Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menguatkuasa Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) mulai Jun 2011. Antara perkara yang terkandung di dalam pindaan akta tersebut ialah:
Peranan Penyewa (Pengguna)
- Membayar ansuran seperti tercatat di dalam perjanjian
- Tidak mengalihkan atau menjual barang tanpa kebenaran daripada pemunya
- Menyimpan kad jaminan, resit dan surat yang berkaitan Perjanjian Sewa Beli
- Memastikan kandungan perjanjian adalah sama dengan maklumat di dalam Jadual Kedua Bahagian 1
- Jangan menandatangani Borang Perjanjian Sewa Beli atau dokumen kosong
- Sekiranya barangan hilang atau diambil daripada milikan, pastikan diberitahu kepada pemunya dalam tempoh 14 hari dari tarikh barang tersebut hilang atau diambil
- Penyewa mesti mematuhi Perintah Mahkamah bagi proses pengambilan semula milikan sekiranya bayaran ansuran melebihi 75% daripada harga tunai barangan tersebut.
Read more: MEMAHAMI PINDAAN DALAM AKTA SEWA BELI 1967 (Pindaan 2010)
Pengguna merupakan kumpulan terpenting dalam menentukan status ekonomi sesebuah Negara. Pengguna juga merujuk kepada individu yang menggunakan barangan, perkhidmatan dan sumber semula jadi untuk kepuasan hidup secara umum. Dalam konteks pada hari ini, pengguna perlu mengetahui hak dan peranan sebagai seorang pengguna untuk melindungi diri sendiri dari dimanipulasikan oleh pasaran yang semakin global dan terbuka luas ini.
Hak pengguna pertama kali disuarakan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat mendiang J.F.Kennedy apabila beliau mengisytiharkan “ Deklarasi Hak Penguna” yang dibentangkan pada Kongres pada 15 Mac 1951. Sejak peristiwa tersebut, pergerakan pengguna di peringkat antarabangsa telah mengumumkan bahawa Sambutan “Hari Hak-hak Pengguna Sedunia” disambut pada 15 Mac setiap tahun.
Tidak terlalu awal untuk mengajar anak anda tentang pengurusan kewangan. Kebanyakan syarikat kini menjadikan kanak-kanak seawall usia 18 bulan sebagai sasaran untuk memasarkan produk mereka. Didiklah anak anda tentang pengurusan kewangan sebelum syarikat tersebut mengajar mereka untuk berbelanja. Kanak-kanak boleh diajar untuk menyimpan duit dalam tabung walaupun sebelum mereka tahu cara untuk mengira duit.
Mengajar anak anda tentang pengurusan kewangan dari usia muda dapat membimbing mereka menuju ke arah masa depan yang celik kewangan.
Kenali tentang wang
Kebanyakan kanak-kanak tidak tahu dari mana datangnya wang. Mereka menganggap wang datang dari bank atau poket ibu bapa mereka. Oleh itu amat penting untuk memberi kefahaman kepada mereka bahawa wang bukan jatuh dari langit. Seseorang itu perlu bekerja untuk mendapatkan gaji. Dengan ini, mereka akan memahami bahawa sukar bagi ibu bapa untuk mendapatkan wang, dan mereka tidak sepatutnya membazir wang.
Pada peringkat awal, anda perlu mengajar anak anda tentang duit kertas dan syiling. Biarkan mereka untuk cuba umembuat bayaran sendiri semasa membeli barang.
Pada umur berapakah anda patut fikir tentang persaraan? Adakah anda berasa persaraan itu untuk warga emas sahaja dan tidak ada kena mengena dengan anda? Sebenarnya tanggapan seperti itu adalah dangkal sama sekali.
Sebaik sahaja anda mulai bekerja, anda perlu memikirkan tentang persaraan, walaupun usia persaraan anda masih kelihatan jauh lagi. Pelan persaraan memerlukan perancangan yang teliti dan berpanjangan untuk memastikan anda tidak perlu bimbang tentang masalah kewangan setelah bersara.
Mungkin anda berfikir simpanan dalam KWSP adalah pelan persaraan anda. Adakah simpanan KWSP itu cukup untuk menampung perbelanjaan anda selepas bersara? Menurut statistik daripada KWSP, terdapat sebahagian pesara menghabiskan simpanan KWSP mereka dalam masa 3 hingga 5 tahun. Usia untuk bersara ialah 55 tahun, jangka hidup rakyat Malaysia ialah 75 tahun.
Read more: RANCANG PELAN PERSARAAN SEKARANG SUPAYA HIDUP SENANG APABILA BERSARA
Ramai pengguna mengadu bahawa surat pemberitahuan lelong oleh pajak gadai tidak diterima. Lelong dibuat sekiranya penggadai gagal menebus barang gadaian mereka pada tarikh yang ditetapkan.
Apabila hal ini dirujuk kepada pajak gadai, pihak pajak gadai akan menunjukkan bukti bahawa mereka sudah menghantar surat pemberitahuan tersebut secara pos berdaftar.
Ini menimbulkan kehairanan kepada penggadai kerana mereka sering menerima surat peringatan daripada pajak gadai supaya membuat bayaran bulanan. Jika surat pemberitahuan lelong dihantar menggunakan pos berdaftar, posman akan meletakkan kad yang berwarna kuning di dalam peti surat sebagai peringatan untuk mengambil surat tersebut sekiranya pemilik rumah tiada di rumah. Namun surat peringatan daripada pihak pos tidak diterima oleh penggadai.
Read more: AMBIL BERAT TENTANG TARIKH PENEBUSAN BARANG GADAIAN
Apakah fungsi minyak pelincir?
Minyak pelincir melicinkan bahagian enjin untuk mengurangkan geseran, supaya ia boleh bergerak lancar dan dilindungi daripada menjadi haus. Lebih baik kualiti minyak pelincir, lebih baik kualiti minyak pelincir, lebih baik perlindungan dan prestasinya.
Bolehkah minyak pelincir berlainan jenama dicampurkan?
Kebanyakan minyak pelincir berasaskan mineral boleh bercampur antara satu sama lain. Bahan tambah yang dicampur memang kurang berkesan. Bagi minyak pelincir sintetik, ia harus digunakan secara penuh hati-hati. Sesetengahnya tidak boleh bercampur sepenuhnya dengan minyak pelincir mineral atau sintetik lain. Apabila menukar dari satu jenis ke satu jenis yang lain, sempurnakan penukaran minyak pelincir untuk hasil maksimum.
Apakah perbezaan antara minyak pelincir mineral dan minyak pelincir sintetik?
Minyak pelincir mineral diperoleh dari minyak mentah petroleum yang ditapis. Minyak pelincir sintetik prestasi tinggi telah melalui rawatan kimia yang kompleks dan menyebabkan ia mempunyai ciri-ciri fizikal dan kimia yang kuat. Dengan mengeksploitasikan ciri-ciri yang unggul ini, enjin boleh dilindungi dengan lebih baik.
Sistem ingatan manusia terbahagi kepada dua jenis iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Ramai antara kita yng tertanya-tanya cara atau kaedah untuk meningkatkan memori seseorang. Namun, ramai yang tidak memahami atau kurang pendedahan tentang sifat semula jadi ingatan.
Ingatan jangka pendek adalah proses yang membolehkan maklumat diterima dan disimpan dalam tempoh yang singkat di antara 30 saat sehingga 24 jam. Ini berlaku kerana had muatan menyimpan maklumat adalah terhad. Sesetengah maklumat dalam sistem ingatan jangka pendek akan memasuki sistem ingatan jangka panjang dan diberi penumpuan dan diulang-ulang. Maklumat yang masih tersimpan di sistem ingatan jangka pendek akan padam / hilang begitu sahaja.
Ingatan jangka panjang bermaksud ingatan terhadap sesuatu maklumat dalam tempoh yang lama. Hakikatya, setiap maklumat yang tersimpan dalam sistem ini adalah kekal sehingga akhir hayat seseorang, tetapi bergantung kepada daya keupayaan seseorang itu untuk ’memanggil kembali’ (recall) maklumat tersebut daripada gudang ingatan.
Terdapat peniaga yang mengetuk pintu rumah anda untuk menjual produk mereka dengan menggunakan bahasa yang manis, kelihatan ikhlas dan sangat meyakinkan. Namun terdapat juga kegiatan tidak beretika yang dilakukan oleh jurujual seperti ini, contohnya jualan paksaan, kontrak yang tidak adil, harga berlebihan atau penyelenggaraan dan pembaikan rumah yang lebih rendah daripada standard yang ditetapkan, tinjauan palsu kepada pengguna dan kutipan derma palsu.
Apa yang perlu dilakukan oleh peniaga?
- • Menunjukkan identiti peribadi dan pihak yang diwakili.
- • Menyatakan dengan jelas dari luar rumah sekiranya mereka menjual sesuatu.
- • Menyertakan maklumat bertulis mengenai tempoh bertenang dan hak pembatalan pembelian.
- • Tidak memaksa untuk menjual barang atau perkhidmatan.
- • Tidak meminta pengguna membuat keputusan serta merta.
- • Pergi sebaik sahaja diminta oleh pengguna.
Akta Persaingan 2010 telah diluluskan oleh Parlimen pada bulan Mei 2010 dan diwartakan pada Jun 2010. Penggubalan Akta ini bertujuan untuk menggalakkan pembangunan ekonomi dengan meningkatkan dan melindungi proses persaingan di pasaran.
Akta ini di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2012. Akta ini boleh dipakai kepada semua aktiviti komersial di dalam dan di luar negara yang mempunyai kesan kepada persaingan di pasaran Malaysia.
Akta ini tidak terpakai bagi apa-apa kegiatan komersial yang dikawal selia di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Suruhanjaya Tenaga.
Menurut Rancangan Malaysia yang ke-10, persaingan yang sihat diperlukan untuk mewujudkan suasana ekonomi yang lebih cekap dan dinamik. Akta Persaingan 2010 ini menggalakkan persekitaran kompetitif yang sihat dan memberikan pelabur asing lebih keyakinan untuk melabur di Malaysia. Peniaga yang melabur ke dalam negara Malaysia tanpa halangan ini akan membolehkan negara menikmati pertumbuhan ekonomi.
Pengguna juga mendapat barangan dengan harga yang lebih rendah dengan pilihan yang banyak. Persekitaran kompetitif ini menggalakkan pembangunan produk yang baru dengan kualiti yang tinggi. Tanpa persaingan yang sihat, peniaga tidak akan menitikberatkan kebajikan pengguna.
Secara keseluruhanya Akta Persaingan 2010 akan membawa kebaikan kepada keseluruhan ekonomi Malaysia.
Deivigarani Krishna
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional
Page 4 of 7