Khamis, 4 Jun 2020 @ 3:12 PM

SEORANG peniaga kerugian RM12,650 selepas diperdaya individu menyamar pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang menjual tong gas tidak wujud, bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa dihubungi suspek yang juga lelaki mendakwa dari KPDNHEP Raub pada 28 Mei lalu berkaitan penjualan tong gas lelong.

"Mangsa ditawarkan tong gas lelong pada harga RM49 setong dan dia setuju untuk membeli 250 tong pada harga RM12,250.

"Dia kemudiannya melakukan lima transaksi pembayaran namun menyedari ditipu selepas tong gas berkenaan tidak dihantar pada tarikh dipersetujui," katanya hari ini.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/585923/ditipu-rm12000-kononnya-beli-tong-gas-lelong

Thursday, 04 Jun 2020 l 3:12 PM MYT

PETALING JAYA: Unregistered daycare centres should make themselves legal by registering before operating, urged Senior Minister (Security) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

He said that illegal daycare centres could not be monitored during the conditional movement control order (MCO) as they had no records with the Women, Family and Community Development Ministry.

"We have given permission for registered taska operators to start reopening and these are centres monitored by the ministry, and their operators are all trained.

"There are also unregistered or illegal taska and we are worried over these type of premises because the operators have no training of any sort and if something bad were to happen, it is out of our knowledge.

"I'm appealing to these operators to register with the Women, Family and Community Development Ministry so that they can get training and any aid allocated for registered centres," he said during his daily briefings on Thursday (June 4).

He said that the standard operating procedures (SOPs) set by the government in allowing registered daycare centres to operate were strict to ensure full compliance and maximum safety of everyone involved.

Bil prorata TNB pastikan pengguna tidak terlebih caj - MahdzirJun 2, 2020 12:39 MYT

SHAH ALAM: Pelarasan bil TNB menggunakan kaedah prorata memastikan pengguna tidak akan terlebih caj, kata Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB), Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Jelasnya, kaedah itu juga telah disemak dan disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga dan berdasarkan penggunaan sebenar elektrik setiap bulan.

Ujarnya, bil sebenar yang diberikan akan dibahagi sama rata untuk jumlah bulan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ujarnya, penggunaan bulanan itu adalah angka yang didarabkan dengan kadar blok tarif bagi setiap bulan.

"Ada sebahagian pengguna kediaman kami yang agak terkejut apabila menerima bil sebenar mereka yang lebih tinggi dari kebiasaan. Secara amnya sepanjang tempoh PKP, iaitu kira-kira 3 bulan sejak 18 Mac lalu, kadar penggunaan elektrik dalam sektor kediaman telah meningkat antara 20 hingga 50 peratus.

"Antara faktor yang mendorong kepada peningkatan terhadap sektor kediaman ini adalah kebanyakan rakyat Malaysia berada di rumah sepanjang hari memandangkan arahan untuk ‘stay at home’. Jadi sebahagian daripada kita bekerja dari rumah, anak-anak juga tidak hadir ke sekolah dan ini secara langsung menyebabkan penggunaan elektrik meningkat.

2 Jun 2020

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan skim bayaran ansuran bulanan kepada pengguna domestiknya bagi bayaran bil elektrik mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac, April dan Mei.

Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, plan bayaran mudah itu diberikan secara automatik kepada 7.4 juta pengguna dengan tempoh bayaran selama enam bulan sehingga Disember 2020.

Menurutnya, inisiatif itu bertujuan mengurangkan beban pengguna yang terjejas ketika negara berdepan pandemik Covid-19 ketika ini.

“Begitupun selain bayaran ansuran bagi bil elektrik dalam tempoh tiga bulan itu, pengguna juga perlu membayar bil semasa mereka.

“Pengguna digalakkan untuk datang ke Kedai Tenaga atau menghubungi talian TNB Careline 1-300-85-5454 untuk memperincikan bil dan cara bayaran ansuran yang perlu dilakukan oleh mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Kedai Tenaga TNB di Shah Alam di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Ketua Pegawai Runcit TNB, Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/85937/BERITA/Nasional/TNB-tawar-skim-bayaran-ansuran-bil-elektrik

Mei 28, 2020 05:23 MYT


KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) meminta orang ramai berhati-hati supaya tidak terperdaya dengan tawaran pelaburan palsu yang dikesan menggunakan nama dan logo syarikat itu.

Syarikat pengurusan unit amanah tersebut berkata justeru, orang ramai dinasihatkan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03-77308899 atau layari www.asnb.com.my, atau e-mel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan.

"Baru-baru ini wujud penyebaran mesej menerusi aplikasi WhatsApp menggunakan nama 'ASNB Group' bertujuan memperdaya orang ramai membuat pelaburan dalam pakej pelaburan palsu," menurut ASNB dalam kenyataan pada Rabu.
ASNB berkata dalam mesej berkenaan, penghantar mendakwa mewakili ASNB Group dan menggunakan nama serta logo syarikat ASNB tanpa kebenaran bagi menawarkan pakej pelaburan yang menjanjikan pulangan luar biasa dalam tempoh yang singkat.

"Modus operandi pelaburan palsu ini ialah sekiranya penerima mesej berminat untuk melabur, mereka hanya perlu memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank yang dinyatakan dalam mesej berkenaan secara dalam talian.
"Wang itu kononnya akan didagangkan ke dalam sektor minyak, pasaran saham serta mata wang, dan pelabur hanya perlu menunggu keuntungan dimasukkan terus ke dalam akaun mereka," kata ASNB.

ASNB berkata pihaknya mengambil serius perkara terbabit dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku, malah satu laporan polis mengenai mesej berkenaan telah dibuat.
ASNB menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan meminta mereka terus menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB untuk membuat aduan sekiranya menerima mesej meragukan mengenai pelaburan menggunakan nama ASNB.

Mei 21, 2020 20:40 MYT

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan 19 barangan kawalan baharu yang terlibat dalam pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) pada musim perayaan kali ini.

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi memaklumkan pertambahan barangan-barangan tersebut adalah atas permintaan pengguna dan merupakan barangan pilihan utama semasa tempoh perayaan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Turut tersenarai ialah ikan kembung termasuk ikan mabung, ikan selayang dan ikan tongkol dengan berat antara 7 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram (kg).

Barangan lain ialah ikan segar beku kembung, ikan segar beku selayang, ikan segar beku selar antara berat 8 ekor hingga 10 ekor setiap kg, dan ikan temudok dengan berat antara 3 ekor hingga 5 ekor setiap kg.

Pertambahan ini menjadikan keseluruhan 35 barangan kawalan.

"Kementerian akan terus meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan ke atas bekalan dan harga baranagn di seluruh negara.

"Pengguna juga dinasihatkan agar tidak membuat pembelian berlebihan kerana ia akan beri tekanan kepada harga barangan," kata Alexander.

Sumber:

https://beta.astroawani.com/berita-malaysia/kpdnhep-umum-pertambahan-19-barangan-kawalan-243864

Khamis, 21 Mei 2020 @ 10:35 AM

PENGURUSAN Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) tidak membuat bacaan meter sebaliknya mengeluarkan bil anggaran berdasarkan kepada maklumat purata penggunaan pada bulan sebelumnya dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac hingga 30 April lalu.

Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan, sekiranya pelanggan mendapati bil anggaran pada Mac yang dikeluarkan sebelum ini terlebih caj dan pembayaran sudah dibuat ke atasnya,maka jumlah itu akan direkodkan di dalam akaun pelanggan.

Manakala, sekiranya terkurang (bil), ia akan ditambah di dalam bil bulan berikutnya berdasarkan bacaan meter sebenar.

"Bermula 2 Mei lalu, pembacaan meter mula dilaksanakan oleh Air Selangor dan bil pada Mac akan diselaraskan dengan April serta Mei berdasarkan kepada bacaan sebenar meter di premis perniagaan.

"Selain daripada itu, bil bulanan tinggi juga disebabkan oleh penggunaan semasa PKP yang tinggi berbanding bulan sebelumnya.

"Pelanggan disarankan melayari laman web Air Selangor di http://www.airselangor.com.my-water-smart/water-tariff information bagi mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai jadual tarif bil air," katanya.

Menerusi kenyataan sama, Air Selangor memaklumkan, bil air tinggi juga boleh terjadi disebabkan kebocoran pada sistem paip dalaman premis.

Khamis, 21 Mei 2020 @ 6:10 AM


BERMULA 18 Mei lalu, pengguna Boost mempunyai dua pilihan dompet iaitu Premium Wallet dan Basic Wallet di mana saiz dompet dan jumlah transaksi ditambah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khairil Abdullah berkata, pengguna Premium Wallet kini mempunyai saiz dompet lebih besar iaitu sehingga RM4,999 berbanding RM1,500 sebelum ini.

"Dengan ketibaan hari raya tahun ini, walaupun kebanyakan keluarga tidak boleh pulang ke kampung, Boost melalui Premium Wallet menawarkan fungsi e-duit raya.

"Melalui fungsi penghantaran duit, pengguna kini boleh mengirim duit raya secara elektronik kepada ahli keluarga," katanya.

Katanya, bagi pengguna Basic Wallet pula, kini mereka boleh menikmati saiz dompet lebih besar iaitu RM1,000 berbanding had sebelum ini RM200.

"Malah, had perbelanjaan juga ditingkatkan kepada RM2,000 sebulan," katanya.

Menurutnya, bagi mengelakkan penipuan dalam talian, pengguna Basic dan Premium tidak dibenarkan memindahkan baki ke akaun perbankan.

"Ini adalah langkah keselamatan yang dilaksanakan untuk melindungi pengguna. Sekiranya penipu itu mendapat maklumat berkaitan akaun yang dimiliki, mereka masih tidak boleh memindahkan jumlah berkenaan dari akaun pengguna," katanya.

 

Semakin hari rakyat semakin bingung. Adakah arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih “laku” di negeri masing-masing? Apabila ada pula percanggahan pendapat antara kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat mengenai SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), rakyat sudah mula keliru arahan yang mana yang mereka perlu patuhi malah ada yang mengambil kesempatan dalam perkara ini dengan tidak mematuhi arahan PKP di mana mereka sudah mula bergerak bebas ke sana ke sini dan ada juga yang mula berkerumun di sesebuah kedai demi juadah berbuka puasa.

PKPB ini dilihat adalah langkah yang terbaik untuk menyeimbangkan keperluan ekonomi tanpa mengetepikan isu kesihatan dan juga untuk membiasakan rakyat dengan keadaan normal baharu. PKPB bukan bermaksud rakyat bebas untuk bertebaran ke sana ke sini. Dalam tempoh PKPB ini hanyalah kelonggaran untuk rakyat keluar bekerja dan bagi yang bekerja sendiri malah peniaga-peniaga kecil juga dibenarkan untuk keluar mencari rezeki tetapi dengan keadaan yang bersyarat. Namun begitu, kerajaan Pusat dan juga kerajaan Negeri seharusnya bersatu hati dalam mengeluarkan SOP yang rakyat perlu patuhi supaya rakyat tidak lagi keliru dengan arahan yang mereka perlu patuhi.

Pada saat pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang bertungkus lumus membuat strategi dalam mengekang Covid-19 dari terus merebak, janganlah disebabkan masalah politik yang tidak pernah sebulu pula menjadi punca kegagalan strategi yang telah dibuat oleh KKM. Yang akhirnya menderita ialah rakyat marhaen yang bukan sahaja akan berdepan dengan krisis ekonomi tetapi juga krisis kesihatan. Jika ramai rakyat yang tidak sihat, adakah mereka masih ada masa untuk jana ekonomi setempat?