Forum Air Malaysia
Toggle Navigation
  • Home
  • Who We Are
    • Our Strategy
    • Our Team
    • Consumer Rights
    • About Us
  • What We Do
    • Sustainable Consumption
    • World Environment Day (5 June)
    • World Water Day (22 March)
  • News/Events
  • Publications
  • Contact Us

RM22,000 lesap ditipu melalui panggilan telefon palsu

Rabu, 24 Jun 2020 @ 2:29 PM
SEORANG wanita terkejut selepas mendapati wang simpanan RM22,000 lesap sebaik menyerah nombor pin perbankan atas talian miliknya kepada individu tidak dikenali lapan hari lalu.

Mangsa berusia 29 tahun berbuat demikian kerana terlalu takut ditangkap kerana kononnya terbabit dengan jenayah dadah dan pengubahan wang haram oleh ahli sindiket Macau Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, pada 17 Jun lalu, mangsa menerima panggilan daripada syarikat penghantaran memaklumkan kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan kad pengenalannya sudah dihantar ke Sabah, tetapi masih belum belum dituntut.

Menurutnya, mangsa menafikan perkara itu sebelum panggilan terbabit disambungkan kepada pegawai polis yang dikenali Sarjan Roslan dari ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

"Menerusi percakapan itu mangsa diberitahu kononnya terbabit dengan pengubahan wang haram dan dadah, justeru akaunnya perlu segera dibekukan dan wang dalam akaun perlu dipindahkan.

"Namun, mangsa diingatkan supaya tidak memberitahu sesiapa dan tanpa berfikir panjang mangsa segera menyerahkan nombor pin perbankan miliknya," katanya, di sini, semalam.

Read more: RM22,000 lesap ditipu melalui panggilan telefon palsu

Study: Malaysia leads mobile wallet usage in SE Asia

Tuesday, 23 Jun 2020 11:07 PM MYT
KUALA LUMPUR, June 23 — Malaysia leads other countries in South-east Asia in the usage of mobile/digital wallets at 40 per cent, ahead of the Philippines (36 per cent), Thailand (27 per cent) and Singapore (26 per cent), according to a Mastercard Impact Study 2020.

As the Malaysia market edition results showed, Covid-19 that led to wide movement restrictions had driven momentum in Southeast Asia towards the digital economy by necessitating rapid adoption of e-commerce, digital payments and preference for online activities.

The report indicated that even as countries in the region start to ease the restrictions and prepare for a ‘new normal’, some of the trends and habits formed in response to the pandemic would likely remain.

The inputs were gathered from 10,000 consumers and/or business professionals across 10 markets in the Asia Pacific region.

Nearly half of the consumers surveyed in Malaysia reported an increase in online shopping during the period. Other online activities also saw heightened interest, such as surfing the Internet for news and entertainment (75 per cent), online video streaming (57 per cent), social networking (55 per cent) and home delivery of food or groceries (50 per cent).

Additionally, about 64 per cent of Malaysians said they will conduct online shopping in the same frequency as currently or before the pandemic, even after restrictions are lifted.

Read more: Study: Malaysia leads mobile wallet usage in SE Asia

Tak pergi baca meter elak penularan Covid-19

20 Jun 2020

KEPUTUSAN Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak menghantar petugas membaca meter elektrik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berdasarkan garis panduan dan nasihat pelbagai pihak bagi mengelak risiko jangkitan Covid-19.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, setiap keputusan dibuat TNB selepas mendapat pandangan dan nasihat pelbagai pihak termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Keputusan TNB tidak membenarkan pembaca meter buat bacaan bukan keputusan dibuat tanpa mendapat pandangan daripada pelbagai pihak terutama MKN.

 "Jadi keputusan itu berasaskan nasihat MKN mengambil kira pandangan beberapa pihak. Itu sebenarnya dibuat TNB," katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, prosedur operasi standard (SOP) ketika PKP itu selaras dengan saranan kerajaan bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19.

"Apa yang kita beri sebagai perkhidmatan penting hanyalah untuk perkhidmatan mengekalkan bekalan, kita tidak mahu bekalan kita terganggu.

Read more: Tak pergi baca meter elak penularan Covid-19

Rampas alat imbas suhu tiada label sah

SEMBILAN alat pengimbas suhu digital pelbagai jenama dan 62 cecair pembasmi kuman dirampas anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam pemeriksaan di empat farmasi di sekitar Kubang Pasu.

Dalam operasi jam 12 tengahari semalam, pemeriksaan mendapati kesemua barangan terbabit tidak mempunyai label pengeluar yang sah.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kubang Pasu, K Muniandy berkata, empat farmasi yang diperiksa itu adalah di sekitar Jitra dan Kerpan.

Beliau berkata, kesemua barangan yang dirampas itu adalah kerana kesalahan di bawah Perintah Kawalan Harga( Pelabelan Oleh Pekilang, Pengimpot, Pengeluar atau Penjual Borong) 1980.

"Setiap cecair pembasmi kuman itu mempunyai 600 milimeter (ml) dan kesemua rampasan termasuk alat pengimbas suhu digital dianggarkan bernilai RM3,300.

Read more: Rampas alat imbas suhu tiada label sah

Jawapannya meter pintar

MALAYSIA kini berdepan dengan situasi yang tidak pernah dialami dalam sejarah negara.

Berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seluruh rakyat bersatu hati dan berusaha membantu mencegah penyebaran Covid-19 dengan duduk di rumah dan mengamalkan penjarakan sosial menurut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negara dan global.

PKP menyaksikan syarikat perniagaan merombak cara kerja dan beralih kepada kerja dari rumah, dengan melaksanakan rancangan kesinambungan demi meneruskan operasi perniagaan untuk terus berkhidmat kepada pelanggan.

Kesannya peningkatan penggunaan dan kebergantungan kepada teknologi sebagai alat untuk berkomunikasi, menguruskan organisasi dan menjalankan perniagaan secara umumnya. Teknologi dan daya hubungan yang disediakan tidak pernah kita hargai seperti pada hari ini.

Kemudahan ini membolehkan kita bukan saja untuk terus bekerja dan mencari nafkah, tetapi juga cara yang penting untuk terus mendapatkan maklumat dan berhubung dengan orang tersayang, memastikan fikiran kita waras dan tenang dalam suasana yang amat mencabar ini.

Sesungguhnya usaha mengekalkan kehidupan biasa dan kestabilan sangat penting pada ketika ini – dan faktor penyokong utama ialah bekalan elektrik.

Kebanyakan kita dilahirkan dalam kehidupan yang tidak asing dengan peralatan elektrik yang dipacu oleh bekalan tenaga stabil.

Read more: Jawapannya meter pintar

Honda Malaysia recalls 55,354 vehicles to replace fuel pump

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia has issued a product recall for 55,354 vehicles to replace the fuel pump as a precautionary measure, in line with the Honda global fuel pump recall.

The automaker said among the affected models were the Accord produced in 2018, BR-V (2018), City (2019), City (HEV) (2019), Civic (2018), CR-V (2018 & 2019), HR-V (2018), HR-V (HEV) (2018), Jazz (2019), and Jazz (HEV) (2019).

"The company believes this product recall is necessary as a preventive measure to address the possibility of loss of engine power or vehicle stalling. All affected customers will be informed via notification letters, which will include details of the product recall.

"Honda Malaysia urges all affected customers to contact any Honda authorised dealer to make an appointment upon receipt of notification to replace the fuel pump subject to parts availability," it said in a statement today.

The company said the replacement of the affected fuel pump, of which stock will be available in stages, is free of charge and all cost related to this replacement activity will be borne by Honda Malaysia.

"Honda Malaysia truly apologises for the inconvenience caused to the affected customers and reassures that all its year 2020 production models are not affected in this product recall. As of today, there are no incidences of crashes or injuries caused by this issue reported in Malaysia," it said.

Read more: Honda Malaysia recalls 55,354 vehicles to replace fuel pump

KPDNHEP terima 11,182 aduan transaksi dalam talian

18 Jun 2020
KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merekodkan sebanyak 11,182 aduan transaksi dalam talian sejak Januari tahun lalu hingga semalam.

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, statistik juga menunjukkan berlaku peningkatan jumlah aduan yang diterima iaitu sebanyak 5,767 kes dalam tempoh Januari hingga semalam berbanding 5,415 sepanjang tahun lalu.

"Daripada jumlah itu, kes paling tinggi melibatkan aduan tidak menerima barang atau perkhidmatan yang ditawarkan iaitu sebanyak 3,870 aduan untuk tahun ini dan 3,589 aduan pada 2019.

"Penipuan sebegini semakin serius jadi KPDNHEP meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan supaya ia dapat ditangani," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Aeon 626 yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Aeon Retail Malaysia, Shafie Shamsuddin di Aeon Taman Maluri Shopping Centre, Cheras di sini hari ini.

Menurutnya, kes penjualan barang tiruan dalam talian pula mencatatkan sebanyak 50 aduan pada tahun ini dan 66 aduan pada tahun lalu.

"Hasil penguatkuasaan yang lebih agresif KPDNHEP melakukan sebanyak 384 penurunan kandungan dan halangan akses terhadap penjual yang didapati menipu dari Januari hingga 3 Jun lalu.

Read more: KPDNHEP terima 11,182 aduan transaksi dalam talian

Kenaikan bil elektrik jadi kebimbangan global

18 Jun 2020
KUALA LUMPUR - Ada sebahagian daripada kita yang terkejut apabila melihat bil elektrik mereka semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB). Ini telah mencetuskan perdebatan sama ada apakah bil elektrik kita terlalu tinggi?.

Namun persoalan yang lebih besar adalah, adakah kenaikan bil elektrik itu berlaku di Malaysia sahaja atau adakah ia fenomena global?

Penularan pandemik koronavirus (Covid-19) telah menyebabkan kita mengharungi tempoh getir yang tidak menentu dan belum pernah terjadi sebelum ini dan dengan keadaan seluruh dunia berada di bawah sekatan pergerakan, ramai yang menghabiskan lebih banyak masa di rumah berbanding sebelumnya.

Menurut satu laman web kaji selidik, Populus, trend kenaikan bil elektrik itu juga dapat dilihat di negara-negara lain dengan United Kingdom mencatatkan purata peningkatan £32.31 (RM173.17) sebulan.

Di New York, penggunaan elektrik pada hari bekerja di pangsapuri meningkat sebanyak tujuh peratus selepas perintah duduk di rumah, manakala penggunaan pada hujung minggu melonjak empat peratus.

Trend yang sama turut berlaku di seluruh dunia tanpa mengira status ekonomi termasuk di Australia, Singapura, Indonesia, Thailand, India serta Hawaii.

Memandangkan bekerja dari rumah merupakan penyelesaian utama semasa tempoh tersebut dan sekolah terpaksa ditutup, tidak dapat dielak penggunaan elektrik akan meningkat dengan drastik.

Read more: Kenaikan bil elektrik jadi kebimbangan global

Hantar gambar bacaan meter jika bil elektrik melambung tinggi - SEB

KUCHING: Pengguna elektrik di Sarawak yang menerima bil yang melambung tinggi disaran mengambil gambar penggunaan sebenar elektrik di meter premis mereka dan menghantarnya kepada Sarawak Energy Berhad (SEB), untuk semakan semula.

SEB, syarikat pembekal tenaga elektrik tunggal di negeri ini menyatakan, bil yang dikeluarkan untuk bulan Jun juga mencerminkan anggaran penggunaan untuk tempoh antara Mac dan Mei tahun ini, kerana kerja pembacaan meter sebenar ditangguhkan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Dalam tempoh PKP, kebanyakan bil untuk bulan Mac, April dan Mei adalah berdasarkan anggaran penggunaan, dikira melalui corak penggunaan pengguna sebelum tempoh PKP," kata Pengurus Besar (Runcit) SEB, Ng Shou Fui dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata berikutan kebanyakan pengguna dan keluarga mereka berada di rumah sepanjang tempoh PKP, kemungkinan mereka lebih kerap menggunakan peralatan elektrik, yang mengakibatkan peningkatan penggunaan tenaga di rumah masing-masing.

"Kami menggesa pelanggan kami yang menghadapi sebarang masalah berhubung bil elektrik mereka untuk menghubungi eksekutif khidmat pelanggan di pusat khidmat pelanggan kami.
"Ambil gambar bacaan di meter dan petugas kami akan membuat pengiraan semula. Bil yang dibetulkan akan dikirim melalui e-mel kepada pelanggan,” katanya.

Read more: Hantar gambar bacaan meter jika bil elektrik melambung tinggi - SEB

  1. TNB taking steps to address users’ complaints
  2. Sarawak Energy Bhd: June bills will reflect actual electricity consumption
  3. Saran kerajaan beri diskaun 50 peratus tarif elektrik: MCCF
  4. Graphic designer loses RM19,998 to scam
  5. Aplikasi BNM konon
  6. Awasi alat pengimbas suhu 'terlalu murah'
  7. Boiling will ensure water is virus free
  8. Ditipu RM12,000 kononnya beli tong gas lelong
  9. Unregistered daycare centres told to register with Women and Family Ministry
  10. Bil prorata TNB pastikan pengguna tidak terlebih caj - Mahdzir

Page 60 of 122

  • 55
  • 56
  • 57
  • 58
  • 59
  • 60
  • 61
  • 62
  • 63
  • 64
  • You are here:  
  • Home

Popular Tags

  • Joomla

Latest Articles

  • NCCC calls for ‘lemon law’ after complaints of defective cars
  • Govt mulling ‘lemon law’ after complaints of problems with new cars
  • Water tariff hike: Make sure additional revenue used to improve water services, infrastructure, says Fomca
  • Water tariffs adjustment: Govt should look into replacing old corroded pipes
  • No extra fee for 5G will help economy but govt must keep watch, says Fomca

Back to Top

© 2026 Forum Air Malaysia