Jun 10, 2021 @ 11:47am
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu bentuk penipuan berkaitan pakej haji, umrah dan badal haji bagi tahun 2021, yang ditawarkan beberapa agensi pelancongan sejak kebelakangan ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Kamarudin Md Din berkata, penawaran pakej sedemikian amat meragukan, kerana ia ditawarkan walaupun dalam tempoh negara dilanda wabak Covid-19, serta sekatan pergerakan penuh yang dikuatkuasakan kerajaan.
Beliau berkata, kerajaan sebelum ini menyatakan, bahawa ia masih menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa Arab Saudi berkenaan kebenaran ibadah haji, serta kuota yang dibenarkan bagi musim 2021.
"PDRM melihat tindakan segelintir agensi pelancongan mengiklankan pakej haji, umrah mahupun badal haji bagi tahun 2021, adalah satu tindakan pramatang serta mungkin penipuan.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, boleh dijalankan terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan penipuan berhubung kes ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kamarudin berkata jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan atau kedua-duanya sekali, boleh dikenakan terhadap pesalah yang terlibat.
Beliau turut mengingatkan orang ramai, agar lebih berhati-hati dan membuat semakan yang sewajarnya dengan agensi kerajaan berkaitan, sebelum mengambil keputusan membuat bayaran dan menyertai mana-mana pakej yang ditawarkan.
"Orang ramai yang berminat untuk menunaikan ibadah haji dan umrah bagi tahun ini juga diingatkan, untuk sentiasa peka dengan perkembangan dan arahan terkini yang dikeluarkan pihak kerajaan, berkaitan sekatan perjalanan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan," katanya.
Sebelum ini, pada 24 Mei lepas, kerajaan dan Lembaga Tabung Haji (TH) menyatakan yang mereka masih lagi menunggu pengumuman rasmi daripada Kerajaan Arab Saudi, berkaitan jumlah kuota jemaah haji negara, kriteria pemilihan, dan kaedah pelaksanaan ibadah untuk musim haji kali ini.
Jun 10, 2021 @ 8:26am
Teluk Intan: Kerani wanita sebuah syarikat swasta di sini, kerugian RM79,600 dan terpaksa berhutang dengan empat rakannya selepas menjadi mangsa penipuan Macau Scam.
Ia selepas dia tertipu dengan individu yang menyamar sebagai pegawai polis dengan memperdayakan kononnya mangsa terbabit aktiviti pengubahan wang haram.
Wanita berusia 51 tahun berkenaan membuat laporan polis selepas menyedari dirinya ditipu individu yang menyamar sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa menerima panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali mengatakan dia terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram ketika berada di tempat kerjanya, awal bulan ini.
Menurutnya, suspek menghubungi mangsa menggunakan nombor telefon didakwa IPK Sabah untuk meyakinkan wanita itu.
Katanya, suspek itu kemudiannya menghantar nombor akaun untuk pemindahan wang melalui WhatsApp.
"Suspek mendakwa jika mangsa ingin selesaikan masalah berkenaan, dia dikehendaki membuat pembayaran terlebih dahulu.
"Bermula Jumaat hingga Ahad lalu wanita itu mengeluarkan wang simpanannya sebanyak RM65,000, malah turut meminjam RM14,600 daripada empat rakannya.
"Mangsa kemudian membuat pemindahan wang di mesin deposit tunai (CDM) sebanyak lapan kali dengan nilai keseluruhan RM 79,600 di sebuah bank di Teluk Intan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, selepas memasukkan wang yang diminta suspek di dua akaun berbeza, wanita itu kemudiannya mendapati nombor telefon suspek tidak dapat dihubungi.
"Polis sedang mengesan suspek dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/716023/kerani-wanita-ditipu-macau-scam
June 10, 2021 @ 9:42am
GEORGE TOWN: The Consumers' Association of Penang (CAP) has called on the Department of Veterinary Services (DVS) to activate a surveillance programme to detect, control and prevent the spread of lumpy skin disease (LSD) nationwide.
This follows recent reports that LSD, which infects the skin of livestock, was detected in a cattle farm in Simpang Pulai.
LSD is a zoonotic disease (meaning that it cannot infect humans) caused by a type of Capripoxvirus.
The disease is known only to infect cattle and buffaloes.
CAP president Mohideen Abdul Kader said, according to the United Nations (UN) Food and Agriculture Organisation (FAO), the disease was first identified in Africa sometime in 1929 and has since spread to other parts of the world.
He said LSD had reportedly spread in several Asian countries including India, Bangladesh, Nepal, Bhutan, China, Chinese Taipei, Vietnam, and Myanmar and most recently in Thailand.
"The LSD not only causes chronic debility and death in infected farm animals, it also has an economic impact on the world as it disrupts the trade of livestock and livestock products, globally.
"In view of this, CAP calls on the DVS to tighten the conditions for the import of live cattle from abroad in collaboration with the Malaysian Quarantine and Inspection Services Department (MAQIS)," he said today.
Mohideen said the DVS should also take action on any consignment of imported cattle that show symptoms of LSD at the quarantine station.
On Tuesday, the DVS announced a ban on cattle and buffaloes from Thailand after LSD cases were reported in 41 provinces in the country.
Read more: CAP: Ensure local cattle, buffaloes free from lumpy skin disease
9 JUN2021
SHAH ALAM - Isu kenaikan harga minyak masak sejak kebelakangan ini mencetuskan rasa bimbang pengguna khususnya peniaga makanan.
Tinjauan pada hari kedua Sinar Harian mengenai isu kenaikan harga minyak masak mendapati rak-rak menempatkan minyak masak subsidi di beberapa kedai runcit dan pasar raya di beberapa negeri telah pun kosong.
Hasil tinjauan akhbar ini juga mendapati peruncit di sekitar bandar raya ini terpaksa mengehadkan jualan minyak masak dalam peket satu kilogram (kg) kepada pembeli berikutan stok bekalan berkurangan, dalam masa sama mendapat permintaan tinggi.
Ada juga peniaga meletakkan had seorang pelanggan tidak boleh membeli melebihi dua atau tiga peket dalam satu masa.
Pemilik kedai runcit di Seksyen 15, S Kumar, 44, berkata, dia terpaksa berbuat demikian berikutan bekalan stok bahan berkenaan semakin berkurangan sejak dua minggu lalu.
“Kita terpaksa mengehadkan jualan kerana bimbang nanti ada pihak yang membuat pembelian secara banyak, sedangkan stok yang kita terima daripada pembekal semakin berkurangan,” katanya.
Kumar berkata, sebelum ini, dia mengambil sekitar tiga ke empat kotak minyak masak daripada pembekal, namun jumlah itu berkurangan sejak kebelakangan ini.
“Oleh kerana stok yang ada pada kita pun terus berkurangan, kita terpaksa mengehadkan jualan bagi setiap orang bagi membolehkan lebih ramai untuk membelinya,” katanya.
Di PERAK, bekalan minyak masak bersubsidi di sekitar bandar raya ini masih boleh diperoleh pengguna biarpun jumlah pembelian terhad.
Tinjauan di beberapa kedai runcit dan pasar raya mendapati orang ramai masih boleh mendapatkan minyak masak tersebut dengan setiap seorang dihadkan hanya dua peket.
Jun 8, 2021 @ 11:23pm
Port Dickson: Seorang jururawat mendakwa kerugian RM94,000 akibat ditipu sindiket Macau Scam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, wanita berusia 31 trahun itu membuat laporan polis pada 5 Jun lalu mendakwa ditipu sindiket menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
"Mangsa menerima panggilan daripada nombor talian mudah alih yang mendakwa daripada LHDN dan memaklumkan dia mempunyai tunggakan cukai RM38,600.90 berkaitan syarikat didaftarkan atas namanya.
"Mangsa menafikan perkara ini dan panggilan disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuantan untuk tujuan membuat laporan polis secara dalam talian," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, mangsa kemudiannya bercakap dengan pegawai polis berpangkat Asisten Komisioner dan diminta untuk memuat turun pautan aplikasi MyBNM.
Menurutnya, dalam aplikasi itu, pengadu kemudiannya memasukkan butiran nama dan nombor kad pengenalan miliknya.
"Aplikasi ini dikatakan untuk tujuan keselamatan supaya wang di dalam akaun mangsa tidak ditolak untuk tunggakan cukai itu.
"Bagaimanapun, apabila membuat semakan dengan pihak bank, wanita itu mendapati wang simpanan di dalam salah satu akaun miliknya sudah dipindahkan kepada beberapa akaun tidak dikenali dalam 11 transaksi dengan jumlah keseluruhan RM94,000," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Jun 8, 2021 @ 1:48pm
Kota Bharu: Kenaikan harga minyak masak botol lima kilogram (kg) selain kekurangan bekalan minyak paket bersubsidi secara tidak langsung memberi kesan serta membebankan orang ramai.
Tinjauan di beberapa pasar raya, pasar mini, dan kedai runcit di sekitar Kota Bharu mendapati harga minyak masak botol lima kg naik sehingga RM7 sebotol berbanding harga sebelum ini iaitu antara RM25 hingga RM33 bergantung kepada jenama.
Pada masa sama, tinjauan di kedai runcit pula mendapati kebanyakan peniaga mengalami masalah kekurangan bekalan minyak masak paket sejak lebih sebulan lalu menyebabkan pengguna tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membeli minyak masak botol walaupun harganya agak mahal.
Bagi peniaga makanan, Siti Nuraisyah Ibrahim, 32, berkata, sejak dari dahulu lagi minyak masak dalam botol menjadi pilihannya disebabkan penggunaannya lebih tahan lama selain kualiti juga lebih bagus berbanding minyak masak di dalam paket.
"Bagaimanapun sejak seminggu lalu selepas kerajaan melaksanakan sekatan pergerakan penuh (SPP) bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 saya mendapati minyak masak botol lima kilogram sudah naik harga.
"Sebelum ini harga minyak masak itu adalah antara RM25 hingga RM27, namun tidak sampai sebulan minyak masak berkenaan naik secara drastik sehingga mencecah harga RM33.
"Harga barang keperluan terutama minyak masak yang melonjak naik sangat membebankan pengguna apatah kepada mereka yang mengusahakan perniagaan menjual makanan demi kelangsungan hidup," katanya ketika ditemui di KB Mall, di sini, hari ini.
Sementara itu, seorang suri rumah, Siti Zawinah Zainal Abidin, 56, berkata, sebelum ini, harga minyak masak dalam botol dianggarkan antara RM20 hingga RM30 mengikut jenama.
"Bagaimanapun, saya sangat terkejut dengan kenaikan mendadak harga minyak masak botol lima kg berbanding sebelum ini dan dalam masa sama penggunaan minyak masak pada setiap bulan juga bertambah disebabkan mempunyai anak ramai dan setiap hari perlu memasak untuk mereka.
"Saya rasa harga minyak masak ini mula naik sejak beberapa minggu lalu kerana sebelum ini saya ada membeli minyak masak pada harga RM26, namun hari ini ia dijual pada harga RM30.50," katanya.
31 May 2021, 9:23 pm
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pemberian moratorium automatik selama tiga bulan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan mereka yang kehilangan pekerjaan susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Katanya, inisiatif itu juga ditawarkan kepada perusahaan mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhanan (PKS) yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP.
"Saya juga mendengar permintaan rakyat supaya kerajaan menimbang semula pemberian moratorium.
"Sehubungan itu, hasil perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM), industri perbankan memberi jaminan dan komitmen penuh untuk terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman dan moratorium.
"Oleh itu, bagi semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP, anda diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus selama tempoh 6 bulan," katanya dalam perutusan khas malam ini.
Muhyiddin berkata, inisiatif ini akan dilaksanakan segera pada Jun yang dijangka memanfaatkan lebih lima juta peminjam dengan nilai sehingga RM30 bilion.
"Insha-Allah, industri perbankan akan memberikan maklumat lebih terperinci berhubung perkara ini mulai esok. Saya berharap, pengumuman moratorium automatik ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada peminjam institusi perbankan.
"Para peminjam hanya perlu menghubungi bank masing-masing untuk mendapat manfaat bantuan ini," katanya.
Muhyiddin sebelum ini mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau 'total lockdown' di seluruh negara selama 14 hari bermula 1 Jun.
Susulan itu, pelbagai pihak menggesa kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas termasuk moratorium pinjaman bank kepada rakyat yang terkesan.
Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/576979
Jun 2, 2021 @ 2:02pm
Kepala Batas: Kerani dan guru menjadi mangsa terbaharu penipuan licik sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai kakitangan sebuah syarikat telekomunikasi serta polis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa berusia 50 dan 55 tahun tampil membuat laporan polis, semalam berhubung kejadian.
Menurutnya, kerani wanita berusia 55 tahun itu memaklumkan dia dihubungi seorang individu kononnya dari syarikat telekomunasi, baru-baru ini.
"Individu itu mendakwa nama mangsa digunakan untuk pendaftaran internet secara tidak sah, tetapi mangsa menafikannya sebelum panggilan didakwa disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Seremban untuk membuat aduan dan semakan.
"Sindiket mendakwa mangsa terbabit dalam kes pengubahan wang haram dan akaun mangsa digunakan sebagai menyimpan wang haram terbabit.
"Mangsa yang panik hanya menuruti segala arahan dengan memindahkan wang simpanan berjumlah RM17,800," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Menurutnya, suspek memaklumkan wang itu akan dikembalikan selepas siasatan selesai, namun mangsa diminta membuat bayaran tambahan.
Katanya, mangsa kemudian menceritakan kejadian kepada ahli keluarganya dan menyedari dia diperdaya dengan sindiket penipuan.
Sementara itu, Noorzainy berkata, dalam kes kedua, guru wanita kerugian RM5,000 dipercayai ditipu sindiket sama.
Read more: Kerani, guru rugi lebih RM22,000 ditipu Macau Scam
Monday, 31 May 2021 10:32 PM MYT
KUALA LUMPUR, May 31 — Loan repayment assistance and a moratorium worth up to RM30 billion starting June 2021 is expected to benefit more than five million borrowers, said Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin said that as a result of discussions with Bank Negara Malaysia, the banking industry gave full assurance and commitment to continue to provide loan repayment assistance and moratorium.
“Therefore, for all B40 groups and people affected by job loss as well as micro-enterprises and SMEs that are not allowed to operate during the movement control order (MCO), you are given the option to obtain a moratorium approval automatically for three months,” he said when announcing the Pemerkasa Plus assistance package worth RM40 billion here tonight.
“Insha-Allah, the banking industry will provide more detailed information on this matter starting tomorrow. I hope, the announcement of this automatic moratorium can give some relief to borrowers of banking institutions,” he said.
Muhyiddin said the government would also launch the Bus and Taxi Hire Purchase Rehabilitation Scheme this week with an allocation of RM1 billion.
He said that through the scheme, eligible bus and taxi operators can get a loan moratorium of up to 12 months and extend the loan period up to 36 months.
“I recommend that government agencies and companies offer deferred loan repayments as well as discounts on business premises rental,” he said.
Mara will also continue the Mara Prihatin Peace of Mind programme which is open until July 31, 2021 where borrowers can apply online to reschedule education loan repayments or moratorium, he said.
For Mara entrepreneurs affected by the economic downturn, a 30 per cent discount on the rental of business premises will be given for the months of May to July 2021. — Bernama
Page 7 of 74