Guna ID cetus pelbagai persoalan
SHAH ALAM - Kaedah pembelian minyak masak peket bersubsidi menggunakan pengenalan diri (ID) khas yang bakal dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tahun depan disifatkan tidak komprehensif dan mengelirukan.
Penganalisis Ekonomi Universiti Kewangan Islam Global (INCEIF), Profesor Dr Baharom Abdul Hamid menyifatkan idea tersebut menimbulkan pelbagai persoalan selain sukar untuk dilaksanakan.
“Jadi siapa nak kawal di peringkat runcit? Apa yang menghalang pembeli menjual semula pada harga yang lebih tinggi?
“Apa had kelayakan untuk penggunaan ID ini nanti. Adakah mengikut pendapatan? Sekiranya gaji suami dalam golongan berpendapatan tinggi (T20), tapi suruh isteri yang suri rumah atau anak yang beli, macam mana pula,” katanya kepada Sinar Harian.
Sebelum ini Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh memberitahu kaedah pembelian minyak masak peket kepada kumpulan sasar yang bakal dilaksanakan pada 2024 akan menggunakan mekanisme ID dan telah disahkan layak.
Permohonan Inisiatif Kemudahan Rakyat dibuka
SHAH ALAM: Kerajaan membuka permohonan peruntukan melalui Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) sebagai salah satu usaha untuk membantu orang ramai melalui penambahbaikan infrastruktur kecil awam.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, IKR ialah inisiatif baharu untuk memudahkan proses permohonan projek infrastruktur awam berskala kecil di bawah RM200,000 secara terus kepada kementerian itu.
Menurutnya, skop projek kecil yang dibenarkan adalah saliran, perparitan, jalan, jambatan, titi, laluan pejalan kaki, cerun, tebing, gabion, benteng, gelanggang sukan, padang permainan, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan rekreasi.
“Selain itu, dewan terbuka, balai raya, hentian bas, bumbung tapak perhimpunan sekolah, masjid, surau dan madrasah juga merupakan skop kecil yang dibenarkan di bawah IKR,” katanya menerusi ciapan di X pada Isnin.
Rakyat should enjoy better life quality in line with economic growth
The Madani Economy framework announced by Prime Minister (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim recently is set to gradually improve Malaysians’ standard of living as the government aspires to eradicate poverty.
While the first focus is emphasising the foundation for economic stability with strategies to position Malaysia for new growth, a significant aspect such as quality of life remains a priority.
Anwar in his speech said while industries have matured and grown rapidly, wealth distribution is still not equal with many still earning below minimum wage and living in poverty.
Universiti Kuala Lumpur Business School economic analyst Prof Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid said industrial development should be more regional-centric rather than focusing only in big cities like Penang, Selangor, Kuala Lumpur and Johor Baru.
To eradicate hard-core poverty, two key efforts have been set in motion this year.
These are the Inisiatif Pendapatan Rakyat which provides opportunities for the severely poor households and the Payung Rahmah concept which is a voluntary participation from businesses.
Assistant Professor of Finance at UCSI University Malaysia and Research Fellow at Centre for Market Education (CME) Dr Liew Chee Yoong told The Malaysian Reserve (TMR) that this helps to some extent but it must be accompanied by effective structural reforms in the economy to raise people’s income.
Apart from that, to facilitate home ownership, the Housing Credit Guarantee was announced under Madani Budget 2023 as a means to support individuals with no fixed income to own their first house.
Read more: Rakyat should enjoy better life quality in line with economic growth
Staying informed on misinformation
KUALA LUMPUR: They started out as government fact-checking portals but Sebenarnya.my and MyCheck Malaysia will now have a bigger role to play – they will deal with the rising misinformation in the country.
The portals are also set to be beefed up and should not be run on a skeleton crew, said Fahmi Fadzil.
“These two units are part of JomCheck (network) which in the lead-up to GE15 had helped to do some fact-checking on things that were published. I have asked for these units to work hand in hand along with JomCheck and the corporate communication units of other ministries,” said the Communications and Digital Minister.
“In case something comes up (information), we will alert, revert and disseminate whether it is true or false,” he said in an exclusive interview with The Star.
Sebenarnya.My was launched in 2017 as a unit under the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) while MyCheck.My is under national news agency, Bernama.
Fahmi said the roles of these units can be further strengthened. “I feel their role can be much better coordinated and the unit strengthened,” he said when asked how effective a tool the Sebenarnya.my portal was in quashing misinformation.
FOMCA : SCAMMER SEMAKIN PINTAR - Mr S.Baskaran, NCCC
Saban hari penipu siber atau lebih dikenali sebagai scammer semakin pintar dalam menipu para pengguna yang naif. Para pengguna bagaikan dipukau oleh para scammer dengan begitu mudah. Scammer kini menggunakan kaedah yang lebih canggih seperti menggunakan peralatan elektronik yang lebih sofistikated untuk mendapatkan maklumat peribadi mangsa dan seterusnya memperdayakan mereka tanpa disedari oleh mangsa.Kebelakangan ini, mangsa scam ini merangkumi pelbagai golongan masyarakat, bukan sekadar pesara tetapi juga profesional, penghibur dan sebagainya. Pasti ada ramai lagi yang sudah diperdaya namun mereka tidak melaporkan kepada pihak berkuasa kerana bimbang akan keselamatan mereka atau malu untuk melaporkannya. Ada juga mangsa yang tidak mahu melaporkan kepada pihak polis kerana bimbang mereka akan dihadapkan ke muka pengadilan oleh pihak berkuasa tertentu.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Mohd Zakaria, para mangsa kehilangan sejumlah RM2 bilion setiap tahun kepada para scammer. Penipuan ini melibatkan pelbagai scam. Sebanyak 5123 kes telah dilaporkan kepada pihak polis. Salah satu punca utama penipuan ini adalah kebocoran data peribadi. Kebocoran data peribadi ini mungkin disebabkan data tersebut dijual oleh pihak kedua atau ketiga. Namun ada juga data yang didedahkan oleh para mangsa itu sendiri. Ramai orang yang mendedahkan data peribadi mereka dalam media sosial seperti Facebook atau Instagram. Misalnya, gambar peribadi, nombor kad pengenalan, gambar rumah, gambar percutian, nombor kereta, tarikh lahir dan sebagainya. Data-data ini boleh digunakan oleh para scammer untuk tujuan menipu.Di Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), kami ada menerima banyak aduan. Ramai yang terjerat dengan Macau Scam, scam pekerjaan, scam cinta dan sebagainya. Kes kes sedemikian, pihak NCCC akan mengarahkan para pengadu supaya melaporkan kepada pihak polis.
Read more: FOMCA : SCAMMER SEMAKIN PINTAR - Mr S.Baskaran, NCCC
TNB perlu bijak tangani aduan isu meter pintar
MEMANG difahami mengapa terdapat aduan sebahagian kecil pengguna elektrik di Melaka yang berasakan penggunaan meter pintar menyebabkan bil mereka lebih tinggi berbanding meter lama. Sesiapapun pasti tertanya-tanya jika kos meningkat tanpa sebab. Justeru, syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Bhd (TNB) memang perlu sangat memberi perhatian terhadap aduan pengguna, tambahan pula mereka adalah pelopor penggunaan meter pintar di Malaysia.
Kepuasan hati pengguna yang terkesan mungkin menjejaskan rancangan untuk meluaskan pemasangannya ke negeri-negeri lain. Seperti produk-produk lain, reviu daripada kumpulan pelopor selalunya menjadi penanda aras kepada penerimaan pengguna yang lebih meluas. Dilaporkan ketika ini lebih 250,00 kediaman di Melaka sudah pun dipasang meter pintar. Daripada jumlah berkenaan, satu peratus kediaman membuat laporan kepada TNB. Mungkin kini, hampir semuanya sudah diambil tindakan, termasuk menerusi semakan penggunaan meter di lokasi. TNB turut memaklumkan bahawa pulangan wang akan diberikan jika bacaan meter menunjukkan lebihan bil yang tidak wajar berlaku.
Sejak dakwaan meter pintar dikatakan menyebabkan bil elektrik lebih tinggi secara tidak munasabah tular di Facebook bulan lalu, TNB tidak duduk diam dan mengambil cakna dakwaan berkenaan termasuk melayani aduan selain mengadakan pertemuan dan memberi penerangan kepada Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dan ahli EXCO negeri serta Suruhanjaya Tenaga. Isu ini turut diulas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin yang menyifatkannya sebagai kes individu, berdasarkan peratusan jumlah aduan yang diterima.
TNB turut mengumumkan penubuhan pasukan khas untuk menangani aduan mengenai meter pintar. Pasukan khas itu akan memperinci dan memberi penjelasan secara bersemuka kepada pengguna bagi menyelesaikan aduan yang diterima. “Pengguna meter pintar yang mempunyai aduan dinasihatkan tidak khuatir kerana TNB bersedia memberi maklumat dan langkah penyelesaian, termasuk mengkreditkan lebihan bayaran dalam bil mereka jika lebihan caj berlaku,” kata TNB dalam kenyataan berhubung penubuhan pasukan khas itu.
Pastikan aplikasi dalam telefon dikemas kini, elak digodam
KUALA LUMPUR 7 Mei - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan orang ramai supaya memastikan aplikasi dalam telefon sentiasa dikemas kini bagi mengelak maklumat peribadi digodam pihak tidak bertanggungjawab.
Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah menerima aduan mengenai insiden pengambilalihan akses kepada akaun yang didaftarkan atas nombor telefon milik individu berprofil tinggi.Menurut kenyataan itu, modus operandi penipuan dalam talian dengan melakukan penyamaran sebagai individu yang berpengaruh dan cuba mempengaruhi mangsa untuk memuat turun dan memasang aplikasi pemesejan segera seperti Telegram dan Viber ke dalam sistem telefon mangsa."Seterusnya, mangsa akan diminta untuk berkongsi kod pengesahan yang dihantar kepada peranti telefon milik mangsa.
"Perkongsian kod pengesahan tersebut akan membuka ruang kepada suspek untuk mengambil alih akaun berkenaan, serta mendapati akses kepada kandungan-kandungan yang terhubung-kait dengan akaun tersebut seperti senarai hubungan," kata kenyataan itu.Katanya, ini membolehkan suspek menggunakan akaun yang dikompromi untuk membuat penyamaran dan memperdaya penerima dalam senarai tersebut dengan menghantar pesanan palsu.Pesanan palsu itu boleh memberi impak negatif kepada pemilik nombor termasuk melibatkan identiti mereka dalam kegiatan jenayah.
Read more: Pastikan aplikasi dalam telefon dikemas kini, elak digodam
Gov't must not encourage oligopolies in supply of medicines
LETTER | We refer to the Malaysiakini report Medicine price control proposal to be tabled soon, says Dzulkefly.
It is questionable if the ceiling price for pharmaceuticals will really lead to cheaper medicines. On the contrary, it can push healthcare providers to use the ceiling price for a product they could have sold cheaper.Furthermore, simplistic price controls as suggested by the Health Ministry will also have unintended consequences on other stages of the supply chain especially on small clinics and pharmacies which are the lifeline of accessible and affordable primary medical care. It will ultimately benefit the big boys and result in monopolistic or oligopolistic supply chains in the private sector which in the long run is detrimental to the patient’s choice and access. The rakyat is already bearing the burden of this in the public sector.It must be remembered that the government gets its medications at a much lower price than the private sector. In essence, it means that the private sector is subsidising for the cost of medicines supplied to the public sector. Thus for any medication, merely using the government base price (reference price be it national or international) and adding a maximum of 30 percent margin for retail is too simplistic and unrealistic.
The government base price for any single unit of medicine given to the patient does not take into account the many other cost like wages of staff, cost of maintaining the facilities, storage cost, dispensing cost etc. In the private sector, all these cost items do add up to the final retail cost of the medication. This is the logical explanation of why the cost of medicines in the private sector is generally higher than in the public sector as shown by a UKM study.
Read more: Gov't must not encourage oligopolies in supply of medicines
Usah terpedaya helah jualan barang rampasan Kastam dalam laman sosial
KUALA LUMPUR: Orang ramai disaran untuk tidak terpedaya dengan helah penjualan barangan rampasan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), secara dalam talian.Taktik penipuan ini dikesan mulai tular dalam Facebook sejak beberapa hari lalu, yang memaparkan koleksi rampasan JKDM yang dijual secara dalam talian khususnya melalui laman web ‘socalaner.com’.Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T Subromaniam, berkata pihaknya sedia maklum bahawa kegiatan penjualan secara dalam talian ini adalah satu penipuan scam.“Pada masa ini JKDM sedang menjalankan siasatan terhadap sindiket penipuan penjualan barang rampasan Kastam secara dalam talian bagi membolehkan kami mengenal pasti pihak tidak bertanggungjawab.
“Saya berharap orang ramai tidak mudah percaya dan berhati-hati dengan trend penipuan ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.Beliau berkata, mereka yang terpedaya dengan tawaran pembelian barangan berkenaan bakal berhadapan dengan risiko kehilangan wang apabila barang yang dijanjikan tidak akan tiba manakala dalangnya menghilangkan diri.“Mereka yang mempunyai sebarang kemusykilan serta ingin menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penipuan ini boleh menghubungi talian bebas tol Kastam,1-800-888-855.“JKDM juga akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi mengesan dalang sindiket penipuan ini yang berkemungkinan beroperasi dari luar negara,” katanya.
Read more: Usah terpedaya helah jualan barang rampasan Kastam dalam laman sosial
Page 25 of 122