Pentingnya akreditasi MQA
KUALA LUMPUR 16 Mei - Penubuhan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan pelaksanaan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) adalah sebahagian daripada strategi penting bagi meningkatkan kualiti dan reputasi sistem pendidikan tinggi negara.Agenda itu direalisasikan dengan memastikan ketelusan, objektiviti dan keadilan serta mengintegrasikan amalan bijak antarabangsa dengan nilai-nilai unik pengajian tinggi Malaysia.Ia juga bagi menjayakan hasrat kerajaan untuk menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada seluruh rakyat.Secara umumnya, banyak kelebihan yang diperoleh bagi program yang memperoleh akreditasi MQA.Ini penting kerana program pengajian yang diperakukan oleh MQA dan badan-badan autoriti memiliki kelebihan tersendiri seperti peluang penajaan dari badan-badan penaja serta peluang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dengan pindahan kredit.
Selain itu, ia memudahkan graduan mencari pekerjaan dan pertimbangan untuk berkhidmat di sektor awam serta institusi berpeluang membuat francais program ke institusi lain.Hebahan maklumat berkaitan akreditasi dan kualiti pengajian oleh pihak MQA, kementerian dan pelbagai pihak dilaksanakan secara berterusan bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat serantau dan antarabangsa.MQA sering mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan atau pihak awam dalam menyebarluaskan maklumat berkenaan jaminan kualiti pendidikan tinggi.Ia juga secara berterusan mengadakan sesi dialog bersama-sama pihak berkepentingan selain mengadakan Hari Mesra Pelanggan yang diadakan pada setiap Khamis minggu pertama dan setiap Khamis minggu ketiga.
Di samping itu, MQA secara konsisten menyertai karnival pendidikan atau program pameran dalam menyampaikan maklumat kepada orang awam dengan turut menerima jemputan untuk menyampaikan taklimat kepada pelajar sekolah atau lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).Selain promosi di media sosial rasmi, MQA juga tampil di radio dan televisyen dalam menyampaikan maklumat kepada orang awam berkenaan kepentingan akreditasi, panduan pemilihan program yang diakredit dan sebagainya.Pada masa ini, kesedaran orang awam terhadap kepentingan akreditasi didapati meningkat dari semasa ke semasa.
Selamatkan Ulu Muda, wartakan sebagai Taman Negeri
MUNGKIN ada di antara kita tidak mengetahui Hutan Simpan Ulu Muda (HSUM) yang terletak di utara Semenanjung tanah air dan juga kepentingannya yang merupakan kawasan tadahan air terbesar bagi mengisi tiga empangan buatan manusia yang utama iaitu Empangan Ahning, Empangan Muda dan Empangan Pedu.Meliputi 163,103 hektar hutan hujan, HSUM seharusnya dilindungi ekoran fungsi penting hutan berkaitan yang menyalurkan 80 peratus bekalan air di Pulau Pinang, Kedah (96 peratus) dan Perlis (70 peratus), malah ia juga membentuk punca air kepada lebih 4.09 juta penduduk serta beribu-ribu perniagaan di kawasan utara Semenanjung.
Pada masa sama, ia merupakan sumber air untuk ‘periuk nasi’ negara apabila Kedah yang terkenal dengan jolokan negeri jelapang padi menerima bekalan air daripada punca hutan simpan berkenaan.Umumnya, bekalan air dari Ulu Muda membolehkan sawah padi di negeri Kedah dan selatan negeri Perlis mengamalkan penanaman dua kali setahun yang menyumbang kepada kira-kira 45 hingga 50 peratus daripada pengeluaran beras negara.Ini bermakna, HSUM bukan sahaja merupakan hutan tadahan air yang berkepentingan untuk negeri di wilayah utara, bahkan juga terhadap bekalan beras negara.
Namun kini, ia mengalami ancaman! Kepentingan Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air terus diabaikan apabila pembalakan rakus telah mengancam fungsi sokongan hayatnya yang berperanan utama sebagai penyerap karbon bagi menangani perubahan iklim dan juga sumber air.Menyedari keadaan tersebut, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Water Watch Penang (WWP) yang ditaja oleh Yayasan Hasanah telah bekerjasama dengan Management & Ecology of Malaysian Elephants (MEME) telah mengadakan lawatan advokasi bersama-sama wakil media tempatan ke kawasan berkenaan pada 15 hingga 17 Mac lalu.
Read more: Selamatkan Ulu Muda, wartakan sebagai Taman Negeri
Sangat Rugi Jika Anda Tidak Dapat Cashback Ketika Berbelanja
Program cashback merupakan sebuah insentif yang memberi peluang untuk anda menerima pulangan hasil daripada setiap perbelanjaan anda. Wang yang anda berbelanja akan dapat dipulangkan semula mengikut peratus tertentu. Menarik bukan?Anda boleh lihat terdapat banyak platform jual beli di internet dan kad kredit menawarkan cashback untuk menarik minat pembeli. Untuk memahami konsep cashback ini, lihat contoh yang berikut.“Syarikat A menawarkan cashback sebanyak 5% jika anda berbelanja di platform jual beli yang disediakan. Jika anda berbelanja sebanyak RM1,000 di Syarikat A, anda layak menerima jumlah cashback sebanyak RM50.”Jumlah tersebut tidaklah besar jika dibandingkan dengan perbelanjaan yang dibuat. Walaubagaimanpun, ia merupakan sebuah diskaun dan memang menguntungkan jika selalu digunakan
Kenapa anda perlu ambil peluang cashback ini?
1. Menjimatkan
Membeli-belah menjadi satu perkara yang digemari oleh ramai individu. Bahkan, dalam bahasa Inggeris fenomena ini dinamakan “retail therapy”. Ini ialah perbuatan membeli barang yang diingini bagi tujuan melepaskan tekanan.
Syarikat e-commerce seperti Lazada dan Shopee juga sentiasa membuat jualan murah mengikut musim seperti Jualan 11.11, Hari Raya, Tahun Baru Cina, dan banyak lagi.
Lebih-lebih lagi, kebanyakan kad kredit sekarang menyediakan cashback apabila membeli keperluan harian, termasuk barangan runcit dan petrol.
Aktiviti berbelanja ini memang sudah menjadi satu kebiasaan. Oleh itu, anda perlu memastikan aktiviti tersebut akan memberi penjimatan melalui program cashback ini.
Read more: Sangat Rugi Jika Anda Tidak Dapat Cashback Ketika Berbelanja
Datuk Marimuthu elected as Consumers International president
KUALA LUMPUR, May 4 (Bernama) -- Consumers International has announced the election of Datuk Dr Marimuthu Nadason, president of the Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA), as its new president.
In an announcement on its website, Consumers International said Gilly Wong, chief executive of Consumer Council in Hong Kong, was elected as vice-president of Consumers International.
"Elections were held at the Consumers International General Assembly, which took place at the Consumers International World Congress in Portugal last week.
"A new president, Board and Advisory Council were elected. Marimuthu replaces outgoing Consumers International president, Bart Combee," the statement said.
Meanwhile, Marimuthu said his election as president is a great honour for him.
"In this current era of digital economy, I look forward to working with members and partners to support consumers all over the world," he said.
-- BERNAMA
A worrying trend in Malaysia
PETALING JAYA: An estimated one in 20 potential hires in Malaysia has fake qualifications while one in 10 has credentials from unaccredited institutions, a corporate fraud investigation agency found.This comes as a foreign documentary showcases a list of possibly over 80 Malaysians with local addresses having allegedly purchased fake degrees via Axact, a Pakistani firm known for degree mills.Datuk Seri Akhbar Satar, who is the managing director of Akhbar & Associates, an agency that conducts background checks on potential hires for companies, said 5% to 7% of the people that they investigated had fake degrees while 10% to 15% had degrees from unaccredited universities.
“Many of these people with fake degrees are applying for senior management jobs and it happens in multiple industries, including banks, clinics and hospitals,” said Akhbar, who is also Certified Fraud Examiners Association (Malaysia Chapter) president and former president of Transparency International Malaysia.Although the names of the “students” on the list were censored, it showed that among them were possibly over 80 Malaysians with local addresses.The list was seized by Pakistani authorities when they raided Axact’s premises.Axact founder Shoaib Ahmed Shaikh was later arrested and charged with fraud.
Kartel kaut untung 133 peratus
KUALA LUMPUR: Laporan awal kajian rantaian bekalan 10 barangan terpilih mendapati wujud kegiatan ‘kartel’ yang mengaut keuntungan pada kadar terlalu tinggi.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ketika mendedahkan perkara itu berkata laporan awal berkenaan secara tidak langsung mengesahkan kewujudan kartel yang menguasai penjualan barangan ‘popular’ dalam kalangan pengguna di pasaran.Katanya, hasil maklum balas dan perbincangan dengan beberapa penggiat industri menyaksikan margin atau perbezaan harga terhadap satu daripada 10 barangan berlaku di peringkat pengimport ke pemborong.“Saya bukan sekadar baca laporan, sebaliknya panggil industri berkaitan dan tanya apakah harga ketika barang itu keluar dari tempat mereka.
“Mereka beri satu senarai harga, bukan saja tahun ini, tapi lima hingga enam tahun lalu dan bila dibandingkan dengan data majlis harga barang negara, bawah kementerian saya, harga akhir pengguna tinggi.“Pengambilan untung terhadap item ini tercetus di peringkat import ke pemborong, menjangkau 133 peratus kerana pengguna tiada pilihan alternatif.“Item ini diimport 100 peratus, tiada satu pun dihasilkan dalam negara ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), di sini, hari ini.Saifuddin sebelum ini dilaporkan berkata laporan awal kajian rantaian bekalan barangan terpilih bagi mengesan pola perubahan harga secara ketara di pasaran dibentangkan untuk penelitian Kabinet pada 24 April lalu.Ditanya jenis barangan yang dimaksudkan, Saifuddin bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terbabit kerana ia berupaya merencatkan proses risikan dan penyiasatan dikendalikan bahagian penguatkuasaan.
Inovasi, teknologi digital akan tangani permintaan untuk rumah mampu milik - Dr. Mahathir
KUALA LANGAT 2 Mei - Inovasi dan teknologi digital akan menjadi kaedah terkini untuk menangani permintaan terhadap rumah mampu milik dalam waktu terdekat, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.Beliau berkata penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) digital, yang merangkumi alat reka bentuk dalam talian, Pemodelan Maklumat Pembinaan (BIM) dalam projek perumahan awam akan membantu kerajaan untuk memenuhi sasaran satu juta unit rumah mampu milik dibina dalam tempoh 10 tahun."Saya dimaklumkan IBS digital menyediakan peluang untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan kita di masa depan, dan langkah memanfaatkan teknologi IBS digital akan membolehkan pemaju membina rumah lebih murah dalam tempoh lebih singkat.
"Ia juga kurang berintensifkan buruh, sekali gus mengurangkan kebergantungan negara terhadap pekerja asing dan aliran keluar modal tahunan," katanya dalam ucapan semasa merasmikan kilang digital IBS Gamuda di kawasan perindustrian Bandar Mahkota Banting di sini, hari ini.Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar, Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir, Anggota Lembaga Pengarah Gamuda Berhad Raja Datuk Seri Eleena Sultan Azlan Shah, dan Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda Berhad Datuk Lin Yun Ling.Menurut Dr Mahathir, rumah mampu milik serta akses lebih mudah menerusi rangkaian infrastruktur pengangkutan awam (termasuk rel) akan meningkatkan kesalinghubungan dan memacu aktiviti perniagaan dan pertumbuhan ekonomi.
Read more: Inovasi, teknologi digital akan tangani permintaan untuk rumah mampu milik - Dr. Mahathir
Kerajaan kaji beri subsidi gaji kepada graduan
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan meneliti cadangan untuk pemberian subsidi elaun dan gaji kepada graduan tempatan melalui majikan yang menggaji mereka.Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata cadangan itu dikemukakan pada Mesyuarat Khas Kabinet di Perdana Putra, semalam.Katanya, subsidi tidak langsung itu akan diberikan melalui syarikat yang sukarela untuk melaksanakannya.“Kita ada cadangan tetapi belum ada keputusan. Kita akan kaji sama ada kita ada wang cukup atau tidak (bagi menyediakan subsidi berkenaan),” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Platform e-Dagang Digital Bohai Commodity Exchange (BOCE) Malaysia/ASEAN di sini, hari ini.
Hari ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan kerajaan berhasrat untuk menyediakan RM6 bilion sebagai subsidi elaun dan gaji bagi membantu 50,000 orang muda mendapatkan pekerjaan.Sumber memberitahu, dalam Mesyuarat Khas Kabinet semalam, kerajaan mempertimbang untuk menyediakan elaun RM700 hingga RM1,000 kepada graduan baharu.Dr Mahathir berkata, mesyuarat semalam membincangkan masalah lambakan pekerja asing di negara ini, yang mengambil peluang bekerja di sini kerana orang tempatan yang tidak mahu bekerja dalam bidang tertentu.“Jadi salah satu sebabnya mungkin kerana upah yang tidak begitu tinggi, tetapi kalau upah terlalu tinggi, barangan kita akan menjadi terlalu mahal sehingga tidak boleh bersaing dengan barangan negara lain.“Justeru, ada pihak yang membuat cadangan kalau boleh kita buat subsidi tidak langsung. Dengan cara itu, gaji dan pendapatan akan meningkat, pekerja kita akan bekerja serta tidak lagi bergantung kepada pekerja asing,” katanya.
Enhancing education with artificial intelligence
THE ability of artificial intelligence (AI) to analyse human behaviour across different age groups must be utilised to identify the needs of a person in his or her learning process.For decades, we have practised a conventional learning process that relies much on a standardised education system that mostly grades learners on the basis of age.Such a measure had been adopted on the grounds that the cognitive development of a normal person could be identified and differentiated based on chronological age, especially during their early years.However, even within the same age group, each person has different levels of cognitive development and learning capacity, and thus may have different needs in learning.Today, artificial intelligence offers such an opportunity, which is known as “adaptive learning”.
Adaptive learning provides more than just tailored learning resources to learners. It uses algorithm to process the interaction between the learner, the educator and the computer.This tailored-learning process requires the learner to be collaborative rather than a passive information receiver. At the same time, it allows the educator to monitor the progress of the learner through continuous formative assessment since every interaction is tracked in real-time.An effective adaptive learning system retains the key component of the learning process, namely the presence of the educator. A real teacher during the class hour is indeed relevant, and in fact, integral to the learning process. A teacher with sufficient knowledge and experience can properly guide the student towards a better understanding and prevent him from making mistakes.
Page 70 of 122

