Forum Air Malaysia
Toggle Navigation
  • Home
  • Who We Are
    • Our Strategy
    • Our Team
    • Consumer Rights
    • About Us
  • What We Do
    • Sustainable Consumption
    • World Environment Day (5 June)
    • World Water Day (22 March)
  • News/Events
  • Publications
  • Contact Us

Pesara dakwa ditipu anak saudara

September 22, 2021 @ 10:42am
KUANTAN: Seorang pesara membuat laporan polis mendakwa kerugian RM16,000 selepas ditipu anak saudaranya, bagi melepaskan anaknya yang ditahan polis bagi kesalahan berkaitan dadah, Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa berusia 62 tahun mendakwa menerima pesanan WhatsApp daripada seorang lelaki kononnya anggota polis berpangkat asisten superintenden (ASP) pada 6 Julai lalu, berhubung tangkapan anaknya oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut.

"Suspek mendakwa boleh membantu melepaskan anaknya, namun perlu berurusan dengan anak saudaranya berhubung prosedur selanjutnya dan wang RM16,000 perlu disediakan bagi tujuan itu," katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.

Mohd Wazir berkata, mangsa meminta isterinya membuat transaksi pemindahan wang secara dalam talian sebanyak empat kali ke akaun yang dikatakan milik ASP itu di antara 17 dan 25 Julai lalu.

Beliau berkata, mangsa hanya menyedari ditipu selepas dihubungi polis pada 31 Julai lepas memaklumkan anaknya akan dihantar ke Simpang Renggam, Johor menyebabkan dia menghubungi anak saudaranya, bagi mendapatkan penjelasan dan pemulangan wang yang dibayar.

Katanya, suspek enggan berbuat demikian sehingga semalam, menyebabkan mangsa membuat laporan di IPD Jerantut.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/09/867119/pesara-dakwa-ditipu-anak-saudara

Nak kaya cepat, pekebun sayur rugi RM163,000

Kuantan: Gelap mata untuk meraih keuntungan berlipat kali ganda dalam masa singkat, seorang pekebun sayur di Cameron Highlands dekat sini, kerugian RM163,000 selepas diperdaya satu pelaburan yang dilihatnya di Facebook (FB).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa mula tertarik dengan pelaburan berkenaan selepas diperkenalkan seorang wanita bernama Winnie Wong.

Katanya, wanita berkenaan bukan sahaja memperkenalkan sebaliknya bertindak sebagai pengajar kepada mangsa mengenai selok belok sistem pelaburan menyebabkannya terpengaruh.

Menurutnya, mangsa yang tertarik dengan keuntungan berganda hasil pelaburan berkenaan mula melabur dengan membuat 14 transaksi ke dalam dua akaun bank secara berperingkat bermula dengan RM83,000 pada 7 September.

"Pada 8 September mangsa terus melakukan 10 transaksi lagi sebanyak RM45,000 dan pada 9 September mangsa membuat lapan transaksi sebanyak RM35,000 ke dalam satu akaun.

"Daripada sebanyak RM163,000 yang dilaburkan mangsa dikatakan meraih sedikit sahaja keuntungan diperingkat awal dia melabur," katanya melalui kenyataan semalam.

Katanya, selepas semua transaksi dibuat pada 9 September kira-kira 9 malam, mangsa mendapati pemilik akaun terbabit menutup dan membekukan akaun.

Read more: Nak kaya cepat, pekebun sayur rugi RM163,000

Semburan palsu

Laporan muka depan Harian MetroKuala Lumpur: Lambakan penjualan produk cecair nyahkuman yang digunakan dalam bentuk semburan kabus kini semakin popular, sekali gus mendedahkan risiko masalah kesihatan berganda kepada pengguna.

Isunya, bukan saja keberkesanannya diragui dalam membanteras virus terutamanya Covid-19, malah membimbangkan bahan kimia yang terkandung dalam cecair itu terbukti membahayakan saluran pernafasan manusia.

Semakan Harian Metro mendapati produk cecair nyahkuman menggunakan sebatian seperti benzalkonium chloride (BAC) atau nanosilver dijual secara berleluasa di platform e-dagang atau media sosial sedangkan tiada kajian saintifik mengesahkan keberkesanannya membasmi virus Covid-19.

Sebelum ini, Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan (MaHTAS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mendedahkan tiada bukti menunjukkan sebatian nanosilver berkesan mencegah Covid-19.

Namun, apa yang mengelirukan sebahagian peniaga turut meletakkan salinan laporan ujian makmal dan Lembaran Data Keselamatan Bahan (MSDS) serta mendakwa produk nyahkuman berkenaan diperakui KKM untuk mengukuhkan dakwaan mereka mengenai 'keberkesanan' bahan itu.

Pensyarah Jabatan Kimia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Bimo Ario Tejo berkata, keberkesanan alat penyembur nano untuk membunuh virus Covid-19 bergantung kepada jenis cecair nyahkuman yang digunakan.

Katanya, kebanyakan penyembur nano menggunakan cecair nyahkuman 'amonium kuaterner' seperti BAC atau berasaskan klorin seperti sodium dichloroisocyanurate (NaDCC) dan sodium hypochlorite.

Read more: Semburan palsu

Harga ayam: KPDNHEP ambil pendekatan baharu

Harga ayam: KPDNHEP ambil pendekatan baharuSeptember 13, 2021 12:26 MYT
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil pendekatan baharu bagi menangani masalah kenaikan harga barang, terutama harga ayam di pasaran.

Menurut Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pendekatan baharu ini membabitkan pengeluaran surat pemberitahuan kepada peniaga peringkat borong dan runcit untuk mengadakan libat urus (engagement) bersama pengeluar serta penternak ayam di lokasi atau lokaliti berlakunya kenaikan harga.

"Di samping itu, pendekatan ini juga bertujuan memberi peringatan kepada peniaga ayam supaya tidak menaikkan harga di mana-mana peringkat rantaian pengedaran sewenang-wenangnya," katanya.

Adalah diharapkan, peniaga di semua peringkat rantaian mengekalkan etika yang tinggi dalam menjalankan perniagaan dan membantu kerajaan agar harga ayam kekal stabil tanpa kenaikan mendadak dan berterusan.

Sekiranya peniaga enggan memberi kerjasama dalam menjayakan pendekatan baharu ini, tindakan tegas akan diambil dan kompaun maksimum dan atau pendakwaan di mahkamah akan diambil ke atas peniaga terlibat.

Tambahnya, KPDNHEP tidak bercadang untuk memperkenalkan kawalan harga tambahan selain yang telah dilaksanakan ketika musim perayaan besar malaysia di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP).

Read more: Harga ayam: KPDNHEP ambil pendekatan baharu

Ayam naik harga: KPDNHEP akan jumpa pengeluar

Tinjauan kelmarin di Kuala Terengganu mendapati harga runcit ayam RM 9.50 sekilogram, harga borong RM8 sekilogram - Foto BERNAMAKhamis, 9 September 2021 | 12:15pm
KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan berbincang dengan beberapa pengeluar ayam terbesar negara bagi menyelesaikan isu kenaikan harga ternakan itu di pasaran.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, berkata perbincangan itu untuk mengenal pasti punca kenaikan harga dan mencari jalan penyelesaian.
Katanya, berdasarkan pemantauan KPNDHEP, masih terdapat pasar raya besar menjual ayam pada harga RM6.90 hingga RM8.49, manakala pasar raya pula menjual antara RM6.90 hingga RM8.89.

"Kenaikan harga ayam sehingga RM10 sekilogram hanya di pasar basah berikutan permintaan tinggi pengguna yang menganggap ayam di pasar basah lebih segar dan berkualiti berbanding yang dijual di pasar raya besar dan pasar raya," katanya kepada BH, hari ini.

Mengulas kenyataan Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng, ada beberapa faktor memaksa penternak menaikkan harga ayam, antaranya peningkatan kos untuk dedak dan anak ayam, Rosol mempersoalkan mengapa berlaku perbezaan harga antara ayam dijual di pasar basah dan pasar raya.

Katanya, perbezaan harga juga turut berlaku apabila ada peniaga kecil di bahu jalan mampu menjual ayam pada harga lebih murah jika dibandingkan di pasar basah.

"KPDNHEP akan mengadakan perbincangan dengan pembekal dan pengeluar termasuk di peringkat ladang untuk mencari kaedah penyelesaian. Kita juga minta pengguna beralih dapatkan ayam di pasar raya besar dan pasar raya kerana kualiti serta kesegaran tetap sama," katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati ada antara peniaga masih menjual ayam pada harga antara RM8.10 hingg RM9 sekilogram, manakala harga borong pula antara RM7.99 sen hingga RM8.10 sen sekilogram.

Peniaga yang ditemui di sini, mendakwa harga ayam dijangka meningkat sehingga RM10 sekilogram sepanjang minggu depan.

Sumber: https://origin.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/861740/ayam-naik-harga-kpdnhep-akan-jumpa-pengeluar

Water cut in 463 areas in Klang Valley due to pollution

August 31, 2021 2:24 PM
PETALING JAYA: Some 463 areas in five regions in the Klang Valley will be facing unscheduled water cuts after odour pollution was detected at a pump station this morning.

In a statement, Air Selangor corporate communications head Elina Baseri said the Sungai Semenyih water treatment plant was shut down at 11.10am after odour pollution was detected at the Jenderam Hilir raw water pump station.

Some 172 areas in Petaling, 194 in Sepang, 54 in Hulu Langat, 23 in Putrajaya and 20 in Kuala Langat will be affected by the water disruption.

“Consumers can get the list of areas affected by this water supply disruption through the Air Selangor website as well as the Air Selangor mobile app,” she said.

Elina said Air Selangor has activated its emergency response plan following the disruption to provide water supply to affected consumers.

She added that the company understood consumers’ need for clean water, especially with the surge in Covid-19 cases, and will do all it can to minimise the impact of the disruption.

“Air Selangor will provide updates progressively from time to time through all mediums, especially the mass media.

“Enquiries and complaints can be submitted to the Help Centre via the website and the app,” she said.

Source: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/08/31/water-cut-in-463-areas-in-klang-valley-due-to-pollution/

Tindakan tegas jika jual minyak sawit tulen melebihi harga maksimum

Tindakan tegas jika jual minyak sawit tulen melebihi harga maksimumOgos 9, 2021 09:53 MYT
SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, akan mengenakan tindakan tegas kepada para peniaga yang menjual minyak sawit tulen (botol) melebihi harga maksimum bermula hari ini.

Pengarahnya Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata terdapat segelintir peniaga yang masih meletakkan harga melebihi harga yang ditetapkan oleh kerajaan, dengan alasan termasuklah tidak peka berkaitan harga kawalan yang ditetapkan dan peniaga berkenaan mengambil tindakan segera, dengan mengubah kepada harga yang disarankan oleh kerajaan.

Beliau berkata sepanjang tempoh pemeriksaan yang dilakukan bermula 1 Ogos hingga 7 Ogos lalu, pejabat KPDNHEP Selangor telah mengeluarkan 21 amaran bertulis dan tiada tindakan kes diambil ketika ini.

"Bagaimanapun pemeriksaan dan pemantauan ulangan akan diambil ke atas premis-premis yang telah diberi amaran dan sekiranya masih berlaku pelanggaran oleh pihak peniaga, tindakan kes akan dikenakan bermula 9 Ogos," katanya.

Muhammad Zikril berkata KPDNHEP telah menguatkuasakan kawalan harga terhadap minyak masak sawit tulen botol dan minyak masak sawit peket 1 kilogram (kg) namun sekiranya terdapat aduan kenaikan harga minyak masak sawit selain dari minyak masak sawit tulen, siasatan lanjut akan dijalankan di bawah perundangan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Sebagai makluman katanya KPDNHEP telah mewartakan kawalan harga maksimum minyak masak sawit tulen pada 28 Julai dan menetapkan harga maksimum bagi minyak masak sawit tulen diperingkat runcit adalah mengikut pembungkusan iaitu Botol 1KG RM6.70, Botol 2KG RM12.70, Botol 3KG RM18.70 dan Botol 5KG RM29.70.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan dan perundangan yang ditetapkan dan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011," katanya.
-- BERNAMA

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tindakan-tegas-jika-jual-minyak-sawit-tulen-melebihi-harga-maksimum-313088

Rugi lebih RM11,000 terpedaya panggilan scammer

Ogos 27, 2021 10:55 MYT
KUANTAN: Seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi membuat laporan polis mendakwa adiknya menjadi mangsa sindiket penipuan hingga mendorong keluarga membuat bayaran lebih RM11,000.

Pengadu berusia 24 tahun menerima panggilan daripada adiknya yang berusia 22 tahun pada Khamis meminta wang untuk membayar kos penginapan tempat kerja selepas diminta berbuat demikian oleh pengurusnya di Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa membantu adiknya itu dengan membuat bayaran dengan jumlah keseluruhan RM6,847 melalui sebuah akaun bank atas nama seorang lelaki yang diberikan adiknya itu.

Menurutnya, pada petang hari sama, adik pengadu menghubungi ibunya pula untuk meminta wang tambahan bagi tujuan sama.

“Kira-kira jam 5 petang pada hari berkenaan, ibu pengadu ke bank dan memindahkan wang ke akaun sama berjumlah RM4,336.

“Pada hari berikutnya, pengadu dihubungi adiknya memberitahu bahawa wang yang diminta bukan untuk penginapan sebaliknya dia menjadi mangsa panggilan sindiket penipuan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mohd Wazir berkata, susulan kejadian, pengadu membuat laporan polis di Balai Bolis Mentakab pada Khamis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.


*Berita asal di Sinar Harian

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rugi-lebih-rm11000-terpedaya-panggilan-scammer-316313

4 ditahan disyaki tipu berkait tuntutan insurans tak wujud

Ogos 5, 2021 @ 8:12pm
KUALA LUMPUR: Polis menahan empat individu, termasuk seorang wanita yang dipercayai terbabit kegiatan penipuan berkaitan tuntutan insurans tidak wujud.

Semua suspek ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Kuchai Lama, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak, berkata pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan kes penipuan panggilan telefon, kononnya daripada syarikat insurans yang mendakwa pengadu membuat tuntutan palsu bernilai RM78,800.

"Pengadu juga didakwa terbabit dengan aktiviti penggubahan wang haram dan diminta memasukkan sejumlah wang ke dalam satu akaun bank diberikan, kononnya bagi menyelesaikan perkara itu.

"Bagaimanapun, pengadu yang menyedari cuba ditipu kemudian membuat satu laporan polis dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Madisham berkata, susulan laporan itu, pihaknya membuat serbuan di sebuah premis di Jalan Kuchai Lama, yang membawa kepada penahanan empat individu termasuk seorang wanita berusia 26 hingga 39 tahun, semalam.

"Kami turut merampas 25 telefon bimbit pelbagai jenama dan tiga komputer riba dalam serbuan itu. Siasatan awal mendapati sindiket itu dipercayai sudah beroperasi selama tiga bulan.

"Kami percaya tangkapan empat individu berkenaan dapat menyelesaikan lima kes penipuan membabitkan kerugian berjumlah RM595,122 yang sedang disiasat JSJK di beberapa kontinjen," katanya menambah, semua yang ditahan direman sehingga esok untuk siasatan lanjut.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan sebarang panggilan telefon yang menyamar sebagai ejen insurans, pegawai polis, pihak mahkamah dan pihak bank.

"Buat semakan dengan agensi berkaitan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Jangan mendedahkan data peribadi atau maklumat perbankan kepada mana-mana individu yang tidak dikenali.

Read more: 4 ditahan disyaki tipu berkait tuntutan insurans tak wujud

  1. KPDNHEP pertimbang cadangan kawal harga kit ujian COVID-19
  2. Kerajaan tetapkan harga runcit maksimum minyak masak
  3. Macau scam syndicates now targeting those aged above 51
  4. Jangan mudah terpedaya dengan gimik jualan murah di internet - MCMC
  5. Man losses RM39,000 after downloading app offering discount for utility bills
  6. Hospitals can apply for ‘off-label use’ of Ivermectin, says health ministry
  7. Rosak RM8,000, tuntut sampai RM30,000
  8. KPKT nafi tawar pembiayaan peribadi
  9. PEMULIH bantu kurang beban rakyat, peniaga - FOMCA
  10. 2.9 juta pengguna nikmati diskaun bil elektrik 40 peratus

Page 30 of 122

  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
  • 32
  • 33
  • 34
  • You are here:  
  • Home

Popular Tags

  • Joomla

Latest Articles

  • NCCC calls for ‘lemon law’ after complaints of defective cars
  • Govt mulling ‘lemon law’ after complaints of problems with new cars
  • Water tariff hike: Make sure additional revenue used to improve water services, infrastructure, says Fomca
  • Water tariffs adjustment: Govt should look into replacing old corroded pipes
  • No extra fee for 5G will help economy but govt must keep watch, says Fomca

Back to Top

© 2026 Forum Air Malaysia