipusam pada Isnin ini, Rapid Bus Sdn Bhd, selaku pengendali perkhidmatan bas Rapid KL, akan menyediakan perkhidmatan khas untuk kemudahan pengguna yang meraikan perayaan tersebut. Perkhidmatan selama dua hari ini akan bermula pada 20 Januari hingga 21 Januari 2019. Kemudahan ini disediakan untuk pengguna mengunjungi Batu Caves serta menggalakan pengunjung menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan di kawasan tersebut.
Sebanyak 18 buah bas disediakan untuk laluan dari Hab Bas Pasar Seni ke Batu Caves melalui Jalan Ipoh dan Jalan Kuching.
Manakala dua bas disediakan dari stesen LRT Gombak ke Batu Caves melalui jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dengan kekerapan masing-masing 15 minit dan 30 minit.
Kadar tambang sehala yang dikenakan adalah RM3 bagi laluan dari Pasar Seni dan RM2 dari stesen LRT Gombak. Kaedah pembayaran adalah tunai sahaja. Waktu perkhidmatan bagi dua perkhidmatan khas ini bermula dari jam 5.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bantuan RapidKL : 03-7885 2585 atau berhubung dengan kami menerusi saluran media sosial Rapid KL.
Kerajaan perlu campur tangan isu kos pengangkutan - FOMCA
Kerajaan perlu campur tangan isu kos pengangkutan - FOMCA
KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa kerajaan campur tangan dalam isu melibatkan kos pengangkutan yang menyebabkan harga barangan tidak dapat dikurangkan walaupun berlaku penurunan harga petrol.
Timbalan Presidennya, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, ketika ini kebanyakan pengguna mahu penurunan harga petrol selaras dengan pengurangan harga barang.
Read more: Kerajaan perlu campur tangan isu kos pengangkutan - FOMCA
KTM Komuter beroperasi tanpa henti mulai 19 hingga 22 Jan ini sempena Thaipusam, 934 tren disediakan
Sempena dengan sambutan Thaipusam pada 21 Januari ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Berhad) bakal menyediakan perkhidmatan tren KTM Komuter yang beroperasi tanpa henti selama empat hari tiga malam bermula 19 Januari ini.
NCCC : Pentingnya Mengapa Kita Perlu Menyimpan Bil bil Lama.
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) kebelakangan ini telah menerima banyak aduan mengenai bayaran yang tidak dijelaskan, tertunggak dan juga bayaran yang tidak sepatutnya dikenakan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai pengguna untuk menyimpan bil bil lama untuk semakan semula sekiranya timbul keraguan.
Salah satu kes yang telah diterima oleh NCCC adalah caj insuran kebakaran yang telah dikenakan oleh sebuah bank terhadap pengguna tersebut. Beliau telah dikenakan bayaran yang berlebihan. Kebetulan pelanggan tersebut ada menyimpan segala bil dan dokumen perumahannya dalam satu fail. Pengguna yang mengemukakan aduan ini menunjukkan bil bil yang menunjukkan bukti insuran yang telah dibayar sejak mula beliau membuat perjanjian jual beli.
Read more: NCCC : Pentingnya Mengapa Kita Perlu Menyimpan Bil bil Lama.
Page 118 of 122




