JOHOR BARU: Police have arrested 11 people, including four women, over a loan scam involving 162 victims following a series of raids here.
He said based on police reports, a special team from the district commercial crimes unit headed by Asst Supt V. Prakash carried out the raids on Jan 27 after a month-long surveillance.

Through the operation, dubbed Ops Seagull, police carried out two raids at houses in Bukit Indah, which led to the arrest of the suspects, he said, adding that all the suspects, aged 17 to 28, had been remanded to assist in the investigations.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mendapati segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan membuat tuntutan palsu bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).Pengarah Operasi, Bahagian Cukai Dalam Negeri Zon Tengah, JKDM Datuk Ahmad Maher Abd Jalil berkata kebanyakan peniaga yang terlibat dalam aktiviti ini adalah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

”Mereka (peniaga) ini akan menghantar penyata (palsu) kepada pihak kastam bagi membolehkan bayaran balik GST dibuat kepada mereka.“Kami akan kesan pemilik syarikat serta dalang yang terlibat dalam (kegiatan ini),” katanya kepada pemberita ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel malam tadi.Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya kini lebih berhati-hati dalam melaksanakan proses bayaran balik cukai GST kepada peniaga.

PUTRAJAYA: Skim Perlindungan Nasional B40 atau Skim mySalam dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pagi ini.Skim berkenaan akan memanfaatkan kira-kira 3.69 juta penerima terdiri daripada isi rumah kumpulan pendapatan bulanan 40 peratus terendah (B40) yang juga penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSHR).

Dr Mahathir, dalam ucapan perasmiannya, berkata Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk membantu golongan B40 menangani kesulitan kewangan yang timbul akibat kemasukan ke wad hospital kerajaan atau ditimpa salah satu daripada 36 penyakit kritikal yang tidak diduga."Kerajaan menjangkakan seramai 3.69 juta rakyat yang berumur 18 sehingga 55 tahun akan layak untuk menerima manfaat skim insurans berkenaan," katanya.

Rakyat Malaysia kini dibahagikan kepada tiga golongan, iaitu T20, M40, dan B40. Klasifikasi Pendapatan di Malaysia ini merupakan salah satu petunjuk pertumbuhan ekonomi, dan ternyata tahap setiap kumpulan pendapatan ini telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Menurut penemuan oleh Jabatan Statistik Malaysia (JSM) pada Oktober 2017 tahun lalu, inilah definisi yang terkini bagi kumpulan pendapatan T20, M40 dan B40.

Apa yang dimaksudkan dengan Kumpulan Pendapatan B40, M40 dan T20?
Menurut hasil penyelidikan Kaji Selidik Kemudahan Asas dan Pendapatan Isi Rumah 2019 dari JSM, kumpulan T20 mempunyai pendapatan isi rumah median yang sekurang-kurangya RM13,148, dan median untuk kumpulan M40 dan B40 telah meningkat sehingga RM6,275 dan RM3,000, masing-masing. Dalam laporan ini juga, dinyatakan bahawa median pendapatan isi rumah untuk kumpulan T20, M40 dan B40 menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (KPTK) lebih daripada 6%.

Media bulanan pendapatan isi rumah Malaysia telah mengatasi tahap tertinggi, iaitu sebanyak RM5,000 buat pertama kalinya pada 2016, di mana pengguna M40 mencatatkan pertumbuhan pendapatan median tertinggi, berdasarkan JSM.

JOHOR BAHRU 20 Jan. - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan bekalan makanan laut menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada awal Februari ini adalah mencukupi.Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub yakin langkah awal yang diambil seperti menghalang beberapa bahan makanan itu daripada dieksport dapat memastikan isu kekurangan makanan tidak timbul.

"Saya telah diberikan taklimat bahawa bekalan itu cukup mencukupi dan beberapa spesies ikan tertentu telah kita halang daripada dieksport untuk pastikan ia cukup, untuk sementaralah...cukup menjelang perayaan Tahun Baru Cina," katanya.Beliau berkata demikian dalan majlis penyerahan memorandum persefahaman (MoU) antara Johor Corporation (JCorp), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) di sini sebentar tadi.Menerusi MoU itu, ketiga-tiga pihak komited untuk bersama-sama melahirkan seramai 1,500 usahawan membabitkan 50 buah sekolah di bawah program Kelas Rancangan Usahawan (KRU) dengan memberi latihan, pendedahan dan bimbingan keusahawanan.Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim; Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak dan Timbalan Ketua Pengarah LPNM, Mohd. Khairuzamri M. Salleh. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bekalan-makanan-laut-cukup-menjelang-tahun-baru-cina-1.826211#ixzz5dPxzQ08w
© Utusan Melayu (M) Bhd

PERKHIDMATAN pesanan Facebook Inc., iaitu WhatsApp secara global telah mengehadkan jumlah mesej 'forward' yang boleh dihantar oleh pengguna kepada lima orang sahaja.Langkah itu adalah usaha untuk membendung penyebaran 'maklumat salah dan khabar angin', kata eksekutif syarikat tersebut pada Isnin.

"Kami mengehadkan lima pesanan di seluruh dunia pada hari ini," kata Victoria Grand, naib presiden untuk dasar dan komunikasi di WhatsApp pada hari Isnin dalam sebuah majlis yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.
Sebelum ini, pengguna WhatsApp boleh menghantar mesej 'forward' kepada 20 individu atau kumpulan.
Langkah sama mula dilaksanakan di India pada Julai tahun lalu selepas penyebaran khabar angin yang menyebabkan beberapa pembunuhan berlaku di negara itu. - Reuters


Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/global/dunia/2019/01/21/had-mesej-whatsapp/#jWK71yweRBPgDwSS.99

BUKIT MERTAJAM 17 Jan - Seluruh negeri ini bakal diwartakan sebagai kawasan larangan merokok dalam tempoh lima tahun menerusi program Pulau Pinang Bebas Asap Rokok (Penbar).Pengerusi Jawatankuasa Ke­sihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Afif Bahardin berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama menjalankan kajian dengan Jabatan Kesihatan Negeri bagi memastikan pe­rancangan itu berjaya dilaksanakan.“Langkah ini adalah inisiatif kerajaan negeri dalam melin­dungi rakyat daripada bahaya asap rokok.“Kami akan menggiatkan lagi pelaksanaan program kesedaran kepada orang ramai tentang larangan merokok di kawasan awam dan taman rekreasi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

PETALING JAYA: Several Selangor DAP assemblyperson have warned of a fake message on Selangor welfare scheme that has been going viral and resulted in many senior citizen turning up to make their claims.

Kampung Tunku assemblyperson Lim Yi Wei, Bandar Utama assemblyperson Jamaliah Jamaluddin, Bukit Gasing assemblyman R. Rajiv and Subang Jaya assemblyperson Michelle Ng Mei Sze posted the warning on their Facebook, telling the public to beware of inaccurate information being spread about the state's social welfare schemes.

The fake information told senior citizens above the age of 60 could apply for a senior medical card, a 'Senior RM2,500 Platinum application', as well as a 'Happy New Year red envelope' containing RM100 per family.The WhatsApp messages said that people would have to apply for them in the first week on January.The assemblymen said there was no such thing as a Senior Medical Card or Platinum Card.

AGENSI pakar sekuriti dan teknikal siber kebangsaan, Cybersecurity Malaysia melaporkan bahawa sebanyak 60 peratus daripada 1,302 kes di negara ini yang diterima antara Januari hingga April 2018 merupakan aduan yang melibatkan penipuan siber.Hal ini mendapat perhatian perbadanan multinasional dari Amerika Syarikat, Fortinet yang mahu pengguna internet di Malaysia supaya mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan siber.Pakar Strategis Keselamatan dan Rangkaian Fortinet, Gavin Chow berkata, penjenayah siber kini semakin licik dan mereka menggunakan pelbagai taktik penipuan untuk mendapatkan akses kepada peranti atau rangkaian, memeras wang serta mencuri maklumat yang berharga.“Oleh kerana pengguna terus menyambung lebih banyak peranti ke rangkaian, risiko penipuan boleh berlaku menyebabkan ia semakin meningkat.