Semenjak kecil ibu bapa anda sering mengingatkan anda supaya sentiasa menabung. Pesanan orang tua-tua ini ada kebenarannya, bak kata pepatah, “Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit” . Ramai yang sentiasa mempunyai keazaman untuk menabung setiap bulan, tetapi hakikatnya azam tersebut jarang sekali dapat dicapai.
Tip kewangan kali ini tentang menabung dengan wang syiling dan wang kertas RM1. Mengapa duit syiling dan wang kertas RM 1? Ini kerana menyimpan syiling lebih mudah dan wang kertas RM1 tidak besar nilainya. Jadi, walaupun simpanan anda nampak sedikit, tetapi sekurang-kurangnya usaha anda untuk menabung berbaloi berbanding menunggu wang yang banyak untuk mula menabung.
Read more: 6 TIP MUDAH MENABUNG DENGAN DUIT SYILING DAN WANG KERTAS RM 1
Timbalan Menteri Pendidikan telah membuat kenyataan pada 17 Julai 2012 bahawa pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit dan tablet ke sekolah mulai tahun depan. Kebenaran ini dibuat disebabkan oleh isu keselamatan bahawa ibu bapa mudah menghubungi anak-anak mereka. Namun begitu, penggunaan telefon bimbit di dalam kelas masih dilarang.
Kebenaran penggunaan peralatan elektronik ini juga selaras dengan pelaksanaan wifi percuma 1Bestari dalam sekolah di seluruh negara. Walau bagaimanapun, jika telefon bimbit tidak dibenarkan untuk digunakan semasa kelas, bilakah peralatan itu dapat membantu dalam pembelajaran? Oleh itu, perlunya kajian dilakukan untuk mengetahui tahap keperluan penggunaan alat elektronik dalam proses pembelajaran, supaya apabila dasar ini dilaksanakan, alat elektronik tersebut tidfak digunakan untuk perkara lain. seperti mengunjungi rangkaian sosial atau permainan.
Satu lagi isu keselamatan juga perlu diberi perhatian ialah tentang berlakunya kes-kes kecurian atau pelajar mungkin menghilangkan alat elektronik mereka. Sesetengah alat elektronik ini adalah berjenama dan mahal. Ini akan menimbulkan persoalan dalam kalangan pelajar dan menyebabkan kebimbangan kepada ibu bapa. Guru-guru mungkin akan mempunyai satu lagi kerja tambahan, iaitu menjaga barang-barang kepunyaan pelajar, terutamanya pelajar-pelajar sekolah rendah.
Read more: PERLUKAH PELAJAR MEMBAWA TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH?
Pelbagai kaedah yang digunakan untuk mempedayakan pengguna. Terkini, wujudnya pihak tertentu yang menghubungi pengguna untuk menawarkan kad diskaun. Pengguna yang dipanggil itu, akan diberikan kata-kata manis, bahawa mereka merupakan golongan terpilih untuk menerima kad diskaun yang istimewa itu.
Biasanya pengguna akan menerima panggilan tersebut ketika mereka dalam keadaan sibuk bekerja. Pemanggil yang menghubungi pengguna tersebut beberapa kali. Pengguna akan dimaklumkan beliau adalah pemilik kad kredit daripada bank tertentu.
Oleh kerana beliau mempunyai rekod pembayaran kad kredit yang baik, maka beliau ditawarkan kad diskaun istimewa. Pemilik kad diskaun akan diberikan pelbagai tawaran menarik, antaranya, pakej percutian dan penginapan di hotel terpilih di seluruh Malaysia dengan diskaun sebanyak 50%, pakej umrah dengan diskaun 50% dan juga platinum VVIP.
Read more: BERHATI-HATI DENGAN TAWARAN KAD DISKAUN SEUMUR HIDUP
Pemikiran kanak-kanak muda diibaratkan sebagai sekeping kertas putih. Sebarang maklumat yang diberikan kepada mereka secara berulang kali akan kekal dalam sanubari mereka dan akan berkekalan seumur hidup. Jika tabiat baik ingin dipupuk dalam diri mereka, maka ia hendaklah dilakukan semenjak mereka kecil lagi.
Banyak kajian telah dijalankan tentang perkembangan badan dan minda, tabiat dan tingkah laku kanak-kanak. Misalnya kajian yang dilakukan oleh ’Institute for the Study of Child Development, Department of Pediatrics at UMDNJ-Robert Wood Johnson Medical School’ dan ‘Department of Pediatric Dentistry, School of Dentistry, Aichi-Gakuin University, Nagoya, Japan’ dan banyak lagi di negara-negara lain. Secara amnya, semua kajian ini merujuk kepada pembentukan tabiat dalam kalangan anak-anak muda, khususnya dari umur 2 hingga 6 tahun.
Read more: PUPUK TABIAT JIMATKAN PENGGUNAAN TENAGA SEMENJAK KECIL LAGI
Penduduk Malaysia kebanyakannya mempraktikkan amalan berbasikal hanya ketika bersenam di pusat-pusat senaman ataupun di taman-taman rekreasi yang menyediakan aktiviti berbasikal. Itupun aktiviti tersebut kebanyakannya dilakukan oleh golongan muda sahaja. Aktiviti berbasikal bukannya aktiviti yang menjadi kegemaran ataupun pilihan utama masyarakat Malaysia.
Tahap kesihatan sebahagian besar rakyat Malaysia adalah kurang memuaskan kerana tahap obesiti rakyat Malaysia yang kian meningkat. Kebanyakan golongan obes ini bakal menjadi mangsa pelbagai masalah kesihatan.
Dalam satu kaji selidik Kesihatan Kebangsaan dan Morbiliti Ketiga pada thaun 2006, menunjukkan bahawa 29.1% daripada 33,055 penduduk dewasa yang dikaji mengalami berat badan yang berlebihan (BMI 25,0-29,9). Kelaziman obesiti (BMI> 30) telah dilaporkan kepada 14.0%.
Salah satu cara yang paling mudah untuk menangani isu kesihatan adalah dengan memupuk tabiat berbasikal dalam kalangan rakyat. Di samping dapat menguatkan otot-otot dan membakar kalori, aktiviti berbasikal juga menyumbang ke arah kesihatan penduduk Malaysia secara efektif dan secara kolektif. Persoalannya adakah aktiviti berbasikal adalah mendapat sokongan pendudk Malaysia?
Read more: TABIAT BERBASIKAL PUPUK GAYA HIDUP MASYARAKAT SIHAT
Apakah itu Audit Tenaga? Audit Tenaga adalah satu kajian berkenaan penggunaan tenaga. Pengguna- pengguna di Malaysia perlulah mengambil perhatian untuk membuat audit tenaga ke atas peralatan elektrik di rumah mereka dan bukan setakat hanya mengunakan peralatan tersebut. Tabiat membuat audit tenaga adalah penting untuk menyemaikan kesedaran penggunaan tenaga elektrik secara berjimat di rumah.
Setiap rumah sedang melakukan pembaziran tenaga tiap-tiap hari tanpa disedari. Justeru itu, kebanyakan masa para pengguna berbelanja lebih untuk membayar bil elektrik sedangkan mereka boleh mengurangkan pembayaran bil tersebut.
Bagaimanakah audit tenaga akan membantu pengguna? Jikalau audit tenaga dilakukan dari masa ke masa, maka para pengguna akan lebih arif tentang penggunaan dan pembaziran tenaga elektrik di rumah mereka.
Malah amalan melakukan audit tenaga ini akan menyemai sikap penggunaan tenaga secara cekap di rumah mereka.
Read more: MEMUPUK TABIAT MEMBUAT AUDIT TENAGA PENGGUNA DOMESTIK
Kaji selidik HSBC baru-baru ini juga menyatakan rakyat Malaysia merupakan perancang kewangan yang paling produktif, tetapi 68 peratus daripada mereka masih lagi bimbang yang mereka tidak mampu mengatasi masalah kewangan apabila bersara kelak. Untuk mencapai kebebasan kewangan secara total, ia memerlukan komitmen, kesungguhan dan motivasi yang tinggi bahawa kejayaan ini bakal membawa satu perubahan dalam kehidupan.
Langkah pertama untuk mencapai kebebasan kewangan ialah dengan melangsaikan hutang. Berikut adalah langkah-langkah penyelesaian hutang dengan teknik “snowball effect” yang boleh dijadikan sebagai panduan.
Read more: LANGSAIKAN HUTANG DENGAN TEKNIK “SNOWBALL EFFECT”
Walaupun kini kita sudahpun berada di pertengahan tahun 2011, namun ramai daripada kita terpaksa bersabar dengan penggunaan tangki septik komunal. Begitu juga dengan sikap jiran jiran yang berkongsi tangki septik tetapi tidak bersedia mengambil sebarang tanggungjawab dalam membayar bil untuk perkhidmatan pembetungan serta kos pembaikan jika mengalami kerosakan.
Ini adalah suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tidak adil sama bagi pengguna yang memberikan laluan sambungan dan penyaluran kumbahan ke tangki yang berada di dalam kawasan rumah mereka.
Seseorang tidak boleh dibiarkan untuk menanggung semua kos hanya kerana tangki komunal itu berada di unit mereka.
Read more: PERKONGSIAN TANGKI SEPTIK KOMUNAL – LAKUKAN TANGGUNGJAWAB HIDUP BERJIRAN
Sebagai seorang pengguna, tidak kira pengguna domestik ataupun komersial, perlu menjimat penggunaan tenaga elektrik. Ini kerana bukan sahaja bil elektrik meningkat tetapi wujudnya pembaziran penggunaan elektrik yang berlebihan. Penggunaan tenaga elektrik secara berhemat dapat mengurangkan bil elektrik kerana mulai 1 Jun 2011 kerajaan mengumumkan tarif baru bagi penggunaan gas dan elektrik.
Bagi golongan yang suka membazirkan tenaga elektrik di rumah mahupun di tempat kerja anda, mungkin kenaikan tarif ini akan merasa bebanan. Manakala pengguna domestik yang menggunakan tenaga elektrik melebihi 301 kWj ke atas mungkin akan merasai bahang kenaikan tarif elektrik dalam bil elektrik mereka.
Pengguna komersial pula seperti perdagangan dan perindustrian pula dikenakan tarif elektrik yang lebih tinggi daripada pengguna domestik kerana sektor ini menggunakan tenaga yang lebih banyak.
Page 3 of 7