PUTRAJAYA: Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 sebanyak RM100 akan diberikan kepada individu di bawah kategori bujang pada hujung Mac ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.Beliau berkata bayaran kepada golongan bujang yang berdaftar dalam pangkalan data BSH 2018 itu akan memanfaatkan lebih tiga juta individu dan melibatkan peruntukan sebanyak RM300 juta."Bayaran dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.Berhubung bayaran selanjutnya, Lim berkata kadar bantuan BSH 2019 untuk golongan bujang akan dikaji semula dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan.Bagi pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Lim berkata berdasarkan keputusan Kabinet pada tahun lepas, BSH 2019 mengutamakan penerima yang berkeluarga serta menyediakan kadar tambahan mengikut bilangan anak di bawah tanggungan.Namun, katanya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menekankan bahawa isu tekanan kos sara hidup perlu diberi perhatian kepada semua pihak yang memerlukan dalam masa terdekat.Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan juga menyarankan supaya bantuan diberikan kepada anak muda bujang yang berpendapatan kecil."Lantaran saranan tersebut dan sebagai menepati hasrat kerajaan berjiwa rakyat yang berkeprihatinan, Kementerian Kewangan, sebagai permulaan, akan membuat bayaran RM100 kepada setiap individu yang terdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018,"katanya.

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mahu Telekom Malaysia (TM) agar lebih prihatin berhubung layanan terhadap pelanggannya.Mengulas aduan seorang pelanggan yang disiarkan sebuah portal berita, Gobind Singh berkata ia bukan aduan pertama berkenaan layanan yang diterima oleh pelanggan TM.“Tindakan perlu diambil untuk pastikan kejadian sebegini tidak berulang lagi dan supaya imej mereka tidak terjejas,“ katanya dalam catatan dalam laman Twitternya, hari ini.

Menerusi satu segmen di portal itu, seorang wanita mengadu mengenai kesukaran yang terpaksa ditempuhi bapanya ketika berurusan dengan pihak TM untuk menamatkan langganan talian tetap TM.Bapanya yang berusia 89 tahun dan berkerusi roda terpaksa dibawa ke pusat TMPoint untuk urusan itu kerana perlu mengikuti polisi TM yang tidak membenarkan individu lain meskipun anak sendiri menjadi wakil.Tambah membebankan, bapanya yang juga pelanggan tetap TM sejak 50 tahun lepas turut diminta pergi ke pusat TMPoint lain kerana kakitangan di situ mendakwa mereka tidak boleh menamatkan langganan itu, menyebabkan pengadu terpaksa membawa pulang bapanya yang telah mengalami keletihan.Merujuk aduan itu, TM dalam segmen sama hari ini telah memohon maaf kepada pengadu dan menjelaskan telah menghubungi pelanggan berkenaan bagi menyelesaikan isu itu.

-- BERNAMA

PETALING JAYA: Be prudent with your water usage – that's the advice by National Water Services Commission (SPAN) chairman Charles Santiago to Malaysians as the country experiences a dry spell this month.Santiago said state water operators in the peninsula are reporting a decline in water levels in the rivers and dams that supply raw water to the water treatment plants."As predicted by the Meteorological Department, throughout February 2019, most places in Peninsular Malaysia are expected to experience relatively dry weather with less rainfall until the end of the North-East Monsoon in March," he said.

Santiago said currently the water supply condition in all states in Peninsular Malaysia and the Federal Territories state of Labuan are still under control but has urged the public to take precaution."SPAN would like to advise consumers to be prudent in their water usage during this hot season."Avoid wastage so that the existing water sources will last longer," he added.He said SPAN would work with state governments to monitor the water levels in rivers and dams that supply drinking water."All state water operators have been asked to report the state of water supply in the state each day," he said, adding that SPAN would continue to inform the public on the water supply situation through the media.He also urged the public to report any leakages of water pipes to the state water operator or SPAN.

PETALING JAYA: Experts warn that more Malaysians may have to work overseas as migrant workers and maids if the economy does not improve, following the detention and release of 47 Malaysians duped into working in Cambodia.Oh Ei Sun, senior fellow at the Singapore Institute of International Affairs, said this included Malaysians working overseas as legal and even illegal workers if the economy worsens.“We have to take grim lessons from some regional countries which were very well-to-do compared to us half a century ago. They now have to send many of their nationals overseas to work, including to Malaysia,” he said.Oh said Malaysians selling their labour overseas was nothing new, citing the exit of many who lost their mining jobs in the 1970s who left to work menial or semi-skilled jobs in the US and Europe.

“What is surprising is only that it happened in Cambodia, which is considered to be lagging in development compared to Malaysia,” he said.He believes it is only a matter of time before a large number of Malaysians end up working as maids or low-skilled workers overseas.He added however that people were free to migrate elsewhere to improve their personal well-being.“If the economy grows, the outflow (of labour) will naturally drop. As we create more high-paying jobs by liberalising the economy, people will stay,” he said.Meanwhile, Patrick Ziegenhain, an expert in Southeast Asian regional economics, said there were already many Malaysians working as immigrant workers in countries like Australia and Korea.

PETRA JAYA: Isu sekolah daif di negeri ini menjadi topik perbincangan utama antara Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam pertemuannya dengan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, di sini, hari ini.Maszlee berkata, isu sekolah daif sentiasa diberi perhatian berikutan banyak rungutan diterima khususnya daripada kerajaan negeri yang mahukan Kerajaan Persekutuan memberi perhatian terhadap masalah berkenaan.“Ya, sudah tentu isu itu menjadi agenda perbincangan kami dalam kunjungan hormat saya terhadap Ketua Menteri hari ini.“Pada pertemuan itu, saya turut menjelaskan bahawa Kementerian tidak menghentikan bekalan diesel untuk 21 sekolah di luar bandar Sarawak (seperti yang dilaporkan sebelum ini), sebaliknya saya memberi jaminan bekalan diesel untuk generator bagi membekalkan elektrik ke semua sekolah terbabit akan diteruskan,” katanya.

Maszlee berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Abang Johari di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.Selain dua isu utama itu, Maszlee berkata, mereka turut berbincang mengenai galakan untuk lebih ramai pelajar antarabangsa melanjutkan pelajaran di Sarawak.“Bagi memudahkan kemasukan pelajar antarabangsa ke Sarawak, beberapa urusan Imigresen akan dipermudahkan bersama kerajaan negeri,” katanya.Sementara itu, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Seri Micheal Manyin Jawong berkata, peruntukan sebanyak RM100 juta untuk melaksanakan projek menaik taraf 33 sekolah daif di Sarawak sudah diserahkan Kerajaan Persekutuan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR).

Macam-macam hal dan perangai penyewa ni. Susah nak dapat penyewa yang betul-betul jaga rumah yang disewa macma rumah sendiri. Lebih pening apabila penyewa lari dengan tak berbayar tunggakkan sewa dan bil utiliti. Bila bekas penyewa meninggalkan rumah dengan bil utiliti tertentuan rumah lah jadi mangsa.Namun bagi mengatasi masalah ini, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil langkah proaktif untuk membantu pemilik rumah menyelesaikan masalah yang kerap dihadapi oleh pemilik rumah. TNB telah memperkenalkan Skim Penukaran Penghuni Sementara untuk melindungi pemilik rumah dari masalah tersebut.

Skim ini membolehkan nama penyewa didaftarkan dalam bil TNB bulanan. Ia ibarat pemilikmembuka akaun khas untuk penyewa. Sekiranya terdapat tunggakan selepas penyewa berpindah dari rumah yang disewa, akaunnya akan terus ditanggung oleh penyewa sampai bila-bila. Jadi, bila penyewa nak daftar nama di tempat atau rumah sewa yang lain, akaun tadi akan dibawa sama.

Berikut adalah langkah-langkah untuk proses pendaftaran Skim Penukaran Penghuni Sementara:

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Polis menahan tiga lelaki dipercayai cuba menggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Jalan Changkat, Bukit Bintang, di sini kelmarin.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, kejadian dikesan seorang anggota kira-kira pukul 9.30 malam yang kemudian membuat pemeriksaan ke atas sebuah mesin ATM berhampiran kedai serbaneka 24 jam tersebut.“Hasil pemeriksaan anggota tersebut dengan bantuan beberapa anggota Unit Rondaan Bermotor dan seorang awam telah menemukan satu unit benda asing yang mencurigakan dilekatkan pada ruangan atas papan kekunci mesin ATM dan satu lagi pada ruangan masuk kad ATM.“Pemeriksaan lanjut mendapati alat tersebut adalah komponen pengimbas kad kredit dan debit serta alat perakam video,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shaharuddin, selepas meneliti mesin ATM berkenaan, kesemua anggota itu telah membuat tangkapan terhadap tiga lelaki berusia antara 30 hingga 48 tahun berhampiran kedai serbaneka 24 jam tersebut.“Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk disoal siasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya.Sementara itu, dua rakaman video berdurasi 13 saat dan 17 saat menunjukkan bagaimana peralatan tersebut ditemukan tular di media sosial bertujuan memberi peringatan kepada orang ramai supaya berhati-hati. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Rakyat Malaysia terutamanya golongan muda dinasihatkan merujuk kepada Kementerian Luar berkenaan maklumat pekerjaan sebelum menerima tawaran bekerja di luar negara, kata Setiausaha Bahagian Konsular Kementerian Luar Negeri, Mohd Adli Abdullah.Beliau berkata kementerian sering menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati dan tidak terperdaya dengan tawaran gaji yang tinggi untuk bekerja di luar negara.“Bagi kes di Kemboja yang berlaku baru-baru ini, mereka ditawarkan gaji tiga kali ganda iaitu US$1,200 hingga US$1,500 dolar sedangkan kebiasaannya gaji sebagai tukang masak atau pekerja hotel hanya ditawarkan US$300 hingga US$400 dolar sahaja.

Sekitar tahun lalu, mesin ATM beras untuk golongan kurang berkemampuan di Indonesia telah tular di media sosial tempatanMengikut jejak langkah itu, pengurusan Masjid Al-Akram Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur telah mengambil inisiatif yang sama dengan menyediakan mesin ATM beras ini untuk kemudahan asnaf sekitar kawasan terbabit.Mesin ATM beras ini merupakan yang pertama di Malaysia.Golongan asnaf hanya perlu menyentuh kad pada sensor yang ada pada mesin itu, lalu bekalan beras sebanyak 2kg akan dikeluarkan pada ruangan bahagian bawah.Pada masa yang sama, mesin ini turut berfungsi sebagai tabung, dimana orang ramai boleh membuat sumbangan wang tunai ke dalamnya. Wang terkumpul akan digunakan untuk membeli bekalan beras.