Tarif air baharu pengguna bukan domestik di Selangor mulai 1 Ogos
29 Julai 2022
SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan menaikkan tarif bekalan air baharu pada kadar purata 20 sen setiap meter padu melibatkan kategori pengguna bukan domestik, rumah ibadah dan kapal berkuat kuasa 1 Ogos.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Izham Hashim berkata, purata kenaikan itu dianggap masih rendah dan tidak melibatkan pengguna domestik.
"Untuk penggunaan bukan domestik antaranya komersial dan industri iaitu 0 hingga 35 meter padu, kenaikannya adalah daripada RM2.07 kepada RM2.62. Jika melebihi 35 meter padu, kiraannya RM2.86 daripada RM2.28.
"Untuk rumah ibadah, kiraannya menggunakan kadar rata (setiap meter padu) iaitu 46 sen, meningkat kepada 58 sen untuk setiap meter padu. Begitu juga kategori kapal dengan setiap meter padu RM4.23, kini dilaraskan RM7,” katanya pada sidang media di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor pada Jumaat.
Izham berharap, pelarasan tarif baharu bekalan air itu dapat membantu Air Selangor khususnya dari segi perbelanjaan modal yang tinggi dalam memastikan kesinambungan serta kelangsungan operasi syarikat pengurusan air itu.
"Memang banyak kos yang kami tanggung. Kos perbelanjaan modal yang tinggi antaranya RM30 bilion untuk 30 tahun. Kami juga laksanakan kos penggantian paip iaitu sekitar RM150 juta setahun. Ini tidak termasuk lagi kos-kos lain yang melibatkan operasi.
"Bil elektrik untuk setahun sahaja melibatkan RM300 juta. Bahan-bahan kimia untuk rawat air sekitar RM80 ke RM100 juta setahun. Jadi kos (operasi) yang begitu tinggi namun kadar tarif kita adalah antara yang terendah di rantau ini,” katanya.
"Pelarasan tarif bekalan air itu juga turut membantu Air Selangor dalam perancangan kerajaan negeri membina loji rawatan air baharu dan penggantian paip air serta peralatan yang telah usang,” katanya.
Read more: Tarif air baharu pengguna bukan domestik di Selangor mulai 1 Ogos
Perlu permit khas untuk beli petrol, diesel lebih 20 liter
Julai 28, 2022 @ 1:20pm
Putrajaya: Syarikat berskala kecil, organisasi atau individu perlu memohon permit khas mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, untuk melayakkan membeli petrol dan diesel daripada stesen minyak untuk kegunaan sendiri.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, permit khas itu adalah bagi pembelian dengan kuantiti melebihi 20 liter ke atas sahaja.
Beliau berkata, keperluan permit khas itu bagi mengelakkan barang kawalan dan bersubsidi seperti petrol dan diesel daripada diseleweng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan tiada bayaran dikenakan bagi permohonan permit khas berkenaan.
"Pihak yang diberi kebenaran untuk membeli minyak petrol dan diesel melalui Permit Khas boleh menggunakan tong drum, plastik atau apa-apa bekas yang bersesuaian mengikut kuantiti harian yang diluluskan.
"Mana-mana pihak yang membeli dengan kuantiti kurang daripada 20 liter termasuk kes-kes kecemasan adalah dibenarkan dan tidak memerlukan permit khas.
"Sehingga kini, antara pihak yang sudah mendapat permit khas daripada pihak kementerian adalah pengguna 'forklift', sektor pertanian dan penternakan, pengusaha industri makanan, penduduk di kawasan pedalaman, pengguna pengangkutan air untuk enjin bot serta nelayan separuh masa iaitu bukan pemegang kad e-nelayan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Beliau yang menjawab laporan di media arus perdana berhubung larangan pembelian bahan api petrol dan diesel menggunakan tong drum, plastik atau apa-apa bekas tanpa kebenaran berkata, peruntukan undang-undang Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961, setiap stesen minyak mesti mempunyai lesen mengikut akta terbabit bagi membolehkan ia berurusniaga dengan minyak petrol dan diesel.
Read more: Perlu permit khas untuk beli petrol, diesel lebih 20 liter
Water tariff for domestic use in peninsula, Labuan maintained
Tuesday, 26 Jul 2022 10:23 PM MYT
PUTRAJAYA: The government has agreed to maintain the water tariff for the domestic category (residential premises) in the peninsula and the Federal Territory of Labuan, in view of the increase in the cost of living currently faced by the people, says the Environment and Water Ministry (Kasa).
The Cabinet meeting on June 22 that agreed on the matter also agreed to the implementation of the adjustment of water supply tariffs for non-domestic categories and special categories in Peninsular Malaysia and Labuan, effective Aug 1, 2022, involving an average increase of 25 sen per cubic metre.
It follows the Cabinet meeting’s agreement with the use of the tariff setting mechanism (TSM) instrument, in reorganising the management of the country's water supply.
"This increase is actually still low and cannot cover the actual cost of providing water supply services of RM1.68 per cubic metre,” said Kasa in a statement.
It also said that there are some states where tariff rates have never been revised for a very long period, such as Pahang for 39 years and Perlis for 26 years.
The TSM, developed by the National Water Services Commission (SPAN) in 2016, is a systematic, fair and transparent water tariff setting mechanism, to guide the national water service industry to achieve long-term sustainability.
"The development, planning and implementation of the TSM are conducted in an inclusive manner with the full involvement of all stakeholders,” it said.
Read more: Water tariff for domestic use in peninsula, Labuan maintained
Kadar subsidi elektrik dipapar dalam bil bermula bulan depan
12 Julai 2022
BUKIT GANTANG - Kadar subsidi yang dibayar kerajaan bagi tarif elektrik akan dipaparkan dalam akaun bil pengguna bermula bulan hadapan.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, langkah itu dilaksanakan sebagai penjelasan kepada rakyat yang selama ini tertanya-tanya mengenai pemberian subsidi tarif elektrik.
"Ramai yang bertanyakan mengenai subsidi tarif elektrik ini kerana sebelum ini mereka tak nampak.
"Sebab itu mulai bulan depan kita putuskan agar dalam bil itu nanti akan dicatatkan berapa kerajaan akan subsidi bagi setiap pengguna.
"Contohnya kalau pengguna tu pakai 300 kilowatt jam (kWJ), jumlah keseluruhan subsidi yang dibayar kerajaan akan ditulis di situ," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam program Mesra Rakyat Keluarga Malaysia (zon tengah) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli di Padang Dewan Serbaguna Sungai Kerang dekat Trong di sini pada Selasa.
Takiyuddin berkata, rakyat perlu tahu bahawa kerajaan ketika ini bukan sahaja terpaksa menanggung kos tambahan bagi penjanaan elektrik, tetapi masih mampu memberikan rebat bagi mengurangkan beban pengguna.
Katanya, kos penjanaan elektrik bagi Januari hingga Jun tahun ini telah mencecah RM7 bilion dan daripada jumlah itu, kerajaan menanggung RM5.8 bilion manakala RM1.2 bilion diagihkan kepada industri-industri besar.
"Kenaikan kos penjanaan elektrik ini dapat diurus secara lebih teratur menerusi Mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) yang membolehkan kos-kos berkenaan dikaji setiap enam bulan.
Read more: Kadar subsidi elektrik dipapar dalam bil bermula bulan depan
Terpaksa 'ikat perut' sebab makanan mahal
06 Julai 2022
KIRA-KIRA 45 peratus daripada 10,220 pengusaha kantin seluruh negara ‘gulung tikar’ susulan pandemik Covid-19, selain tidak dapat menampung kenaikan harga barangan dan ada mahasiswa terpaksa menahan lapar setiap malam disebabkan kos sara hidup yang tinggi.
Mereka adalah antara mangsa akibat kenaikan harga barangan harian pada hari ini.
Tidak dinafikan, isu kenaikan harga barangan keperluan sejak kebelakangan ini dilihat seperti tiada kesudahannya apabila ia mula melibatkan murid-murid sekolah sama ada di sekolah rendah dan menengah, termasuk jugalah di institusi pengajian tinggi (IPT).
Ini kerana pengusaha kantin sekolah dan penyedia perkhidmatan makanan di dalam kampus IPT awam seluruh negara turut menaikkan harga makanan yang dijual dengan alasan dibebani kenaikan harga barangan mentah serta kos sewa kedai.
Akibatnya, harga makanan yang dahulunya dijual RM1 (di kantin sekolah) kini menjadi RM2 dan ia turut menyebabkan penuntut IPT terpaksa ‘mengikat perut’. Mereka hanya makan sekali sehari dalam usaha untuk berjimat cermat.
Sebelum ini pelbagai bantuan dan program telah dilaksanakan seperti Food Bank Malaysia yang disasarkan untuk masyarakat dan penuntut IPT kurang berkemampuan tetapi persoalannya sampai bila?
Terbaharu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan mulai bulan ini akan memberikan moratorium bayaran sewa selama enam bulan kepada pengusaha dan penyedia perkhidmatan makanan di dalam kampus IPT.
Langkah tersebut dilihat dapat membolehkan tanggungan kos sewa itu diserap bagi menurunkan harga makanan yang dijual kepada penuntut.
Don’t complain about food prices, grow veggies: CAP
27 Jun 2022 12:16PM
GEORGE TOWN – To grow or not to grow? That is the question two civil society groups cannot agree on.
Consumers Association of Penang (CAP) is telling Malaysians to stop complaining about food prices and start growing vegetables, while another group is labelling that idea as “not feasible”.
“Stop complaining. Now is the time to grow (your produce), especially vegetables and fruits in available empty spaces,” said CAP urban farming coordinator N. V. Subbarow.
He also urged consumers, especially housewives and urban farmers, to plant more vegetables, fruits, and herbs to overcome the burden of price hikes.
“They can grow produce in their houses or any vacant areas near their residential areas.”
For example, Subbarow said, CAP managed to grow ash gourds in a small plot of land, harvesting 25 gourds after three months.
“Each ash gourd weighed around 8kg to 10kg. At present the market price is RM3 per kilo. We may get another 20 ash gourds for the next two months.
“We are using a lot of composting materials for this. It all depends on how healthy the soil is. It is time to grow and not to complain.”
But the Centre for Integrity, Professional Governance and Advancement president Myocho Kan said the concept is idealistic but impractical.
He said those living in high-rise buildings are governed by building codes that do not allow for the growing of plants in open spaces, or inside their units.
“If left unattended, it becomes a public nuisance. Then, there is the question of seeking approval from the local authorities to use vacant public spaces as the government may not be landowners.”
Read more: Don’t complain about food prices, grow veggies: CAP
GST1.0: Harga naik kerana peniaga lambat terima bayaran balik - Industries Unite
Jun 10, 2022 09:40 MYT
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan selama lebih kurang 4 tahun dari April 2015 hingga Jun 2018 sepatutnya menurunkan harga barang, namun secara amnya itu tidak berlaku.
Hal demikian adalah disebabkan peniaga, yang awalnya mengikut tatacara pelaksanaan sistem percukaian itu, akhirnya terpaksa meningkatkan harga jualan untuk menanggung kos kerugian kerana pembayaran balik yang dijanjikan lewat sampai ke tangan mereka.
Kata Pengasas Bersama Industries Unite, Datuk Irwin SW Cheong, kebanyakan negara yang melaksanakan GST atau cukai seumpamanya berjaya menurunkan harga kerana ia dilaksanakan dengan cekap dan telus.
“Kalau cukai nilai tambah (VAT) yang dikutip di Thailand, sehari sebelum anda keluar meninggalkan negara itu bayaran balik sudah dibuat, sangat cepat dalam beberapa jam sahaja.
“Di Malaysia, kita ada buat survei berkenaan hal ini, banyak peniaga yang kata bukan (memakan masa) berbulan-bulan tetapi ada yang lebih setahun, sampai 18 bulan tak dapat lagi,” katanya.
Beliau menjelaskan, kalau peniaga tidak menaikkan harga barang jualan ketika menunggu tibanya bayaran balik ke tangan mereka, mereka tiada keuntungan.
Maka katanya sekiranya kerajaan mahu melaksanakan semula cukai tersebut, perlu dipastikan perkara sedemikian tidak lagi berlaku agar GST benar-benar mencapai matlamatnya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru dihoskan oleh Dzulfitri Yusop. Tonton sesi penuh di sini:
Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gst10-harga-naik-kerana-peniaga-lambat-terima-bayaran-balik-industries-unite-365523
Gagal beri perkhidmatan bermutu, pembekal internet berdepan tindakan
19 Jun 2022
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan mengenakan tindakan kawal selia terhadap pembekal yang didapati gagal menyediakan perkhidmatan internet berkualiti.
Ketua Pegawai Kawal Selia MCMC Zulkarnain Mohd Yasin berkata, ini adalah pendekatan agresif terhadap pembekal agar dapat memberi perkhidmatan yang bermutu kepada pengguna.
"Pada masa sama, pengguna dapat merasai pengalaman berkualiti yang benar-benar memenuhi apa yang dijanjikan oleh perkhidmatan 4G ini,” katanya dalam program Buletin Bernama terbitan Bernama TV pada Ahad.
Beliau berkata, pembekal yang gagal memenuhi janji itu berdepan hukuman mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Zulkarnain berkata, pihaknya menerima arahan daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) untuk melaksanakan audit perkhidmatan jaringan sistem internet di semua kawasan di setiap negeri.
"Setakat ini, kita telah jalankan audit atau pemeriksaan dengan melihat dari segi liputan dan kelajuan. Pada masa sama, kita telah mengeluarkan arahan untuk mereka (pembekal) mengambil tindakan untuk membaiki perkhidmatan,” katanya.
Sebelum ini, K-KOMM mengarahkan MCMC untuk melaksanakan pemetaan di seluruh negara bagi mengukur tahap sebenar kelajuan internet dan membandingkannya dengan laporan oleh syarikat telekomunikasi. - Bernama
Court of Appeal affirms undocumented can seek redress from labour court
May 13, 2022 2:10 PM
PETALING JAYA: The Court of Appeal has upheld a High Court decision that an undocumented worker has the right to have her case heard by the labour court.
Tenaganita executive director Glorene Das said the decision marked a significant step in ensuring marginalised groups like undocumented migrant workers were able to access justice through the labour department.
“We hope that with this Court of Appeal ruling, the labour department will now have an unequivocal mandate to overcome any devious attempts to use the Immigration Act to override basic human rights,” said Das in a statement.
She said Court of Appeal judge Ravinthran Paramaguru ruled that there is nothing in the Employment Act and in the Employment (Restriction) Act which prevents a worker from approaching the labour court for redress.
“The labour court should not shut its doors against an undocumented worker without allowing her to vent her grievances,” he said.
In August 2018, the Port Klang labour court dismissed a claim by an undocumented worker against her previous employer, Angie Lee, for unpaid wages of over RM30,000. The worker, nicknamed Nona, then appealed against the labour court’s decision.
In 2019, the Shah Alam High Court held that the labour court must hear Nona’s case, but the employer later appealed against the decision.
Read more: Court of Appeal affirms undocumented can seek redress from labour court
Page 28 of 122