RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama CyberSecurity Malaysia untuk bekerjasama dalam menangani masalah kecurian identiti yang semakin meluas di negara ini, di samping meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap langkah pencegahan agar tidak menjadi mangsa.Melalui kerjasama itu, RAMCI dan CyberSecurity Malaysia melancarkan kempen kesedaran orang ramai, ‘Hentikan Kecurian Identiti’ bagi meletakkan semula kuasa di tangan rakyat Malaysia.
Menerusi kempen ini, orang ramai akan lebih berpengetahuan tentang kecurian identiti serta kaedah mengesan penyalahgunaan identiti dan melindungi diri dari kecurian identiti.Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab dalam satu kenyataan di sini, berkata, kecurian identiti sememangnya jenayah serius.“Jika tidak dibendung segera, ia akan memberi kesan yang amat mendalam terhadap seseorang individu dari segi kewangan dan kredit, malah boleh melibatkan kerugian jutaan ringgit. Jadi kita perlu menghentikan kes kecurian identiti.
Read more: KOLABORATI RAMCI, CYBERSECURITY TANGANI KECURIAN IDENTITI
10 April 2019, SK METHODIST PETALING JAYA - Ceramah Kepenggunaan oleh pihak FOMCA dan pihak SIRIM QS. Staf dari FOMCA dan SIRIM QS telah mengadakan taklimat tentang hak-hak pengguna. Hak-hak pengguna merangkumi 8 hak-hak pengguna.
Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya.
Read more: CERAMAH KEPENGGUNAAN ; OUTREACH-SK METHODIST PETALING JAYA
9 April 2019, Wangsa Melawati - Ceramah kepenggunaan oleh pihak FOMCA dengan kerjasama SIRIM QS.
PROGRAM SMART LIVING-KECEKAPAN TENAGA & REBAT RM40 TNB/FOMCA BERSAMA PEMIMPIN KOMUNITI MELAKA TENGAH
6 APRIL 2019, KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) kini melancarkan kempen Kecekapan Tenaga (EE) dalam usaha mendidik rakyat negara ini mengenai kepentingan kemapanan persekitaran menerusi penjimatan tenaga.Dalam satu kenyataan hari ini, TNB menyatakan kempen itu bertujuan mencetuskan transformasi ke arah ekosistem tenaga masa depan yang mengimbangi antara kemapanan persekitaran, bekalan tenaga yang terjamin dan selamat serta pembangunan ekonomi yang optimum.Syarikat utiliti nasional itu turut menyifatkan mesej sedemikian sebagai amat penting dan ini jelas ketara pada bulan lepas apabila negara ini mengalami keadaan cuaca dengan catatan suhu panas tertinggi dalam tempoh beberapa tahun yang meningkatkan penggunaan pendingin hawa, kipas serta alat pendingin air dan melonjakkan penggunaan tenaga."Seiring dengan peningkatan permintaan terhadap tenaga pada masa ini, malah di peringkat global juga, kami yakin lebih banyak penggunaan tenaga secara cekap itu mampu dilaksanakan menerusi perubahan sikap penggunaan yang boleh mencetuskan peralihan minda," kata Ketua Pegawai Korporatnya, Datuk Wira Roslan Ab Rahman.
Menurut TNB, wujud jurang ketara dari segi sikap penjimatan tenaga dalam kalangan rakyat Malaysia dan luar negara."Hasil kajian mendapati rakyat Malaysia lebih bersikap tidak acuh terhadap usaha penjimatan tenaga. Malah, laporan Fostering Effective Energy Transition 2018 (Penerapan Peralihan Tenaga Yang Cekap 2018) oleh Forum Ekonomi Dunia, menunjukkan rakyat Malaysia berada pada kedudukan lebih rendah berbanding negara Barat seperti Norway, Switzerland dan Sweden."Kajian itu menunjukkan kecekapan dan pelaksanaan langkah penjimatan tenaga serta kesediaan untuk beralih kepada tenaga yang selamat, mapan, berpatutan dan boleh dipercayai adalah kira-kira 15 peratus lebih tinggi di negara-negara tersebut yang membolehkannya melaksanakan pelaburan tenaga strategik bagi kepentingan alam sekitar.
KUALA LUMPUR: Kumpulan kongsi gelap dipercayai menjadi pelindung kepada pendatang asing di kebanyakan pasar borong, terutama di Lembah Klang bagi memastikan perniagaan mereka ‘kebal’ daripada tindakan pihak berkuasa.Mereka dikatakan menguasai tapak niaga tidak berlesen di luar pasar borong utama serta mendakwa mereka mewakili persatuan peniaga dan penjaja tertentu.Di Pasar Borong Lama Selayang di sini, sekurang-kurangnya 80 peniaga warga asing dipercayai bernaung dengan kumpulan kongsi gelap ini sehingga mereka berupaya memonopoli tapak perniagaan haram di luar bangunan utama pasar.Siasatan wartawan BH ke atas beberapa peniaga asing di pasar borong Selayang lama mendapati mereka dikenakan ‘wang perlindungan’ atas nama sewa harian serendah RM50 bagi satu tapak.Malah, wang perlindungan yang dikutip setiap hari ada yang mencecah RM200 sehari bergantung kedudukan tapak yang biasanya lebih tinggi jika terletak di laluan utama ke pintu masuk pasar.Kongsi gelap mampu meraih antara RM120,000 hingga RM480,000 sebulan bagi satu pasar borong hasil sewa tapak haram dan kutipan wang perlindungan.
Kegiatan sejak 10 tahun lalu
Katanya, kegiatan itu sudah wujud lebih 10 tahun, namun masih berleluasa termasuk berselindung di sebalik nama persatuan yang tidak aktif.“Selain isu monopoli perniagaan pasar borong, peniaga asing turut dikesan mencuri bekalan elektrik dari surau sementara yang dibina di bawah jambatan berhampiran pasar...
Tabiat menabung perlu disemai kepada anak supaya apabila mereka dewasa kelak akan menjadi terbiasa dengan amalan menyimpan. Ia bukan saja berjayamengelakkan pembaziran tetapi pada masa sama, tabungan dibuat secara kecil-kecilan itu nanti boleh digunakan untuk menampung pembiayaan mereka pada masa depan.Ada orang sukar mengamalkan tabiat baik menabung walaupun ia nampaknya sangat mudah. Di sini diberikan sedikit panduan untuk dikongsi bagaimana caranya anda boleh berjimat cermat dan menabung secara bijak dan berhemah.
Berhenti merokok
Kata seorang kawan, sejak pengumuman harga baru rokok dia berusaha berhenti merokok. Hasilnya dia berjaya menjimatkan RM 20 seminggu. Bukan itu saja, kajian kesihatan membuktikan mereka yang tidak merokok memiliki usia yang lebih panjang dan dapat pula berjimat RM 1040 setahun.
Bawa bekalan ke tempat kerja
Mereka yang biasa membawa bekalan makan tengah hari ke tempat kerja tiga kali seminggu pula mampu berjimat paling minimum RM 30 seminggu. Ini membolehkan anda menyimpan sejumlah RM 1560 di bank pada tahun depan.
KUALA LUMPUR: Nyamuk yang disuntik bakteria Wolbachia akan dilepaskan di 10 lokaliti yang dikenal pasti pada Julai depan bagi mengatasi peningkatan wabak denggi di kawasan berkenaan.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata pelepasan nyamuk itu dijangka mampu menurunkan kes denggi di kawasan terbabit antara 60 hingga 70 peratus, sekali gus mampu mengurangkan kadar kematian akibat denggi.Katanya, operasi pelepasan nyamuk itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Mengenai Denggi hari ini, sebagai tindak balas kerajaan terhadap peningkatan wabak denggi yang ketara antara Januari hingga Mac lalu.“Nyamuk disuntik Wolbachia adalah inovasi dalam menangani peningkatan kes denggi, di mana bakteria Wolbachia disuntik ke dalam telur nyamuk Aedes Aegypti.
“Nyamuk yang disuntik bakteria Wolbachia ini akan merencatkan pertumbuhan virus denggi di dalam nyamuk, dan seterusnya menghalang penyebaran virus denggi,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.Dr Wan Azizah berkata, operasi pelepasan nyamuk dengan bakteri Wolbachia diputuskan selepas kejayaan program perintis di lima lokaliti yang dijalankan sejak 2017.“Dalam program perintis itu, hampir empat juta nyamuk disuntik Wolbachia dilepaskan di lima lokaliti dan kami mendapati penurun kes antara 50 peratus hingga 70 peratus,” katanya, sambil menjelaskan kos pelepasan nyamuk itu adalah kira-kira 50 sen seekor.Beliau berkata, wabak denggi meningkat dengan mendadak, dengan 36,285 kes dilaporkan antara Januari hingga 30 Mac lalu, berbanding 14,734 kes bagi tempoh sama pada tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 146 peratus.
PETALING JAYA: Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sedang menyediakan kajian penuh berhubung usaha memastikan Johor tidak lagi bergantung kepada bekalan air terawat dari Singapura.Menterinya, Xavier Jayakumar berkata kajian yang dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan kerajaan negeri itu bagi mengenalpasti impak, rangka kerja, cadangan dan rundingan berhubung kebergantungan kepada sumber asas itu.“Kita mahu Johor pergantungan sifar dan kita tidak mahu mereka ambil air (terawat) dari Singapura lagi. Dalam masa yang sama kajian ini memastikan air di Johor mencukupi untuk masa akan datang.“Hasil kajian ini saya akan kemukakan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam tempoh sebulan lagi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Konservasi Air SPAN sempena sambutan Hari Air Sedunia di Petaling Jaya Boulevard, hari ini.
Read more: Johor mungkin henti beli air terawat dari Singapura
KUALA LUMPUR: Kenaikan harga barang menyumbang pertambahan penduduk dalam kelompok ‘isi rumah rentan’, iaitu istilah baharu seseorang mudah jatuh miskin atau kurang kemampuan secara tiba-tiba.Fenomena kemiskinan ini boleh berlaku ke atas penduduk di bandar, pinggir bandar atau luar bandar, iaitu status seseorang berubah daripada mampu kepada tidak mampu tanpa mereka bersedia menghadapinya.Pakar Ekonomi Penggunaan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Laily Paim yang membuat kajian khusus mengenai golongan kemiskinan rentan berkata, kenaikan harga barang sehingga menyebabkan kos sara hidup meningkat, diberhentikan kerja, kesihatan terjejas dan kurang upaya akibat kemalangan antara punca boleh menjejaskan pendapatan atau sumber kewangan seseorang.
Katanya, kelompok rentan terdiri daripada mereka yang berpendapatan bulanan isi rumah 40 peratus terendah (B40), iaitu bawah RM3,860 dan pendapatan bulanan isi rumah 40 peratus pertengahan (M40), iaitu antara RM5,000 hingga RM10,000.Bagaimanapun, kelompok ini tiba-tiba mengalami kekangan kewangan akibat faktor semasa.“Sebagai contoh, seorang yang berpendapatan RM6,000, memiliki empat anak yang masih bersekolah, tiba-tiba tidak mampu membayar balik pinjaman bank bagi rumah, kereta dan kad kreditnya akibat kenaikan harga barang yang menambah kos sara hidup.“Analoginya, walaupun ada kereta, mahu isi minyak kereta pun tidak mampu. Maknanya, dia boleh dikategorikan lebih miskin berbanding sebelumnya.“Berbeza dengan mereka yang menetap di kampung, masyarakat di bandar mungkin memerlukan pengangkutan, alat komunikasi bukan sekadar kemudahan, tetapi lebih kepada keperluan hidup,” katanya kepada BH.
Page 47 of 74


