Bagaikan cendawan tumbuh bermusim, kesedaran masyarakat mengenai pengambilan dan penggunaan makanan halal di premis makanan, biasanya bertempoh mengikut isu yang berbangkit.Penyalahgunaan imej Islam oleh sebilangan restoran beberapa bulan yang lalu tanpa mempunyai sijil halal sah, di samping status pekerja serta tahap kebersihan diragui, pernah menjadi topik perbincangan meluas dalam kalangan masyarakat Islam negara ini.Pemeriksaan pihak berkuasa terhadap premis makanan dari 11 hingga 31 Januari tahun ini sahaja, mendapati 28 restoran daripada 1,975 premis secara sengaja menyalahgunakan imej Islam. Ini termasuklah memaparkan ayat al-Quran, bagi menarik pelanggan Islam.Angka ini sangat besar mengambil kira jumlah pemeriksaan yang dibuat. Bagaimanapun, isu ini semakin suram daripada arus perbincangan.
Utama aspek halal, bersih
Sesuatu industri tidak akan mampu bertahan lama tanpa wujudnya permintaan pengguna. Umum mengetahui, industri halal wujud dan berkembang kerana adanya permintaan pengguna yang mementingkan aspek halal dan kebersihan, ditambah dengan peratusan umat Islam yang semakin meningkat.Dianggarkan populasi umat Islam global akan menjangkau 2.2 bilion pada 2030 dan ini sudah tentu akan menyumbang kepada perkembangan positif dalam industri ini.Undang-undang yang menyentuh aspek halal, di samping sistem governan dalaman yang digariskan oleh pihak berkuasa, amat penting dalam memandu hala tuju industri.
KAJIAN mengenai sistem subsidi petrol secara bersasar terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah atau B40 kini di peringkat akhir sebelum mekanisme itu dilaksanakan.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semua perkara yang berkaitan sudah dimuktamadkan kecuali data penerima yang kini dalam proses kemas kini.“Apabila proses itu (data penerima) selesai, kerajaan boleh umumkan pelaksanaan subsidi bersasar ini supaya berlaku penjimatan dan ia boleh digunakan untuk tujuan lain,” katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan ‘Seminar On Energizing Sustainable Development Goals: for People, Ecosystem and Planet’ di Universiti Malaya (UM) hari ini.Turut hadir Naib Canselor UM, Datuk Dr Nik Abdul Rahim Hashim.
Rakyat Malaysia dianggar menggunakan 1.2 bilion liter petrol sebulan dengan 90 peratus daripadanya ialah RON95 bersubsidi manakala selebihnya RON97.Februari lalu kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 dihadkan pada kadar RM2.08 untuk semua pengguna tanpa mengira kenaikan harga minyak global.Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata, Rang Undang-Undang Pembaziran Makanan dijangka dibentangkan di Parlimen menjelang akhir tahun ini.Beliau berkata, penyediaan RUU berkenaan sudah siap 75 peratus manakala baki 25 peratus lagi ialah perincian akhir dengan Kementerian Kewangan berhubung pengecualian cukai kepada penderma.“Berdasarkan taklimat penasihat perundangan, kita berada di landasan betul dan diharap menjelang akhir tahun ini kita boleh bentangkan di Parlimen,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 April 2019 @ 10:21 PM
GEORGE TOWN, 27 April (Bernama) -- Lebih banyak barang akan disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) sempena Hari Raya Aidilfitri ini bagi memberi manfaat kepada pengguna, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.Beliau berkata dengan penambahan bilangan barangan dalam skim itu, pengguna akan mempunyai banyak pilihan untuk membeli barangan pada harga lebih murah."Selain barangan kawalan sempena musim Ramadan dan perayaan Aidilfitri ini, kita juga akan memanjangkan tempoh masa penguatkuasaan dari tahun lepas. Jika sebelum ini tempoh penguatkuasaan yang dilaksanakan adalah sekitar 15 hari, kali ini kita akan panjangkan tempoh berkenaan," katanya di sini hari ini.
PROGRAM SMART LIVING, KECEKAPAN TENAGA & REBAT RM40 TNB/FOMCA BERSAMA PEMIMPIN KOMUNITI DAERAH JASIN
Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) telah mengadakan Program Smart Living dan Kecekapan Tenaga. Program ini telah diadakan di Jasin Heritage Golf Club, Melaka pada 13 April 2019 bersamaan dengan hari Sabtu. Wakil bagi pihak TNB ialah Ir. Ahmad Rezahan Bin Mohammad, Ketua Perkhidmatan Pelanggan negeri Melaka dan Tuan Haji Ismail, Pengarah (Business Partner) Melaka. Manakala, wakil bagi pihak FOMCA ialah Mr. Saravanan Thambirajah. Program ini juga diraikan bersama-sama dengan Pemimpin Komuniti Daerah Jasin.
Kecekapan tenaga adalah langkah pertama dan yang paling penting ke arah melaksanakan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui. Penggunaan yang lebih cekap tenaga di negara kita boleh mengurangkan wang perbelanjaan tenaga oleh pemilik rumah, sekolah, agensi-agensi kerajaan, perniagaan, dan industri.
Oleh itu, tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Meter Pintar kepada pengguna-pengguna di seluruh kawasan Melaka (pilot projek). Meter pintar adalah peranti elektronik yang mampu merekod penggunaan tenaga elektrik dan menyampaikan maklumat kepada pembekal elektrik untuk pemantauan dan pengebilan dari semasa ke semasa dengan hanya menggunakan applikasi MyTNB. Meter pintar biasanya merekodkan penggunaan tenaga elektrik setiap 30 MINIT dan menyalurkannya ke sistem pengkalan data pihak utiliti. Meter pintar membolehkan komunikasi dua hala antara meter dan sistem pusat.
Worried about the scheduled 86-hour water cut starting tomorrow (April 23) in the Klang Valley? Wish there was a way to stay instantly updated about water-related incidents in your area?Air Selangor has an app that will inform users about scheduled or unscheduled water disruptions with details like estimated finish time, list of affected areas and reason for the disruption. Users can also get updates on completed repair works.There is an Info tab in the app for users to interact with Airra, a chat feature. For now, there are options for users to provide feedback, rate the app, check out the Frequently Asked Questions sections and call customer support.
Read more: Stay updated about water disruptions with the Air Selangor app
JOHOR BAHRU 19 April - Satu sindiket yang menjalankan kegiatan curi kabel di sekitar Kota Tinggi sejak tahun lalu yang dikenali sebagai Geng Kabel Lombok berjaya ditumpaskan dengan tertangkapnya dua lelaki Indonesia di Jalan Balau, Taman Meranti, Kulai Besar dekat Kulai semalam.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, penahanan suspek itu dibuat susulan satu laporan mengenai kegiatan curi kabel di salah satu Mainhole TM yang terletak di Jalan Tun Mutahir, Kawasan Perindustrian Bandar Tenggara dibuat di Balai Polis Bandar Tenggara pada 5.30 pagi semalam.
Menurutnya, susulan laporan mengatakan terdapat sekumpulan lelaki sedang melakukan kegiatan mencuri kabel, sepasukan polis digerakkan ke tempat kejadian dan sejurus tiba, suspek yang menyedari kehadiran polis bertindak melarikan diri bersama sebuah lori, polis mengejar mereka yang menghala ke Kulai."Pada 6.30 pagi, anggota polis dari Balai Polis Bandar Tenggara dengan dibantu tiga kereta peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menahan lori yang dinaiki dua suspek warganegara Indonesia di Jalan Balau, Taman Meranti di Kulai Besar manakala seorang suspek berjaya melarikan diri.
Page 46 of 74



